MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Jan 2009

Khalid Jaafar pertahan Anwar Ibrahim sokong Salman Rushdie



Khalid Jaafar pertahan Anwar Ibrahim sokong Salman Rushdie


Salam semua,

Berikut ini saya petik sebahagian dari polemik yang berlaku antara saya dan blogger pewaris reformasi di dalam blog Khalid Jaafar bekas su akhbar Anwar dan penulis buku Tumit Archilles. Layarlah blognya untuk tahu aliran pemikirannya...ini petikan tulisan saya itu...

HINA NABI SALMAN RUSHDIE MURTAD !

Di dalam Al-Qur'an surah At Taubah ayat 61."Di antara mereka (org-org munafik) ada yg menyakiti Nabi dan mengatakan: "Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: " Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepad Allah, mempercayai orang-orang Mu'min, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan org-org yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih.

Ayat 63 At Taubah pula, "Tidakkah mereka (org-org munafik itu) mengetahui bahawasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah baginya, dia kekal di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.

Ayat 64 At Taubah. "Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan RaslNYa). Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu.

Ayat 65 At Taubah, "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja",. Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNYa dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?

"Ayat 66. At Taubah : Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka taubat), nescaya kami mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.

Ayat 57 Al Ahzab : Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul NYa, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan.Salman patut dihukum bunuh kerana menghina Rasul dan murtad dan ini ada di dalam hukum hudud.

Di dalam Qiss juga boleh sampai kepada hukuman mati ( Al-Baqarah 178) dan ayat 179 dinyatakan, " di dalam qisas ada (kelangsungan) kehidupan bagimu wahai Ulil Albab kalau kalian bertakwa...Hukum Islam bertujuan untuk menjaga kelangsungan kehidupan bukan tidak menghargai akan nyawa manusia. Ia umpama tindakan doktor memotong anggota badan yang jika tidak dipotong akan memudaratkan keseluruhan tubuh. walaupun kerja memotong anggota badan kelihatan suatu perbuatan yang sadis! Begitu juga ketika adanya kerosakan di dalam tubuh masyarakat maka perlu dibuang dari tubuh masyarakat itu kerana jika tidak, akan lebih merosakkan lebih banyak lagi.

Saudara, obses tidak kena pada saya dalam hal ini. Takpe kalau itu yg sdra menilai saya, Alhamdulillah saya bangga untuk dikatakan obses untuk merasa terpukul apabila penghina nabi seperti Salman dipuji saudara. Saya melihat Salman dan novel-novelnya adalah suatu kesatuan pemikiran. Saya tidak pisah-pisahkan antara satu karya dengan karyanya yang lainnya kerana dengan karya yg satu itu sahaja, sudah cukup untuk saya "kahakkan" yang lainnya walaupun dinikmati oleh Khalid Jaafar apatah mempromosikan di dalam blog ini ( satu lagi bentuk penghinaan kepada Rasulullah apabila mengenengahkannya)

Sdra tidak perlu minta maaf kpd KJ kerana semakkan blognya ini sebab memang tulisan ini untuk saudara, dia dan peminat-peminatnya. Salman tidak hanya layak dihina semata-mata kebodohannya dalam mengambil sumber! Sdra akui kehebatannya, Anwar kata dia profound writer, Khalid Jaafar kata kita mesti jadi warga jagat kalau mahu menghargai karya Salman, aduh! Dia telah hina Nabi Kita, Dia telah hina Islam dan penghinaan itu menyebabkan dia murtad!

Sayang sekali ia hanya dilihat sebagai bodoh mengambil sumber.

Sayang ramai orang tidak berfikir atau tidak terfikirkan kerana ayat-ayat ini datang dari "buku usang" yang bernama Al-Qur'an. Tetapi mereka merasa telah jauh berfikir dengan mengikuti filosuf yang dianggap menyelamatkan pandangan ramai orang....logika ini sudah lama dan berjalan terus dalam menghadapi Islam...sekarang dikonsumsi oleh Islam Liberal...dengan liberalnya dia merasa telah membebaskan manusia dari keterbelengguan tradisonal...iaitu agama...kerana kiblatnya barat yang tidak beragama....


PELIK ! SASTERAWAN ATAU PEMIKIR YANG SEPATUTNYA HALUS HATINYA, MENJADI BATU DAN BUTA HATINYA OLEH KARYA YANG MINIMAL ADA KEMUNGKINAN MENGHINA KITAB YANG SUCI DAN PENUH KEHALUSAN.Semakin jelas siapa KJ-Khalid Jaafar. Wajarlah Anwar juga begitu.

sumber - purehadharist.blogspot.com


Artikel purehadarist lain :

1. BLOGGER RAKAN BAIK ANWAR PROMOSI BUKU SALMAN RUSHDIE - TIDAKKAH INI SUATU PENGHINAAN KE ATAS RASULULLAH S.A.W.?

2. LAGI ISU SALMAN RUSHDIE : ANTARA HUKUM ISLAM DAN KECENDERUNGAN HATI...

Artikel lain berkaitan :

1. Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

2. Kenapa Anwar sokong Salman Rusdie ?

3. Salman Rushdie : Anwar sanggup manipulasi Islam untuk berkuasa!

4. Tak Sangka Anwar sokong Salman Rushdie


Tiada ulasan: