MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Sep 2008

Malaysia Baru Anwar : Zul Nordin mangsa pertama



Malaysia Baru Anwar : Zul Nordin mangsa pertama


Oleh AhmadHadeed, Al Muslimin.

Ya , Malaysia baru versi Anwar yang penuh 'keadilan' yang memberi ' keadilan' untuk orang bukan Islam menghina Islam. Itu lah saya dapat rumuskan apabila peguam Zulkifli Nordin diberi surat tunjuk sebab oleh parti Anwar kerana terlibat dalam protes terhadap kebiadapan Majlis Peguam menganjurkan forum 'murtad revisited'.

Anwar tidak boleh mengatakan PKR bukan parti bawah nasihatnya dan surat tunjuk sebab itu sudah tentu atas nasihat Anwar. Kalau Anwar memerintah mungkin semua orangyang memperotes penghinaan terhadap Islam akan di beri surat tunjuk sebab

Polisi Parti Anwar ini boleh dianggap polisi negara 'Malaysia baru 'Anwar yang akan didirikan pada 16 sept, jika ia berlaku. Di mana kah pendirian Islam yang sibuk dilaung Pak Sheikh Anwar ini membela Islam kalau seorang lawyer Islam yang berani diambil tindakan dan Majlis Peguam yang biadap tidak diberi amaran langsung.

Saya tak nampak konsep keadilan Anuar menguntungkan ummat Islam. Memang terdapat ramai penulis blog yang telah histeri mahukan Anwar ke Putrajaya saperti histeria budak perempuan di SMK Tanjung Lumpur disampuk hantu tetapi apakan daya ia adalah kebebasan menjerit di negara ini.

Ummat Islam mesti jangan membiarkan saudara seislam Zul Nordin KESEORANGAN menerima hukuman dari parti Anwar. Salehudin Ketua Pemuda PAS mesti membantah kerana beliau protes bersamanya atau kalau PAS takut membantah, orang ramai mesti membantah terutama ummat Islam. Jangan jadi petualang ugama. Bila ugama dihina ramai yang mahu satu protes dibuat tetapi bila seorang dihukum oleh parti Anwar PKR semua diam saperti tikus .

Saya berdoa agar Zul Nordin diberi kekuatan untuk menghadapi musibah dari orang yang benci pada Islam dan semuga Allah memberi berjuta kebaikan kepada akhi Zul kerana susah payah mempertahankan ugamaNya. Ingat wahai Anwar , Allah telah berfirman di dalam al Quran sesiapa yang menyakiti mereka yang ikhlas di jalan Allah , azab yang pedih tersedia untuk nya.


(15) Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata. Al Ahzab surah 33 ayat 58


Dari Blog Akhi Zul


Assalamua'laikum to all,

Hari ini PKR memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos.

Kesalahan yang saya didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.

Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept. Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.

Saya pasti akan berdepan dengan Jawatankuasa ini yang dijadualkan pada 9 Sept @ 10am nanti. Insyallah yang hak tetap akan dilindungi ALLAH..

Aamantu billah summastaqim.

Adios..

Nota : Al Muslimin adalah NGO Islam - Membela Ummah dan Mustadafeen. Laman Web Al Muslimin adalah portal berita dan komunikasi untuk membincangkan isu berkaitan ummah dan mustadafeen. Matlamat kami ia penyatuan ummah dan menegakkan kebenaran Islam. Al Muslimin juga adalah tempat pertemuan Ummah di alam cyber untuk meningkatkan ukhwah Islamiyah.

sumber - Al Muslimin

Baca artikel lain tulisan AhmadHadeed :

1. Kerana Amerika, Anwar sanggup burukkan Islam

2. 10 sifat Anwar yang bahaya kepada umat Islam

3. Rampasan kuasa : Anwar tak perlu heret Yang Dipetuan Agong

4. Anwar suka cakap besar

5. Taktik Peperangan Anwar Ibrahim

6. Anwar dengan politik casanova

7. Anwar tak layak jadi ahli politik Malaysia

8. Estada kawan rapat Anwar gesa perang besar ke atas MILF

9. Anwar Ibrahim: Dari pejuang Islam ke pejuang sekular

10. AL-MUSLIMIN: Analisa Politik Ummah Semakin Menarik



Tiada ulasan: