Berikut merupakan tiga serangkai sekutu Amerika dan Zionis yang buat kenyataan bersama sokong Anwar. Mereka desak Malaysia gugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar. Mereka adalah Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn.
NEW YORK, 14hb Julai 2008.
Kami yang pernah berpeluang berkhidmat bersama dan di bawah kepimpinan beliau di institusi antarabangsa, mendengar dengan penuh kebimbangan berhubung pertuduhan yang dihadapkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun pertuduhan yang sama dan tidak berasas yang dihadapkan ke atas beliau 10 tahun dulu telah pun ditolak oleh mahkamah tertinggi negara Malaysia.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sekali lagi keyakinan kami terhadap integriti moral beliau, dalam menunaikan tanggungjawabnya terhadap negara dan masyarakat antarabangsa, beliau mengamalkan piawaan tertinggi dalam kepimpinan, sentiasa menekankan keadilan, keamanan dan pembangunan sejagat.
Kami juga ingin menyatakan keyakinan kami bahawa apa pun keadaan politik semasa, Kerajaan Malaysia tidak akan bertindak untuk mencampuri urusan kes ini, malah akan menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu contoh bahawa kerajaan ini menghormati hak individu. Ini amat penting buat Malaysia di mata antarabangsa.
Ditandatangani oleh:
1. Paul Martin, Mantan Perdana Menteri Kanada and bekas Pengurusi G20
2. Michel Camdessus, Bekas Pengarah Urusan dan Pengurusi Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa.
3. James Wolfensohn, Mantan Presiden Bank Dunia.
Analisis
Dalam kenyataan di atas dapat disimpulkan tiga perkara yang menjadi asas mereka bela Anwar; Pertama Anwar berktrampilan berdasarkan kepimpinan institusi antarabangsa. Kedua; Anwar aset antarabangsa dan ketiga desak gugur pendakwaan kerana hormat hak asasi Anwar serta bimbang 'pertuduhan' (liwat ?) ini tiada asas seperti kes liwat 10 tahun lepas.
Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa sebelum 1998
1. Anwar lebih dikenali di peringkat antarabangsa, berbanding dengan dalam negara. Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn sangat kenal rapat dengan Anwar berbanding tokoh-tokoh dalam negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Ibrahim Ali, Mohamad Sabu, Haji Hadi Awang, Pak Lah dan lain-lain.
2. Mereka kenal kerana Anwar menonjol dalam kepimpinan institusi antarabangsa. Apa institusi antarabangsa itu ? Adakah institusi antarabangsa itu juga ditaja Amerika ?
3. Paul Martin kenal Anwar ketika sama-sama menjadi menteri kewangan. Martin (1993-2002) dan Anwar (1991-1998). Mereka wakil negara mesyuarat menteri kewangan dalam pakatan G-7 tajaan Amerika. Walaupun Malaysia tidak terpilih dalam pakatan G-7 tetapi Amerika telah pilih Anwar dengan meletakkan namanya di Bank Dunia dan IMF supaya nama Anwar turut tersenarai.
4. Individu yang meletakkan nama Anwar di Bank Dunia dan IMF adalah James Wolfensohn dan Michel Camdessus. Wolfensohn adalah Yahudi pro parti Democrate, Presiden Clinton dan telah dilantik oleh Clinton jadi Presiden Bank Dunia pada 1995-2005. Beliau pula telah lantik Anwar jadi 'chairman of the bank’s development committee, World Bank', pada 1998.
5. Michel Camdessus adalah 'Managing Director of the International Monetary Fund' (IMF) dari 1987 hingga 2000. Bekas Presiden Indonesia, Suharto berkata, IMF dikuasai oleh Israel dan mengunakan dana (Yahudi) itu untuk menguasai sesebuah negara Islam termasuk Indonesia. Kata Suharto, ''The IMF consists of a lot of Jews, and that's how Israel influences the IMF. This is the opposition creating chaos, together with foreign investors who want to take over our assets at deeply discounted prices.'' Klik di sini untuk mengetahui peranan IMF campurtangan di Indonesia.
6. Camdessus telah lantik Anwar (Menteri Kewangan) jadi 'Chairman of the Development Committee of the IMF' pada 1997. Sejak itu Anwar jadi jurucakap IMF bagi rantau Asia. Malah menurut think tank Anwar, IKD,Anwar telah mula berjinak-jinak dengan Bank Dunia dan IMF sejak tahun 1994. Pertama kali Anwar berucap di Madrid dalam 'IMF-World Bank Annual Meetings', pada 4 October 1994.
7. Semasa Malaysia hadapi Krisis Ekonomi 1997, Anwar sebagai Menteri Kewangan cadangkan Malaysia pinjam dana IMF, tetapi cadangan beliau ditolak.
8. Tulis forum.moonlightchest.com, "During the Asian financial crisis in 1997 Anwar, in his capacity as finance minister, supported the International Monetary Fund (IMF) plan for recovery which meant a restructuring of the economy involving opening up to greater foreign investment and competition. He also instituted an austerity package that slashed government spending by 18%, cut ministerial salaries and deferred major investment projects"
9. Bahkan kenyataan media Anwar dalam World Bank/ IMF Annual Meeting di Hong Kong pada 24 September 1997, jelas menunjukkan beliau memuji satu-satu resolusi hadapi krisis ekonomi adalah meminjam daripada IMF.
10. Bermakna ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan Malaysia, beliau bukan mewakili kepentingan rakyat Malaysia tetapi mewakili kepentingan IMF/Wold Bank yang didalangi Amerika.
Kenapa Amerika pilih Anwar sebagai aset?
1. Ramai pengkaji membuat analisis mengapa Amerika pilih Anwar sebagai aset antarabangsa sedangkan beliau bukan pakar ekonomi kerana hanya kelulusan general degree, Sastera dan Sains Sosial dari UM dan bekas aktivis Islam ABIM,WAMY dan IIT.
2. Barangkali latar belakang itulah disimpulkan oleh pemikir-pemikir Yahudi, termasuk Paul Wolfowitz bahawa Anwar boleh 'diperalatkan' kerana melihat pontensi Anwar sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berpidato (orator) tetapi 'opportunist' yang bercita-cita tinggi. Bahkan Anwar dilihat berpontensi boleh memanipulasikan agama serta mudah berkawan termasuk Yahudi dan Nasrani.
3. Menurut laporan "Jewish Political Studies Review" (Oktober 2006), peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel.
4. Pada 1997, Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia telah membantu pihak Islam di Palestin serta mengkritik rejim Israel, pimpinan Netanyahu.
5. Laporan itu menyebut,"The Malaysian UN ambassador and Anwar Ibrahim explained that Malaysia supported Palestinian rights and censured the Netanyahu government. The time was not right to continue working to improve relations, and Malaysia was not ready for normalization. Additional Jewish organizations condemned Mahathir as an anti-Semite, as did the U.S. State Department. The World Jewish Congress announced that it would file a complaint with the UN Council on Human Rights in Geneva. The U.S. House of Representatives passed a resolution condemning Mahathir for his anti-Semitic remarks". Baca laporan lengkap di sini.
6. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, "The Asian Renaissance" (Kuala Lumpur: Times Books International,1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai 'pemimpin agung' di rantau Asia.
7. Kesungguhan meletakkan diri sebagai 'pemimpin agung' Asia, jelas terpancar lagi apabila beliau mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) menganjurkan program 'lobi nama Anwar' di Amerika melalui Dailog Pasifik bermula 1994-1998.
8. Program 'lobi nama Anwar', Dailog Pasifik adalah anjuran IKD (diketuai Kamaruddin Jaafar) dengan kerjasama Asia Pacific Policy Center(APPC),Washington DC, pimpinan Douglas H. Paal
9. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO' ABDUL MURAD BIN KHALID, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal.
10. Begitu besar Anwar membazirkan wang rakyat semata-mata untuk mencipta nama di kaca mata Amerika. Barangkali ketika itu Anwar sudah pasang cita-cita untuk bertakhta di mahligai PM Putrajaya.
11. Hasilnya dalam "Program Dailog Pasifik" anjuran IKD & APPC, di Pulau Pinang pada 1994 telah mengundang tokoh-tokoh Amerika pro parti Democrate, Presiden Bill Clinton seperti Senator Sam Nunn (Pengerusi senat Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata) dan Senator William Cohen ke Malaysia.
12. Manakala dalam "Program Dailog Pasifik II", anjuran IKD & APPC, di Kuala Lumpur pada 1996 sekali lagi tokoh-tokoh Amerika parti Democrate seperti Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia.
13. Sekali lagi IKD & APPC menganjurkan "Program Dailog Pasifik III" pada 1998, di Kuala Lumpur. Tokoh Yahudi Amerika yang hadir ketika itu Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) dan William Cohen, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, di bawah Presiden Clinton.
14. Sebab itu tidak hairan, apabila Anwar ditangkap 1998 dua tokoh Yahudi parti Democrate, Presiden Clinton iaitu Al Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong perjuangan "Reformasi" Anwar di Malaysia.
Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 1998-2004
1. Seorang lagi kenalan Anwar ialah Paul Wolfowitz yang asalnya penyokong parti Democrate mula beralih sokongan kepada parti Republican, apabila parti Bill Clinton (Democrate) tewas pada 2001.
2. Parti Republican, Presiden Bush telah mengambil Paul Wolfowitz sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dari 2001-2005.
3. Ketika WTC diserang pada 11 September 2001, Anwar dari penjara Sungai Buloh telah menulis surat peribadi kepada Wolfowitz mengutuk Sadam Hussein dan Iraq sebagai faktor serangan tersebut. Tulis PETER J. BOYER, dalam artikelnya "THE BELIEVER", "Three years later, just after the September 11th attacks, Ibrahim, still in a Malaysian jail, wrote an impassioned essay condemning the attacks as an abomination and lamenting the Muslim world’s failure to address “the suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions"
4. Apabila Paul Wolfowitz serang Iraq pada 2003, kawan baik Anwar iaitu Paul Martin (Ketika itu Perdana Menteri Kanada-2003-2006)
menjadi sekutu utama Presiden Bush memusnah umat Islam di Iraq.
Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 2004- sekarang
1. Apabila Anwar dirawat di Munich, Jerman (2004) Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar. Menurut Mike Billington dalam artikelnya 'Anwar:
Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back,, Wolfowitz merupakan pencatur karier politik Anwar di peringkat Antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat.
2. Paul Wolfowitz telah catur Anwar sebagai pensyarah pelawat di John Hopkins & Georgetown University, Konsultan Bank Dunia dan Pengerusi Foundation For The Future
3. Menurut laman web 'moon of Alabama', antara lain fungsi penubuhan Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan Anwar adalah menyalurkan dana dan bekal senjata kepada kumpulan FATAH berperang dengan kumpulan HAMAS di Palestin. Perkara ini semakin terdedah apabila Anwar menandatangani Deklarasi sokong "Annapolis Summit 2007" yang iktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
4. Walaupun Anwar berasal dari Malaysia tetapi beliau tetap dipilih Amerika sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future meskipun asas penubuhan badan itu hanya untuk Timur Tengah dan Afrika Utara. Sepatutnya wakil dari Timur Tengah atau Afrika Utara yang perlu dipilih menerajui badan itu. Kenapa Amerika pilih Anwar ?
5. Berkaitan dengan hubungan Anwar dengan Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn masih diteruskan semenjak 2004 hingga sekarang.
6. Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam "Managing Global Insecurity (MGI)" satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution dan lain-lain.
7. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti 'rakan kongsi'(networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai kuasa unggul di dunia.
8. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam key player dalam politik Amerika. Beliau menjadi Board of director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan the Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar.
9. Pada 2005, Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika lantik Wolfensohn "special envoy" di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel di kawasan itu.
Liwat hak asasi Anwar & tuduhan 10 tahun lalu tidak berasas ?
1. Menurut Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn tuduhan liwat bercanggah dengan hak asasi manusia.
2. Pandangan mereka itu mungkin betul jika berdasarkan hak asasi mengikut kaca mata Barat, tetapi persoalannya Anwar bukan warganegara Amerika, Anwar adalah warganegara Malaysia yang Islam merupakan agama rasmi.
3. Tetapi jika di Barat boleh menerima dan membezakan antara 'isu peribadi' dengan 'kepimpinan', kenapa pula parti Republican menjadikan isu skandal oral sex Clinton-Monica Lewinsky sebagai bahan kempen menjatuhkan parti Democrate ?
4. Menurut bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor, keadilan dan hak asasi harus dinilai kepada kedua-dua pihak. Keadilan untuk Anwar (dituduh peliwat) dan Keadilan untuk Saiful (mendakwa diliwat). Kalau hanya keadilan untuk Anwar semata-mata, bermakna konsep Keadilan dan hak asasi berat sebelah.
5. Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn juga telah meletakkan asas yang salah dengan mengatakan tuduhan liwat 10 tahun lalu tidak berasas sama sekali. Apa ukuran kenyataan ini ?
6. Menurut rekod MAHKAMAH TINGGI, Kuala Lumpur, Hakim Datuk Ariffin Jaka telah menjatuhkan HUKUMAN BERSALAH ke atas Anwar pada 2 Ogos 2000 kerana meliwat Sukma Darmawan Sasmitaatmadja (adik angkat Anwar) dan Azizan Abu Bakar (bekas pemandunya). Hukumannya penjara 9 tahun.
7. Bermula dari tahun 2000-2004, Anwar dipenjarakan kerana kesalahan meliwat yang telah diputuskan itu. Anwar mengemukakan RAYUAN PERTAMA kes liwatnya itu, di MAHKAMAH RAYUAN pada 18 April 2003.
8. Setelah meneliti semula semua hujah-hujah penghakiman, MAHKAMAH RAYUAN mengekalkan keputusan MAHKAMAH TINGGI dan Anwar tetap didapati bersalah atas tuduhan MELIWAT.
9. Anwar mengemukakan RAYUAN KEDUA ke MAHKAMAH PERSEKUTUAN pada 10 Mei 2004.
10. Pada 2 September 2004, Tiga hakim MAHKAMAH PERSEKUTUAN iaitu Datuk Abdul Hamid Muhamad, Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud dan Datuk Paduka Rahmah Hussain bersidang meneliti semula keputusan MAHKAMAH TINGGI & MAHKAMAH RAYUAN, dan membuat keputusan berikut :
i. Ketiga-tiga hakim BERSETUJU terjadinya aktiviti LIWAT antara Anwar, Sukma & Azizan
ii. Dua hakim mempertikaikan soal masa dan tarikh oleh saksi (Azizan)
iii. Satu hakim merumuskan masa dan tarikh tidak merubah intipati pertuduhan
iv. Keputusannya 2 + 1 =Anwar didapati MELIWAT tetapi DIBEBASKAN kerana TEKNIKAL
11. Kesimpulannya pada asas ketiga-tiga hakim BERSETUJU terdapat bukti AKTIVITI MELIWAT antara Anwar, Sukma dan Azizan tetapi MAHKAMAH PERSEKUTUAN membebaskan Anwar pada 2 September 2004 atas alasan TEKNIKAL.
12. Perkara ini pernah diulas oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya.
13. Tulis beliau, "Yang jelas daripada apa yang disebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah"
14. Tulisnya lagi, "Jika dihitung, kita akan dapati kesemua 10 hakim [dari Mahkamah Tinggi hingga Persekutuan-AIDC] yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah ke atasnya"
AIDC
27 Julai 2008
Artikel terdahulu
1. Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ?
8 ulasan:
Apakah masalah teknikal kpd dua Hakim tersebut yang menyebabkan mereka menerima Rayuan Anwar?
Hanyalah kerana bukti yg ada pada Mahkamah Keadilan adalah bersandarkan saksi tunggal Azizan.
Hakim Bicara Mahkamah Persekutuan (2 orang)KEBERATAN untuk menolak Rayuan Anwar KERANA BUKTI TUNGGAL SEMATA dan bukan kerana ianya telah melampaui keraguan munasabah.
Alasan Penghakiman tersebut adalah terlalu longgar dan dan alasan undang-undang sedemikian hendaklah tidak dijadikan rujukan (precedent) dalam mana-mana kes jenayah.
Saya mendapati keputusan ini ditimbangi secara keputusan politik yang bersandarkan "soal kemanusiaan". Tapi malangnya, Anwar tidak bersyukur dan menghargainya, malah dengan bangganya merasakan dia tak bersalah. Lalu jadi sombong dan begitu angkuh!
Sudah jelas Anuwar ni agent Yahudi.
Bukalah mata rakyat Malaysia sekiranya anda sayangkan tanahair.
Nyahkan pengkhianat bangsa ini!!!
Very interesting this article. More information & exposure & fantastic
Kebelakangan ini, banyak isu-isu besar yang menimpa secara bertubi-tubi di dalam senario politik tanahair kita. Ada yang kata isu-isu tersebut sebagai fitnah, ada yang kata ianya merupakan konspirasi politik dan tidak kurang juga ada yang berpendapat isu-isu tersebut sebagai sesuatu yang benar. Terlalu banyak sangat perbalahan dan tidak tahu siapa yang betul dan siapa pula yang salah. Jadi di sini sebagai seorang rakyat, saya ingin berkongsi sedikit pandangan saya terhadap apa yang saya pegang dalam menghadapi kemelut ini.
Fokus saya pada kali ini adalah berkenaan dengan Anwar Ibrahim yang mana kemelut yang dibawanya sejak dari dahulu lagi umpama tiada kesudahan. Saya tidak berhasrat untuk membincangkan sebarang pertuduhan terhadapnya samada kes terbarunya ataupun sebarang kes yang lama. Berbagai persepsi telah ditimbulkan olehnya sendiri terhadap pertuduhan terbaru yang telah dihadapinya. Jadi disebabkan terlalu banyak persepsi yang tidak diketahui yang mana benar dan yang mana palsu, sudah pasti rakyat akan berada di dalam keadaan dilema dalam mencari kebenaran yang akhirnya akan mengakibatkan lebih banyak perpecahan berlaku di kalangan orang-orang Melayu.
Sekarang ini kelihatan terlalu ramai orang yang terlalu taksub kepada pemimpin-pemimpin tertentu sehinggakan jika pemimpin yang mereka sanjungi melakukan kesalahan dengan bukti-bukti yang dapat dilihat jelas di depan mata, mereka tetap akan mempertahankan pemimpin itu. Di dalam kes Anwar Ibrahim, ramai yang terlalu pro-Anwar dan ramai juga yang anti-Anwar dan tidak kurang juga yang berada di atas pagar kerana berada di dalam dilema. Nak tunggu pengadilan mahkamah, mereka mendakwa mahkamah dikuasai kerajaan. Samada perkara ini betul atau tidak, tiada siapa pun yang tahu sebab tiada bukti yang jelas. Jadi disebabkan terlalu banyak tandatanya di dalam kes Anwar Ibrahim ini, apakah garis panduan yang dapat kita gunakan dalam mencari kebenaran hakiki? Panduan yang paling berguna yang boleh kita gunakan adalah dengan mematuhi saranan seperti yang terkandung di dalam ayat-ayat dibawah:
“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Hadis riwayat Abu Daud)
"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik pula kesudahannya." (Surah An Nisaa' ayat 59)
Ya!!! Rujuklah kepada Al-Quran dan As Sunnah dan berpegang dan percayalah kepada kedua-duanya. Sebagai umat Islam kita WAJIB percaya keseluruhan apa yang dikatakan di dalam Al-Quran dan Hadis sahih. Diharapkan jangan ada umat Islam yang menolak Al Quran dan/atau As Sunnah kerana ditakuti akan membawa kepada kekufuran.
Jadi di dalam kes Anwar Ibrahim, apakah perkara yang boleh dirujuk di dalam Al Quran??? Di sini saya perturunkan SATU perkara yang dapat saya ketemukan dari Al Quran.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Surah Al Baqarah ayat 120)
Jadi dari sini, SATU PERTANYAAN yang boleh dijawab sendiri oleh kita semua, "Siapakan satu-satunya PEMIMPIN ISLAM didunia ini yang amat disenangi (menerima sokongan) oleh orang-orang Yahudi (Israel) dan Nasrani (USA)?" Adakah pemimpin itu Yasseir Araffat? Adakah dianya Saddam Hussein? Adakah dianya Tun Dr Mahathir? atau siapa...???
Tindakan orang-orang Yahudi dan Nasrani memberi sokongan kepada pemimpin Islam merupakan suatu yang AMAT PELIK dan bercanggah dengan HUKUM ALAM sepertimana yang telah diperjelaskan di dalam Al Quran. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W, pemimpin Islam yang paling ulung tiada tolok bandingan, terkenal dengan akhlak terpuji dan dijanjikan syurga oleh Allah amat dibenci oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, mengapa pula pemimpin Islam berkenaan yang merupakan manusia biasa yang jauh rendah tarafnya dari Nabi yang belum dijanjikan jaminan syurga oleh Allah, begitu mulia di sisi orang-orang Yahudi dan Nasrani? Di manakah letaknya kemuliaan pemimpin Islam berkenaan berbanding Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani? Mereka sanggup menghina Nabi Muhammad dengan melukis karikaturnya di akhbar dan menamakan seekor beruang dengan nama Muhammad. Mereka juga sanggup memfitnah dan menghina Nabi di dalam buku-buku karangan mereka.
Sekiranya tiada kepentingan atau pemimpin Islam itu tidak menuruti kehendak mereka, untuk apakah mereka sanggup menyokong pemimpin berkenaan walhal perkara itu tidak pernah berlaku pada mana-mana pemimpin Islam yang lain di dunia ini. Bukti yang Allah berikan kepada kita semua cukup banyak dan jelas yang antara lainnya ialah penyataan Tom Casey dan Rice baru-baru ini yang telah menimbulkan kontroversi, sokongan akhbar Jerusalem Post (akhbar Israel) terhadap pemimpin berkenaan beberapa bulan lepas dan tindakan Al Gore (US Vice President) sepuluh tahun yang lalu, tetapi berapa ramaikah di antara kita yang mengambil iktibar petunjuk yang Allah berikan ini?
Apakah kita sebagai orang Melayu yang mengaku Islam sanggup mempertikaikan apa yang telah dikhabarkan dengan terang dan jelas tanpa keraguan tentang orang-orang Yahudi dan Nasrani di dalam Al Quran? Sanggup kita berkata Al Quran tidak betul sebagaimana dakwaan orang2 kafir, demi mempertahankan pemimpin berkenaan? Adakah kita sanggup berkata Al Quran tidak relevan masa kini demi mempertahankan pemimpin kesayangan kita??? Atau secara jelasnya sanggupkah kita membatalkan syahadah kita?
Jadi disini saya sekadar ingin berpesan pada diri sendiri (yang selalu lupa dan lalai) dan umat Islam yang lain agar berpegang teguh dan yakinlah kepada Al Quran dan As Sunnah semoga kita beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amin!
Akhir sekali ingin saya katakan juga, jika datang kepada anda orang-orang yang beragama Islam mempertahankan pemimpin Islam seperti ini, terangkanlah kepada mereka sepertimana yang telah dihuraikan di atas dan kemudian katakanlah kepada mereka "Saya berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah. Anda pula bagaimana?".
Tahniah ah chai, satu tulisan yang mudah dan jelas untuk difahami..
ayya...tabik la gua kat ah chai
nama cina tapi pandai gak berhadis
tahniah...tahniah
Anwar = A n War = America n War!!!
Remember Anwar, remember America and War!!!
Anwar = A n War = America n War!!!
Remember Anwar, remember America and War!!!
Anwar = A n War = America n War!!!
Remember Anwar, remember America and War!!!
Anwar = A n War = America n War!!!
Remember Anwar, remember America and War!!!
Anwar = A n War = America n War!!!
Remember Anwar, remember America and War!!!
Anwar = A n War = America n War!!!
Remember Anwar, remember America and War!!!
Hidup Anwar. Doctor kata: tidak ada liwat. Cuma cerita buatan satan. BN = Barang Naik.
Catat Ulasan