MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Mac 2009

Nasib baik Anwar tidak dakwa sebagai Presiden Parlimen Malaysia di Doha



Saudara Anwar Ibrahim adalah Menteri Parlimen Malaysia. Inilah jawatan yang diumumkan kepada hadirin Forum AS-Dunia Islam (US-Islamic World Forum) Keenam yang berlangsung di Doha, Qatar pada 14 hingga 16 Februari 2009. Sila lihat laman web rasmi http://www.qatar-conferences.org/usislamic2009/index.php

Siapa yang memaklumkan jawatan tersebut kepada urusetia forum itu? Hanya Anwar yang boleh memberikan jawapan.

Anwar bercakap dalam satu sesi bersama Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara AS, David Petraeus, Panglima Markas Tengah AS dan Barham Salih, Timbalan Perdana Menteri Iraq. Lain-lain wakil dunia Islam yang dijemput bercakap di forum itu adalah tokoh-tokoh yang boleh dianggap `mesra' dengan Amerika Syarikat.

Apa kata Anwar kepada forum itu. Berikut adalah laporan ringkas dalam laman web berkenaan.

``It is foolish to believe that newly-elected US President Barack Obama would come and change the Islamic countries. Rather, they (Islamic countries) should change themselves by promoting reform, freedom and democracy, said Dr Anwar Ibrahim, (pictured) Malaysian Minister of Parliament and Opposition leader. Addressing the opening session of the US-Islamic World Forum here yesterday, Ibrahim said, the Muslim world was hoping for a “credible partnership” with the United States, under the leadership of Obama, who represented a new era in the history of the US. “Muslim countries cannot be bystanders at this moment, waiting for edicts from the US. The US President does not have the mandate of the whole world. Our leaders should respect the aspirations of our people and initiate reforms,” said Ibrahim. He said the new US leadership had already sent signals of a “positive engagement” with the Islamic world, and it should be followed by tangible steps. He cited closure of the Guantanamo Bay, announcements about the pull out of US troops from Iraq and changes in Afghanistan as some examples.'''

Jika anda faham, tidak perlulah diterjemahkan. Jika tidak faham, berikut adalah terjemahannya.

``Bodohlah jika kita mempercayai bahawa Presiden AS Barack Obama akan tampil dan mengubah negara-negara Islam. Sebaliknya mereka (negara-negara Islam) hendaklah mengubah diri mereka dengan menganjurkan reformasi, kebebasan dan demokrasi, kata Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Malaysia dan ketua pembangkang. Bercakap pada sesi pembukaan Forum AS-Dunia Islam, kata Ibrahim dunia Islam mengharapkan `perkongsian berkredibiliti' dengan Amerika Syarikat di bawah pimpinan Obama, yang mewakili satu era baru dalam sejarah AS. ``Negara-negara Islam tidak boleh menjadi pemerhati sahaja ketika ini, menunggu arahan daripada AS. Presiden (Obama) tidak mempunyai mandat untuk seluruh dunia. Pemimpin-pemimpin kita mestilah menghormati aspirasi rakyat dan memulakan reformasi,'' kata Ibrahim. Katanya kepimpinan baru AS telah menghantar isyarat untuk mengambil langkah positif dengan dunia Islam, dan ia patut disusuli dengan langkah-langkah jelas. Beliau menyatakan bahawa penutupan pusat tahanan Guntanamo Bay, penarikan tentera AS dari Iraq dan perubahan di Afghanistan adalah contoh langkah-langkah positif yang diambil.''

Jika anda Presiden Obama, anda pasti cukup gembira dengan Anwar. Kalaulah Anwar mahu meminta upah, rasanya senang-senang 10 juta dolar AS boleh masuk kocek bagi kerja promosi untuk Obama dan AS yang Anwar lakukan di forum itu.

Apa yang Anwar minta bagi pihak AS ialah ``reformasi, kebebasan dan demokrasi'' di negara-negara Islam. Kebanyakan negara Islam termasuk Arab Saudi, Syria dan Mesir tidak mengamalkan ``kebebasan dan demokrasi'' mengikut acuan AS.

Adakah pada pandangan Anwar Malaysia juga patut mengamalkan kebebasan dan demokrasi mengikut acuan Amerika? Di mana mahu diletakkan kedudukan raja-raja Melayu?

Anwar sepatutnya juga bercakap sebagai wakil dunia Islam? Patut ditanya AS, bagaimana dengan dasarnya yang sentiasa memihak kepada Israel? Bagaimana nasib rakyat Palestin di Gaza? Ini patut menjadi perkara utama yang dibangkitkan oleh Anwar bagi pihak saudara-saudara seagamanya?

Tidak kurang menarik kata-kata Anwar ``bodohlah jika kita mempercayai bahawa Presiden AS Barack Obama akan tampil dan mengubah negara-negara Islam.''

Bukankah lebih bodoh untuk mempercayai bahawa AS sama sekali tidak akan melakukan `perubahan' di dunia Islam? Apa yang berlaku di Afghanistan, Palestin dan Iraq adalah satu pengajaran yang amat mudah difahami, sekalipun oleh orang-orang Islam yang bodoh.

Janganlah terlalu memuji Obama yang ketika Anwar berucap pada 14 Februari, belum sebulan menjadi Presiden AS (angkat sumpah 20 Januari 2009). Tunggulah sekurang-kurangnya 100 hari untuk membuat komen yang kalau pun mahu diambil kira adalah ibarat makan lauk separuh masak.

Mewakili dunia Islam di Forum AS-Dunia Islam sebagai `Malaysia Minister of Parliament' menunjukkan bahawa Anwar adalah seorang yang `istimewa' di mata AS.

Tentulah lebih istimewa jika beliau boleh bercakap bagi pihak AS menuntut negara-negara Islam supaya melaksanakan `reformasi, kebebasan dan demokrasi'.

Amerikat Syarikat sendiri dan mana-mana presidennya termasuk George Bush tidak pernah memberitahu raja-raja Arab Saudi supaya mengamalkan `kebebasan dan demokrasi.'


sumber - Malaysia Aktif


Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia?

2. Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama - bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..

3. Ucapan Anwar di Doha 2009 sokong Israel ?

4. Anwar Ibrahim tergolong mereka yang tertewas

5. Obama harapan baru dunia Islam - Ucapan Anwar di Doha, Qatar

6. Anwar hadiri persidangan Islam Liberal di Doha, Qatar ?

7. Kenapa Anwar lari terkincit-kincit mahu jumpa Al Gore ?

8. AIDC Fotopages - Benarkah Anwar Ibrahim malukan Madeline Albright di Forum Doha, Qatar ?

9. Ketika parlimen bersidang..Anwar masih berforum dengan Amerika..

10. Saya kini Memenuhi Undangan Forum di Qatar - Anwar Ibrahim

Tiada ulasan: