MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Sep 2008

Antara Saiful dan Anwar- Antara Tertuduh dan Mangsa


Antara Saiful dan Anwar- Antara Tertuduh dan Mangsa


oleh True Heart Finder

Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi,

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad(SAWA) dan ahlulbait yang suci berserta sahabat yang terpuji;

Salam Alaikum Wr Wb,

Macam-macam pendapat yang dikeluarkan oleh ustaz-ustaz di Malaysia ini.Ada yang kata sumpah Saiful sah, ada yang kata sumpah saiful tak sah dan ada juga suara suara sumbang dari penyokong 'orang itu' yang mengatakan bahawa Saiful sebaliknya perlu disebat mengikut undang-undang Islam kerana gagal membawa 4 saksi. Benarkah begitu?

Saiful telah melaporkan bahawa dia sebagai MANGSA LIWAT. Benarkah di dalam Islam jika seseorang mangsa yang diperkosa/ diliwat akan dikenakan hukuman sebat jikalau gagal membawa 4 saksi ?

Adakah nasib seorang perempuan yang malang dan benar-benar diperkosa oleh seorang lelaki durjana di dalam rumahnya sendiri akan disebat kerana gagal membawa 4 saksi?

TIDAK SEKALI. Ini kerana mengikut undang-undang Islam, seorang wanita yang diperkosa tidak akan diminta untuk membawa 4 saksi.Kita lihat pendapat Sheikh Ahmad Kutty yang dipetik dari IslamOnline mengenai ' ARE RAPED WOMEN ASKED TO BRING 4 WITNESSES? "

If a person makes an allegation of adultery against another person (male or female) he or she must produce four witnesses to support such an allegation; otherwise, he or she is guilty of slandering, which is a grave offense in Islam, for we are not to tarnish the honor of anyone.

A woman who has been raped cannot be asked to produce witnesses; her claim shall be accepted unless there are tangible grounds to prove otherwise. To insist that she provide witnesses is akin to inflicting further pain on her. If anyone refutes her claim of innocence, the onus is on him to provide evidence, and she may simply deny the claim by making a solemn oath, thus clearing herself in public.


The Prophet (peace and blessings be upon him) said, “The onus to provide evidence falls on the one who makes a claim, and the one who denies (the same) can absolve himself or herself by making a solemn oath to the contrary.”

As for a spouse who witnesses his or her partner committing adultery and the other party denies it and they are unable to provide witnesses, they are, if they so desire, to part company by repudiating each other by engaging in what is known as a solemn oath and prayer of curse (li`an). It is described thus in the Qur’an: “And those who accuse their wives, and have no witnesses but themselves, then the testimony of each of them shall be a testimony sworn by God repeated four times, that he is indeed truthful.

And the fifth (oath) is that God’s curse be upon him if he is lying. And it shall avert punishment from her that she testify a testimony repeated and sworn by God four times, that he is lying. And a fifth (oath) that the wrath of God be upon her, if he has spoken the truth” (An-Nur: 6-9).


Islamonline

sumber - nowadays2020.blogspot.com



7 ulasan:

hilbertmontell berkata...

Tak masuk akal juga, bila dipikir-pikirkan. Sebelum dia diliwat, tak mungkin Saiful nak bawa 4 orang supaya dapat melihat bagaimana aksi Anwar ketika meliwat dia. Mana Saiful nak letak muka dia lagi?? kalau depan orang dia diperkosa, dengan semua aurat dia orang nampak.

Jejakasuci berkata...

Salam sejahtera

Biar allah saja yang tentukan siapa yang benar siapa yang salah.

Kalau nak difikirkan dari sudut Islam sumpah Saiful dah cukup pembuktian. Dia bersumpah atas nama agama Islam agama kita. Kalau kita dok berdolak dalih lagi apa jenis kita ni yang mengaku sebagai Islam.Macam tak percaya pada agama sendiri pulak.

aziela berkata...

saudara,

4org saksi tu x semestinye yang melihat kejadian tu..Saksi2 tu barangkali seseorg yg bole mengesahkan Saiful tu diliwat..contohnye doktor yg merawat saiful.dia pon boleh dijadikan saksi semasa perbicaraan tu nanti.

ada otak pk btol2....masakan seorg lelaki berumur 23thn xleh melawan org tua yg berusia 60thn ms dia di liwat...si saiful tu bapuk ke??tgk gaya dia,dia mcm lelaki normal..bapuk pon kalu melawan sakit jugak woo kne pukul ngn diorg ni...

atau..barangkali kejadian berlaku atas dasar suka sama suka.....??

melor berkata...

Memang lah AI sudah mengaku suka sama suka. Aziela faham tak kalau orang terlalu syiok dengan sesuatu atau kepada seseorang? Macam juga perempuan yang sudah tergadai body kepada lelaki yang dia syiok sangat, serupa lah dengan mereka berdua ni. Ini lah yang sudah belaku kepada Saiful, beliau ni mat jiwa2, boleh nampak orangnya lembut dari air muka serta tutur bahasa. Aziela ada kenal orang2 macam ni? AI ni bi-sexual, yes, suka wanita dan lelaki. Allah jadikan billion manusia dalam dunia ni, rasa tak ada ke orang2 macam ni.

True Heart Finder berkata...

salam,

aziela masalahnya saiful mengaku bahawa ia diliwat tanpa rela.jadi kita tak boleh terus menghukum saiful tetapi harus beri dia peluang untuk buktikan bahawa kenyataan dia benar. namun begitu dia ditomah dan dihina oleh penyokong anwar tanpa belas kasihan. inikah dinamakan keadilan?

siapa kata 4 saksi yang dituntut hanya melihat kejadian? 4 saksi yang dikatakan dalam hukum islam ialah yang benar benar melihat kejadian tersebut dan bagaimana ia berlaku.tapi 4 saksi ini wajib dikemukakan oleh orang ketiga yang membuat tuduhan.4 saksi ini juga perlu terdiri daripada 4 orang yang beriman.

tetapi kes saiful lain.ia datang dan mengaku sebagai mangsa liwat/rogol.disebabkan itu 4 saksi tidak diperlukan.namun begitu,jika akhirnya saiful terbukti menipu atau berbohong, maka hukuman sebat akan dikenakan ke atasnya.dan jika didapati kedua kedua melakukan perbuatan itu suka sama suka.. dua dua lah yang akan dikenakan hukuman.


ada suatu ketika di mana sayyidina ali di datangi seorang wanita yang mengaku dirinya dirogol oleh seorang pemuda. dan menunjukkan bukti dari kesan air di atas bajunya.sayyidina ali tidak meminta 4 saksi untuk dibawa pun. tetapi menganalisis bukti yang dibawa oleh perempuan itu iaitu dengan meminta air hangat di bawa dan di tuang ke atas kesan itu.kemudian ia minta orang di situ untuk rasa apa sebenarnya kesan itu.terbukti bahawa ia hanyalah putih telur yang digunakan wanita itu untuk menipu dan kenakan lelaki tersebut kerana dia suka akan lelaki itu tetapi ditolak. setelah itu lelaki itu dibebaskan dan perempuan itu dikenakan hukuman sebat .

janganlah kita sendiri menyebabkan orang lain pandang islam itu tidak adil kerana kita sendiri tidak memahami erti apa itu keadilan di dalam islam.

sekurang-kurangnya saiful telah mengangkat sumpah untuk membersihkan imej dia dan keluarganya dengan cukup syarak.malah dia bersumpah jika ia berbohong, laknat akan menimpa dirinya dan keturunanya..satu benda yang bukan boleh dibuat main main... dan dia tidak meminta laknat diturunkan ke atas anwar pun....hanya untuk buktikan bahawa dia bercakap benar bagi pihak nya..

aziela berkata...

melor;

Dari sekolah menengah sampai ke universiti kwn2 sy pelbagai jenis.Ada lelaki lembut,gay,bi sex,lesbian,straight...mmg sy kenal sgt dgn "group lelaki lembut"ni...

Kalu dh btol si saiful tu buat atas dasar suka sama suka(berdasarkan kenyataan komentar anda di atas) kenapa dia nak failkan kes ni?kenapa nk mengaku diri dipaksa liwat sedangkan kejadian berlaku atas dasar suka sama suka?

apa motif sebenar dia?saya tak ckp anwar x salah,dan saya tak ckp si saiful salah..tp kes ni dah macam dirancang.....

melor berkata...

Oooi dik oooi,,,saiful ni berani sumpah dengan name Allah, lagi dilaknat kepada seluruh keluarga dia sendiri. Dia tidak minta dilaknat kepada AI, tetapi kepada dia sendiri. AI yang cakap suka sama suka. Saiful failkan kes ini sebab dah terantok baru tergandah, mungkin ini salah satu sebabnya Saiful berbuat demikian. Besides AI ni very manipulative person, cara2 dia mengendali kes2 apa yang dia sedang hadapi sekarang nih. AI rasa dia sudah sunggoh powerful. Motif sebenarnya mungkin Saiful baru tersedar orang yang disanjungi ni bukan sebenar yang dia harapkan, dan sudah 'screw' his ass. Terpulang lah pada awak, sebab awak berpelajaran sampai ke universiti, kwn2 awak pon perbagai jenis, mungkin perangai pon macam2 juga, iye tak. Jadi awak memang lebih mengetahui dari orang lain.
Selamat berbuka puasa dan maaf dzahir batin.