Persoalan ini banyak dilontarkan sejak Anwar begitu yakin umumkan tarikh spesifik beliau akan jadi PM pada 16 September. Beliau kata pada tarikh itu, seramai 30 ahli parlimen BN akan melompat parti bagi membolehkannya menjadi PM.
Ada yang mendakwa pengunduran Azizah, isteri Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai itu untuk beri laluan Anwar bertanding, dianggap merupakan sebahagian daripada 'master plan' ke arah mencapai cita-cita di atas.
Anwar telah masuk bertanding sebagai calon pada 16 Ogos lalu dan keputusannya akan diketahui pada 26 Ogos. Bermakna Anwar mempunyai masa 20 hari lagi untuk merealisasikan cita-citanya menjadi PM pada tarikh tersebut.
Bolehkah cita-cita Anwar jadi kenyataan ?
Persoalan ini juga sukar untuk diramalkan kerana politik itu satu seni yang serba berkemungkinan. Misalnya tiada siapa dapat menjangkakan BN akan tewas di lima negeri untuk membolehkan Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen. Tiada siapa dapat menjangkakan Pakatan Rakyat boleh menghantar 82 ahli Parlimen ke ke Dewan Rakyat, tetapi itulah realitinya keputusan PRU 12.
Tiada siapa dapat menjangkakan sebuah parti kecil, PKR, boleh menghantar 31 ahli Parlimen mendahului parti lama DAP (28 ahli parlimen) dan PAS (23 ahli parlimen). Sedangkan DAP dan PAS mempunyai grassroot kerana sudah bertapak lama, berbanding dengan PKR yang hanya ditubuhkan sejak 1999.
Bayangkan PKR pada tahun 2004, hanya mempunyai satu kerusi parlimen di Permatang Pauh, boleh mendahului PAS yang mempunyai kerajaan negeri di Kelantan dan DAP yang sudah bertapak sejak serpihan parti PAP di Singapura lagi.
Dari segi logik, tidak munasabah, tetapi itulah realitinya.
Imbas kembali pada PRU 12, PKR hanya berbekalkan satu kerusi parlimen (Permatang Pauh) boleh bekerja seumpama 'jentera' yang memerintah negara dengan poster dan kain rentang berwarna warni, pelbagai risalah dicetak warna dan di pos ke setiap isi rumah. Malah khidmat pesanan ringkas turut dihantar ke setiap pengundi untuk merayu undi menggunakan kaedah terkini.
Malah poster Anwar bercetak warna pelbagai saiz, ditulis dalam empat bahasa "A New Dawn For Malaysia" dihantar dari Perlis hingga Sabah dan Sarawak. Kelantan yang dimonopoli oleh PAS juga bersepah poster warna warni itu, sedangkan Anwar tidak pun bertanding dalam PRU 12, tetapi projek menjulang dan memperkasakan imej Anwar di sebarkan ke seluruh Malaysia.
Tiada poster Ustaz Hadi atau Lim Kit Siang yang dipotretkan dan disebarluaskan sedemikian rupa, kecuali poster Anwar, walaupun beliau tidak bertanding.
Barangkali 'projek menjulang imej Anwar' ini direstui oleh Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP sebagai mengiktiraf Anwar sebagai 'ketua Pakatan Rakyat' dan bakal PM Malaysia.
Barangkali juga Anwar menjulang nama tanpa direstui oleh rakan-rakan Pakatan sepertimana yang didakwa ustaz Hadi baru-baru ini bahawa dalam Pakatan tiada siapa yang jadi ketua.
Barangkali dengan kenyataan 'tiada siapa ketua' dalam Pakatan ini memberi ruang kepada Anwar untuk menonjolkan diri sebagai ketua yang berkaliber.
Bagaimana pula dengan kontraktor yang sentiasa menghimpit Anwar. Barangkali si kontraktor yang mendapat kontrak cetak dan pos, poster Anwar "A New Dawn For Malaysia" sudah kaya raya dengan cetakan poster dan edaran ke seluruh Malaysia.
Kalau dikatakan kontraktor itu sudah bergelar 'jutawan' dengan hanya kontrak cetakan poster dianggap tuduhan melampau, tetapi realitinya poster tersebar ke seluruh pelusuk kampung.
Itu baru soal poster Anwar yang tak bertanding, bagaimana pula kontraktor yang mendapat tender poster calon PKR, topi parti, payung, T-shirt, khemah, bilik gerakan, sepanduk, bunting, bendera parti dan khidmat SMS ?
Berapa banyak yang Anwar terpaksa laburkan ?
Barangkali mengira perbelanjaan poster dan kain rentang sukar kerana tiada data yang spesifik, sekarang mari kita congak perbelanjaan kasar untuk setiap calon Ahli Parlimen PKR.
Setiap ahli parlimen diwajibkan membayar deposit sebanyak RM 5 ribu setiap calon. PKR hantar 76 calon, bermakna 76 x Rm5,000 = RM380,000.
Itu hanya perbelanjaan untuk ahli parlimen, belum kira lagi ahli PKR yang bertanding DUN. Itu hanya deposit calon, belum dikira lagi perbelanjaan untuk setiap calon semasa kempen pilihanraya.
Bermakna, kalau PKR hanya bermodalkan satu ahli parlimen PRU 2004, tanpa kuasai kerajaan negeri, tidak mampu untuk mendapatkan dana pilihanraya sebanyak itu. PAS yang selalu kutip derma semasa ceramah dan kuasai kerajaan negeri Kelantan, tidak mampu tandingi kekayaan sumber kewangan PKR.
Malah ketika Anwar diwawancara oleh Malaysia, tentang beliau menjadi PM selepas 16 September, beliau begitu optimis sekali mengatakan cita-cita itu akan menjadi realiti;
Malaysiakini: You keep on saying ‘September 16, September 16′, but a lot of people think you are bluffing. Are you bluffing?
Anwar Ibrahim: I would say that people were doubtful when we said we were able to seriously challenge the ruling government on March 8. Nobody generally - which includes Malaysiakini - thought that we (could win) control of five states.
It is good that people have cautioned me with ‘you’re a bit too optimistic’, but I am privy to many discussions that I cannot share for now. Based on that, I have ample reasons to suggest that - although we have been derailed somewhat because of all these episodes - we can make it.
Anwar banyak wang ?
Persoalan ini pun sukar dijawab. Apabila timbul soal lompat melompat, 30 calon BN kepada PR, perkara pertama dibahaskan adalah soal deal. Soal tawar menawar, janji (rasuah ?) jawatan atau tawaran wang. Blog masterdedah tulis, Anwar tawar RM5 juta untuk setiap calon. Benar atau tidak dakwaan masterdedah, itu kebebasan bersuara daripada penulisnya.
Penulis blog Dunia Tiger pula sebut angkanya mencecah Rm100 juta untuk setiap calon. Penulis blog itu mengulas kenyataan Ahli Parlimen Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyatakan ditawarkan wang lumayan untuk melompat parti yang "tidak habis makan" untuk tiga generasi.
Itu hak kebebasan bersuara para penulis blog untuk membuat andaian masing-masing dan kebebasan ini yang diperjuangkan oleh Anwar dalam mencintai demokrasi serta hak asasi.
Dalam kamus politik, soal melompat selalu dikaitkan dengan politik wang. Perkaitan keduanya sudah sinonim ibarat isi dengan kuku. Malah resipi menubuhkan kerajaan secara pintu belakang pernah dilakukan oleh Anwar ketika menjawat Menteri Kewangan dan TPM pada tahun 1994. Dengan kuasa Menteri Kewangan, Anwar mampu 'membeli' calon-calon PBS lompat parti, hingga kerajaan Pairin Sabah tumbang sampai ke hari ini.
Maknanya Anwar tahu resipinya dan pernah melakukan eksperimen itu di Sabah.
Sebab itu apabila Anwar beri isyarat Yong Teck Lee, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) yang memulakan proses lompat itu dari Sabah, bermakna proses itu mengembalikan nostalgia 1994.
Apatah lagi Anwar dan Teck Lee sendiri saling kenyit mengenyit mata, mengakui pernah berbincang sebanyak dua kali
Seperti kata Anwar, bukan masanya untuk berbicara soal tidak demokratik, etika atau pintu belakang kerana yang pentingnya beliau boleh menjadi PM pada 16 September ini. Apatah lagi soal moral, etika dan demokratik itu adalah ciptaan Barat. Anwar pula dikultuskan oleh Amerika untuk menjadi jurucakap "demokrasi" ke negara-negara lain.
Bermakna hanya Anwar sahaja layak menentukan takrif "demokratik" atau tidak, kerana beliau mendapat kultus daripada Presiden Polis Dunia (Amerika).
Dari mana sumber kewangan Anwar ?
Persepsi Anwar 'banyak duit' mungkin diyakini oleh orang seperti Yong Teck Lee atau orang-orang yang didakwa Anwar akan melompat parti pada 16 September ini. Kalu tidak masakan Teck Lee sanggup mengekori bontot Anwar di Singapura dan Hong Kong. Anwar bukan ahli parlimen pun, beliau hanya pemimpin de facto PKR, tetapi beliau diyakini seorang yang mempunyai 'lubuk duit'.
Malah untuk melambangkan dirinya sebagai 'kilang duit', Anwar mensasarkan perundingan untuk lompat parti akan dilakukan di luar negara. Pilih sahaja sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong.
Barangkali maksud Anwar bernada sinis..setakat berunding di Malaysia, tak main lah. Apa barang berunding di Malaysia..
Anwar juga mencitra dirinya seorang yang mewah sesuai dengan status bakal PM, Anwar berpindah rumah dari Damansara ke Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada awal Januari 2007.
Rumah lama di Damansara hanya berharga RM 2 juta. Sebab itu rumah itu dijual dan dibeli rumah baru Bukit Segambut Dalam yang berharga RM 7 Juta. Ada yang mengatakan rumah baru itu seumpama 'mahligai', bertingkat-tingkat yang memang sesuai untuk seorang yang bakal bergelar bakal PM.
Lagipun 'mahligai' baru Anwar itu dikelilingi pagar, dipenuhi CCTV dan mempunyai pegawal keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan 24 jam.
Namun begitu, di sebalik penonjolan gaya 'berstatuskan PM' itu, ada juga yang mempersoalkan dari mana Anwar mendapat sumber kewangan untuk membeli 'mahligai itu' sedangkan Anwar bukan lagi TPM atau Menteri Kewangan.
Ada berpendapat, kalau sekadar menjadi pensyarah pelawat di John Hopkins Universiti dan Georgetown Universiti, dua institusi pngajian di Amerika, Anwar belum layak mempamerkan gaya hidup semewah itu.
Nama lagi pensyarah pelawat yang hanya diikat kontrak secara tahunan, gaya seperti dipamerkan 'mahligainya' tidak sepadan dengan pendapatannya. Kecuali Anwar hanya bertopengkan 'pensyarah pelawat' tetapi mempunyai pendapatan sampingan lain yang lebih lumayan pendapatannya.
Di sinilah mula timbul persoalan, adakah benar Anwar hanya bekerja 'pensyarah pelawat' atau seorang missionary yang melaksanakan tugas-tugas yang diperintah oleh Presiden Amerika ?
Tuduhan missionary itu berasaskan penglibatannya dalam beberapa pertubuhan Amerika yang diragui iaitu Foundation For The Future (FFF), Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG) dan lain-lain.
KAF, FNF & American Jewish Committee (AJC)
Kalau di Malaysia, Anwar dan PKR lebih menonjolkan penaja-penajanya dari yayasan luar negara. Antaranya yang paling popular Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foundation (FNF) yang kedua-duanya berasal dari Jerman.
Dalam bahasa Jerman, yayasan dipanggil 'Stiftung', sebab itu kadangkala, KAF turut dikenali sebagai 'Konrad Adenauer Stiftung' (KAS). Begitu juga dengan FNF dikenali sebagai 'Friedrich Naumann Stiftung'(FNS).
Sama ada Foundation atau Stiftung, kedua-dua yayasan ini merupakan think tank parti di Jerman menawarkan penajaan di seluruh dunia sebagai mematuhi perjanjian damai antara Israel dengan Jerman.
Kumpulan Israel paling berpengaruh berada di Amerika yang dikenali sebagai American Jewish Committee (AJC).
Dalam perjanjian itu, kerajaan Jerman bersetuju menubuhkan yayasan seperti KAF & FNF sebagai 'menebus dosa' pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi semasa pemerintahan Nazi,atau dikenali sebagai 'holocaust'.
Bermakna munculnya yayasan ini sebagai pampasan pembunuhan Yahudi yang sudah berkurun lamanya. Menurut yahudi dengan adanya yayasan-yayasan ini ke seluruh dunia, sekurang-kurang kematian 'holocaust'itu tertebus.
Di Malaysia, KAF sering menaja badan pemikir Anwar yang dikenali sebagai Institut kajian Dasar (IKD) dan Middle Eastern Graduate Center (MEGC).
Penajaannya dalam bentuk pembiayaan program dan penerbitan buku khususnya berkenaan mengembangkan usaha Pluralisme Agama (Persamaan antara agama) di Malaysia. Pluralisme ini adalah asas kepada Interfaith Council atau Interfaith Commission atau ringkasnya IFC yang menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.
Walaupun bekas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar, yang juga pengarah IKD menamakan projek kerjasama antara IKD & KAF sebagai 'Islam Tanwiri', tetapi bau hamis 'pluralisme' dan 'IFC', masih belum dapat ditimbus.
Untuk lebih jelas, baca artikel sebelum ini bertajuk "Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?".
Manakala FNF pula menumpukan kepada bengkel dan penajaan penulis media internatif (khususnya internet) khususnya membantu karier Anwar. Yayasan itu memberi dana kepada Anwar Ibrahim Club (AIC) telah mengadakan bengkel melatih penulis-penulis muda di internet serta membayar elaun bulanan kepada penulis internet pro-Anwar seperti Faisal Mustaffa (blog merpati jingga), Jeff Ooi dan Raja Petra Raja Kamaruddin (Malaysia-today).
Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini.
Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama.
Portal itu sendiri dalam artikelnya "Malaysiakini: Free or pay?" mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros.
Malah satu lagi projek rangkaian Malaysiakini iaitu Asia247.tv (Malaysian Internet TV channel) merupakan projek tajaan FNF. Jeremiah Foo, Sam Hui team video Malaysiakini juga merupakan team video Asia247.tv. Malah team tajaan FNF ini berusaha mencari pelapis-pelapis baru dengan menaja bengkel pembikinan video dengan bekerjasama Youth for Change (Y4C)
Untuk mencapai hasrat ini FNF telah menaja Anwar dan program-program PKR kerana dasar Anwar dan parti itu selaras dengan dasar yayasan nasrani itu.
SPF & Asia Foundatioan
Namun sejak kebelakangan ini Anwar dan think tanknya, IKD lebih gemar menggunakan dana Sasakawa Peace Foundation (SPF)kerana untuk mengelakkan daripada dituduh mendapat tajaan Barat.
Walaupun pada dasarnya yayasan ini berpusat di Jepun, tetapi hakikatnya yayasan ini berkait rapat dengan Amerika Syarikat kerana pengasasnya " Ryoichi Sasakawa adalah sekutu Amerika.
Selepas perang dunia kedua, Jepun telah menjalankan dasar berbaik-baik (Japan Lobby) dengan Amerika melalui penubuhan The Japan Foundation
Hasil kerjasama The Japan Foundation dengan the United States, ditubuhkan pula The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation (SPF) pada 1980-an yang mempunyai dua ofis iaitu di Jepun dan Amerika Syarikat. Untuk memahami lebih lanjut, baca artikel The Japan Lobby.
Salah seorang bekas panel IKD dan pengarang Suara Keadilan, Fathi Aris Omar, telah mendapat tajaan The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation melanjutkan pengajian di Jakarta pada 2004.
Menariknya SPF bersedia menaja Fathi Aris kerana beliau membuat kajian di Komunitas Utan Kayu, Jakarta, kepunyaan Goenawan Mohamad yang lebih dikenali sebagai pusat Jaringan Islam Liberal (JIL). JIL pula ditaja oleh The Asia Foundation, sebuah yayasan yang berpengkalan di San Francisco, Amerika.
Lebih menarik lagi Fathi Aris sekarang adalah kolumnis kanan, Malaysiakini dan pengasas Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT adalah cabang seni tajaan think tank Anwar (IKD). Guru Fathi Aris adalah Goenawan Mohamad, pemilik majalah Tempo dan kawan baik Anwar. Fathi dan Anwar pula ditaja oleh SPF dan Goenawan serta majalah Tempo pula ditaja Asia Foundation.
Bermakna terdapat lingkaran yang samar-samar tetapi bercantum dengan dua penaja dari Amerika iaitu SPF dan Asia Foundation menyusup masuk menaja Anwar, think tanknya, (IKD, KSJT) dan portal Malaysiakini.
Sebab itu, kawan baik Anwar di Indonesia, Goenawan Mohamad, berusaha mempromosi imej positif Anwar di Indonesia melalui majalahnya kerana Anwar dan Goenawan mendapat tajaan sama iaitu The Asia Foundation yang berhasrat mewujudkan rangkaian Islam Liberal di Indonesia dan Malaysia.
Hujah ini diperkuatkan dengan Fathi Aris Omar dan Goenawan Mohamad termasuk dalam kumpulan The Reading Group (RG), yang mendapat tajaan Asia Foundation. Malah nama Al-Mustaqeem Mahmod Radhi,pemilik Middle Eastern Graduates Center (MEGC) iaitu sekutu pemikir Anwar di IKD juga turut disenaraikan.
Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, panel pemikir IKD ini merupakan antara tunjang utama pendokong 'Islam Liberal Malaysia' dengan penerbitan buku-buku Pluralisme Agama(sama rata dalam agama)di Malaysia.
Penaja utama Anwar adalah NED
Sudah dikupas tentang penaja-penaja Anwar dan PKR di dalam negara, termasuk KAF, FNF SPF dan Asia Foundation, sekarang timbul persoalan apakah pula penaja terbesar Anwar ?
Penaja utama Anwar adalah The National Endowment For Democracy (NED).
NED ditubuhkan pada 1983 semasa pemerintahan Ronald Reagen (Presiden Amerika Syarikat) sebagai “Project Democracy” dengan suntikan dana awal berjumlah USD $65 juta, berpengkalan di 1101 Fifteenth Street, New York, Suite 700 Washington, DC.
Presiden NED ialah kawan baik Anwar bernamaCarl Gershman, berbangsa Yahudi, memegang jawatan itu sejak April 1984 hingga sekarang.
Selain Paul Wolfowitz, Anwar juga baik dengan Carl Gershman. Menariknya kedua-dua watak ini adalah Yahudi Amerika yang dikenali sebagai rangkaian kumpulan neo-konservatif.
Kumpulan Yahudi Neo-Konservatif terdiri daripada Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Doug Feith, Richard Perle, Elliott Abrams, I. Lewis Libby, Robert Zoellick dan lain-lain. Menariknya sebahagian besar daripada senarai itu telah telah ditemui oleh Anwar sama ada perbincangan bersemuka atau berkelompok. Lebih menarik lagi senarai Yahudi ini merupakan pemain di sebalik tabir dalam menentukan dasar-dasar pemerintahan Presiden Bush.
Anwar sering bertemu dan berbincang dengan kumpulan Yahudi Neo-Konservatif itu kerana mereka menguasai dana dan dasar-dasar luar Amerika. Mereka menguasai CFR, ICJ, NED, NDI, CIA, USAID dan pelbagai dana antarabangsa Amerika yang Anwar juga turut terlibat.
Hubungan Anwar dan Carl Gershman
Perkenalan Anwar dan Carl Greshman bukanlah baru, sebaliknya sudah terjalin sejak tahun 90-an lagi. Pada 15 April 1998 , Anwar sebagai TPM telah menyampaikan ucapan mengenai ‘The Asian : Economic & Political Implications’ di Washington, tajaan NED.
Pada 19 Mei 1998, Anwar turut menghadiri forum ‘Democracy : Is It Everyone?' yang dihadiri oleh Carl Gershman (Founder & Presiden NED), Fareed Zakaria (Managing Editor, Foreign Affairs) dan John M. Ollin (Director Institute for Strategic Studies).
Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Malaysia, beliau bertemu lagi dalam The Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). Anwar merupakan aktivis CSID manakala Carl Gerhmann merupakan penaja utama badan itu.
Pada 22 hingga 23 April 2005, mereka turut berbincang lagi dalam Persidangan Tahunan CSID Kali Keenam ‘Democracy and Development Challenges for the Islamic World’ yang diadakan di Marriott Wardman Park Hotel, Washington.
Pada hari yang sama, Anwar dianugerah ‘Muslim Democrat of the Year’ yang disampaikan oleh Radwan Masmoudi (President CSID). Turut hadir sama adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID) dan Lorne Craner (Presiden International Republican Institute-IRI).
Dalam program itu Gershman turut menyampaikan ucapan bertajuk ‘Why Muslims Want Democracy’.
Pada 6 September 2005, Anwar dan Gershman menghadiri persidangan ‘From Islamism to Muslim Democracy : The Challenges of Political Inclusion in Muslim Countries’ yang dianjurkan oleh NED dengan kerjasama Woodrow Wilson International Center for Scholars.
Pada 1 Disember 2005, NED menjemput Anwar untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Future of Muslim Democracy’ di New York Democracy Forum.
Ceramah Anwar dalam forum NED itu amat menarik kerana beliau secara terbuka mengecam kerajaan Malaysia sebagai tidak demokratik dan mempelawa Carl dan NED datang sendiri memantau memantau proses pilihan raya yang didakwa beliau tidak adil.
Pada 2 Mac 2006, Anwar bersama Carl menyampaikan syarahan bertajuk ‘Democracy in the Muslim World – Priorities and Syarahan Bulanan CSID di Washington DC.
Pada 2 hingga 5 April 2006, NED sekali lagi jemput Anwar berdiskusi dalam persidangan Fourth Assembly of the World Movement for Democracy,
di Istanbul, Turki. Diskusi bertajuk ‘Advancing Democracy : Justice, Pluralism and Participation’
Pada 7 Jun 2006 pula mereka berdua berdiskusi di Madison Buliding of the Library, Washington sempena 25th Anniversary of Reagen’s Westminster Address.
Tajuk perbincangan adalah ‘The Legacy of Westminster : Democracy Assistance Since the Founding of NED and the Challenges Ahead’.
Berdasarkan tarikh-tarikh pertemuan seperti di atas, jelaslah hubungan Anwar dan Carl Gershman sangat akrab, bahkah tidak melampau jika dikatakan Carl Gershman menjadikan Anwar sebagai penceramah utama NED dalam menyampaikan tajuk berkaitan Islam dan Demokrasi selaras dengan kehendak Amerika.
Bantuan NED kepada NGO Malaysia
Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325 493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.
Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL); Asian Human Rights Commission (AHRC), diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.
Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim. ODC adalah salah satu think tank Anwar yang baru ditubuhkan sebagai alternatif kepada IKD. ODC dikawal sepenuhnya oleh bekas pegawai khas Anwar iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad. MAFREL pula sering memberi maklumat-maklumat sulit mengenai data-data pilihanraya Malaysia kepada Anwar. Malah, pengerusinya Abd Malek Hussin telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Azizah Wan Ismail.
Malah kecondongan semua NGO ini menyokong Anwar terlalu jelas. Misalnya bekas aktivis SUARAM, Chang Lih Kang, menjadi YB PKR di Perak.
Pada 18 Februari 2006, ODC telah menganjurkan dialog ‘Agenda Ekonomi Baru’ di Pusat Konvensyen KLCC.
Penceramah utama program ODC itu adalah Anwar yang telah menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimansuhkan dengan diganti kepada 'Agenda Ekonomi Baru’ (AEB). Dasar penolakkan DEB dan diganti dengan AEB merupakan salah satu menifesto yang diperjuangkan oleh PKR.
NED bantu Anwar kuasai Malaysia
Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, "Bacardi: the Hidden War" NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan 'Demokrasi'.
Penulis merumuskan, "Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang"
Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah 'hitam' kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah 'kelabu' kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.
Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak 'hitam' dan 'kelabu' maka tindakannya sudah tidak berkesan. Pada tahun 1983Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak 'putih'.
Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang ditarget oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.
Di Haiti, dalam pilihanraya 1990, NED telah melaburkan $36 juta untuk calon pilihannya iaitu Marc Bazin, bekas pegawai bank Dunia. Walaupun Jean-Bertrand Aristide dipilih oleh rakyat, tetapi kempen media yang ditaja oleh NED dan USAID telah berjaya menggulingkannya pada 1991. Seterusnya NED telah mengangkat calon tajaannya Marc Bazin menjadi Presiden.
NED dilaporkan telah berusaha mencatur pemimpin boneka Amerika di Venezuela, Cuba, Afganistan, Iraq dan lain-lain. Boleh dikatakan hampir semua negara yang tidak menyokong Amerika sebagai super power tunggal akan digulingkan NED dengan bantuan dananya.
Di Malaysia, Amerika telah mensasarkan Anwar Ibrahim sebagai bonekanya kerana hubungan intim Anwar dan Amerika bermula sejak tahun 90-an lagi. Sebab itu, selepas Anwar dibebaskan dari penjara, pada 2004, NED telah membina semula imej Anwar dan menaja secara agresif menjadi penceramah Amerika di peringkat antarabangsa sejak 2005
Dalam PRU ke 12, tiga insrumen Amerika telah terlibat secara langsung dalam membantu Anwar di Malaysia. Tiga instrumen Amerika itu adalah NED, NDI dan IRI. Hasilnya Anwar berjaya mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan pada pilihanraya 2008. Serentak dengan itu juga media kawalan Amerika di peringkat antarabangsa telah melabelkan Anwar sebagai 'key maker' dan Ketua Pakatan Rakyat.
Kempen media di peringkat antarabangsa masih diteruskan untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dalang Amerika, Israel, telah melobi Anwar "Bakal Perdana Menteri Malaysia" dalam akhbar terbitannya "The Jerusalem Post".
Teknik melobi nama Anwar di media antarabangsa ini seumpama teknik yang telah digunakan ke atas Marc Bazin di Haiti. Hasil lobi antarabangsa, Marc Bazin telah berjaya dinobatkan Amerika sebagai Presiden Haiti, walaupun pada awalnya beliau telah tewas.
Dari Permatang Pauh ke Putrajaya
Pada 31 Julai lalu, penyandang asal parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah telah meletakkan jawatan bagi membolehkan suaminya, Anwar bertanding.
Sejak itu, dalam kempen-kempen Anwar, beliau selalu menyebut, Permatang Pauh adalah tiket pertamanya untuk menjejakkan kaki sebagai PM di Putrajaya.
Malah Anwar dengan penuh yakin mensasarkan 16 September ini beliau akan menjadi PM baru, dengan andaian beliau akan menang besar di Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Tentu kenyakinan Anwar itu akan memberi peluang kedua kepada NED, NDI dan IRI, alat instrumen Amerika yang bekerja keras dalam Pilihanraya Umum ke 12, Mac lalu.
Adakah Anwar berjaya menjadi PM ? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
AIDC
18 Ogos 2008
9 ulasan:
saudara,belum terlewat rasanya saya mengucapkan tahniah diatas penerbitan blog ini.saya selalu melayari blog ini tetapi tidak pernah mengirimkan komen.
Disini saya ingin menyatakan satu pendapat shj yg taklah kritikal spt yg saudara tulis.untuk makluman saudara saya sering berada menghadiri ceramah anwar sebelum penamaan calon dan sehingga mlm tadi di kawasan2 kecil permatang pauh (2 ceramah).untuk makluman saudara,spj saya mengikuti ceramah anwar,beliau saya perhatikan akan menjawab topik dan hujah penulisan saudara disini.Gaya yang sederhana,pendapat yg kukuh(mungkin tidak betul) dengan cara penyampaian yg mudah,saya lihat anwar mampu utk mempengaruhi pengundi terutamanya yang tidak berminat dgn hujah kritikal spt yg saudara bentangkan. saya cadang saudara sampaikan hujah dgn isi yang padat,tepat dan mudah diterima oleh masyarakat permatang pauh.maaf,saya katakan permatang pauh kerana jika saudara menyemak counter saudara mungkin bolehlah trace pelawat tu ramai dari ibu sawat tmnet utara spt dari sungai petani,bukit mertajam atau kulim yg mungkin mempunyai hit yg tinggi.
oleh itu,saya cadangkan saudara membuat nota summary yg padat di setiap posting supaya pembaca boleh membaca rumusan yg padat,mudah difahami dan diingati. bukan apa saudara,saya lihat golongan muda disini ramai yg mula berjinak2 dgn info blog dgn melayarinya di handset masing2,wifi free pun dah byk. cuma mrk perlukan sesuatu yg ringkas,padat isi dan mudah difahami.
ini sajalah pendapat saya yang tak seberapa ni utk membantu kempen di permatang pauh khasnya.saya juga membuat sedikit rakaman guna hp video dan audio cuma tiada tempat utk disebarkan(tak boleh rakam lama2 nanti disyaki).
sekian.
PKR---------- PARTI KUAT RABA
Bismilahirahman Nirahim, semoga Allah selamatkan lah negara malaysia kita tercinta. Jangan kita dijadikan hasutan negara kafir seperti terjadi di iraq dan iran, afhganistan dn negara2 islam yang lain. Ya Allah, Ya Tuhanku, selamatkan kami yang serba kekurangan ini dan berikan lah kpd kami kekuatan dari segi physical dan mental semoga dapat lah kami selamatkan ugamaMu yang suci ini dan negara tercinta kami. Tolongi lah kami Ya Allah, Yang Maha Pendengar Lagi Maha Pengasih, jangan lah Kau sisih kami yang memerlukan Mu. Padu lah kami seluruh umat2 Islam diMsia dan umat2 Islam seluruh dunia. Amin Hirabila'lamin.
AI memang sudah terang2 tunjok kepada rakyat Msia, apa yang dia nak sebagai buktinya gambar2 dua manusia yang ingin memecah-belah dan memesongkan orang2 Islam dan di mana negara2 Islam wujud itu lah tujuan utama mereka. Selama ini AI asyik lari dari soalan2 yang dia ikut cara Amerika tapi sekarang dia semakin berani dan bawa gambar2 idola dia kesana kemari. SubhanAllah.
salam.
saya amat menghargai entri ini. aidc telah membentangkan fakta yang meyakinkan berdasarkan mapping dan rentetan kronologi yang jelas tentang penaja-penaja anwar.
saya tidak tahu nak kata apa lagi, jika penyokong anwar (yang membaca entri ini) masih terus memuja anwar - sama ada mereka buta, atau mereka takut untuk berpatah ke pangkal jalan.
sekali lagi, tahniah aidc.
Assalamualaikum wrt. wbt..
Bersadarkan artikel tersebut, ingin saya merumuskan disini bahawa:
1. Anwar secara terang-terangan dibela oleh Neo-Konservatif yang berlindung disebalik pelbagai yayasan - yang mahu menguasai Malaysia melalui campurtangan politik dan pilihanraya.. iaitu membantu para pembangkang menggulingkan kerajaan sedia ada bagi membentuk kerajaan yang lebih demokrasi dan bebas.
2. NED telah membina begitu banayk raikaian politik diseluruh dunia melaui Democracy Project Database, Research institue ... dan kalau diMalaysia, tunggak utamanya ialah Institut Kajian Dasar (IKD).
3. NED juga telah menyalurkan bantuan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL); Asian Human Rights Commission (AHRC), diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng dimana semuanya penyokong kuat Anwar. Tidak mungkin ianya satu kebetulan, kan.
4. Anwar sendiri suka didewa-dewakan oleh para penyokong beliau. lihat sahaja semasa kempen PRU12. Padahal Anwar tidak bertanding ketika itu, tapi mengapa poster2 yang dihantar ke setiap pelusuk negara diletakkan hanya gambar beliau. Mana perginya Wan Azizah, Nik Aziz, Abdul Hadi, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang?
5. Kehidupan Anwar yang sentiasa kelihatan bermewah-mewah, langsung tidak menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat Malaysia yang rata-ratanya dalam golongan sederhana. Majlis di restoran dan hotel mewah, bersarapan di singapura bersama al-Gore, serta pelbagai faktor yang telah didedahkan didalam blog ini, amat bertentangan dengan laungan kata2 beliau yg mahu harga minyak diturunkan atas dasar perihatin kepada rakyat. Apa perlu kerajaan turunkan harga minyak jika beliau serta orang2nya tidak langsung mempelajari kesusahan hidup yang dialami oleh rakyat hasil dari kenaikan harga minyak.
6. Kempen PKR yang berhabis-habisan dgn kos yang begitu tinggi pasti membuahkan persoalan kepada kita semua ... adakah PKR terlalu banayk wang untuk membuat kempen yang sebegitu rupa. Atau adakah mereka dibiayai oleh golongan tertentu?
7. Yang selama ini tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri ialah Anwar Ibrahim. Yang lain-lain mungkin mempunyai cita-cita serupa, namun terpaksa dipendamkan kerana pengaruh Anwar lebih berbisa. Lebih baik menumpang populariti Anwar dari menjadi kumpulan pembangkang minority yang belum tentu boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
8. Orang Melayu dan Islam akan dilumpuhkan sedikit demi sedikit hasil dari amalan demokrasi Neo-Konservatif. Bagi mereka yang terus perjuang, akan sentiasa dilabel sebabi terrorist dan akan disingkirkan dengan apa cara sekali pun.
Sudah penat minda ini berfikir, dan sudah lenguh jari ini menaip. Namun, tiada apa yang boleh melunturkan semangat juang yang ada dalam diri ini.Kehidupan mesti diteruskan kerna perjuangan kita masih belum selesai.
Wallau'alam
Adakah orang ramai percaya kepada Akuan Bersumpah oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, beberapa tahun lalu? TIDAK! Orang ramai terutamanya penyokong Anwar Ibrahim (termasuk orang PAS) tidak akan percaya kepada Akuan Bersumpah itu.
Alasan mereka ialah "Itu semua konspirasi politik" untuk menjatuhkan Anwar.
Apa Akuan Bersumpah Datuk Abdul Murat itu? IQRA: Dalam Akuan Bersumpah itu dikatakan bahawa:
Anwar Ibrahim menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan mewujudkan lebih 20 AKAUN induk bernilai RM3 BILION (TIGA RIBU JUTA RINGGIT), untuk mencapai cita-cita politiknya.
Satu daripada akaun khas itu bernilai RM200 juta, yang mana dananya dikumpul dan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Operasi Phileo Allied Berhad, Tong Kooi Ong, untuk kepentingan Anwar.
Abdul Murad, mengaku beliau diarahkan oleh Anwar supaya membantu beberapa individu tertentu yang rapat dengan Anwar, sama ada untuk melunaskan hutang mereka atau mengisi dana pertubuhan yang mereka terajui.
Antara orangnya ialah Dr Chandra Muzaffar; Marina Yusof; peguam Faiz Abdullah; Ketua Pusat Dasar Asia Pasifik (APPC), Douglas H Paal dan Datuk Nasaruddin Jalil.
Tong, menurut Akuan Bersumpah itu, membuka akaun induk bagi menyalurkan sumbangan kewangan kepada Anwar, sebagai membalas budi Anwar.
Murat mengakui bahawa melalui pengelibatannya sendiri, beliau mengetahui sekurang-kurangnya sembilan pihak, termasuk Anwar, dibayar wang daripada akaun induk berkenaan, semuanya berjumlah RM121 juta dalam tempoh 1992 hingga 1997.
Mengikut Akuan Bersumpah itu, pecahan pembayarannya ialah:
* Anwar sendiri - RM50 juta;
* Tan Sri Abdullah Ahmad - RM5 juta (Dolah Kok Lanas menafikan menerima duit itu);
* Datuk Nasaruddin Jalil - RM10 juta;
* Pusat Dasar Asia Pasifik (APPC) dan Douglas H Paal - AS$10 juta (RM38juta);
* Institut Kajian Dasar - RM5 juta;
* Aliran dan Dr Chandra Muzaffar - RM5 juta;
* Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) - RM5 juta;
* Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) - RM2 juta;
* Sebuah yayasan Islam berpusat di Amerika Syarikat - RM1 juta.
Abdul Murad memberitahu bahawa Anwar mengarahkannya membantu menyelesaikan lebih RM10 juta hutang Dolah Kok Lanas yang ketika itu menjadi wakil khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Murad berkata beliau membantu Dolah Kok Lanas berunding untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM7 juta. Sebanyak RM5 juta diambil daripada akaun induk manakala baki RM2 juta menggunakan wang Dolah dengan jualan tanah.
Murad juga mengatakan dalam Akuan Bersumpahnya itu bahawa Anwar mengarahkannya membantu Marina menjelaskan hutang dengan bank tempatan membabitkan lebih RM20 juta.
Murad kemudiannya menyerahkan permohonannya kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk memajukan tanah Marina Yusof (selama ini orang menyangka bahawa Kompleks Marina itu adalah milik Marina binti Tun Dr Mahathir) di Jalan Tun Razak iaitu Kompleks Marinara. Panel TPU meluluskan permohonan itu dan Marina amat berterima kasih kepada Anwar.
Murad juga memberitahu bahawa Anwar turut memberi arahan kepadanya supaya membantu kumpulan Datuk Nazri Abdullah untuk mengambil alih NST (New Straits Times Press - syarikat yang masa itu menerbitkan akhbar New Straits Times, Berita Harian, Malay Mail, Harian Metro dan majalah) daripada Renong.
Murad kemudiannya berbincang dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan daripada Hong Leong Bank dan mereka mencadangkan Nazri menggunakan MRCB untuk mengambil alih saham NST.
Murad mengaku beliau membantu mengaturkan pinjaman melalui Maybank untuk Nazri membeli MRCB dan pinjaman lain untuk MRCB membeli NST.
Murad juga memberitahu bahawa beliau dan Seow Lun Hoon juga diarahkan Anwar membantu Faiz yang juga bekas wartawan dan bekas pegawai Cawangan Siasatan Khas untuk memiliki kepentingan dalam Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB) yang kemudiannya dimiliki oleh Idris Hydraulic Berhad.
Murad memberitahu bahawa beberapa bank iaitu Hong Leong Bank, Hong Leong Finance, Sime Bank, RHB Bank, Southern Bank dan BSN Commercial Bank digunakan untuk membantu mendapatkan pinjaman membeli saham KUBB yang melebihi RM400 juta.
Murat juga membuat kenyataan bahawa Pusat Dasar Asia Pasifik (APPC) yang menerima AS$10 juta (RM38 juta) adalah satu daripada jentera utama Anwar untuk mempromosi imejnya di Amerika Syarikat dan Eropah.
Murad juga memberitahu bahawa beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan AS$10 juta itu kepada agensi Tabung Matawang Antarabangsa yang diketuai Paal, bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Nasional Amerika Syarikat.
Murad juga memberitahu bahawa Tong yang menguasai Phileo Allied, diarah oleh Anwar supaya mengambil isteri Mohd Azmin Ali (bekas Setiausaha Sulit Anwar), Shamsidar Taharin bekerja dengannya dengan diberi gaji lumayan, kereta dan pemandu sedangkan Shamsidar tidak perlu bekerja.
Jadi bagaimana sekarang? Banyak lagi yang editorialblog boleh dedahkan, terutamanya untuk menyedarkankan orang PAS. Editorialblog tak marah pada orang PAS atau PKR atau Melayu DAP. Cuma FIKIRKAN! Kerana Anwar Ibrahim tidak mahu dan tidak pernah bercerita mengenai wang ini. Anwar juga tidak dapat menjawab segala tuduhan dalam Akuan Bersumpah Murad itu dan Anwar juga tidak menyaman Murad kerana memfitnahnya menerusi Akuan Bersumpah itu. FIKIR... FIKIR...FIKIR LAH..
salam perjuangan,
baik saudara bongkar matlamat disebalik pembangunan iskandar,kekayaan khairy si pengangur yg kaya.kita bukan tgk pd peribadi seseorg tp kredibiliti mentadbir negara,takut juga nanti tak sempat peralihan kuasa negara tergadai dalam pemerintahan BN.
Well done, AIDC. Well read,great research.
Worlds apart from the writings of Raja Petra of Malaysia-Today which is full of half-truths, who interchange fact with fiction.
Syamputera, mana boleh tak tengok peribadi? Orang2 Islam pengikut nabi Muhd (saw) dan bagaimana peribadi nabi (saw)? Fikir sendiri, tak perlu saya elaborate di sini. Awak rasa AI boleh takbir negara dan lagi bagus dari BN?. You r in for many huge surprises because definitely, Malays and Islam will definitely kaput from this earth. Saya tidak nafikan BN memang perlukan di perbaiki, tetapi bukan dengan cara begini. TQ!
Catat Ulasan