Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
Satu iklan penghinaan yang diletakkan di Malaysia-today. Kenapa Raja Petra mula serang Presiden PAS ? Adalah beliau diarah memulakan serangan-serangan ke atas Presiden PAS itu ? Siapa arahkannya ?
Anwar arah Raja Petra serang Presiden PAS ?
1. Membaca tulisan Faisal Tehrani membayangkan Presiden PAS benar-benar disepit dan disabotaj oleh para 'penghasut'. Mungkinkah ini berkaitan sikap tegas Presiden PAS sebut 'ahli PAS bukan bodoh',PAS bebas berbincang dengan mana-mana parti tanpa perlu dikontrol parti lain dan dengan tegas, Presiden PAS sebut Pakatan Rakyat bukan berketuakan Anwar ? 2. Membaca tulisan keras Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir (Roslan SMS) lebih nampak hujung pangkalnya bahawa Raja Petra mewakili Malaysia-today sedang menyerang peribadi Presiden PAS.
3. Keras betul serangan-serangan Raja Petra melabel Presiden PAS dengan bahasa kesat dan tulisan lucah. Adakah ini mentaliti sebenar pendokong IFC (Raja Petra) hentam kromo dan mencabar agama apabila kehendaknya tidak tercapai.
4. Apa sudah jadi dengan Raja Petra ? Kenapa beliau benar-benar marah kepada Presiden PAS ? Apa yang telah Presiden PAS telah sentuh peribadinya? Atau Raja Petra mahu bikin 'hero' lagi, semua orang salah, Najib salah, Haji Hadi salah, Pak Lah salah... Yang tak pernah salah adalah dua makhluk iaitu dirinya sendiri dan Anwar.Ini tak masuk akal, kerana sudah diresapi sikap ego dan taajub kepada diri sendiri.
5. Kalau begitu maksudnya Raja Petra tidak memahami erti "demokrasi" yang diperjuangkan ketuanya (Anwar). Mana ertinya demokrasi, semua orang mesti patuh hanya kepada pendapat mereka berdua. Orang lain semua salah, mereka berdua sahaja betul, demokrasi ke tu ?
7. Persoalannya siapa di belakang Raja Petra dan Malaysia-today ? Kenapa tidak pernah marah kepada Anwar ?. Adalah beliau dan Anwar satu aliran ?
Satu lagi 'kempen melampau', Raja Petra yang disiarkan di Malaysia-today, seperti yang ditulis oleh Roslan SMS.
8. Perlu dicatat, laman Malaysia-today ditubuhkan menjelang pembebasan Anwar pada 2004. Sebelum ini, Raja Petra menjadi 'tulang belakang siber' kepada Anwar dalam laman hard core bela Anwar, FREE ANWAR CAMPAIGN (FAC) dari 2001-2004.
9. Malah penaja Raja Petra dan Malaysia-today adalah penaja yang sama membiaya Anwar di Malaysia iaitu sebuah Yayasan Jerman yang berpengkalan di Bangkok, iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF).
10. Baca pula blog Zulkifli Noordin, seolah-olah, peguam peribadi Anwar itu, tidak mahu melepaskan kerusi Parlimen P18 - Kulim Bandar Baharu (Kedah), kepada Anwar walaupun didapati beliau tidak sah.Mungkinkah peguam Anwar tidak sampai hati meluahkan sendiri, lalu berdasarkan komen pihak lain (komen blogger Fudzail? ).
11. Baca lanjut lagi, lontaran pemikiran Mohd Sayuti Omar (MSO) dakwa seorang Ahli Parlimen PKR Berjumpa Najib baru-baru ini. Ini sudah terbalik kot, Anwar dakwa sudah ada dalam tangan 30 MP BN yang akan sokongnya, tetapi seorang MP PKR pula akan seberang parti ?
12. Jadi inikah yang dimaksudkan Faisal Tehrani, bahawa Presiden PAS dihasut dari dalam (?) dan dari pihak luar ?. Tetapi barangkali Raja Petra sudah tahu bahawa ketuanya juga tersepit, sebab itu beliau melompat seperti 'beruk kena cucuk punggung'?
PERHATIAN seluruh dunia sehari dua ini tentunya tidak lari dari memfokuskan ke arah isu liwat dan seterusnya penangkapan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dituduh atas tuduhan yang sama sepuluh tahun lalu. Pelbagai media dari seluruh serata alam mula berminat kembali untuk membuat penilaian sendiri berkaitan kes tersebut. Namun begitu, isu tersebut tidak perlu dibahaskan oleh mana-mana pihak apatah lagi rakyat marhaen yang tidak tahu hujung pangkalnya. Biarlah pihak polis melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh profesional dan seadil-adilnya. Namun begitu, meneliti kronologi atau rentetan dari peristiwa tersebut seolah-olah telah membenarkan rumusan sesetengah pihak bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam kes tersebut.
Apabila Saiful Bukhari membuat laporan polis di Pondok Polis, Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008, Anwar dengan tak semena-mena ‘melarikan’ diri dengan memasuki Kedutaan Turki di ibu negara dengan alasan nyawanya ‘diancam’. Bagaimana, bila dan kenapa nyawanya ‘diancam’ tidak pernah diberitakan, apatah lagi untuk mengetahui siapa yang ‘mengancam’ beliau.
Tiada satu laporan polis pun pernah dibuat sebelum ini tentang ‘ancaman’ tersebut sama ada oleh pihak peguam-peguam handal Anwar atau dirinya sendiri. Apa yang pasti, hanya beliau yang terasa ‘terancam’, Oleh apa? tidaklah dapat dipastikan.
Ada yang berpendapat bahawa mungkin kerana Saiful terlalu ‘mengancam’ sehingga Anwar ‘mengancam’ beliau dan dibuat ‘macam-macam’. Akhirnya Anwar merasa ‘terancam’ oleh perbuatan tersebut. Apa pun andaiannya, sehingga hari ini isu ‘ancaman nyawa’ tersebut sudah semakin dilupakan oleh Anwar sehingga beliau sudah pun boleh memberi ceramah di beberapa tempat sekitar ibu negara dalam keadaan ‘dirinya diancam’.
Mungkin semasa ‘ancaman’ tersebut, Anwar membayangkan bahawa beliau masih berada di Amerika Syarikat, negara kedua beliau di mana nilai satu nyawa hanyalah seperti sebiji telur atau paling tidak di Pakistan, tempat di mana Benazir Bhutto menemui ajalnya kerana ‘pasukan berani mati’.
Macamlah keadaan politik Malaysia sudah mencapai tahap politik ‘letup meletup’ untuk mendapatkan kuasa. Mungkin juga benar kata orang, orang yang pelik sifatnya akan sentiasa berfikiran pelik.
Anwar terus menerus berusaha untuk meyakinkan rakyat marhaen bahawa beliau sebenarnya telah difitnah ‘sekali lagi’ dengan skrip yang hampir sama cuma pelakonnya berbeza. Beliau memfailkan saman terhadap Saiful untuk menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tidak bersalah. Saiful sengaja memfitnah beliau. Namun begitu tidak dapat dipastikan ke mana perginya saman tersebut dan bila akan disebut di mahkamah.
Serangan Anwar terhadap Saiful diteruskan dengan membuat laporan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas dasar qazaf atau membuat tuduhan palsu. Mungkin peguam-peguam handal Anwar telah menasihati beliau bahawa Saiful perlu mengemukakan 4 orang saksi bagi membuktikan tuduhan tersebut. malangnya mungkin kerana kebanyakan peguam-peguam handal Anwar bukan dari mereka yang sebangsa dan seagama dengan beliau walaupun ditemani oleh seorang peguam syariah yang agak ternama, mereka telah tersalah mentafsir bahawa tuduhan qazaf tidak melitupi kes liwat, hanya terbatas pada kes zina sahaja.
Pandangan peguam bahawa Anwar akan terlepas di Mahkamah Syariah kerana sudah tentu Saiful tidak akan mampu mengemukakan 4 saksi bagi menyokong tuduhan beliau sebenarnya tidak menjadi kerana tiada peruntukan untuk tuduhan liwat yang boleh digunakan.
Sikap berdolak-dalik Anwar untuk memberi keterangan kepada pihak polis mengundang rasa kecurigaan yang amat tinggi. Beliau mengubah tarikh memberi keterangan sehingga pihak polis terpaksa memohon waran tangkap ke atas beliau di atas keingkaran tersebut.
Akhirnya beliau ditangkap di hadapan rumah beliau sendiri kerana disyaki sekali lagi akan mengingkari tarikh yang dipersetujui.
Episod keras kepala dan angkuh dengan perlaksanaan undang-undang di pihak Anwar berulang semula apabila beliau sekali lagi tidak memberi kerjasama untuk mendapatkan sampel DNA beliau bagi membantu siasatan. Pelbagai alasan diberikan dan yang tidak munasabahnya adalah kerana kekhuatiran bahawa sampel DNA tersebut akan disalahgunakan untuk tujuan yang lain.
Kalaulah benar sampel tersebut akan dimanipulasikan oleh pihak polis, adalah dicadangkan supaya pihak polis hanya mengambil sampel DNA lembu dan mengesahkan bahawa sampel tersebut adalah sampel DNA Anwar!! Mungkin juga kalau perlu disahkan bahawa sampel tersebut ada dalam ‘tusukan’ di badan Saiful. Mungkin itulah teori konspirasi yang paling tidak masuk akal dalam mana-mana kisah politik di dunia ini.
Meneliti kronologi peristiwa tersebut membuatkan rakyat marhaen terfikir, adakah benar wujudnya teori konspirasi dalam isu ini? Berpuluh saksi, pekerja, pegawai polis, pegawai perubatan dan sebagainya terlibat dalam teori konspirasi tersebut.
Adakah mungkin kesemua mereka ini boleh ‘disatukan’ pemikiran mereka untuk membuat rumusan bahawa telah berlaku kejadian liwat tersebut walaupun sebenarnya tidak. Adakah mungkin setiap orang akan diberi satu skrip untuk dinyatakan di mahkamah sekiranya Anwar didakwa? Bagaimana nanti pihak perubatan mampu menjustifikasikan kejadian tersebut berasaskan sains perubatan?
Adakah mungkin kesemua mereka boleh diprogramkan untuk mempercayai kejadian tersebut benar-benar berlaku walaupun sebenarnya tidak? Berapa ramai saksi yang akan di bawa oleh pihak pendakwa dan setakat manakah kekuatan kes tersebut pada mereka?
Persoalan-persoalan tersebut sebenarnya lebih merupakan jawapan kepada tidak mungkin wujudnya teori konspirasi dari mana-mana pihak dalam hal tersebut. Persoalan yang lebih rasional ialah apakah pihak pendakwa mempunyai cukup bukti dan saksi untuk meneruskan pendakwaan dan bagaimana mereka boleh mengetepikan pandangan teori konspirasi yang cuba diserapkan dalam pemikiran rakyat marhaen.
Mereka tentunya cukup sedar bahawa bukan mudah untuk membuktikan kes tersebut tanpa keraguan yang munasabah. Sedikit kesilapan di pihak pendakwa meletakkan mereka di pihak yang kalah. Anwar akan terus dengan teori konspirasinya…
"lebih memalukan apabila anwar terus menggunakan proksi2 yahudi seperti IMF dan rice untuk menggertak kewibawaan dn kedaulatan negara dengan mengarahkan tuduhan liwat ditarik balik" salam bahagia kepada rakan2 bloger,pembaca budiman. gap kembali mohon maaf kerana sudah 3 hari tidak mengemaskini blog gap kerana berada di sabah atas urusan politik. malam tdi baru tiba dan insyaallah gap akan memberi ulasan2 penting politik negara dalam sehari dua.
nampaknya keadaan sudah menjadi semakin kritikal buat anwar tatkala seluruh keluarga saiful mencabar anwar untuk sedikit sebanyak menjadi ANAK JANTAN dalam tuduhan liwat. lebih memalukan apabila anwar terus menggunakan proksi2 yahudi seperti IMF dan rice untuk menggertak kewibawaan dn kedaulatan negara dengan mengarahkan tuduhan liwat ditarik balik.
mengikut maklumat parti pas sudah semakin jauh meninggalkan anwar. apatah lagi mulaqobah bersama umno mula menjadi bualan hangat baik di kedai kopi dan surau. alhamdulillah pimpinan tertinggi pas yang keras seperti daud iraqi memahami betapa tercalarnya islam/melayu bila pakatan rakyat memerintah.
gap juga sudah menduga semangat ulamak yang gap sanjung seperti haron din dan haron taib adalah pemain2 utama pertemuan ulung ini.
kepada saiful , gap dan rakan2 bloger yang lain sentiasa mendoakan keadilan kepada anda. teruskan niat anda untuk bertemu dengan 'orang itu'.
malam ini ada ceramah ezam. semua dijemput hadir dan untuk mendapatkan maklumat sila layari blog medan info kita yang gap linkkan.
Menurut Abdul Rahman Koya (klik sini) "PAS may be the biggest loser in terms of sacrificing its commitment and identity so as not to offend the sensitivities of its fellow coalition members." Waktu saya mengkritik PAS kerana gagal menjadi "king maker" dalam Pakatan Rakyat menerusi entri Bahasa Politik: Pas Sudah Kalah, ramai sekali ahli-ahli PAS menghamun marah-marah. Lapis lain posting itu gagal dibaca.
Baru, barulah Tuan Guru Presiden mahu menebus 'kesalahan' tersebut. Bersemangat Tuan Guru menyatakan PAS ada banyak kerusi negeri, tak ada siapa pun melantik 'orang itu' untuk menjadi decision maker. Tuan Guru Presiden beri warning dalam wawancara mengejutkan.
Barulah Tuan Guru Presiden beri kenyataan: "Bukan dia sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. Kalau KeADILan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya."
Tiba-tiba ada 'sabotaj' terhadap Tuan Guru Presiden. Tidak semena-mena ada pengkultusan berlaku.
Sabotaj itu datang menyucuk yang lebih atas. Sabotaj itu menjadikan imej Tuan Guru Presiden tidak transparen, tidak telus, malah macam tidak jujur kepada orang bawah. Sampai ada upaya hanyir untuk berdemonstrasi di Chow Kit. Kalian nak turunkan Tuan Guru Presiden, kalian gila ke?
Kasihan Tuan Guru Presiden. Tersepit sungguh (baca: disepit). Padahal Tuan Guru Presiden barulah ingin menunjukkan kebolehan. Baru masuk gear. Perwakilan kena pandai baca lapis, kena 'tangkap tukang hasut' orang atas ini. Tukang hasut ini jangan-jangan membawa 'kepentingan dari luar'. Musuh bukan dalam kalangan musuh tradisional sahaja kerana musuh dalam selimut memang telah wujud sejak Rasulullah saw masih hidup lagi. Tukang hasut ini jangan-jangan adalah suara 'mewakili' si dia.
Dan orang, betapa ramai tidak mahu menggunakan akal tetapi menggunakan keimanan palsu untuk beriman kepada tokoh. Bukan beriman kepada kebenaran. Sesekali gunalah akal, dan jangan guna emosi (klik fail pdf ini).
Gambar: Anwar bersama dalam satu pertemuan di luar negara. Bersamanya salah seorangnya ialah Anthonny Sullivan, wakil dari NED.
Bila Washington Membela Pekerjanya
Tidak menghairankan kenapa Washington campurtangan berulang kali dalam kes Anwar.
Gambar: Dulu jumpa Madeline Albright, Setiausaha Negara Amerika. Kini pengganti jawatan yang sama iaitu Condoleeza Rice sebagai Setiausaha Negara juga turut membela Anwar
Pada tahun 1998, Wan Azizah Wan Ismail berjumpa dengan Madeliene Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat). Apakah ketika itu Wan Azizah saja saja berjumpa atau memohon bantuan dari luar untuk membebaskan Anwar Ibrahim?
Mulanya pada 30 Jun 2008, Tom Casey (Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat) bersuara meminta kerajaan Malaysia agar jangan menahan Anwar atas dasar politik.
Kemudian pada 17 Julai 2008, Sean McCormack, juga Jurucakap Jabatan Negara menggesa agar Malaysia adil dan saksama dalam kes Anwar Ibrahim. Mengapa mereka berminat sangat dengan individu bernama Anwar bin Ibrahim? Ada apa-apa kaitankah dengan mereka?
Gambar: Anwar cuba menafikan hubungannya dengan Amerika, hakikatnya ianya bukan propaganda tetapi realitinya memang ada. Sekali lagi Anwar berbohong dan berdalih
Pada 24 Julai, di Forum Serantau Asean ke-15 di Singapura, Rice terus dengan kenyataan angkuhnya menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan liwat yang libatkan Anwar.
"Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik. Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata Rice.
Sudah tiga orang dari satu pejabat yang sama memberi komen membela Anwar Ibrahim. Apakah Bush yang merestui kenyataan mereka ini? Sehari sebelum kenyataan Rice, pada 23 Julai, jam 11.30 pagi, Anwar bertemu dengan 38 orang wakil kedutaan asing di Ibu Pejabat PKR untuk memberi taklimat tentang isunya dan keadaan ekonomi semasa. Anwar beri taklimat atau mengadu pada orang asing?
Gambar: Anwar bersama dalam satu pertemuan di luar negara. Bersamanya salah seorangnya ialah Anthonny Sullivan, wakil dari NED
Tidak menghairankan kenapa Washington campurtangan berulang kali dalam kes Anwar. Dulu pada 1998, Al Gore campurtangan. Kini, Rice, Sean McCormack dan Tom Casey pula.
Ini kerana Anwar juga mempengerusikan satu yayasan yang mendapat tajaan dari pejabat yang sama dengan ketiga-tiganya orang tersebut.
Pada Disember 2005, Rice pernah hadir di Bahrain untuk melancarkan Foundation For Future (FFF) yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim.
Malah FFF, turut mendapat tajaan USD$35 juta dari Jabatan Negara Amerika Syarikat. Jika begitu, tidak salah sekiranya majikan campurtangan di negara lain untuk membela pekerjanya sendiri.
Apakah selepas ini Bush pula akan bersuara?
AZRINIZAM IBRAHIM Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Michel Camdessus Managing Director and Chairman of the Executive Board of the International Monetary Fund (IMF)melawat Anwar Ibrahim, di Kuala Lumpur ketika beliau menjawat Menteri Kewangan Malaysia.Camdessus turut melantik Anwar sebagai Chairman of the Development Committee of the IMF pada 1997. Ketika krisis Ekonomi Malaysia 1997, Anwar cadangkan Malaysia meminjam wang daripada IMF, tetapi cadangan itu ditolak.
Kenalan luar negara Anwar gesa gugur dakwaan
Jul 25, 08 3:33pm Kenalan-kenalan lama Datuk Seri Anwar Ibrahim dari negara luar menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu "sebagai menghormati hak-hak individu" yang penting untuk membina hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa. Kenalan itu termasuklah Michel Camdessus, pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); James Wolfensohn, bekas pengerusi Bank Dunia dan Paul Martin, bekas perdana menteri Kanada.
James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia telah lantik Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia sebagai 'chairman of the bank’s development committee, World Bank, pada 1998. Tempat Wolfensohn yang berketurunan Yahudi itu kemudian diambil alih Yahudi neocon, Paul Wolfowitz.
Anwar bersama Paul Martin, bekas Perdana Menteri Kanada, dalam mesyuarat Global Insecurity anjuran Brookings Institute, Universiti Stanford dan Universiti New York, pada Jun 2007.Paul Martin penyokong kuat dasar-dasar luar negara Presiden Bush dan merupakan sekutu Bush serangan ke atas Iraq. .
"Kami ingin mengulangi keyakinan pada integriti akhlaknya (Anwar), sebagai seorang yang pernah menunjukkan, tanggungjawab di peringkat negara dan antarabangsa, tahap etika kepemimpinan tertinggi, dalam memperjuangkan keadilan, keamanan dan pembangunan antarabangsa," kata mereka dalam satu kenyataan.
Anwar kini sedang disiasat selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengadu diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu.
Konspirasi Neo Conservative menjahamkan dunia melibatkan Anwar?
Pemimpin kewangan awam peringkat antarabangsa kini mula tampil mengesa agar segala tindakan keatas Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim digugurkan. Dipetik dari AFP:
Malaysia to drop Anwar sodomy charge
PARIS (AFP) — Malaysia should drop its sodomy charges against opposition leader Anwar Ibrahim, said a joint statement by three former leading figures on the international stage.
“We have heard with deep concern the charges filed against the honorable Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim,” said the statement by former Canadian prime minister Paul Martin, ex-World Bank chief James Wolfensohn, and Michel Camdessus, the former head of the International Monetary Fund.
They said the charges were brought “in spite of the fact that similar unsubstantiated charges filed 10 years ago against him were overturned by the Supreme Court.”
They therefore hoped that “the government of Malaysia will … demonstrate, by dropping the charges… an exemplary sense of respect for the rights of the individual which are so important to the international standing of Malaysia.”
The three reiterated their “full confidence in his (Anwar’s) moral integrity.”
Anwar spent a night in custody last week after being arrested over accusations that he sodomised a 23-year-old male aide. He was released on bail.
The events threaten to derail Anwar’s spectacular political comeback, after March elections that handed the opposition a third of parliamentary seats.
Anwar was sacked as deputy premier in 1998 and jailed on sodomy and corruption charges widely seen as politically motivated. The sex conviction was overturned by the nation’s highest court in 2000"
Dekad lepas telah menyaksikan penyangak matawang antarabangsa cuba mengawal melalui ’serangan’ atas pasaran modal beberapa negara, termasuk Asia Tenggara dan UK.
Kenapa pemimpin pemimpin dunia ini begitu berkeras ingin mempertahankan Anwar, walaupun belum betul betul dibukti atau bebaskan, melalui proses undang undang secara komprehensif, mengenai tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan (yang mana memang adalah jenayah dalam Perlembagaan Malaysia)?
Apakah dalam persimpangan dan ambang krisis ekonomi peringkat global yang dijangkakan tidak berapa lama lagi, pemimpin tertutama kewangan awam peringkat antarabangsa begitu kuat memberikan tumpuan pada Anwar memberi indikasi sesuatu, seperti peranan Anwar (langsung atau tidak) dalam konspirasi dalam agenda Neo Conservative dan Yahudi antaranbangsa menjahamkan ekonomi dunia dan penjajahan New World Order melalui ekonomi bermula?
Setakat ini, dalam pentas Malaysia sahaja, Anwar telah gagal menyakinkan secara logik bagaimana beliau boleh memberikan kelegaan kepada penguna Malaysia jika diberikan kuasa.
Kami sekeluarga macam tak percaya apa yang kami dengar dan tonton dalam Atma Asia ASTRO P501 sebentar tadi mengenai kenyataan tegas Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika bahawa Amerika AKAN TETAP BELA Anwar Ibrahim.
Wow!!! Begitu sayang dan prihatin Amerika terhadap Anwar Ibrahimnya. Pasti Anwar sekeluarga, penyokong-penyokongnya serta rakan bersekutu dari Parti PAS dan DAP pun sama-sama terharu atas kenyataan tegas salah seorang yang sangat berkuasa dalam cabinet George Bush!!
Bagi kita hairan jugak mengapa Amerika beria-ia sangat nak mempertahankan Anwar Ibrahim. Apa istimewanya Anwar Ibrahim kepada Amerika? Setahu kita Malaysia tidak pernah pun ganggu gugat Amerika dalam aspek apa pun. Kalau Condoleezza Rice kata dia hendak kita memperbetulkan undang-undang hak assasi kemanusian kita kerana kononnya Anwar Ibrahim mangsa konspirasi dipihak atasan, maka kita pun boleh tanya adakah Amerika baik sangat?
Bagaimana pula dengan Penjara Guantanomo Bay yang kita tahu semua tahanan Islam yang kononnya Pengganas belaka begitu tersiksa dan dirantai macam haiwan sehingga ada yang sukar untuk solat? Bagaimana pula pembunuhan sejuta rakyat Iraq yang masih belum ada noktah hingga sekarang??
Sungguh tidak sedap hati bila ada negara luar hendak campur dalam urusan dalaman negara kita. Kita akan hampir mencapai kemerdekaan ke 51 tidak lama lagi dan belum pernah dalam sejarah tanah air Amerika beria ia hendak membela sesiapa pun dan mencampuri urusan dalaman negara kita.
Kita sama-sama fikirkan apa akan terjadi dalam jangka masa panjang pada Malaysia, satu satunya negara kita ini, jika insan bernama Anwar Ibrahim ini akan menjadi PM pada 16hb September nanti. Pasti George Bush akan hadir di Majlis Perlantikannya. Dan Condoleezza Rice mestilah turut serta.
Mengapa Anwar membuat laporan Polis bahawa Tan Srri Musa Hasan dan Ghani Patail memalsukan bukti dalam kes mata lebamnya 10 tahun yang lalu? Bukankah aneh sekali untuk Anwar membuat laporan sebaik sahaja Saiful mengadu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim? Tujuan Anwar adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa jika Polis dan Pendakwaraya menyatakan ada bukti prima facie untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat maka ia merupakan bukti-bukti yang direka atau dipalsukan.
Anwar juga sedar bahawa Musa Hasan dan Ghani Patail telah mengalahkan beliau dalam kes pertama dahulu. maka beliau perlu menyingkirkan kedua-dua ini. Jika mereka berdua terbabit tentulah kes ini akan dikendali dengan teliti dan cermat hasil pengalaman kedua mereka berhadapan Anwar sebelum ini.
Bukankah ini kelihatan Anwar seolah-olah sudah menyediakan jalan keluar untuk dirinya terus maksum di mata penyokongnya?
Tidak cukup itu beliau juga menggunakan ulama-ulama yang tidak ketahuan hujung pangkal makna liwat supaya menyarankan beliau membuat aduan qazaf. Inilah kali pertama dalam sejarah perundangan Islam, orang yang mengadu beliau diliwat perlu membawa empat saksi yang melihat perilaku itu.
Ulama-ulama ini walaupun belajar ilmu agama dengan begitu mendalam mereka tidak lebih daripada kaset atau CD sahaja. Otak mereka tidak berjalan tetapi hanya menghafal apa yang ada dalam kitab dahulu. Mungkin sebahagian otak mereka ini sudah terkena virus maka ia tidfak lagi mampu berfungsi dengan sempurna biar pun banyak data sebelum ini.
Ulama-ulama celaru ini membiarkan mereka dipermainkan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.
KITA MAHU BERTANYA ULAMA INI, APAKAH NANTI SEMUA MANGSA ROGOL TERPAKSA MEMBAWA EMPAT SAKSI UNTUK MEMBUAT LAPORAN MEREKA DIROGOL. JIKA TIDAK MEREKA AKAN DIKENAKAN TUDUHAN QAZAF?
Hari ini kita terbaca pula kenyataan Nurul Izzah bahawa Bapanya dinasihatkan oleh ulama-ulama celaru ini agar jangan melakukan mubahalah kerana ia merupakan perkara besar dalam Islam. Memanglah mubahalah atau bersumpah ini perkara besar dalam Islam. Apakah membuat aduan Qazaf juga bukan satu perkara besar dalam Islam?
Kita lihat Anwar bukan sahaja tidak percaya kepada Polis dan Pendakwaraya, beliau juga tidak percaya kepada Allah.
Beliau tidak percaya Allah boleh melakukan keadilan jika melakukan mubahalah atau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak melakukan sebarang kegiatan meliwat terhadap saiful. Beliau juga tidak berani bermubahalah kerana tidak yakin Allah akan menyebelahinya. Jika benar beliau tidak membuat perkara terkutuk tersebut mengapa takut pengadilan Allah?
Malangnya ulama-ulama celaru dan penyokong Pas lebih percaya putar belit Anwar berbanding sumpah Najib dengan nama Allah secara terbuka bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.
Inilah dikatakan pada akhir zaman setan-setan pun diangkat menjadi ulama.
Kalau sudah Amerika Syarikat, berilah apa pun penjelasan ia tetap dengan gaya sebuah negara yang seolah-olah punya kuasa tanpa sempadan. Walaupun maklumat serta fakta diberikan, seperti mana biasa Amerika Syarikat telah membentuk pemikirannya sendiri terhadap sesuatu perkara dan ia tidak berubah. Itulah yang berlaku dalam pertemuan antara Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice di Singapura hari Khamis.
Rais dalam kenyataanya mempunyai keyakinan yang amat tinggi menjelaskan Amerika Syarikat menghormati susunan dan tatacara undang-undang Malaysia dan tidak menyangkal penerangan yang diberikan mengenai dakwaan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya berharap Amerika Syarikat selepas ini, sama ada melalui pegawainya atau mana-mana pihak, tidak lagi mencurigai apa yang terkandung secara dalaman negara Malaysia, dan ini memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Malaysia” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Forum Serantau Asean ke-15 di Singapura.
Namun dalam satu laporan agensi berita AP, Rice terus dengan kenyataan angkuhnya dengan menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan liwat yang libatkan Anwar.
"Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik.
"Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata beliau seperti yang dilaporkan AP. Rice berada di Singapura untuk menghadiri persidangan keselamatan serantau sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN.
Menurut beliau, Amerika Syarikat sentiasa bercakap mengenai hak asasi manusia dan politik tetapi dilakukan dalam semangat menghormati Malaysia.
Dalam nada menghormati Malaysia , Rice menolak pendirian tegas Malaysia bahawa kes Anwar adalah isu dalaman negara ini.
"Amerika Syarikat tidak menganggap ini sebagai hal ehwal dalaman apabila keadaan seperti ini muncul, tetapi kami akan terus bekerjasama dengan Malaysia," katanya.
Ia merupakan respons Rice yang pertama sejak Malaysia mengemukakn nota bantahan kepada AS awal bulan ini ekoran campur tangannya dalam isu terbaru Anwar ini.
Pada 4 Julai lalu, Rais berkata,Kementerian Luar telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat. – 24/7/2008
Sejak laporan polis dibuat pada 26 Jun lalu oleh Saiful Azlan Bukhari mengenai perbuatan liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadian Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bermacam-macam tuduhan, andaian serta laporan polis termasuk BPR dilakukan. Cerita 10 tahun lalu pun dicanang kembali. Ibarat cacing kepanasan, Anwar Ibrahim dilihat bukan sahaja resah gelisah tetapi pelbagai dakwaan diwujudkan terutama membabitkan pihak berkuasa dan badan kehakiman.
Anehnya sejak dibebaskan pada 2004 lalu, dakwaan dan andaian sebegini rupa tidak pula kedengaran.
Yang nyata sejak sebulan yang lalu rakyat dipertontonkan aksi Anwar Ibrahim khususnya bagaimana tindak tanduknya memanipulasi berita dan sistem kehakiman negara.
Persoalannya, bagaimana seseorang yang sepatutnya adalah mangsa kini dituduh pula sebagai penipu. Pelaku pula bergerak bebas bahkan diagung-agungkan oleh pengikut beliau yang taksub.
Kesan daripada tindakan tersebut ialah jika beliau betul-betul melakukan liwat, beliau berjaya meyakinkan rakyat bahawa beliau telah dizalimi. Akhirnya sistem kehakiman yang sepatutnya menegakkan keadilan tidak dapat dijalankan.
Hakikatnya Anwar langsung tidak memberi ruang untuk sistem kehakiman negara ini berjalan dengan lancar. Siasatan yang sepatutnya dijalankan dengan adil dan mudah tidak diikuti oleh Anwar. Ianya memperlihatkan bagaimana Anwar berjaya mengatasi sistem kehakiman negara.
Bagi melicinkan siasatan Anwar sepatutnya 'tutup mulut' begitu juga Majlis Peguam. Biarkan Polis menjalankan siasatan dan biarkan mahkamah menentukan kebenaran.
Adalah sesuatu yang tidak kena dalam sistem keadilan negara jika tertuduh atau pelaku terlepas dari hukuman yang sepatutnya. Dan adalah tidak adil juga sekiranya setiap kali pelaku hendak disiasat, tetapi pelaku juga membuat laporan yang sebaliknya.
Sebagaimana Anwar mendakwa Peguam Negara dan Ketua Polis Negara terlibat dalam memalsukan laporan dan akhirnya beliau berjaya menyingkirkan dua tokoh utama dalam siasatan dan pendakwaan tidak terlibat dalam kes beliau.
Jika trend ini beterusan maka sistem kehakiman dan keadilan negara akan hancur kerana jika setiap kali pelaku didakwa, tetapi pelaku juga mendakwa pihak yang lain.
Akhirnya Pelaku walaupun betul melakukanya berjaya membebaskan diri dan mangsa akan terus menjadi mangsa.
Jadi apakah yang dinamakan keadilan.. Adakah keadilan jika pelaku mendapat hukuman atau mangsa yang mendapt hukuman...tepuk dada tanya selera.
Muzakarah PAS-UMNO telah memasuki beberapa fasa. Maka betullah beberapa blog dan laman pro UMNO yang mengatakan beberapa pimpinan PAS telah berjumpa dengan pimpinan UMNO beberapa ketika yang lalu. Namun, didiamkan seketika, apabila Nasharuddin Mat Isa menafikannya di lobi Parlimen bersama-sama dengan Wan Azizah, isteri Brother Anwar Bin Ibrahim. Penulis mungkin selepas ini akan mengulas tentang impak muzakarah ini kepada mahasiswa dan PAS kampus. Tetapi, penulis akan pergi ke suasana yang lebih makro. Selepas itu, kita akan melihat kesannya terhadap kampus.
Disebutkan oleh sahabat penulis, saudara Azrinizam Ibrahim bahawa terdapat dua kumpulan yang berselisih pendapat dalam PAS tentang muzakarah ini. Satu dinamakan faksi Hijau dan satu lagi faksi merah. Faksi hijau mewakili golongan yang cenderung kepada muzakarah dan faksi merah lebih gemar mengasosiasikan PAS dengan DAP dan PKR.
Untuk mengkaji lebih dalam tentang fasi-faksi ini, kita harus melihat sejarah mereka. Pimpinan Faksi hijau adalah pemimpin PAS dari aliran lama (tanpa tarbiyyah) yang telah berjuang lama di dalam PAS dan juga golongan yang membawa ataupun mengikuti tarbiyyah PAS dari mula. Contoh golongan ini adalah Haji Hadi, Mustafa Ali dan Harun Taib.
Golongan Faksi Merah latarbelakang mereka adalah dari golongan IRC/JIM ataupun aparat-aparat Anwar dalam PAS. Mereka ini walaupun kononnya berbai'ah kepada Amir PAS tetapi wala' mereka masih samada dengan grup JIM/IRC ataupun Anwar. Golongan ini seperti Dr. Hatta Ramli, Anual Bakri Haron (Setiausaha Politik NIk Aziz) dan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS merangkap Tauke Harakah). Terdapat juga golongan yang dikatakan samar-samar latarbelakang tarbiyyahnya iaitu ditaribiyyah PAS tetapi mungkin diresapi unsur IRC seperti Husam Musa, yang nampaknya juga cenderung kepada faksi merah.
Maka, sekarang kata putus kepada pemenang adalah Mat Sabu dan Mahfuz Omar. Mat Sabu dikatakan menjadi payung kepada Syiah di dalam PAS dan Mahfuz Omar lebih kepada isu orientated. Oleh itu, pengikut-pengikut mereka ini adalah penentu kepada berjaya ataupun tidak muzakarah ini.
Buat masa sekarang,nampaknya pimpinan PAS tidak bulat dalam hal muzakarah ini. Ini kerana faksi masing-masing sedang menggerakan buah-buah caturnya. Datuk Nik Aziz ditonjolkan sebagai penghalang utama muzakarah ini. Namun, sebagai penganalisis politik, penulis berpendapat ia bukanlah idea dari Nik Aziz sendiri tetapi dari Anual Bakri Haron, setiausaha politiknya.
Anual Bakri Haron dikenali dahulu sebagai aktivis PMIUM di zaman ABIM-PKPIM yang rapat dengan Anwar. Pernah menjadi Presiden PMUM pada tahun 1979/80 ketika pengaruh ABIM dari segi memperjuangkan Islam masih kuat. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa bukan calang-calang orang yang boleh menjadi Presiden PMUM dengan sokongan PKPIM-ABIM pada tahun 70-an. Mestilah orang ini mendapat kepercayaan yang tinggi dari Anwar. Ini membolehkan kita membayangkan bagaiman orang sebegini bakal mempengaruhi tindak tanduk dan keputusan MB Kelantan.
Maka, aparat-aparat Anwar sekarang telah menggerakkan catur mereka iaitu Datuk Nik Aziz untuk menghalang PAS dari terus bermuzakarah dengan UMNO.Mursyidul Am PAS itu mungkin selesa di Kelantan dan kegetiran umat di Perak, Selangor dan Pulau Pinang tidak dapat dirasakan olehnya. Tambahan pula kini, suara-suara yang tidak senada dengan suara aparat Anwar di Harakahdaily dicantas. Harakah bunyinya lebih seperti Suara Keadilan daripada Suara untuk Ahli Jamaah.
Tetapi, pihak faksi Hijau melihat suasana makin payah bagi PAS. PAS tidak dapat menyampaikan agenda yang mereka perjuangkan selama ini. Petanda ini dapat dilihat berikutan disentuhnya pantang mereka yakni diadakan konsert terlampau sempena Perhimpunan Protes. Pengaruh PAS dalam PR juga diketepikan dan mereka dilayan seperti melukut di tepi gantang.
Namun, Anwar mengetahui PAS mempunyai kekuatan tenaga kerja yang ramai dan paling berorganisasi di antara semua parti. Oleh itu, Anwar sedang cuba untuk menghalang PAS dari keluar daripada Pakatan Rakyat. Namun, dengan tuduhan salah laku seks Anwar dan juga kurangnya iltizam dari Melayu PKR untuk memperjuangkan Islam memangkinkan harapan PAS untuk tidak lagi bersama dengan PR.
Kini, PAS perlu berfikir samada untuk terus bersama dengan PR yang menghakis kekuasaan Islam ataupun bersama UMNO yang sekarang berwajah lebih Islam dari PKR. Jikalau PAS mahukan kuasa untuk melaksanakan Islam yang mereka faham, maka ia perlu bersama UMNO. Jikalau PAS mahukan Islam ikhlas lillah juga, suasananya lebih hijau dengan UMNO. Sekarang ini, ia adalah dugaan kepada semua ahli PAS samada untuk thiqah dengan Haji Hadi ataupun kepada Anwar yang berselindung di sebalik penyuluh-penyuluhnya dalam PAS?
Namun, mampukah PAS memekakkan telinga dari mendengar suara-suara sumbang aparat Anwar yang bergentayangan dalam PAS untuk menentukan masa depannya sendiri?
Majlis Syura: Apa Kata Muqabalah dengan Condy Rice?
24 July 2008
Amerika termasuklah mak cik Condoleeza Rice beria-ia mengatakan hukum-hakam dan keadilan harus dipelihara.
Pertanyaan untuk PAS - Kalau benar keadilan dan hukum-hakam menjadi concern, adakah Amerika peduli sangat dengan keadilan untuk mangsa-mangsa Memali yang kesnya masih belum selesai (baca: didengar) sampai sekarang? Tentu tidak bukan? Kerana PAS bukan agenda Amerika. Kerana mangsa Memali bukan pet Amerika. Terhijab sungguh ahli Majlis Syura. "The United States has long spoken and will continue to speak up about cases that we think need to be thought about in terms of the political circumstances."
Rice said "part of the comfort level or the confidence that states need to bring to the international system is that their judicial systems are indeed responsive to rule of law and (are) transparent and fair."
"The United States doesn't recognise this very firm barrier that it is simply internal affairs when a case of this kind comes up, but we are going to continue to work with Malaysia." (Sumber: klik sini)
Memali. Lebih dua puluh tahun kini. Dari tak naik jet sampai naik jet. Memali.
Aneh sungguh Amerika menunjukkan concern hal rumahtangga orang begini. Siapa tahu ada muqabalah jalan belakang dengan Rice? Sehinggakan Annapolis Summit yang ditolak oleh semua gerakan Islam termasuk HAMAS dipejamkan sahaja oleh PAS. Hati-hati dengan Islam Amerika duhai Majlis Syura.
Lupakah silibus Ikhwan (Sayyid Qutb yang kita gunakan). Apa kata, perwakilan (ada ke yang berani) mengusulkan dalam muktamar di Ipoh supaya muqabalah hal Memali. Ini keadilan untuk rakyat, bukan keadilan untuk individu.
KUALA LUMPUR: Dalam perkembangan yang kemungkinan menyinggung Malaysia sekali lagi, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice hari ini menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan meliwat, yang kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 10 tahun. "Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik," kata Rice yang berada di Singapura untuk menghadiri persidangan keselamatan serantau sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN.
"Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata beliau hari ini.
Beliau yang dipetik AP menambah, AS sentiasa bercakap mengenai hak asasi manusia dan politik tetapi dilakukan dalam semangat menghormati Malaysia.
Dalam ulasannya itu Rice menolak pendirian tegas Malaysia bahawa kes Anwar adalah isu dalaman negara ini.
"Amerika Syarikat tidak menganggap ini sebagai hal ehwal dalaman apabila keadaan seperti ini muncul, tetapi kami akan terus bekerjasama dengan Malaysia," katanya.
Ia merupakan respons Rice yang pertama sejak Malaysia mengemukakn nota bantahan kepada AS awal bulan ini ekoran campur tangannya dalam isu terbaru Anwar ini.
Pada 4 Julai lalu, Rais berkata,Kementerian Luar telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Menurut Rais, surat yang dikeluarkan oleh Wisma Putra itu telah dihantar kepada Rice.
Surat tersebut dihantar bagi menyatakan rasa dukacita Kuala Lumpur berhubung kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey mengenai dakwaan liwat ke atas Anwar.
Kelmarin Anwar telah memberi taklimat kepada 38 orang duta asing berhubung dakwaannya bahawa kerajaan Malaysia mahu mengekang penglibatannya dalam politik.
Semalam laporan Bernama yang memetik Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, AS bersetuju dengan pandangan Malaysia berkenaan kedaulatan undang-undang.
"Sewaktu mesyuarat dengan Amerika Syarikat hari ini, Malaysia membangkitkan fakta bahawa kami mengiktiraf peranan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia dan kami menghargai apa yang diberikan dari segi bantuan, dan apa yang bermakna kepada kebebasan, persamaan, demokrasi dan sebagainya.
"Bagaimanapun kami menekankan kepada kedaulatan undang-undang - sistem di setiap negara yang perlu dihormati. Ini kami nyatakan dengan jelas kepada Setiausaha Negara Amerika (Dr Condoleeza) Rice dan beliau memberi maklum balas dengan berkata itu adalah hak setiap negara dan demokrasi mestilah dilihat dilaksanakan berdasarkan hak sesebuah negara," katanya.
"Jika Anwar mahu menyalahkan DEB sebagai punca kepada segala permasalahan rasuah kerana ada pengagihan kontrak yang tidak seimbang, maka beliaulah yang sebenarnya telah menjadi PUNCA kepada kepincangan tersebut!” “Sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau telah memperkenalkan sistem melahirkan Kontraktor Bumiputera Wibawa. Anwar telah mengarahkan Kementerian Kewangan memberikan setiap syarikat syarikat yang terpilih ini kontrak bernilai paling minima RM1 bilion, tanpa sebarang tender [direct nego]”
Itulah antara petikan ucapan Ezam dalam ceramahnya di Perak malam tadi.
“Kenapa Anwar nak perbesarkan kisah beliau dibogelkan..?? Sedangkan apabila beliau membogelkan orang lain kita tak pernah ambil kisah pun…” persoalan yang diajukan oleh Hamdan Taha yang turut sama berceramah malam tadi.
Kalai Vanan bertanyakan khabar kepada Ezam selepas ceramah malam tadi. Beliau merupakan Ketua PKR Bahagian Jerai yang pernah menjadi calon PKR bertanding kerusi DUN Gurun dalam Pilihanraya 2008 dan 2004.
22 Julai – Selasa;- bertempat di perkarangan gelanggang bolakeranjang pekan Kerai, Sungai Siput, UMNO Bahagian Sg Siput telah menganjurkan Ceramah Khas Ezam Mohd Nor.
Tempat ceramah terletak betul betul dihadapan Balai Polis pekan Kerai.
“Gegaran sudah mulai dirasai di Perak ini, ceramah UMNO semakin mirip ceramah PAS sewaktu mereka jadi pembangkang disini. Tengoklah hadirin yang datang malam ni.., dulu tak pernah ramai macam ni” ujar seorang Ajk Bahagian UMNO Sg Siput.
Ceramah Ezam semakin mendapat sambutan. Ruang tempat duduk penuh sehingga limpahan ratusan hadirin terpaksa berdiri dibahu jalan dan ada kalanya memperlahankan kenderaan yang lalu lalang disitu.
Ezam telah berjaya menanamkan keyakinan hampir seribu hadirin malam tadi atas semua penjelasannya mengenai keadaan politik semasa. Terutamanya dalam isu kemelut politik Pakatan Rakyat yang semakin longlai, dan juga pendedahan eksklusif perihal Anwar Ibrahim.
Berikut adalah gambar dari profil Friendster Saiful. Gambar 1: Gambar Anwar Ibrahim diletakkan dengan tajuk "Si Munafik". Apakah Saiful benar benar marah pada Anwar?
Gambar 2: Gambar Saiful Bukhari ketika kecil bersama dengan arwah ibunya. Alfatihah.
Gambar 3: Gambar Saiful di Tanah Suci Mekah.
Gambar 4: Gambar pintu Kaabah di Mekah. Mungkin gambar ini diambil oleh Saiful sendiri. Kebenaran akan datang, keadilan juga akan datang. Sama-samalah kita tunggu apa keputusan mahkamah dan keputusan DNA nanti.
Ini tentang perangai pimpinan yang tak mahu dengar nasihat Tok Guru Nik Aziz. Mursyidul Am kata: 'Mudah-mudahan berhenti sahajalah. Banyak lagi kerja lain, lagipun kita sudah dekat dengan Muktamar PAS. Tak payah buat debu tengah jalan sampai orang kelabu mata.' Mungkin kata-kata tok guru itu sepatutnya berbunyi: 'Mudah-mudahan dia berhenti sahajalah. Banyak lagi pemimpin lain, lagipun kita sudah dekat dengan pemilihan (tahun depan). Tak payah jadi debu tengah jalan bagi kuasa pada orang kelabu mata.'
Pimpinan tersebut ialah Nasha: When I asked him about Anwar Ibrahim, he is circumspect: “I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility.
“Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”
Nasharudin is frank about his views on the coalition: “With recent developments, my personal view is that the Pakatan is very fragile; but we are trying to strengthen the coalition.
“Nobody can deny this. There are problems at both state and federal levels. Pakatan must get its house in order and consolidate its position.”
When asked how this can be achieved, he answers: “The level of communication among ourselves isn’t up to standard. This is because everyone is busy. We need to increase the regularity and frequency of communication.
“We are still to a large degree polarised (Malays, Indians and Chinese) and are still finding it difficult to overcome these differences which remain at the core between the different Pakatan members.”
Sebenarnya kalau kalian dah tak gemar dengan perangai 'orang itu' yang suka menveto mesyuarat dan tak reti berpakat sekalipun, janganlah 'meromlahkan diri' dengan parti satu lagi.
Kalian kan gerakan Islam, hubungan genetik gerakan Islam seluruh dunia pantang bercium mulut dengan kuasa Barat (dan penguasa sekular). Asak 'orang itu'; tanya 'orang itu' baik-baik akan kemesraan 'orang itu' dengan kuasa Barat yang berhak menimbulkan tanda tanya (klik sini). Tapi, dalam masa yang sama, sekali-kali mengkhianati 'rakyat' jangan dibuat kerana ia memang perkara bangang. Itulah kalian dulu, tak ada hal buat hal, sekarang dah jadi hal.
Nah ahli PAS, mengamuk untuk buang siapa? Salah buang jadi nanah. Malu, parti 'orang itu' bertambah padu, parti Musalmah mungkin kembali menyerlah.
* Foto Ustaz Nasha dan Muhammad Zahar (pimpinan HAMAS). Foto pemimpin Pakatan Rakyat dan Paul Wolfowitz. PAS akan berkorban yang mana?
Sekitar jam 11.30 pagi semalam bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, satu taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia telah diadakan. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan untuk menerangkan keadaan politik semasa terutamanya berkaitan Pakatan Rakyat, tuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta berkongsi pandangan mengenai kedudukan ekonomi negara. Sambutan para diplomat sangat positif. Kami berharap dapat meningkatkan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan dua hala dengan para wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Apa yang pasti sesi pertemuan seperti ini merupakan satu forum yang sangat berguna bagi menyampaikan berita, pandangan dan idea berkaitan parti dan Pakatan Rakyat kepada komuniti diplomatik.
1. Kes liwat Anwar 1998; Ramai orang berkunjung ke rumah Anwar, solat hajat, baca yasin dan mendengar taklimat hampir setiap malam. Anwar turut mengadakan road show, sambutan di luar jangkaan. Orang ramai turun ke jalan raya di sekitar ibu kota mengadakan demonstrasi secara mingguan. PAS menubuhkan GERAK untuk mengadakan road show ke seluruh negara, bela Anwar. sekurang-kurang 15 jenis buku politik ditulis khusus sokong Anwar, Harakah meningkat 5 kali ganda daripada cetakan biasa. Majalah Tamadun mendapat sambutan hangat dan habis di pasaran. Laman-laman web/blog tumbuh seperti cendawan lepas hujan (lebih 30 laman web/blog muncul) untuk sokong Anwar. Cikgu-cikgu dan para mahasiswa mencetak bahan-bahan internet untuk diedarkan kepada anak murid dan kawan-kawan
2. Kes liwat Anwar 2008; sedikit sahaja berkunjung ke rumah Anwar, tiada solat hajat, baca yasin. Rumah Anwar sunyi. Anwar turut mengadakan road show, sambutan biasa sahaja, kecuali dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor seperti protes harga minyak tetapi penyokong memprotes penyanyi underground yang tunjuk bontot. Protes dalam protes. Tiada yang turun ke jalan raya di sekitar ibu kota mengadakan demonstrasi secara mingguan.Kecuali sambutan secara kecilan di IPK dan HKL, itupun di kalangan hard core Pemuda PKR. Laungan TAKBIR tak bersambut. Lebih ramai pihak media/wartawan daripada penyokong Anwar.PAS serah Anwar selesaikan sendiri isu liwat kerana isu itu bukan isu parti tetapi isu peribadi. Penulis buku politik tidak berminat menerbitkan buku mengenai topik ini kerana sudah jangka tidak akan laku di pasaran, Harakah dicetak seperti biasa dan tiada peningkatan drastik. Editorial tidak berminat fokus isu itu. Majalah Tamadun sudah tidak diterbitkan lagi. Akhbar tabloid Siasah, Suara Keadilan diterbitkan seperti biasa. Tiada tanda-tanda, sambutan hangat masyarakat jika ditambah bilangan percetakan. Tiada web/blog baru ditubuhkan semata-mata membela Anwar. Hanya bergantung kepada web dan blog yang sedia ada.
3. Mufti Perlis anggap isu itu Isu peribadi yang cuba dipolitikkan menjadi isu rakyat. Rakyat sudah bosan kerana isu ini masih berlarutan tanpa penyelesaian, jadi cara terbaik adalah bersumpah dengan nama Allah di kedua-dua belah pihak.
4. Ibrahim Ali anggap sikap berdolah dalik Anwar akan mengurangkan kepercayaan masyarakat kepadanya. Enggan bersumpah. Enggan ke IPK. Enggan beri DNA
5. Anwar beritahu beliau kena tahan di pertengahan jalan oleh pihak pihak sedangkan beliau nak pergi ke IPK. Fakta sebenar, polis 'cekup' Anwar tengah jalan kerana Anwar nak balik ke rumahnya dan kunci pintu supaya polis datang ke rumahnya dan kepung rumahnya seperti 1998. Lagi pun polis bukan bodoh, kalau terpaksa kepung dan kopek pintu rumah Anwar, Anwar akan beritahu media antarabangsa, rumah saya kena kepung dan dikopek. Jadi lebih baik, cekup tengah jalan, sebelum Anwar sampai ke rumah dan kunci. Masa kena cekup, peguam Anwar ada bersama, kenapa dia tak halang. Sepatutnya, kalau benar Anwar nak bekerjasama dengan polis, beliau terus ke IPK dalam perjalanan dari BPR Putrajaya. Kenapa pula melencung ke rumahnya ? Kalau nak lapor keburukan orang lain, awal-awal lagi dah bertolak, kalau nak beri kenyataan kepada polis, kerana didakwa suspek, pelbagai alasan diberi termasuk bersembunyi di kedutaan Turki dan menyorok dalam bilik bacaan di rumahnya.
6. Anwar kata beliau kena telanjang semasa di HKL. Pengarah HKL pula kata, mereka tak suruh Anwar telanjang. Mana satu yang betul ni ? Anwar suka cakap berbelit-belit dan berpusing-pusing. Pantangnya hanya satu, pantang jumpa pentas India akan termenari dengan sendiri walaupun tidak disuruh. Sebab itu semua peguam peribadi beliau India, S. Nair, Sivarasa..
7. Bermakna, jika sambutan dalam negara semakin kurang kepada Anwar, beliau hanya mempunyai satu peluang sahaja iaitu melaporkan kepada kedutaan asing. Anwar beritahu kedutaan asing, sistem kehakiman Malaysia, polis telah korup. Pihak hospital tidak profesional, suruh beliau telanjang dan pelbagai keburukan lagi yang menunjukkan Malaysia tidak demokrasi dan perlu dikenakan tekanan politik pihak negara luar kepada Malaysia.
8. Semua ini membuktikan Anwar memang bergantung kepada kuasa asing khususnya Amerika Syarikat yang beliau telah dilantik sebagai Council on Foreign Relations (CFR) New York
Baru-baru ini Anwar telah semangatnya pergi ke BPR untuk menyerahkan dokumennya tentang apa yang dikatakan salah laku Ketua Polis Negara dan Peguam Negara semasa mengendalikan kesnya 10 tahun yang lalu. Begitulah keadaannya jikalau orang dilayan mengikut cara yang dia mahu. Maka,segalanya baik dan indah belaka. Anwar dalam kes tuduhan liwatnya bukanlah pesalah politik ataupun orang yang menuduh. Dia adalah tertuduh. Sudah menjadi hak yang tertuduh, hanyalah apabila diisytiharkan bersalah, barulah jatuh hukum. Jika belum lagi sabit kesalahannya, maka orang itu sama macam orang lain. Bebas dan merdeka.
Namun, sebagai orang yang dituduh, tiada layanan istimewa patut diberikan kepadanya semasa soal siasat ataupun sebarang pemeriksaan dlakukan oleh pelbagai agensi yang terbabit. Anwar bukan Ketua Umum PKR, bukan bekas Timbalan Perdana Menteri dan dia bukan juga bakal Perdana Menteri (walaupun sekadar angan-angan) sewaktu ditahan untuk soalsiasat. Dia hanyalah tertuduh seperti orang lain yang dituduh salah.
Penyokong Anwar wajar berfikir dengan waras. Benar, Anwar orang yang dihormati dan disanjungi penyokongnya. Namun, penyokongnya harus berfikir bahawa undang-undang sepatutnya neutral dan buta. Ia tidak kira siapa. Jikalau Anwar mahukan layanan istimewa, maka ia tidak adil untuk rakyat biasa yang juga dituduh samada memang itu kesalahannya ataupun dianiaya. Apakah penyokong PKR hendakkan seorang pemimpin yang hanya hendakkan penyokongnya berkorban tetapi dirinya sendiri tidak mahu sedikit pun kesusahan?
Rakyat yang menyokong PKR sanggup bermandikan air asid dan berjemur di tengah panas. Malahan, ada di antara mereka yang sanggup berkorban diISAkan. Tetapi, bagaimana dengan Anwar? Brother itu seolah-olah tidak sanggup susah. Cerita lantai simen diperbesar-besarkan.Malahan, untuk kemudahannya, dia boleh berkubu di kedutaan asing terbirit-birit menyorokkan diri.
Dalam kes Anwar telanjang, HKL dan Anwar memberikan dua versi yang berbeza. Satu seolah-olah tidak malu mengaku ditelanjangi, satu lagi menafikan kehormatan Anwar dicabuli. Kita tidak pasti samada wartawan tersilap tafsir kerana secara harfiyahnya iaitu literalnya, tiada kata-kata bahawa Anwar tidak ditelanjangkan daripada mulut Pengarah HKL.
"Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu," kata Dr. Zaininah dalam kenyataan di sini hari ini.
Oleh itu, barangkali kehormatan Anwar disaksikan, cumanya, berapa lama? Adakah dia dibogelkan terus tetapi sebentar atau dibiarkan berbogel untuk suatu ketika yang lama? Itu persoalan yang rakyat harus tanya kepada Anwar. Jikalau dia dibuka baju dan seluar luar dan dalam untuk melihat keadaan kesihatannya dan ditutup pantas, maka ia mengikut prosedur yang biasa.
Untuk orang normal yang ingin membuat pemeriksaan biasa terutamanya untuk ke Universiti pun, doktor akan melihat kemaluan orang yang diperiksa. Tidak timbul soal kehormatan dicabuli. Apatah lagi jikalau orang yang dituduh salah dalam jenayah seks. Maka, sukarlah untuk tidak percaya bahawa anu si tertuduh tidak akan diperiksa. Ini bukan perkara yang lucu.
Oleh itu, sepatutnya kes Anwar telanjang tidak seharusnya diperbesar-besarkan Anwar. Yang patut Anwar marah adalah kepada R Sivarasa kerana tidak melakukan sesuatu untuk menasihatkannya agar tidak dibogelkan. Peguamnya boleh bertegas dengan hospital tetapi dia tidak. Sivarasa tidak memberi nasihat demikian sebagaimana tegasnya Sivarasa dalam isu DNA.
Perkara ini sebenarnya keanak-anakan. Tetapi, keanak-anakan Anwar ada matlamat. Tujuannya ialah untuk mewujudkan keraguan terhadap semua institusi yang boleh mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat ini mengikut undang-undang negara. Hospital, Pejabat Peguam Negara, Bukit Aman dan selepas ini mungkin Jabatan Kimia akan cuba dicemarkan imejnya sebaik mungkin oleh Anwar.
Ini kerana jabatan-jabatan kerajaan ini boleh mensabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut. Sebelum keputusan dijatuhkan, maka cemarkanlah nama jabatan-jabatan ini supaya jatuh kredibilitinya. Padahal, sepatutnya Anwar menunjukkan contoh yang baik terhadap rakyat agar menjunjung kedaulatan undang-undang. Tetapi, tidak pula kesnya dengan BPR kerana harapannya keputusan BPR akan berpihak kepadanya. Jadi, itu sebabnya kredibiliti BPR tidak diganggu gugat untuk mencapai matlamat politiknya.
Oleh itu, rakyat terutamanya penyokong PKR harus berwaspada. Sokonglah Anwar sebagai seorang pemimpin politik sahaja, tetapi janganlah bicara soal perjuangan kepadanya. Orang yang banyak dalih dan musabab seperti ini bukanlah seorang pejuang tetapi politikus yang berhati tikus.
"Sebenarnya pada 27 jun,anwar sudah mula gelisah apabila saiful hilang.beliau menelefon ke sana sini bertanya tentang saiful dan mengarahkan org2 yg rapat dgn beliau mencari saiful.kenapa beliau gelabah jika pembantu kpd pembantu peribadi beliau yg hilang ? pd tahun 98,kita semua boleh lihat pd masa itu majority org melayu bersama anwar.tetapi sekarang berapa kerat sgt org melayu bersama anwar.ini boleh diukur dgn perhimpunan di ipk kl dan di rumah anwar"
+++++++
Dalam posting blog ini tempoh hari diatas tajuk “DNA: Kenapa Anwar Takut..???”, blogmaster telah mengundang komen/respon/feedback dari pengunjung pengunjung blog ini.
Blogmaster amat tertarik dengan komen yang datang dari pengirim yang mahu dikenali sebagai “ZEMI”. Komen beliau boleh dibaca sekiranya anda klik pada ruangan comment posting tajuk tersebut.
Namun, blogmaster pastekan disini sebagai bahan bacaan untuk kita kongsikan bersama. Kepada sdra/i ZEMI, terima kasih kerana menukilkan tulisan serta pandangan yang baik dan bernas tanpa memihak kepada sesiapa pun.
Silakan membacanya…….
BISMILAHHIRAHMANIRAHIM SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHD SAW.ASSALAMUALAIKUM MASYAALLAH ! TUDUHAN KPD ANWAR TERUK.BACA DAN RENUNGKANLAH.
Tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang amat berbeza dgn situasi 1998.pd masa itu anwar mungkin boleh berkata konspirasi kerana beliau masih tpm,sekarang bukan tpm.pd 98 semua tertuduh kes liwat ditahan polis terlebih dahulu dan membuat pengakuan diliwat semasa dlm tahanan polis,keculi azizan yg membuat pengakuan awal di hadapan bekas imam besar masjid negara,yg mana sekarang bekas imam itu ahli parlimen baling ,kedah.
Sekarang pulak si saiful ini buat pengakuan bukan di bawah tahanan polis.betul saiful ada berjumpa dgn najib (tpm),tetapi najib pun tak berani bagi komen apa2 kerana takut dituduh berkonspirasi atau perangkap drp anwar,najib hanya berkata kpd saiful buat apa yg perlu.habis setakat itu pertemuan dgn najib.
keesokan hari saya difahamkan saiful ke hkl kerana hendak buat pemeriksaan susah utk membuang air besar dan setelah pemeriksaan doktor megarahkan saiful membuat laporan polis di pondok polis hkl.bukannya saiful pergi buat laporan polis secara “grand” dgn diiringi wartawan dan dan politician,kemudian hebahkan di media masa secara meluas.
Media masa mula melaporkan perkara ini pun setelah dihebahkan oleh anwar di hotel quality shah alam yg polis akan menangkap beliau kerana ada konpirasi politik terbaru.dan keberanian yg ada pada saiful ini agak luar biasa,tanpa akuan bersumpah,dgn diiringi keluarga ke hkl utk pemeriksaan.dan jarak antara tempoh diliwat dgn tempoh laporan sgt dekat.diliwat 26.jun,laporan polis 28.jun.
Sebenarnya pada 27 jun,anwar sudah mula gelisah apabila saiful hilang.beliau menelefon ke sana sini bertanya tentang saiful dan mengarahkan org2 yg rapat dgn beliau mencari saiful.kenapa beliau gelabah jika pembantu kpd pembantu peribadi beliau yg hilang ? pd tahun 98,kita semua boleh lihat pd masa itu majority org melayu bersama anwar.tetapi sekarang berapa kerat sgt org melayu bersama anwar.ini boleh diukur dgn perhimpunan di ipk kl dan di rumah anwar.
Persoalannya jika saiful pembantu kpd pembantu anwar,kenapa anwar agak rapat dgn saiful dan dibawanya saiful beberapa kali ke luar Negara dan ke sabah.jika anwar betul2 ada akal beliau tidak pilih budak saiful ni sbg pembantu,saiful ni budak mentah lagi,tiada pengalaman politik,kenapa beliau tidak pilih di kalangan pemuda2 pkr atau mpt pkr sbg pembantu,sedangkan mereka ini lbh pengalaman.
Sepertimana yg kita semua sedia maklum yg saiful ini bersedia utk bersumpah,tapi kenapa anwar tak sanggup bersumpah.MASYAALLAH ! wahai sahabatku sekelian sedarkah anda semua tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang AMAT BERAT,DICELA,DIHINA,DIAIBKAN bukan saja seluruh Negara malah boleh dikatakan seluruh dunia.dan ini boleh mencacatkan pandangan masyarakat dan dunia islam terhadap anwar yg sering dipandang dan dilabel sbg pemimpin berimej islam.
Pesoalan juga timbul difikiran saya,kenapa kedua dua peguam yg mewakili anwar dlm kes ini India.kenapa tiada peguam melayu islam sepertimana dlm kes pertama dulu,yg mana beliau diwakili oelh 9 peguam terdiri drp pelbagai agama dan bangsa termasuk islam.
Perbicaraan di mahkamah masih lagi lambat,imej anwar harus dpulihkan segera.tida cara lain utk membersihkan nama beliau melainkan dgn cara BERSUMPAH ATAU BERMUHABALAH.
andaikata perbicaraan di mahkamah nanti pun memutuskan anwar bersalah,tetapi jika anwar sudah bersumpah ianya dapat mengembalikan keyakinan org2 islam utk bersama beliau,dan org2 ini tetap yakin anwar tak bersalah dan pada masa kita dpt bayangkan berapa ramainya penyokong anwar pada masa itu.dan pada masa itu barulah kita boleh bercakap perkara ini semua konspirasi.
Anwar tak perlu guna helah ada ulamak kata tak perlu bersumpah,anwar juga harus ambil kira ada ulamak yg suruh bersumpah termasuk tok guru nik aziz.perbezaan pendapat ulamak ini perkara biasa,seperti mana sabda nabi perbezaan pendapat antara ulama diakhir zaman ini adalah rahmat buat umatku (kpd mereka yg arif,kalau saya salah tentang sabda ini tlg perbetulkan saya).
Tentang qazaf dan apa yg saya faham,qazaf ini digunapakai terhadap tuduhan berzina,maknanya org yg melakukan seks atau liwat atas dasar suka sama suka dan apabila ditangkap mereka tak mengaku,maka hendaklah kita kemukakan empat saksi.sebab itu pencegah maksiat jika hendak buat serbuan mereka mesti ada 4 org atau lebih.
bg org yg membuat pengakuan dia diliwat atau dirogol jika kita gagal kemukakan 4 saksi maka penyelesaiannya ialah BERMUHABALAH.Anda semua harus pandai bezakan antara zina dan rogol.zina suka sama suka,rogol paksaan.mana ada dlm dunia ni perogol atau peliwat yg nak rogol atau liwat mangsanya di depan 4 org.mestilah ianya dilakukan ditempat sunyi,kalau dah ada 4 org saksi maka si perogol atau peliwat ini dah tentu MAKAN PENENDANG 4 org ini tanpa sempat merogol atau meliwat.
Sbg contoh seorang wanita cantik cun melecun sedang berjalan di kawasan sunyi,tiba2 dtg seorang lelaki tarik beliau masuk ke dalam kereta dan dibawa ke dlm hutan lalu merogolnya.wanita itu tidak melawan semasa dirogol kerana takut dibunuh dan bibakar mayatnya,maka wanita itu pun terpaksalah buat berpura pura suka pada perogol ini.selepas selesai episode rogol merogol ini,wanita ini pun pulang dgn selamat dan beritahu keluarga beliau yg dia dirogol,kemudian wanita ini di bawa ke pejabat agama utk buat laporan,dan pada masa itu pegawai agama itu akan bertanya begini.
kamu ada 4 saksi tak melihat kamu dirogol ? wanita itu jawab tiada.kalau tiada kamu boleh balik,kerana gagal kemukakan 4 saksi.ADAKAH INI KEADILAN YG DIKEHENDAKI DLM ISLAM ? DI MANA KEADILAN ? CUBA BAYANGKAN JIKA PERKARA INI BERLAKU KPD ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA KITA.
Wahai sahabatku,islam dan sains teknologi ini ada kena mengena,kalau takde kena mengena maka sampai hari ini pun kita masih naik unta atau kapal laut ke mekah,jika tiada kena mengena susah kita hendak menentukan arah kiblat,tarikh puasa dan hari raya.jika tiada kena mengena maka tak sampailah org islam di angkasa lepas.
sebab itu ada satu ayat yg diperkatakan oleh yusof qardhawi (ulamak sanjungan anwar) iaitu QARENAH.dan QARENAH ini ,pendapat drp yusof qardhawi ini yg mengatakan kaedah yg boleh diterima pakai oleh semua pihak dlm islam sekarang adalah perkara yg berkaitan dgn sains dan teknologi termasuklah cctv ,DNA dan apa2 lagi yg ada kaitan yg boleh dijdikan bukti dari sudut sains dan teknologi,selain drp 4 saksi tadi.
Oleh yg demikian jika anwar ibrahim atau saudara mara beliau atau kenalan2 beliau yg terbaca tulisan ini,nasihatlah kpd beliau jika beliau tak bersalah cepat cepatlah bersihkan nama beliau dgn cara BERMUHABALAH,tak payah lagi teruskan pelbagai kerenah seperti sekarang kerana ianya amat lambat utk pulihkan imej beliau.
kasihanilah bapak beliau (pak berahim) yg sedang uzur sekarang dan juga kasihanilah anak isteri beliau.apakah dia sanggup melihat bapa beliau memejamkan mata di dunia ini dgn pelbagai tuduhan yg mengaibkan anwar,sperti mana ibu anwar dulu memejamkan mata beliau sewaktu anwar di penjara..ingat wahai sahabatku,tuduhan terhadap anwar ini amat aib sekali,maka beliau perlu berusaha membersihkan nama beliau secepat mungkin.
anwar juga harus memikirkan maruah anak isteri beliau,mereka juga malu hendak berdepan dgn masyarakat selagi anwar tak bersihkan nama beliau.saya juga dimaklumkan yg anak lelaki anwar sekarang ini mohd ikhsan juga hidup dlm tekanan,hingga berkrisis teruk dgn anwar.budak remaja ini seperti tiada arah tuju sekarang,sudah mula merokok di kawasan kolej (help institute) damansara,hingga merunsingkan pengetua kolej.sebab itu jika kita melihat setiap kali kemuculan anwar dimana2 beliau hanya ditemani oleh anak2 perempuan,anak lelaki tunggal beliau tidak ikut sama.wallahualam.
Sekiranya anwar bersalah,maka saya rasa lebih baik beliau selesai kes ini dgn saiful diluar mahkamah,serta mohon maaf kpd seluruh rakyat Malaysia,jgn terlibat dgn politik lagi dan bawa keluarga berpindah ke luar Negara.jika anwar sanggup lakukan semua ini rakyat Malaysia akan kenang anwar sbg pemimpin yg jujur dan berani mengaku kesalahan.pd pendapat peribadi saya,tak ingin melihat anwar dipenjara,kerana beliau sbg bekas pemimpin sedikit sebanyak ada juga jasa kpd Negara,tak sanggup melihat seorang yg dah berusia 60 tahun ada anak isteri,cucu dan menantu berada di penjara.kerana pada waktu usia sebegini sepatutnya waktu utk beliau hidup bersenang lenang bersama keluarga,bukannya di penjara.
ingat wahai dsai masih belum terlambat utk kita menyesali kesalahan yg pernah kita lakukan.allah itu maha pengampun,maha penyayang kpd umatnya.sedangkan nabi boleh memaafkan umatnya ,apatah lagi kami rakyat Malaysia yg sentiasa mudah melupakan kesilapan2 pemimpin2.jika anwar berada diluar Negara sekalipun,tidak semestinya beliau tidak boleh memberi pendapat2 yg bernas yg boleh dikongsi bersama utk Negara ini.saya tidak nafikan ada juga pendapat2 anwar ini yg baik dan boleh dipakai.
saya juga sanjung pendapat2 anwar semasa debat harga minyak tempohari,sekurang kurangnya ianya dpt membuka mata kerajaan melihat masaalah rakyat. Saya pun tak suka juga harga minyak mahal.
Oleh yg demikian saya harap anwar dapat fikir semasak masaknya,keputusan yg harus dibuat.jgn buang masa dgn pelbagai kerenah seperti sekarang,kerana jika ianya tidak diselesaikan dgn segera maka lebih banyak persepsi yg akan timbul dan lebih banyak pekung didada yg akan terbongkar.walahualam,hanya allah swt dan anwar sendiri yg tahu segala galanya.
Sekian sahaja setakat ini,yg baik dtg drp allah,yg buruk dtg drp saya.
Suasana lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur yang selama ini tenang menjadi ‘panas’ dengan kehadiran puluhan wartawan dalam dan luar negara apabila buat pertama kalinya secara terbuka pihak keluarga Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya mengadakan sidang media pada jam 4.30 petang. Lebih panas apabila peguam Zamri Idrus secara terbuka menegaskan, secara peribadi setelah meneliti semua fakta, beliau yakin memang adanya kes yang melibatkan Anwar dalam isu liwat tersebut.
“Saiful adalah anak guam saya, sebagai peguamnya saya memang yakin berdasarkan keterangan Saiful kepada saya,” katanya ketika ditanya adakah beliau yakin adanya kes terhadap dakwaan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar.
Katanya itu adalah pandangan peribadinya mengenai kes itu dan terserah kepada siasatan polis untuk menentukan kedudukan sebenar.
Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah bapa saudara Saiful (baju T merah) yang hanya mahu dikenali sebagai 'Uncle Pet'.
Zamri membacakan kenyataan media yang dibuat oleh bapa Saiful,Azlan Mohd Lazim.
Sidang media tersebut yang bertukar seolah-olah menjadi sesi ‘perbicaraan’ turut menyaksikan isu sama ada laporan polis itu benar-benar wujud atau tidak ekoran kenyataan Anwar yang mempertikaikan sehingga kini beliau tidak mendapat salinan laporan polis berkenaan.
Zamri berkata, laporan polis memang telah dibuat dan beliau sendiri telah melihat salinan laporan polis tersebut.
Terdahulu semasa membaca kenyataan bapa Saiful itu mendesak supaya Anwar memberikan kerjasama kepada polis untuk menyegerakan siasatan termasuk memberikan kerjasama untuk membolehkan ujian DNA dijalankan.
Menurut Azlan, sikap berdolak dalik Anwar telah menyebabkan siasatan tersebut tidak dapat disegerakan dan mendesak pihak berkuasa agar segera menyelesaikan siasatan kes berkenaan dan membawa indvidu yang terbabit dalam kes berkenaan ke muka pengadilan.
Azlan juga dalam kenyataannya itu berkata, anaknya Saiful bersedia untuk bersumpah bersumpah menurut cara Islam yang di mana-mana masjid dengan disaksi ulama untuk menegakkan kebenaran.
Bagaimanapun katanya, sumpah berkenaan hanya boleh dibuat setelah pihak polis menyelesaikan siasatannya.
Ketika ditanya adakah Saiful seorang gay (homoseksual), Zamri menegaskan anak guamnya bukan terdiri daripada golongan tersebut.
Ditanya, adakah benar Saiful kini dalam jagaan polis, peguam itu berkata, saiful kini bukan dalam jagaan polis tetapi dalam perlindungan polis untuk menjamin keselamatannya.
Selain persoalan berkenaan, wartawan juga bertanya kenapa bapa Saiful sendiri tidak tampil untuk membuat kenyataan berkenaan, Zamri berkata, buat masa ini bapa Saiful mempunyai komitmen lain dan pihaknya diminta untuk berbuat demikian. – 21/7/2008
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).