Tuesday, September 16, 2008
Melihat kepada tindak tanduk Amwar yang rela menghancurkan negara dengan taktik rampas kuasa melalui politik lompat berlarutan hanya kerana ingin menjadi PM , maka saya rumuskan bahawa Anwar tidak layak langsung menjadi ahli politik Malaysia jauh sekali menjadi PM. Mungkin pengikut fanatik anwar akan marah berasap tetapi itu lah rumusan peribadi saya.
Seorang ahli politik mestilah seorang yang berhemah dan sentiasa mementingkan kesajahteraan rakyat dan negara walaupun begitu bersemangat untuk membawa kesajahteraan kepada rakyat
Semua ahli politik mahukan perubahan kepada negara untuk penambahbaikan tetapi mereka tidak harus melampaui tata susila sehingga sanggup membiarkan rakyat gelisah kerana untuk menarik 30 MP untuk mengkhianati parti mereka .Anwar telah meletakkan negara dalam krisis kepimpinan berpanjangan.
Bagi Anwar, beliau melakukan nya dengan sangat seronok sekali. Anwar sanggup melakukannya dan saya anggap beliau tak layak langsung menjadi ahli politik masyarakat kerana tak mungkin seorang gila kuasa dan tidak menghormati kesajahteraan negara boleh menjadi ahli politik yang baik.
Memang mengikut pelembagaan Malaysia Anwar boleh meneruskan permainan budak budak nya sehingga dua tahun atau tiga tahun walaupun 16 september telah meletakkan nya sebagai seorang pembohong namun beliau mesti ingat rakyat dan negara ada had dan kesabaran melayan kerenah nya.Saya rasa Anwar akan terus menggunakan taktik teka teki lompak parti untuk merampas kuasa kerana beliau telah tidak ada nilai murni sebagai seorang rakyat yang perihatin.
Taktik Anwar hanyalah senang iaitu
1. Mensabotaj semua rancangan kerajaan untuk tidak mestabilkan negara
2. Menimbulkan benci orang bukan melayu kepada kerajaan sekarang
3. Tidak menamatkan cerita 30 mp bn lompat ke PR dan membiarkan teka teki berlarutan
4. Melagakan pimpinan PAS untuk memastikan PAS bukan penghalang
5. Mengutuk konsep politik mempertahankan Melayu Muslim atas alasan itu perkauman
6. Memainkan 'play innocent game' atau ' game kamu jahat aku baik'.
7. Bergabung dengan persatuan extremis china dan india untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan memerintah menyamai pakatan northern alliances afghanistan
Adakah taktik Anwar ini akan berjaya. Jawapan nya ialah ' tidak'.
Rakyat Malaysia adalah rakyat yang matang dan Anwar sebenarnya memandang rendah kematangan budaya politik rakyat Malaysia. Fokus Anwar kepada MP Sabah Sarawak melompat parti mungkin kerana Anwar merasa orang Sabah Sarawak bodoh tetapi ini tidak betul sama sekali. Orang Sabah dan Sarawak adalah bumiputera yang prihatin.
Perkara yang akan menyekat mainan politik Anwar untuk terus meracau dan mengacau keharmonian kaum ialah sejarah Malaysia itu sendiri. Malaysia telah di dirikan bersama atas persefahaman orang melayu dan bukan melayu untuk merdeka dan mereka telah melalui satu proses penyatuan yang amat hebat iaitu apabila mereka menghadapi ancaman kominis Bintang Tiga secara bersama dan kita telah berjaya menghancur revolusi bersenjata mereka di hutan belentara.
Malang sekali kita alpa bahawa socialism itu masih hidup dalam sanubari mereka yang pernah cuba menhancurkan kita.
Saya sangat yakin bahawa element yang berada di belakang Anwar adalah element socialist saki baki kominis dahulu yang mempunyai dendam lama. PAP dan DAP adalah parti dari akar socialist yang sama dan kejayaan mendapat Singapura telah menyebabkan mereka masih menyimpan rasa manisnya merampas negara ummat islam milik orang melayu. Bagi saya Anwar hanyalah pawn atau biduk percaturan politik DAP untuk merampas Malaysia.
Bagi orang Melayu Muslim , kita sebenarnya belum membuat usaha maksima untuk mempertahankan tanah air kita dari di rampas oleh orang dagang yang bertandang di sini. UMNO memanglah sudah lemah tetapi PAS tidak patut juga lemah mempertahan ummah. PAS sekarang telah menjadi king maker yang sebenarnya walau pun istillah ini di benci oleh DAP dan cuba menukarnya kepada istilah lain.
PAS sebenarnya masih terbelenggu dengan pemikiran politik lama yang menggangap umno sebagai musuh bukannya saudara yang perlu diberi tarbiyah dan di dampingi. Percaturan politik Anwar telah berjaya melagakan Ustaz nik aziz dengan Mustapa ali dan ini perlu di elakkan segera. Saya yakin sekarang telah terdapat hardcore Anwar propagandist yang bekerja siang dan malam untuk memecahkan jemaah PAS supaya PAS tidak akan menjadi penghalang kepada kerja buat Anwar yang gila kuasa.
Rumusan nya , tindakan PAS untuk tunggu dan lihat ada lah tepat dan syarat PAS meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala gala nya adalah sangat tepat. Ini adalah garisan merah dan sesiapa yang berani melintasi nya akan terkorban.
Hasbunallah wa ni'mal wakeel
Allah hu Akbar
sumber - al Muslimin
3 ulasan:
Setuju dgn pendapat saudara. Untuk pengukuhan sila lihat http://waadat.blogspot.com
Lihat bagaimana gerakan berterusan diatur bagi menguasai negara dgn disokong oleh Britain.
anwar sebenarnya sedang sakit.
kenapa lah pakat dok kena auta dengan orang yang sedang sakit.
semoga azizah cepat-cepat bagi ubat sebelum penyakit bertambah parah...takut hilang insight terus je...
16hb dia tak makan ubat. tu sebab najib kata....FATAMORGANA......
anuwar hanya layak jadi ahli politik kerajaan bunian @ ayah pin
Catat Ulasan