MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jul 2008

Amerika terus bela Anwar


Amerika terus bela Anwar


Kalau sudah Amerika Syarikat, berilah apa pun penjelasan ia tetap dengan gaya sebuah negara yang seolah-olah punya kuasa tanpa sempadan. Walaupun maklumat serta fakta diberikan, seperti mana biasa Amerika Syarikat telah membentuk pemikirannya sendiri terhadap sesuatu perkara dan ia tidak berubah.

Itulah yang berlaku dalam pertemuan antara Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice di Singapura hari Khamis.

Rais dalam kenyataanya mempunyai keyakinan yang amat tinggi menjelaskan Amerika Syarikat menghormati susunan dan tatacara undang-undang Malaysia dan tidak menyangkal penerangan yang diberikan mengenai dakwaan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya berharap Amerika Syarikat selepas ini, sama ada melalui pegawainya atau mana-mana pihak, tidak lagi mencurigai apa yang terkandung secara dalaman negara Malaysia, dan ini memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Malaysia” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Forum Serantau Asean ke-15 di Singapura.

Namun dalam satu laporan agensi berita AP, Rice terus dengan kenyataan angkuhnya dengan menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan liwat yang libatkan Anwar.

"Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik.

"Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata beliau seperti yang dilaporkan AP. Rice berada di Singapura untuk menghadiri persidangan keselamatan serantau sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN.

Menurut beliau, Amerika Syarikat sentiasa bercakap mengenai hak asasi manusia dan politik tetapi dilakukan dalam semangat menghormati Malaysia.

Dalam nada menghormati Malaysia , Rice menolak pendirian tegas Malaysia bahawa kes Anwar adalah isu dalaman negara ini.

"Amerika Syarikat tidak menganggap ini sebagai hal ehwal dalaman apabila keadaan seperti ini muncul, tetapi kami akan terus bekerjasama dengan Malaysia," katanya.

Ia merupakan respons Rice yang pertama sejak Malaysia mengemukakn nota bantahan kepada AS awal bulan ini ekoran campur tangannya dalam isu terbaru Anwar ini.

Pada 4 Julai lalu, Rais berkata,Kementerian Luar telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat. – 24/7/2008

baca artikel asal di agendadaily.com

2 ulasan:

Unknown berkata...

Anwar sentiasa menafikan sebarang hubung kait dengan Yahudi...
Apa yang pasti teman baiknya, Rice turut menyokong gila2 Anwar...nampak sgt Anwar semacam robot yg dicipta oleh Amerika....
Utk pengetahuan semua, Rice jg yg merasmikan Foundation For The Future yang diketuai oleh Anwar...Dan sebahagian besar dananya disupport oleh Amerika Syarikat....

Unknown berkata...

Anwar = Amerika
Anwar = Wolfowitz
Anwar = Rice
Anwar = Yahudi
Anwar = Neo konservatif
Anwar = Gay
sama-samalah kita tolak Anwar drp jd Perdana Menteri