MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Nov 2008

Untuk apa Prof John Voll dan Dr Munawar Anees, dua warga Amerika ke rumah Anwar ?




Untuk apa Prof John Voll dan Dr Munawar Anees, dua warga Amerika ke rumah Anwar ?


Anwar mencatatkan program istimewa Makan Malam bersama Prof John Voll dan Dr Munawar Anees pada 29 Oktober 2008 lalu seperti berikut : (sumber asal klik di sini)

Semalam saya dan Azizah bertuah kerana menerima kehadiran tetamu-tetamu yang istimewa. Selain kehadiran dua sahabat lama iaitu Profesor John Voll dan Dr. Munawar Anees, kami juga menerima kunjungan 31 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Majlis Tertinggi bagi membincangkan agenda perubahan yang perlu dilaksanakan serta upaya bagi memperhebat serta memperkasakan parti.





Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, makan malam dan kemudiannya disusuli dengan rumusan padat oleh John Voll. Sahabat saya yang sama-sama mengajar di Universiti Georgetown ini merupakan pakar dalam sejarah Islam dan di antara penggerak utama dialog peradaban.




Mauduk perbincangan beliau sekitar peranan Islam dan Demokrasi terutamanya di rantau ini; yang terkenal dengan kemajmukan budaya mahupun agama.

Oleh itu amat penting, pada pendapat beliau, wujudnya sebuah parti ataupun pergerakan politik yang mendakap serta memperjuangkan prinsip-prinsip demokratik, untuk menjadi tanding kepada faham ekstrem di negara ini.

Sahabat lama saya yang dizalimi 10 tahun lalu, Dr Munawar Anees, kini kembali untuk menuntut keadilan yang dinafikan oleh pemerintah. Di samping berkongsi pengalaman perit sewaktu ditahan; beliau menekankan betapa kebebasan dan keadilan merupakan dua konsepsi sekaligus realiti yang saling bergantungan. Tidak wujud keadilan jika tiadanya kebebasan, begitu juga sebaliknya.

Saya kira penting untuk kita merenungi saranan Munawar, bahawa sifat rendah hati merupakan lawan ampuh menentang kezaliman, yang mengingatkan saya kepada petikan dari puisi T.S Elliot yang berjudul East Coker; “The only wisdom we can hope to acquire Is the wisdom of humility: humility is endless.”

ANWAR IBRAHIM


Ulasan AIDC


Bukan setakat Majlis makan malam biasa, tetapi turut diadakan majlis taklimat daripada Prof John Voll. Malah Anwar sendiri mengakui peranan Prof John Voll,pada malam itu adalah untuk suntik semangat mengenai "Islam dan Demokrasi terutamanya di rantau ini; yang terkenal dengan kemajmukan budaya mahupun agama"

Menurut Anwar, suntikan John Voll itu diberikan kepada "31 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Majlis Tertinggi bagi membincangkan agenda perubahan yang perlu dilaksanakan serta upaya bagi memperhebat serta memperkasakan parti"

Tulis Anwar lagi, taklimat John Voll itu "amat penting, (kerana) pada pendapat beliau (John Voll), (perlu) wujudnya sebuah parti ataupun pergerakan politik yang mendakap serta memperjuangkan prinsip-prinsip demokratik,(seperti PKR) untuk menjadi tanding kepada faham ekstrem di negara ini"

Anwar sendiri mengakui John Voll merupakan "sahabat saya yang sama-sama mengajar di Universiti Georgetown...merupakan pakar dalam sejarah Islam dan di antara penggerak utama dialog peradaban"

John Voll, seorang Kristian Khatolik, orang paling kepada John Esposito yang membangunkan the Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown Amerika Syarikat pada tahun 1993.

CMCU dibina melalui dana projek pluralisme agama iaitu Fondation pour L'Entente entre Chretiens et Musulmans dan the Pluralism Project.

Projek Pluralisme Amerika ini berpengkalan Harvard University mendapat tajaan beberapa yayasan Amerika iaitu The Ford Foundation, The Henry Luce Foundation, The Lilly Endowment, Inc., The Massachusetts Endowment for the Humanities, The Milton Fund, The National Endowment for the Humanities, The North Star Fund, The Pew Charitable Trusts, The Rockefeller Foundation, The Templeton Foundation dan sebagainya. Klik di sini

Tujuan pluralisme untuk meliberalkan semua agama dan menjadikan semua agama adalah benar. Untuk mencapai objektif itu, projek ini telah melancarkan empat jenis tabung bantuan iaitu The Interfaith Initiative, The Civic Initiative, The Women’s Initiative dan The International Initiative. Klik di sini

Menurut Diana L. Eck, makna pluralisme bukan sekadar persefahaman agama antara Christians dan Muslims tetapi juga Jews, malah lebih jauh daripada itu. Menurutnya asas kepada kejayaan pluralisme adalah 'based on dialogue'. Klik di sini

Pada 2005, Diana L Eck telah berkunjung ke Indonesia untuk melancarkan buku tulisannya berkenaan pulralisme "Amerika baru yang beragama". Pada 19 Ogos, seorang aktivis Islam Liberal Indonesia bernama Sukidi telah mengupas buku Diana L Eck itu di Media Indonesia bertajuk " Belajar Rukun Dari Diana Eck".

Ketika berkunjung ke Indonesia, Diana Eck berforum bersama-sama tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia termasuk Azyumardi Azra, Mohamad Sobary dan lain-lain.

Tokoh-tokoh Islam Liberal menyambut Diana Eck dengan penuh meriah kerana beliau merupakan Pengarah Projek Pluralisme Amerika di Universiti Harvard yang memberi bantuan kewangan kepada aktivis Islam Liberal di seluruh dunia.

Orientalis John Voll amat menyanjungi Anwar yang dilabel sebagai "Muslim Moderat" dalam buku suntingan bersama dengan John Esposito bertajuk "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998).

Satu lagi buku suntingan mereka berdua bertajuk "Islam and Democracy" (Oxford University Press, 1996). Begitu juga dengan buku "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002) turut mencirikan Anwar sebagai Islam Liberal.

Walaupun ramai pihak menolak Islam Liberal di Indonesia,termasuk MUI (Majelis Islam Indeonesia) mengharamkan aliran itu, tetapi Anwar tidak menolak sepenuhnya. Kata Anwar mengenai JIL (Jaringan Islam Liberal), "Saya sendiri tidak bersetuju dengan beberapa pendirian mereka; tetapi saya tidak menolak dasar liberal yang mengandaikan amalan dasar bebas dalam politik dan ekonomi" Klik Anwar klik di sini


Tiga buku tulisan John Voll dan John Esposito yang memuji Anwar Ibrahim. Buku kiri bertajuk "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998) menamakan Anwar Ibrahim dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur) sebagai Muslim Moderat. Manakala buku kedua beliau (foto tengah) bertajuk "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002) menjelaskan fahaman Islam Anwar Ibrahim sebagai Islam Liberal yang terkenal di peringkat antarabangsa. Foto kanan adalah buku "Islam and Democracy" (Oxford University Press, 1996). Bermakna istilah "Muslim Moderat" hampir sama dengan "Islam Liberal" yang membawa idea "Islam dan Demokrasi". Idea ini menjurus kepada persamaan antara agama yang dipanggil sebagai pluralisme agama. Semenjak 9/11, Amerika Syarikat dengan giat melancarkan Projek Pluralisme Agama ke negara-negara Islam melalui pelbagai tajaan termasuk Ford Foundation, Institute Brookings dan Rand Corporatian dan Anwar termasuk salah seorang yang menjadi alat missionari untuk menjayakan projek itu.



Idea John Esposito dan John Voll tentang "Islam and Democracy" inilah yang menjadi asas Anwar berceramah di negara-negara Islam perihal pentingnya negara-negara Islam mengambil "demokrasi" sebagai sistem yang penting pemerintahan negara.

Demokrasi berkait rapat dengan pluralisme kerana dalam konsep demokrasi tidak ada satu pihak pun boleh mendakwa mereka benar kecuali mendapat suara majoriti pengikrirafan daripada pihak lain. Suara itu adalah suara rakyat yang dibuat secara bersama. Justeru itu sejarah telah menyaksikan negara-negara Islam telah menjadi korban atas nama "DEMOKRASI" iaitu Afganistan dan Iraq (rujuk buku bertajuk "Belajar Islam daripada Yahudi, Herry Nurdi, Cakrawala Publishing, Jakarta, 2007).

Kajian NED merumuskan tokoh Islam yang memperjuangkan "Islam dan Demokrasi" adalah tokoh-tokoh Islam yang disinonimkan sebagai "Reformis Islam" yang diklasifikasi sebagai Islam Liberal atau Moderat Islam. Tokoh tersebut termasuklah Abdul Karim Soroush (Iran), Rachid al-Ghannouchi (Tunisia)dan Anwar Ibrahim (Malaysia). Klik di sini dan di sini.


Bermakna kepakaran seorang orientalis bernama John Voll adalah berusaha MENDEMOKRASIKAN negara-negara Islam yang pada kaca matanya tidak demokrasi. Baginya untuk menjadikan negara-negara itu benar-benar 'maju', asas demokrasi amat penting termasuk pluralisme dari segi agama.






Catatan Anwar itu juga turut menyentuh mengenai sahabat lamanya Dr Munawar Anees, seorang warganegara Pakistan yang kini menetap di Amerika Syarikat.

Kes ini berlaku 10 tahun lampau, selain isu liwat terdapat isu lain yang berlegar mengenai warganegara Pakistan itu. Antaranya tuduhan agen Amerika yang dihantar khusus di pejabat Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Perpindahan Dr Munawar ke Malaysia secara tiba-tiba dan dilantik menjadi "Penulis Ucapan" Anwar juga menjadi teka teki.

Sesetengah pihak menganggap tindakan Anwar mewujudkan jawatan "Penulis Ucapan" bercanggah dengan etika kerja kerajaan kerana jawatan "Penulis Ucapan" sepatutnya tidak perlu kerana termasuk dalam salah satu bidang tugas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar.

Namun, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri mempunyai kuasa autoriti untuk mewujudkan jawatan "Penulis Ucapan" dengan diberikan kepada Dr Munawar Ahmad Anes dan gajinya dibayar oleh anak syarikat Berita Harian, iaitu Berita Publishing.

Kesungguhan Anwar mengambil Dr Munawar tambah mencurigakan kerana penulis itu mempunyai projek khas di luar negara iaitu penerbitan Majalah Islam antarabangsa yang berpengkalan di Amerika. Tunggak penerbitan majalah itu adalah John Esposito dan Anwar sendiri dan dikatakan projek itu merupakan projek CIA bertujuan untuk meliberalkan pemikiran umat Islam di seluruh dunia. Klik di sini

Setelah dibebaskan daripada hukuman penjara, akibat pengakuan diliwat pada tahun 1998, Dr Munawar tidak kembali ke Pakistan, tetapi berhijrah ke Amerika Syarikat. Ini seakan-akan mengesahkan bahawa warganegara Pakistan itu agen Amerika.

Setelah Anwar dibebaskan dan aktif semula berpolitik, Dr Munawar kembali semula ke Malaysia dan merayu di Mahkamah Persekutuan mengatakan pengakuan bersalahnya membiarkan dirinya diliwat 10 tahun dahulu adalah kerana dipaksa. Namun begitu, Mahkamah Persekutuan pada 30 Oktober 2008 lalu memutuskan rayuan beliau ditolak dan hukuman yang dipraktikkan sebelum ini disahkan benar. Klik di sini

Justeru itu memang tidak dinafikan kehadiran John Voll dan Dr Munawar ke rumah Anwar baru-baru ini amat bermakna kepada bakal PM itu.


AIDC
10 November 2008


Artikel lain berkaitan

1. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

2. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

3. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

4. Rakan-rakan Pakatan berusaha memahami Anwar Baru - Muslim Moderate..

5. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

6. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?





1 ulasan:

adam d'Ant berkata...

kah kah kah kah..true indeed!!

Kalau tak masakan Washington post sampai kata,call us when you becoming the prime minister otherwise you're just wasting our time!!

An embarrassment not only to Al-Juburi personally but also to the PKR,generally...and Msia too,since Msia is well known for the wrong reason now mainly due to this one power crazy and PM wannabe by the name of Al-Juburi Anwar Ibrahim!