MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jul 2008

Rice tetap bela Agennya


Rice tetap bela Agennya

Thursday, July 24, 2008

Kami sekeluarga macam tak percaya apa yang kami dengar dan tonton dalam Atma Asia ASTRO P501 sebentar tadi mengenai kenyataan tegas Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika bahawa Amerika AKAN TETAP BELA Anwar Ibrahim.



Wow!!! Begitu sayang dan prihatin Amerika terhadap Anwar Ibrahimnya. Pasti Anwar sekeluarga, penyokong-penyokongnya serta rakan bersekutu dari Parti PAS dan DAP pun sama-sama terharu atas kenyataan tegas salah seorang yang sangat berkuasa dalam cabinet George Bush!!

Bagi kita hairan jugak mengapa Amerika beria-ia sangat nak mempertahankan Anwar Ibrahim. Apa istimewanya Anwar Ibrahim kepada Amerika? Setahu kita Malaysia tidak pernah pun ganggu gugat Amerika dalam aspek apa pun. Kalau Condoleezza Rice kata dia hendak kita memperbetulkan undang-undang hak assasi kemanusian kita kerana kononnya Anwar Ibrahim mangsa konspirasi dipihak atasan, maka kita pun boleh tanya adakah Amerika baik sangat?

Bagaimana pula dengan Penjara Guantanomo Bay yang kita tahu semua tahanan Islam yang kononnya Pengganas belaka begitu tersiksa dan dirantai macam haiwan sehingga ada yang sukar untuk solat? Bagaimana pula pembunuhan sejuta rakyat Iraq yang masih belum ada noktah hingga sekarang??

Sungguh tidak sedap hati bila ada negara luar hendak campur dalam urusan dalaman negara kita. Kita akan hampir mencapai kemerdekaan ke 51 tidak lama lagi dan belum pernah dalam sejarah tanah air Amerika beria ia hendak membela sesiapa pun dan mencampuri urusan dalaman negara kita.


Kita sama-sama fikirkan apa akan terjadi dalam jangka masa panjang pada Malaysia, satu satunya negara kita ini, jika insan bernama Anwar Ibrahim ini akan menjadi PM pada 16hb September nanti. Pasti George Bush akan hadir di Majlis Perlantikannya. Dan Condoleezza Rice mestilah turut serta.


baca artikel asal di melayuangkat.blogspot.com

3 ulasan:

Unknown berkata...

KENAPA PULAK YG AMERIKA BERIA-RIA NAK BELA ANWAR...
MANA NEGARA ISLAM, X DER PUN YG SOKONG ANWAR????
JELAS MENUNJUKKAN BHW ANWAR AJEN AMERIKA DAN PENGIKUT ISLAM ALA AMERIKA

fred berkata...

memangla xde negara islam sokong anwar sbb tengok dan baca tv3 utusan malaysia & berita harian.. mana nk lapor kalau media semua kecut nk lapor perkara benar.. nnt kene bom.. jgn la jadi bebal

Unknown berkata...

ANWAR = A N WAR = AMERICA N WAR!!

OLEH ITU, INGAT ANWAR, MAKA INGATLAH AMERICA AND WAR!!!