MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Sep 2008

Rampasan kuasa : Anwar tak perlu heret Yang Dipetuan Agong

Presiden Bush bersama Zainab Bangura dari negara Republic of Sierra Leone in West Africa. Hanya Zainab (Sierra Leone) dan Anwar Ibrahim (Malaysia) yang tersenarai sebagai AJK Muslim dalam NED yang keseluruhannya didominasi oleh Yahudi Neo-Konservatif, Amerika. Zainab ditaja NED bertanding jawatan Presiden daripada Parti Movement for Unity and Progress di Sierra Leone. Namun beliau kalah. Selepas itu beliau bergiat dalam National Accountability Group (NAG) yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada Amerika Syarikat


Rampasan kuasa : Anwar tak perlu heret Yang Dipetuan Agong

Saturday, September 20, 2008

Oleh AhmadHadeed, Al Muslimin. Al Muslimin adalah NGO Islam - Membela Ummah dan Mustadafeen. Laman Web Al Muslimin adalah portal berita dan komunikasi untuk membincangkan isu berkaitan ummah dan mustadafeen. Matlamat kami ia penyatuan ummah dan menegakkan kebenaran Islam. Al Muslimin juga adalah tempat pertemuan Ummah di alam cyber untuk meningkatkan ukhwah Islamiyah.

Nampak nya Anwar sudah bangkrupt idea dan sekarang sudah hilang pertimbangan sehingga mahu mengheret Yang Di pertuan Agong dalam program komplot rampas kuasa nya. Langkah desperado Anwar ini menyebabkan saya meluat melihat gelagat Anwar.

Hanya Anwar Ibrahim (paling kiri) dan Zainab Bangura (no 6 dari kiri) yang beragama Islam dipilih menjadi ahli jawatankuasa NED. NED merupakan badan baru menggantikan fungsi CIA sebagai alat Amerika menawan dunia dengan menggunakan slogan Demokrasi


Terdapat dua tabiat buruk Anwar apabila beliau cuba mengheret Agong terlibat dalam komplot rampas kuasa. 1. Anwar tidak menghormati parliment dengan memaksa parlimen bersidang dalam keadaan tidak ada apa yang penting 2. Anwar tidak menghormati Yang Di pertuan Agong dengan melibatkan baginda dalam kes yang tidak pun jelas berlaku kerana selama ini Anwar menyembunyi senarai MP dari semua orang.

Kedua implikasi ini menunjukkan Anwar adalah seorang yang tidak menghormati institusi kerajaan Malaysia dan cuba mewujudkan konflik antara Agong dan executive body.Mengheret Agong dalam perkara yang tidak wujud adalah bersifat kurang ajar.

Mungkin Anwar mahu memerangkap Agong saperti apa yang berlaku di Thailand di mana sistem politik nya telah kucar kacir dengan berbagai twist and turn. Kalau ini lah agenda Anwar maka kita anggap Anwar adalah politician kelas Haiti dan Siera leon.

Anwar tidak senarai MP pada hal Dollah adalah Perdana Menteri Malaysia. Beliau boleh menggunakkan kuasa nya untuk memaksa Anwar supaya mendedahkan senarai itu jika di fikir teka teka politik Anwar akan menggugat ekonomi dan keselamatan negara. Jelas Anwar tidak langsung menghormati institusi kerajaan Malaysia


Saya tak faham mengapa Mujahid Yusof Rawa beriya riya benar menjadi jurucakap PR sehingga mendahului pimpinan lain melapor semuanya ini. Jika perbuatan Anwar ini menyebabkan kutukan dari rakyat maka dengan sendiri PAS turut terpalit.

Inilah di panggil lebih kuah dari sudu dan nampaknya sudah terdapat ramai pemimpin peringkat pertengahan PAS yang tidak menghormati protocol jemaah dan adab berjemaaah. Lihat saja statement mujahid di bawah :

Mujahid berkata, "Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan. Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang"

Mujahid berkata, "pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu"

Jelas Anwar tidak langsung menghormati institusi kerajaan Malaysia. Saya memang menyampah melihat orang besar kepala yang tidak menghormati law and order dan Anwar tidak di beri lesen oleh mana mana pihak untuk merendahkan sistem pertadbiran Malaysia. Mungkin berkawannya Anwar dengan Lim Kit Siang telah menyebabkan dia menjadi kurang ajar.

Mengheret Agong dalam perkara yang tidak wujud adalah bersifat kurang ajar. Mungkin Anwar mahu memerangkap Agong saperti apa yang berlaku di Thailand di mana sistem politik nya telah kucar kacir dengan berbagai twist and turn. K

alau ini lah agenda Anwar maka kita anggap Anwar adalah politician kelas Haiti dan Siera leon.

Posted by AhmadHadeed at 1:43 AM

sumber -Al Muslimin

Baca artikel lain tulisan AhmadHadeed :


1. Anwar suka cakap besar

2. Taktik Peperangan Anwar Ibrahim

3. Anwar dengan politik casanova

4. Anwar tak layak jadi ahli politik Malaysia

5. Estada kawan rapat Anwar gesa perang besar ke atas MILF

6. Anwar Ibrahim: Dari pejuang Islam ke pejuang sekular

7. AL-MUSLIMIN: Analisa Politik Ummah Semakin Menarik








4 ulasan:

satzim's zone berkata...

kenapa nak meluat. dia melakukan satu proses dgn penuh tatacara. kalo tanpa yg dpertuan agong, tak mstahil anda juga yang akan mngecamnya! jadi, nk menghentam orang fikr sedalam2nya. bukan hentam setakat kata begini, tapi bagitau bagaimana. baru profesional....

Saudagar Borong berkata...

Adakah penuh tatacara jika sesuka hati menyuruh ahli parlimen melompat ke PR? Adakah tatacara dgn mengugut PM utk adakan sidang tergempar? Adakah tatacara juga jika katak tersebut mengkhianati pilihan rakyat pada pilihanraya? Adakah dengan memberi janji pangkat dan rasuah agar melompat parti juga merupakan tatacara. Fikir la sedalam dalamnya...mana ada org nk keluar parti sesuka hati dan masuk ke parti yg lain tanpa ganjaran lumayan. Ganjaran itu semstinya rasuah dan kerajaan yg baru bermula dgn rasuah.

Atui Dtabasan berkata...

Tatacara menda..... GILA KUASA....sudahlah terLiwat dari janjinya sekarang asyik buat gempak. Kunun cukup MP... Ana tahu Nuar pernah buat kerja ni di Sabah bila berjaya beli Adun-adun PBS so sekarang dengan pengalaman itu dia cuba beli pula MP-MP BN, ngamlah... tidak langsung tahu malu. tah dimana mahu letak muka. kalau kalah di PRU12 tu terimalah secara jentan ni tidak buat kacau aje. Kamu yang mengundi dia pun. masih mengharap keajaiban PI RAAAA... mabuk.. mabuk kuasa... kami yang majoriti ini yang tidak memilih beliau bagaimana. Mahu kami pulak buat demonstrasi jalanan. Ingatlah Retorik Hitler dahulu pernah menaikkan dia kepuncak kuasa. dan kamurang hanya kerana retorik nuar tergila-gila mahukan kuasa pehhh... tiada adap langsung. Ikut tatacara kunun... merampas MP-MP untuk berkuasa. jadi yang mengundi MP-MP tu tidak diambil kira!!!. itupun kalau betul sudah cukup yang dirampasnya.
Mengharap kunun kacau bilau dan kerajaan kucar-kacir. kemudian manalah tau si dollah tu bubaar parlimen kunun-kunun menanglah PRU13 jangan haraplah. Apa salah tunggu PRU nanti atau kalau sudah kerasukan kuasa Power Ranger tunggulah lepas raya nanti. Inilah 'realisme magis' bilang si faisal.. kena selalu mengula-gulakan pengikutnya takut kalau tiada kegemparan semuanya akan dilupakan heheheh semangat gila

Stan berkata...

Cakap pasal rasuah? Hmmm...mana ada kucing yang tak makan ikan diberikan percuma? Saya fikir setiap individu pun mau cari makan..Asalkan dia boleh naikkan martabad nergara Malaysia yang tercinta ini