MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jul 2008

Bila Washington Membela Pekerjanya

Gambar: Anwar bersama dalam satu pertemuan di luar negara. Bersamanya salah seorangnya ialah Anthonny Sullivan, wakil dari NED.


Bila Washington Membela Pekerjanya


Tidak menghairankan kenapa Washington campurtangan berulang kali dalam kes Anwar.



Gambar: Dulu jumpa Madeline Albright, Setiausaha Negara Amerika. Kini pengganti jawatan yang sama iaitu Condoleeza Rice sebagai Setiausaha Negara juga turut membela Anwar


Pada tahun 1998, Wan Azizah Wan Ismail berjumpa dengan Madeliene Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat). Apakah ketika itu Wan Azizah saja saja berjumpa atau memohon bantuan dari luar untuk membebaskan Anwar Ibrahim?


Mulanya pada 30 Jun 2008, Tom Casey (Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat) bersuara meminta kerajaan Malaysia agar jangan menahan Anwar atas dasar politik.

Kemudian pada 17 Julai 2008, Sean McCormack, juga Jurucakap Jabatan Negara menggesa agar Malaysia adil dan saksama dalam kes Anwar Ibrahim. Mengapa mereka berminat sangat dengan individu bernama Anwar bin Ibrahim? Ada apa-apa kaitankah dengan mereka?

Gambar: Anwar cuba menafikan hubungannya dengan Amerika, hakikatnya ianya bukan propaganda tetapi realitinya memang ada. Sekali lagi Anwar berbohong dan berdalih


Pada 24 Julai, di Forum Serantau Asean ke-15 di Singapura, Rice terus dengan kenyataan angkuhnya menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan liwat yang libatkan Anwar.

"Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik. Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata Rice.

Sudah tiga orang dari satu pejabat yang sama memberi komen membela Anwar Ibrahim. Apakah Bush yang merestui kenyataan mereka ini? Sehari sebelum kenyataan Rice, pada 23 Julai, jam 11.30 pagi, Anwar bertemu dengan 38 orang wakil kedutaan asing di Ibu Pejabat PKR untuk memberi taklimat tentang isunya dan keadaan ekonomi semasa. Anwar beri taklimat atau mengadu pada orang asing?

Gambar: Anwar bersama dalam satu pertemuan di luar negara. Bersamanya salah seorangnya ialah Anthonny Sullivan, wakil dari NED


Tidak menghairankan kenapa Washington campurtangan berulang kali dalam kes Anwar. Dulu pada 1998, Al Gore campurtangan. Kini, Rice, Sean McCormack dan Tom Casey pula.

Ini kerana Anwar juga mempengerusikan satu yayasan yang mendapat tajaan dari pejabat yang sama dengan ketiga-tiganya orang tersebut.

Pada Disember 2005, Rice pernah hadir di Bahrain untuk melancarkan Foundation For Future (FFF) yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim.

Malah FFF, turut mendapat tajaan USD$35 juta dari Jabatan Negara Amerika Syarikat. Jika begitu, tidak salah sekiranya majikan campurtangan di negara lain untuk membela pekerjanya sendiri.

Apakah selepas ini Bush pula akan bersuara?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

baca artikel asal di anginperubahan.blogspot.com

12 ulasan:

Perawi berkata...

Jangan tertipu, Gunakan web Anuar:
http://anwaribrahimblog.com/

Perawi berkata...

jangan dikelirukan Web Site DSAI http://anwaribrahimblog.com/

hafizo berkata...

Bukan tertipu atau terkeliru, saja nak dapatkan kenyataan dan pendirian dari berbagai pihak.

Unknown berkata...

Semua yang ada dibelakang Anwar adalah rakan baiknya di kalangan Yahudi yang kuat support Anwar...

Tanpa Nama berkata...

ANWAR = A N WAR = AMERICA N WAR!!!

OLEH ITU, INGAT ANWAR, INGAT AMERICA AND WAR!!!

Perawi berkata...

Jangan kotorkan nama Anuar, dengan gunakan blog nama Anuar, saya cadangkan guna atas blog sendiri atas nama sendiri, jangan pesongkan otak manusia lain dgn gunakan nama anuar, saya harap fahamlah. Saya doakan semoga ALLAH SWT menghancur, mematikan empunya blog ini dalam keadaan seburuk - buruk azad & siksa, musnahkan, memberi bencana, musibah kepada empunya blog ini, kerana menipu dan menfitnah dgn guna nama anuar atau ooooooo gunalah nama sendiri

Ori Web Site DSAI http://anwaribrahimblog.com/

Mahathir telah mengaku, beliau buat fitnah terhadap anuar. see this web below:
http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98
atau refer: http://wtv8.tv/v3/

Perawi berkata...

http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98

Perawi berkata...

semak / bacalah sendiri laman ini

http://www.terengganukini.net/
http://www.harakahdaily.net/
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://kelantankini.kuliah.net/
http://kelantankini.com/
http://www.tranungkite.net/v7/
http://buletinonline.net/
http://www.dppkk.org/
http://www.pasjohorbahru.com/
http://nikabduh.wordpress.com/
http://webtv.pas.org.my/
http://www.raudhatussakinah.jim.org.my/
http://alhusseyn51.blogspot.com/
http://wtv8.tv/v3/

Perawi berkata...

Pembaca diharap jangan baca BLOG fitnah ini, takutkanlah balasan dari ALLAH, bila-bila masa jika Allah nak turunkan bala & musibah.
Jangan dok shok baca saja, fikirkan dosanya. Web Anuar yb betul: http://anwaribrahimblog.com

Unknown berkata...

agas >>> ko takut ke rahsia-rahsia besar anuwar didedahkan

salah tempatlah ko masuk

kat sini semua otai anti-anuwar ibrahim

silap haribulan dengan ko KO!!!

Perawi berkata...

Tak apalah cik kiah, sebab anuar tak lama lagi, boleh jadi PM. Nak ganti Pok Loh hadhari.

Ramai dikalangan pembesar MCA, MIC UMNO & lain-lain parti sudah insaf (walau pun yg bukan islam). Harapnya pengikut BN lain boleh berubah bagi membentuk Pakatan Rakyat dan dapat tumbangkan rejim Najib. Saya masih ingat lagi tipunya terhadap kumpulan almaaunah, di bukit jelatik. logiknya siapa nak cerobah kem askar, hanya najib saja yg dapat jawab, sebab dia menguasai kementerian pertahanan. WEB Anuar
http://www.terengganukini.net
http://www.anwaribrahim.com
http://wanita.keadilanrakyat.org

Perawi berkata...

"Semua yang ada dibelakang Anwar adalah rakan baiknya di kalangan Yahudi yang kuat support Anwar"...Itu adalah gambaran blog Yahudi yg dipunyai oleh penfitnah macam mahathir juga. Mahathir telah mengaku, beliau buat fitnah terhadap anuar. see this web below:
http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98
atau refer: http://wtv8.tv/v3/
Web http://anwaribrahimblog.com/