MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Jul 2008

Anwar Tak Mahu Muzakarah PAS-UMNO Berjaya?


Anwar Tak Mahu Muzakarah PAS-UMNO Berjaya?

Wednesday, July 23, 2008

Muzakarah PAS-UMNO telah memasuki beberapa fasa. Maka betullah beberapa blog dan laman pro UMNO yang mengatakan beberapa pimpinan PAS telah berjumpa dengan pimpinan UMNO beberapa ketika yang lalu. Namun, didiamkan seketika, apabila Nasharuddin Mat Isa menafikannya di lobi Parlimen bersama-sama dengan Wan Azizah, isteri Brother Anwar Bin Ibrahim.

Penulis mungkin selepas ini akan mengulas tentang impak muzakarah ini kepada mahasiswa dan PAS kampus. Tetapi, penulis akan pergi ke suasana yang lebih makro. Selepas itu, kita akan melihat kesannya terhadap kampus.

Disebutkan oleh sahabat penulis, saudara Azrinizam Ibrahim bahawa terdapat dua kumpulan yang berselisih pendapat dalam PAS tentang muzakarah ini. Satu dinamakan faksi Hijau dan satu lagi faksi merah. Faksi hijau mewakili golongan yang cenderung kepada muzakarah dan faksi merah lebih gemar mengasosiasikan PAS dengan DAP dan PKR.

Untuk mengkaji lebih dalam tentang fasi-faksi ini, kita harus melihat sejarah mereka. Pimpinan Faksi hijau adalah pemimpin PAS dari aliran lama (tanpa tarbiyyah) yang telah berjuang lama di dalam PAS dan juga golongan yang membawa ataupun mengikuti tarbiyyah PAS dari mula. Contoh golongan ini adalah Haji Hadi, Mustafa Ali dan Harun Taib.

Golongan Faksi Merah latarbelakang mereka adalah dari golongan IRC/JIM ataupun aparat-aparat Anwar dalam PAS. Mereka ini walaupun kononnya berbai'ah kepada Amir PAS tetapi wala' mereka masih samada dengan grup JIM/IRC ataupun Anwar. Golongan ini seperti Dr. Hatta Ramli, Anual Bakri Haron (Setiausaha Politik NIk Aziz) dan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS merangkap Tauke Harakah). Terdapat juga golongan yang dikatakan samar-samar latarbelakang tarbiyyahnya iaitu ditaribiyyah PAS tetapi mungkin diresapi unsur IRC seperti Husam Musa, yang nampaknya juga cenderung kepada faksi merah.



Maka, sekarang kata putus kepada pemenang adalah Mat Sabu dan Mahfuz Omar. Mat Sabu dikatakan menjadi payung kepada Syiah di dalam PAS dan Mahfuz Omar lebih kepada isu orientated. Oleh itu, pengikut-pengikut mereka ini adalah penentu kepada berjaya ataupun tidak muzakarah ini.

Buat masa sekarang,nampaknya pimpinan PAS tidak bulat dalam hal muzakarah ini. Ini kerana faksi masing-masing sedang menggerakan buah-buah caturnya. Datuk Nik Aziz ditonjolkan sebagai penghalang utama muzakarah ini. Namun, sebagai penganalisis politik, penulis berpendapat ia bukanlah idea dari Nik Aziz sendiri tetapi dari Anual Bakri Haron, setiausaha politiknya.

Anual Bakri Haron dikenali dahulu sebagai aktivis PMIUM di zaman ABIM-PKPIM yang rapat dengan Anwar. Pernah menjadi Presiden PMUM pada tahun 1979/80 ketika pengaruh ABIM dari segi memperjuangkan Islam masih kuat. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa bukan calang-calang orang yang boleh menjadi Presiden PMUM dengan sokongan PKPIM-ABIM pada tahun 70-an. Mestilah orang ini mendapat kepercayaan yang tinggi dari Anwar. Ini membolehkan kita membayangkan bagaiman orang sebegini bakal mempengaruhi tindak tanduk dan keputusan MB Kelantan.

Maka, aparat-aparat Anwar sekarang telah menggerakkan catur mereka iaitu Datuk Nik Aziz untuk menghalang PAS dari terus bermuzakarah dengan UMNO.Mursyidul Am PAS itu mungkin selesa di Kelantan dan kegetiran umat di Perak, Selangor dan Pulau Pinang tidak dapat dirasakan olehnya. Tambahan pula kini, suara-suara yang tidak senada dengan suara aparat Anwar di Harakahdaily dicantas. Harakah bunyinya lebih seperti Suara Keadilan daripada Suara untuk Ahli Jamaah.

Tetapi, pihak faksi Hijau melihat suasana makin payah bagi PAS. PAS tidak dapat menyampaikan agenda yang mereka perjuangkan selama ini. Petanda ini dapat dilihat berikutan disentuhnya pantang mereka yakni diadakan konsert terlampau sempena Perhimpunan Protes. Pengaruh PAS dalam PR juga diketepikan dan mereka dilayan seperti melukut di tepi gantang.

Namun, Anwar mengetahui PAS mempunyai kekuatan tenaga kerja yang ramai dan paling berorganisasi di antara semua parti. Oleh itu, Anwar sedang cuba untuk menghalang PAS dari keluar daripada Pakatan Rakyat. Namun, dengan tuduhan salah laku seks Anwar dan juga kurangnya iltizam dari Melayu PKR untuk memperjuangkan Islam memangkinkan harapan PAS untuk tidak lagi bersama dengan PR.

Kini, PAS perlu berfikir samada untuk terus bersama dengan PR yang menghakis kekuasaan Islam ataupun bersama UMNO yang sekarang berwajah lebih Islam dari PKR. Jikalau PAS mahukan kuasa untuk melaksanakan Islam yang mereka faham, maka ia perlu bersama UMNO. Jikalau PAS mahukan Islam ikhlas lillah juga, suasananya lebih hijau dengan UMNO. Sekarang ini, ia adalah dugaan kepada semua ahli PAS samada untuk thiqah dengan Haji Hadi ataupun kepada Anwar yang berselindung di sebalik penyuluh-penyuluhnya dalam PAS?

Namun, mampukah PAS memekakkan telinga dari mendengar suara-suara sumbang aparat Anwar yang bergentayangan dalam PAS untuk menentukan masa depannya sendiri?

baca artikel asal di maharajazhou.blogdrive.com

Tiada ulasan: