Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI
“AKU baca ulasan atas kenyataan hang pasai ‘Muzakarah/Kerjasama PAS/UMNO Wajar -Dr Mohd Hasyim’. Ramai yang bagi komen, antaranya meragui sikap hang terhadap kepimpinan DSAI..” Kawan saya bertanya pula. “Aku nak dengaq dari mulut hang pulak!”
Ini jawapannya…
Pertama: Menurut Anwaribrahimdotcom.blogspot.com….
…“(DSAI) Anwar model Muslim Moderate. Muslim Moderate adalah model yang ditaja oleh Amerika melalui Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). CSID merupakan badan pemikir Amerika untuk mencari kaedah terbaik menyemai benih-benih Demokrasi ke negara-negara Islam. CSID telah menganugerahkan Anwar sebagai ‘Muslim Democrat of the Year’ pada tahun 2005 …. Maksud ‘Muslim Moderate’ adalah Muslim terima idea-idea Amerika khususnya ‘demokrasi dan Hak asasi’. Muslim Moderate menolak Negara Islam, hukum hudud dan Mahkamah Syariah.
Golongan Muslim yang mahukan Negara Islam dan perundangan Islam dilabel oleh Amerika sebagai Muslim Teroris. Sebab itu Abu Bakar Bashir, tokoh Islam Indonesia yang dilabel Amerika sebagai ‘Teroris' telah berkata Anwar 'Muslim Moderate' yang tidak cukup faham mengenai Islam. Separuh daripada penggerak CSID tidak beragama Islam, misalnya Antony Sullivan, Vice-Chair CSID, Robert Schadler, Tamara Sonn, Joseph Montville, Louis Cantori dan lain-lain.
Malah CSID sendiri ditaja oleh Yahudi neocon, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED).
Asma Afsaruddin, Chair CSID dan Radwan Masmoudi, President CSID serta tokoh-tokoh Islam lain adalah pro Amerika sama seperti Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, Negara Islam bukan agenda perjuangannya. Katanya, beliau akan sokong jika majoriti rakyat Malaysia menolak Mahkamah Syariah kerana itu satu rukun demokrasi. Menurut Amerika, negara-negara Islam kebanyakan tidak demokrasi. Tidak demokrasi sama dengan autokratik dan pemerintahan diktator.
Atas premis itu Iraq dan Afganistan diserang untuk menyemai benih demokrasi di negara-negara Islam itu.
Persoalannya adakah demokrasi ciptaan Amerika lebih tinggi berbanding dengan demokrasi berasaskan Al Quran dan as Sunnah? Di mana keadilan, demokrasi dan hak asasi yang diperjuangkan Amerika jika majoriti rakyat sebulat suara menerima perundangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam ajaran mereka?”
Teringat pula saya kepada pemikiran yang dibawa oleh Drs Nurcholis sejak awal tahun 70-an lagi, semasa dia menjawat Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Indonesia (Ucapannya pada 2 Januari 1970 bertajuk ‘Keharusan Pembaharuan Pemikir Islam dan Masalah Integrasi Umat’ dan artikelnya ‘Sekali Lagi Tentang Sekularisasi’ . Pemikiran yang diciplaknya dari pemikiran Harvey Cox, seorang pemikir Kristen mengkritik agamanya dalam bukunya ‘The Secular City’ (New York:The Macmillan Company -1965) yang menjadi best seller di Amerika pada tahun 1965. Sila rujuk buku ‘Koreksi Terhadap Drs Nacholis Madjid Tentang Sekularisasi’ oleh Prof Dr H.M. Rasjidi (Jakarta: Bulan Bintang-1977).
Penulis Barat yang menyebutnya dengan ‘Islam Liberal’ adalah seperti seperti Leonard Binder (‘Islamic Liberalism’ Chicago: The Unversity of Chicago Press-1988) dan Charles Kurzman (‘Liberal Islam’ New York: Oxford University Press-1998). Buku khusus di kalangan pemikir Indonesia ditulis oleh Greg Barton pada tahun 1995 (‘The Emergence of Neo Modernism’ Liberal Movement of Islamic Though-1995), yang asalnya adalah disertasi Ph.D di Monash University, Australia.
Buku ini diterjemahkan ke bahasa Indonesia dengan tajuk: ‘Gagasan Islam Liberal di Indonesia: Pemikiran Neomerniodsme Nurcholis Madjid, Djohan Effendi, Ahmad Wahib dan Abdurrahman Wahid’, diterbitkan atas kerjasama Paramadina, Yayasan Adikarya Ikapi, dan Ford Foundation pada tahun 1999.
Pemikiran Islam Liberal itu, mulanya disingkatkan sebagai ‘Islib’, kemudian dipopularkan oleh sekumpulan pemuda dengan menubuhkan rangkaian kerjasama ke peringkat antarabangsa dengan nama ‘Jaringan Islam Liberal’ atau JIL.
Kalau di Malaysia atau Indonesia golongan ini menjadikan Syeikh Ali Abdul Raziq sebagai idola mereka.
Kata mereka, “Abdul Raziq menyimpulkan bahawa sistem khilafah bukanlah sebuah kemestian bagi kaum Muslimin untuk mendirikannya, bahkan ia bukan sama sekali sebahagian dari agama Islam.(Ali Abdul Raziq menulis dalam kitabnya ‘Al-Islam wa Ushul Al-Hukm’: Cairo Cetakan pertama 1342/1925).
Dengan itu mereka tetap bersetuju dengan Perlembagaan Malaysia yang sekular sekarang. Tak perlu ditukar sekularnya. Begitu juga dengan sistem Pancasila di Indonesia..
Sebenarnya, Sheikh Ali Abdul Raziq hidup sezaman dengan Mustafa Kamal Ataturk, tokoh sekularisme Turki. Kedua tokoh ini memiliki ideologi politik yang hampir sama. Ataturk mengumumkan penghapusan sistem khilafah (1924) dan menyatakan pemisahan urusan agama dari negara (1925), maka Abdul Raziq menerbit buku yang menyokong Ataturk.
Syed Rasyid Ridha tokoh gerakan pembaharuan dan murid-muridnya seperti Hassan Al-Banna pendiri gerakan ‘Ikhwan Muslimin’, telah menolak pandangan yang amat berbahaya ini.
Begitu juga PAS di Malaysia. Teringat saya kepada ceramah-ceramah mantan Presiden PAS Allahyarham Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor yang menyerang habis-habisan faham sekular yang dipanjangkan oleh Abdul Raziq itu, pada tahun-tahun 80an.
Ustaz Fadzil pernah bersama-sama Dato’ Seri Anwar menggerakkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebelum beliau aktif dalam PAS. Masa itu ABIM pernah menerbitkan buku penjelasan ‘Islam and Secularism’ oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas (ABIM 1978 & ISTAC 1993).
Faham Sekularisme telah menjadi kunci pembuka bagi penganut-penganutnya mengamal banyak lagi faham-faham sesat yang lain atas nama ‘kebebasan berfikir’. Contohnya Pluralisme Agama (menyamakan semua agama), isu Al-Qura’an Edisi Kritis (edit semula), Hermeneutika (merombak atau merubah orientasi tafsir yang sedang digunakan oleh ulama turun-temurun), Feminisme (‘gender equality’, samakan lelaki dengan perempuan, seperti perempuan berkuasa ceraikan suami, jadi imam sembahyang kepada lelaki dan lain-lain), dan macam-macam kesesatan yang dimodenkan sepanjang masa.
Adakah ia termasuk Islam Hadhari? … perlu dibincangkan pada kesempatan yang lain!
Sebuah kertas kerja bertajuk ‘Fakta dan Data Liberalisasi Islam di Indonesia’ telah dibentangkan dalam seminar Ancaman Islam Liberal di Kota Bharu Kelantan pada 3 Jun 2006. Pembentangnya, Adian Husaini MA dari Institute For The Study Of Islamic Though And Civilization (INSISTS), Jakarta Indonesia, telah menyenaraikan 16 antara organisasi-organisasi di Indonesia dari 30 organisasi-organisasi yang dibiayai oleh The Asia Foundation antara organisasi-organisasi talibarut US yang beroperasi sejak 1970an lagi hingga kini.
David E. Kaplan (Hearts, Minds and Dollars, www.usnews.com 4-25-2005) menyebutkan, di mana jutaan dollar US telah dipersetujui oleh White House secara rahsia untuk dihamburkan bagi kempen mengubah masyarakat Islam dan agama Islam itu sendiri di dalam sekurang-kurang 24 negara umat Islam seluruh dunia.
Donald Rumsfeld, atas alasan membendung pengganas telah mengumumkan pada 16 Oktober 2003…
“AS (Amerika Syarikat) perlu menciptakan lembaga donor untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam yang radikal menjadi moden. Lembaga pendidikan Islam biasa lebih cepat menumbuhkan teroris baru, lebih cepat dibandingkan kemampuan AS untuk menangkap dan membunuh mereka.”(Harian Republika 3-12-2005).
Kedua: Menurut Anwaribrahimdotcom.blogspot.com. lagi….
“Video di atas (seperti di blog disebutkan..) memaparkan 'kehebatan Anwar' kerana dipilih 100 tokoh berpengaruh di dunia. Diterbitkan oleh Onlinetivi Indonesia sebagai satu promosi untuk menunjukkan 'kehebatan' Anwar di persada dunia. Pengacara video ini telah mengesahkan empat perkara penting. Pertama; Anwar satu-satunya tokoh yang dipilih dari Malaysia oleh majalah TIME. Kedua; penulis biodata Anwar ialah Paul Wolfowitz. Ketiga; Anwar dipilih kerana Islam Moderate tajaan Amerika. Keempat; Anwar menolak Ketuanan Melayu”
Mengenai tokoh 100 Majalah dipilih TIME, tokoh-tokoh 100 berpengaruh di dunia, majalah TIME. Laman Jew Watch memperakukan majalah TIME adalah salah satu majalah terkemuka yang dikawal oleh Yahudi. Penaung dana majalah TIME adalah Time Warner Communications. Pemilik utamanya pula seorang Yahudi bernama Gerald Levin.
Selain memiliki majalah TIME, Yahudi juga turut memiliki majalah Newsweek yang pernah menganugerahkan Anwar sebagai ‘The Asian of the Year’ pada tahun 1998.
Publisiti Anwar di peringkat antarabangsa kebanyakan diberi liputan oleh media kawalan Yahudi antaranya ABC Television Network (ABC), CNN,CBS, dan NBC. Penguasaan Yahudi dalam media di atas.
Rangkaian media milik Yahudi telah berusaha keras mempromosi 'watak Anwar' di pentas antarabangsa, maka tidak hairan majalah TIME memilih Anwar sebagai '100 tokoh berpengaruh dunia'.
Bahkan, bukan satu kejutan jika sebuah akhbar harian Israel, "The Jerusalem Post" meramalkan "Anwar sebagai Bakal Perdana Menteri Malaysia" sebaik sahaja selesai PRU ke-12.
Persoalannya kenapa rangkaian media milik Yahudi berusaha bersungguh-sungguh mempromote nama Anwar di pentas antarabangsa? Malah lebih ghairah lagi, kenapakah akhbar harian milik Israel, The Jerusalem Post begitu berminat fokus politik negara Malaysia hingga sanggup beri ruang kepada halaman akhbarnya meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia. Kenapa tidak Najib Tun Razak?, Atau kalau pembengkang Ustaz Hadi atau Lim Kit Siang? Puak-puak pemikir Yahudi tentu tahu kerja-kerjanya!
Penulis biodata Anwar ialah Paul Wolfowitz. Semasa mencalonkan 100 tokoh TIME, Wolfowitz bukan setakat dianggap sebagai Yahudi Neocon, malah menganuti fahaman zionis yang pernah dinobatkan ‘Israel Zionis Paling Berjaya 2002’ oleh The Jewish Institute for National Security Affairs (JINSA) kerana kecemerlangan menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika. Kejayaan Wolfowitz semasa jadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika adalah melancarkan perang dan mengalahkan negara Islam Iraq.
Kota suci Islam, Baghdad, warisan ketamadunan Islam, dipijak oleh tentera Amerika. Bangunan dan penduduk Islam tidak bersalah telah dibunuh semata-mata percaya dengan teori Wolfowitz bahawa Iraq memiliki senjata WMD.
Kenapa Wolfowitz yang dipilih menjadi penulis biodata dan pencalon Anwar di Majalah TIME. Kenapa tidak Al Gore, William Cohen, Al Bright, Colin Power atau Carl Gershman kerana mereka juga mengenali Anwar? Kenapa semua nama-nama yang mengenali Anwar semuanya Yahudi berideologi Zionis?
Tidak adakah tokoh Islam terkemuka yang boleh menulis biodata dan mencalonkan Anwar ke majalah TIME? Dikatakan hanya Wolfowitz yang mengenali siapakah Anwar. Malah Wolfowitz wajar menulis biodata Anwar kerana Anwar adalah 'menteenya'. Wolfowitz pula adalah godfather Anwar. Pengakuan Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz. Kata Anwar, Yahudi berideologi Zionis (Wolfowitz) itu bukan musuhnya.
Malah semua karier antarabangsa Anwar khususnya di Amerika dibina oleh Wolfowitz. Wolfowitz yang calonkan Anwar jadi pensyarah pelawat John Hopkins dan Georgetown University.
Wolfowitz juga melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia dan Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR) Dalam penulisan Wolfowitz, beliau akui sumbangan Anwar menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi yang tunduk kepada Amerika bermula pada tahun 1990an melalui Dailog Pasifik. Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan Malaysia melalui badan pemikirnya Institut Kajian Dasar (IKD) telah menyalahgunakan wang rakyat membayar jutaan ringgit kepada pelobi Amerika iaitu Asia Pacific Policy Centre (APPC) semata-mata untuk memastikan nama Anwar terkenal di Amerika.
Program Dailog Pasifik, anjuran IKD & APPC ini telah berjaya membawa tokoh-tokoh Amerika ke Malaysia antaranya Paul Wolfowitz, Senator Sam Nunn, William Cohen dan Henry Kissinger.
Maka tidak hairan, Wolfowitz tulis.. “I joined Senator Sam Nunn and others to speak out in Anwar's defense’…ketika Anwar dipenjarakan.
Ketika Anwar dirawat sakit tulang belakang pada 2004, di Munich, Jerman, Paul Wolfowitz merupakan antara pengunjung pertama.
Kunjungan Wolfowitz ke Munich yang dianggap tetamu paling istimewa, turut disusuli dengan perbincangan empat mata yang mengatur langkah Anwar seterusnya di Amerika.
Persoalannya kenapakah seorang Yahudi berideologi Zionis bernama Wolfowitz yang terkenal sebagai 'arkitek perang & pemusnah negara Islam' sanggup berbaik-baik dan memberi jasa kepada Anwar? Hanya Wolfowitz yang lemah lembut pertuturan tetapi keras pegangan zionisnya mengetahui apakah agenda sebenar membela Anwar..
Dalam 3 perkara yang dilontarkan oleh Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir selaku Ahli Parlimen Jerlun di Dewan Rakyat Parlimen Selasa 13 Mei 2008, antaranya menyebutkan…
“Yang ketiga, mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of The Future. NGO ini menerima dana sebanyak 35 juta dolar dari Jabatan Negara atau State Department Kerajaan Amerika Syarikat, 10 juta dolar dari Bahrain dan 11 juta lagi dari sumber-sumber lain yang tidak ketahui. Pengerusi Foundation of The Future tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar sendiri insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia.
Di NGO ini jugalah Datuk seri Anwar mengambil kerja Shahariza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia baru-baru ini.
Soalnya, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latar belakangnya.... dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman neo-konservatif yang membunuh rakyat Islam di Iraq Paul Wolfowitz ini hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?”
Itu pandangan Dato’ Mukhriz.
Ketiga: Dikatakan juga Anwar menolak ‘Ketuanan Melayu’.
Menurut Anwaribrahimdotcom.blogspot.com lagi….
“Sudah menjadi pengetahuan umum, semejak menjadi penasihat de facto PKR, Anwar menolak Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar menolak 'ketuanan bangsa' dan menjaga 'hak keistimewaan kaum' ini selaras dengan salah satu rukun neocon yang menolak dasar ‘affirmative action’ (hak keistimewaan).
Bagi Yahudi Neocon yang berideologi Zionis, tidak dibenarkan wujud bangsa-bangsa lain di dunia ini yang lebih mulia daripada Yahudi. Hanya Yahudi sahaja bangsa paling mulia dan bangsa ‘pilihan Tuhan’.
Hanya bangsa yahudi sahaja boleh mengamalkan ‘affirmative action’, bangsa-bangsa lain tidak dibenarkan kerana mereka yang bukan Yahudi itu ‘Bangsa Kelas Kedua’. Jadi sekiranya bangsa-bangsa lain cuba mengamalkan dasar ‘affirmative action’, maka usaha perlu dilakukan untuk menghapuskan dasar itu.
Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997. Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.
Betapa akrabnya Anwar dengan Pengerusi IMF, Michael Camdessus hingga berpeluk-peluk. Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar ‘affirmative action’ yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global.
Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika. Kalau Amerika bersungguh-sungguh serang Iraq kerana telaga minyak, Malaysia pun ada telaga minyak dan Petronas!”
“Yang penting ketiga-tiga alasan ini ada kaitan dengan Yahudi dan Amerika. Kalau Anwar bagaikan bulan purnama, maka isu-isu ini adalah awan hitam yang boleh menggerhanakan beliau sebagai pemenang bintang Perdana Menteri (PM).
Ada lagi isu-isu lain seperti perbedaan dari segi gerak kerja dan kekuatan antara PAS, PKR & DAP. Peribadi Anwar berbanding Ustaz Hadi. Dikatakan juga tindak tanduk Anwar membelakangkan Pakatan Rakyat, gendang kosong contohnya nak dapatkan pelabur di Selangor atau 30 kerusi parlimen masih belum menampakkan bunga-bunga kenyataan. Tuduhan-tuduhan skandal dan lain-lain.
Pada saya, PAS kena dapatkan jalan pintas untuk realisasikan dasar perjuangannya, termasuk turunkan harga minyak. PAS cuma menunggu dan memilih kumpulan mana yang dapat membantu cita-cita perjuangannya.
Kunci pembukanya adalah.. Muzakarah!!” Saya memberi pandangan.
“Bagaimana dengan isu-isu lain??”
“Tak cukup masa, coming soon!”
Catatan santai: ibnuhasyim.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 22-07-08. KL.
baca artikel asal di ibnuhasyim.com
11 ulasan:
Ini orang tentu orang BN...kalau dia boleh bantu kita..kenapa tidak..fikirkan masa sekarang...BN boleh buat apa?
Anwar memang tak layak jd PM...
Bukan satu sebab tapi banyak sebab...
Ye betul widuri... banyak sebab dan 50 dalil ... nak tau baca sendiri... kat dalam internet pun ada info.
Setakat yg BN memerintah, tak terkira banyaknya pembangunan dan sumbangan kepada rakyat. Kalau rakyat Malaysia sendiri tak tau apa yg kerajaan dah buat selama ni... Boleh ke mengaku sebagai rakyat Malaysia??
ini pun satu pemuda PKR bangang bernama si stan..ko kenala ker sapa penulis artikel tu ?
Nama samaran dia Ibnu Hasyim. Dia tu penyokong tegar PAS. Belah tangan pun keluar darah hijau..
Ko jangan main-main dengan ibnu hasyim, dia tu penulis harakah..pernah tulis buku politik..ko pergi sendiri ke blog dia..ibnuhasyim.com..ko nilai sendiri warna politik dia..
Lain kali kalau nak komen..ko kena faham betul2..tengok sumber2..sapa penulisnya..apa elemen politiknya..jangan main hentam keromo jer..kalau ko main hentam keromo tak kenal belakang depan, nanti orang tuduh ko ni memang penulis upahan yang dihantar ke sini untuk buat komen2 hentam keromo ssaja..
kalau ko buat macam ni, ko akan memalukan kaum PKR kerana orang akan kata, PKR ni taksub membabi buta dan minda tertutup serta kerjanya asyik main belakang jer..
Ko tahu tak apa makna ibnu hasyim tulis macam tu? tau tak?
Kalau tak tau..aku nak bagitau..ko tolong pesan kat pemimpin de facto ko tu..jangan dok angkuh sangat..rasa dirinya hebat macam tuhan..tengok dulu kiri kanan..betulkah dapat sokongan padu daripada rakan2 PR..jangan dok mendabik dada saja..nanti menang sorak kampung tergadai..macam pak kaduk..
bagitahu majalah TIME samankan web ini RM30 juta ...penipu
agas,
Anda ni orang PKR totok hingga anda menyangka Anu war itu adalah maksum, terpelihara dari dosa. Mat Sabu, apabila berlaku kes khalwat dengan Norma di Hotel Perdana, orang PAS boleh menerima perbuatan tersebut tanpa perlu melancarkan reformasi kerana mereka tahu, Mat Sabu tidak maksum.
Tapi anda, mengaku terang2 bahawa ANu war itu maksum. Takder sebarang dosa. Ingat, seperti dalam novel SHIT, anda merupakan ekor tahi dan Anu war kepala tahi. Anda tak tahu hujung pangkal dan tidak ada hujah. Macam biasa puak2 jahil PKR ni, apabila tiada fakta nak bahas, diaorg putar belitkan fakta. Dasar puak2 PKR yang bangang. Agas, go to hell and surrender your butt to that fucking Anu war penis!!!
memang kau stan antuanwar, takkan org PKR darah hijau ....bodah macam kaldai. Pok Loh sorang mengaku Nabi Hadhari, Najib sahabat nya
bahasa apa kau cakap bodoh ..Pok Loh seorang mengaku Nabi Hadhari. You stupit macam buffolo ...tldm
Agas@Ekor tahi,
Kenapa anda emosional ni? Apa statement Pak Lah dia nak bi Hadhari? Ko ni, eja stupid pun salah. Stupit tuh, kalu btol ejaannya adalah STUPID. Buffolo adalah BUFFALO. Jadi, agas=STUPID pasal dia bodo mengeja.
Wahai agas yang jahil,
Kamu ni macam pengikut Ashaari Muhamad, yang dulu mengaku dia maksum sehinggakan diberitahu, "Sehinggakan bulu romanya tidak akan diganggu oleh musuh"- Rujuk Buku Zabidi Mohd., Al-Arqam: Tersungkur Di Pintu Syurga.
Jadi, adakah kita boleh mengatakan, bahawa Anu war ini, mengikut fatwa PKR, "Sehingga xxNEK Anu war pun tidak akan diganggu oleh musuh?"..
Jadi Agas, kamu ni dah mcm buat fatwa PKR, kata Pak Lah Nabi Hadhari... Jadi, kamu ni mmg pengikut ajaran TOTOK PARTI PKR @ PARTI MATA SATU.
Salam... Joyah suka tulisan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri yang berbunyi gini ...
Bersikap adil terhadap kawan dan lawan amatlah sukar. Namun itulah tuntutan Islam yang agung ini. Hati manusia biasanya akan berpihak kepada orang yang disukai, sekalipun dia di pihak yang salah. Sukar pula untuk menyokong orang yang dibenci, sekalipun dia di pihak yang benar. Apabila perasaan tidak terkawal atau berdisiplin dengan ajaran Islam, maka insan biasanya akan mencari justifikasi untuk membela kesilapan orang disukainya. Dalam masa yang sama, dia mungkin akan mencari ruang untuk mempersalahkan musuh yang dibencinya. Sikap seperti ini menjadi barah kehidupan. Jika ia menguasai masyarakat, kebenaran akan terhapus dan kebatilan akan dibela.
Sikap ini hadir kadang kala disebabkan taksub yang berlebihan, atau kebencian yang berlebihan, atau sayang yang berlebihan, atau adanya kepentingan tertentu di sebalik kebencian yang dipamirkan atau sokongan yang diberikan. Hasilnya nanti, ketidakadilan hukuman atau penilaian akan berlaku. Ada pihak akan menjadi mangsa dendam dan perasaan. Kebenaran akan dinafikan hanya kerana kebencian. Kesalahan akan dinilai dengan kebaikan hanya kerana ketaksuban atau kecintaan atau kepentingan. Sebab itulah Islam memusuhi sikap yang seperti ini. Firman Allah dalam Surah al-Maidah: 8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Harap tahu perkara berikut:
1. Mainshareholders and/or owners of the following giant corporations are Jewish, or pro-Jewish.(therefore their publications/products are to benefit Jews/ Israel one way or another ):
TIME
TIME-WARNER
WARNER ENTERTAINMENT
WALMART
dan banyak lagi....tak terkira).
2.Buku2 yang wajar dibaca oleh semua orang-sebelum rasa taksub kepada Bro.AnwarIbrahim - ialah:
1. The High Priests of War, by Michael Collins Piper.
2. The New Jerusalem, by the same author.
Catat Ulasan