MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Jan 2009

Anwar Ibrahim : "Tuhan telah kembali : Politik dan Agama dalam abad ke 21"



Anwar Ibrahim : "Tuhan telah kembali : Politik dan Agama dalam abad ke 21"


oleh Mohd Yusmadi, Washington D.C

WASHINGTON D.C 13 Oktober 2006. - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput sebagai salah seorang panel di dalam persidangan Kumpulan G-50 bertajuk "God is back: Politics and Religion in the XXIst Century" (Tuhan telah kembali : Politik dan Agama dalam abad ke 21)

Keahlian G-50 terdiri daripada 'Whos Who' di dalam dunia pemikiran, media , politik, sains dan perniagaan di Amerika Latin. Persidangan tersebut ditaja oleh badan berpengaruh hubungan antarabangsa Carnegie Endowment for International Peace dengan kerjasama Inter-American Dialogue.

Panel-panel di persidangan yang lalu terdiri daripada nama-nama besar seperti Francis Fukuyama, Jeffrey Sachs, Thomas Friedman, Fareed Zakaria, Lawrence Summers dan Joseph Stiglitz.

Untuk sessi kali ini Datuk Seri Anwar telah digandingkan dengan Jim Wallis, pemikir teologi dan penulis buku terkenal bertajuk "God's Politic" yang masih di dalam senarai New York Times Bestseller.

Jim Wallis (no 2 dari kanan) sedang berkempen untuk Parti Demokrat kepada Barack Obama. Yang Mulia Jim Wallis adalah seorang penulis Kristian evangelis dan aktivis politik, dikenali sebagai pengasas Sojourners Magazine untuk masyarakat Kristian di Washington, DC. Fokus isunya mengenai keamanan dan keadilan sosial. Dalam membincangkan pemilihan Presiden Amerika 2004, Wallis berkata "Jesus tidak semua berucap tentang homoseksual. Terdapat kira-kira 12 rangkap dalam Kitab Bible sentuh perkara itu ... tetapi terdapat beribu-ribu rangkap Jesus sentuh tentang kemiskinan"


Selain daripada Jim Wallis, Datuk Seri Anwar juga digandingkan dengan Monica Duffy Toft, Proffessor Public Policy di Belfer Center dan Timbalan Pengarah di John M. Olin, Institute for Strategic Studies, Universiti Harvard. Turut serta ialah Katherine Marshall, Pengarah Development Dialogue on Values and Ethics Unit dan Kaunselor kepada Presiden Bank Dunia.

Monica Duffy (kiri) adalah Pengarah the Initiative on Religion in International Affairs. Dia juga menjadi penyelidik di RAND Corporation dan pernah berkhidmat di US ARMY bertugas di selatan Jerman sebagai pengutip maklumat dari Rusia. Katherine Marshall adalah senior fellow di Georgetown University’s Berkley Center for Religion, Peace and World Affairs. Di Bank Dunia, dia menjadi penasihat kepada pembangunan etika dan isntitusi keagamaan. Dia juga ketua World Faiths Development Dialogue (Dailog Pembangunan Kepercayaan-kepercayaan Dunia)


Sesi forum tersebut dipengerusikan oleh Moises Naim, Pengerusi G-50 dan Ketua Pengarang majalah berpengaruh Foreign Policy.

Format forum berbeza daripada biasa di mana para panel diletakkan dicelah-celah para peserta dan perlu membentangkan pendapat berdasarkan solan secara spontan yang diajukan oleh pengerusi dan peserta tanpa sebarang kertas kerja.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi tumpuan sejak sesi dimulakan. Persoalan kompatabiliti Islam dan demokrasi yang diajukan oleh pengerusi majlis kepada Datuk Seri Anwar Ibahim menjadi landasan persolan-persoalan lain yang ditimbulkan oleh para peserta yang menanyakan isu spesifik seperti pemakaian tudung oleh kerajaan Perancis dan Britain dan tindakan kerajaan Turki terhadap pemenang hadiah Nobel Sastera Orhan Pamuk baru-baru ini.

Walau bagaimana soalan terakhir oleh Alberto Beeck, Presiden, Comentos Pacasmayo S.A.A, sebuah konglomerat terkenal di Peru telah menarik perhatian para peserta.

Beliau yang tahu soalan yang bakal diajukan menyimpang daripada tajuk forum, terlebih dahulu memaklumkan hasrat beliau untuk menanyakan soalan yang bersifat peribadi kepada Datuk Seri Anwar.

Apa perasaan saudara ketika ditahan selama 6 tahun di dalam penjara, kerana saya tidak boleh bayangkan bagaimana saya akan lalui sekiranya saya ditahan hanya selama 1hari?.

Soalan Alberto telah membuat para peserta tersentak dan terpegun seketika.

Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tahanan tersebut membolehkan beliau menghabiskan bacaan karya Shakespeare selama 4 kali dan memberi kekuatan baru yang lebih kuat dalam memperjuangankan keadilan dan kebebasan telah mendapat tepukan gemuruh oleh kesemua peserta yang kemudianya berpusu-pusu bertemu Datuk Seri Anwar selepas forum tersebut.

Sesi tersebut tamat sekitar pukul 6.30 petang.


AIDC memetik artikel tulisan Mohd Yusmadi Yusof di AnwarIbrahimblog. Artikel asal klik di sini



4 ulasan:

Fenomena Zaman berkata...

"beliau menghabiskan bacaan karya Shakespeare selama 4 kali dan memberi kekuatan baru yang lebih kuat dalam memperjuangankan keadilan dan kebebasan"...

berapa banyak dia baca quran selama di penjara?...

"God is back: Politics and Religion in the XXIst Century" .... which god? antichrist or lucifer?....

Jong berkata...

Salam,
Di Indonesia dia kata dia dok dalam jel ditemani oleh Tafsir Buya Hamka.
Jenis manusia apakah ini?
Wassalam

NTanwar berkata...

1. Anjuran Carnegie Endowment for International Peace..mmm..badan kepunyaan sahabat Anwar..Douglas H Paal..Anwar pernah beri wang berjuta2 kepada Paal dan APPC yang bekerjasama dgn IKD semasa Anwar jadi TPM. Tujuannya untuk lobi nama Anwar di US. Paal ni agen CIA..jadi eloklah CIA bantu IKD. Selepas Anwar bebas dari penjara 2004..Paal jemput Anwar dlm program2 Carnegie Endowment pula..elok la tu..anjing dah biasa hisap tulang..pi mai pi mai tang tu gak..

2. Ini dailog antara agama kah? Tajuk pun cantik..Tuhan telah kembali ? Tuhan mana ? Semua penceramah beragama Kristian termasuk moderator, hanya Anwar, Islam, jadi Tuhan mana yang menang ?

3. Anwar ditanya tentang 'isu spesifik seperti pemakaian tudung oleh kerajaan Perancis dan Britain dan tindakan kerajaan Turki'..Yusmadi tidak tulis jawapan Anwar. Apa agaknya jawapan Anwar ditengah majoriti masyarakat Kristian. Sebelum ini Anwar pernah jawab..dalam program Amerika juga..well..saya tak kisah..itu hak asasi..macam di US..saya pun enjoy..kata Anwar...

4. kenapa agaknya Mat Salleh suka jemput Anwar ? Anwar berdakwah kepada mat salleh..mmm..rasanya tidak mungkin..Anwar sebahagian daripada Mat Salleh..mmm..mungkin juga..

5. Inikah maksud Anwar, peranannya sebagai perantara Muslim dan Barat ? Kalau beginilah..tak payahlah Anwar, buat malu muslim saja..

mahacu berkata...

Asalamualaikum Tn AIDC,

Untuk keputusan pilihanraya kampus UM dan ulasan, sila lawati:Keputusan Rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (UM):Penggerak Mahasiswa Menang Majoriti Mudah!,turut dimuatkan keputusan UPM dan UPNM.