MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Feb 2009

AIDC Fotopages - Benarkah Anwar Ibrahim malukan Madeline Albright di Forum Doha, Qatar ?



Anwar Ibrahim mendakwa dia seperti Recep Tayep Erdogan memalukan Shimon Perez secara berdepan dalam forum, Davos baru-baru ini. Benarkah dakwaan Anwar bahawa dia memalukan Madeline Albright, seorang Yahudi, bekas Setiausaha Negara Amerika yang sekarang ini menjadi penasihat Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika sama seperti Erdogan malukan Shimon Perez?

Anwar dakwa dia tidak dapat hadir sidang pembukaan parlimen oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Februari kerana mempunyai acara yang ketat dalam program US – ISLAMIC WORLD FORUM di Qatar sedangkan Anwar hanya menjadi ahli panel untuk sehari sahaja iaitu pada 14 Februari 2009 ?

Jika begitu, Anwar bukan sekadar ahli panel tetapi juga peserta forum US-ISLAMIC WORLD FORUM yang terpaksa mengikuti program itu sepenuhnya dari 14 hingga 16 Februari 2009 ?

Anwar juga mengikuti forum "Faith Leaders Building on the Common Word: From Consensus to Action" yang membincangkan persefahaman antara agama. Kalau diterjemahkan di Malaysia, forum ini dinamakan IFC.

Aturcara penuh program yang dikuti Anwar, klik di sini

Bermakna Anwar lebih penting program anjuran Amerika berbanding dengan sidang parlimen yang dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia ?

Siapakah peserta-peserta yang mengikuti program itu ? Benarkah Dr Yusof Qardawi juga hadir ? Bukankah kebanyakan nama-nama Islam adalah terdiri daripada golongan Islam Liberal yang disenaraikan oleh Charles Kurzman ?

Melihat nama-nama pendokong Islam Liberal yang disediakan oleh Charles Kuzman, klik di sini

Kenapa Dr Jamal Berjinzi, kawan baik Anwar dalam The International Institute of Islamic Thought (IIIT) diletakkan sebagai wakil Malaysia sedangkan dia warganegara Amerika ?

Melihat semua peserta sila klik di sini


Untuk melihat kebenaran kata-kata Anwar ini, sila lihat segemen baru AIDC iaitu AIDC FOTOPAGES. Kesemua foto-foto dan keterangan dimuatkan dalam blog ini. Lihat BLOG AIDC FOTOPAGES. Klik di sini



AIDC FOTOPAGES


Artikel lain berkaitan

1. Ketika parlimen bersidang..Anwar masih berforum dengan Amerika..

2. Terlepas penerbangan Anwar tidak hadir pembukaan sesi Parlimen

3. Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara..

4. Saya kini Memenuhi Undangan Forum di Qatar - Anwar Ibrahim

5. Bravo Erdogan..Simon Peres terpaksa melutut, telefon anda!

6. Biodata Anwar Ibrahim versi Amerika Syarikat



5 ulasan:

ChelsyB berkata...

Remember on boycotting Israeli's products? If not all the least we could do is to reduce the consumptions on their products..and FOTOPAGES is 100% made in Israel. Check here on: http://www.whois.net/whois_newdg.cgi?d=fotopages.com&tld=com

The biggest users,check here by countries:

http://www.fotopages.com/cgi-bin/browse.pl

Faris Najmi berkata...

I agree but i wonder we boycott Fotopages but most of us use Windows as their Operating System.

ChelsyB berkata...

Faris..true indeed, kalau ada alternative lain why not?:)

Flicker,photobucket, imageshark for examples...I dunno if these are free from Israeli's..but look at the statistic user by country..Msia tertinggi!!:)

ChelsyB berkata...

...that's why I wrote :If not all the least we could do is to reduce the consumptions on their products. TQ.

ChelsyB berkata...

..the choice is yours...:)