Fa'tabiru Ya Ulil Albab.
Maka ambillah iktibar, wahai orang-orang yang berfikir.
Sejarah pernah mencatatkan Sultan Akbar (1560-1605) dari Dinasti Monggol di India telah mencipta ajaran sesat Din-Ilahi. Pada masa kekuasaannya, penduduk India terdiri dari beberapa kelompok agama antaranya Hindu, Islam dengan separuh darinya adalah pengikut sunah dan selebihnya adalah Syiah. Untuk memastikan kerajaannya kekal aman dari pertelagahan agama beliau telah cuba mempromosikan persefahaman antara agama dengan mewujudkan rumah Khana di Fatihpur Sikr pada 1575. Tempat ini digunakan untuk diskusi keagamaan kerana Akbar menyangka akan beroleh keuntungan daripadanya.
Pening dengan cabaran dan godaan semasa, Akhbar mengambil jalan mudah keluar dari belenggu persoalan apakah agama atau kedudukan yang perlu di selamatkan? dan mengorbankan islam demi agama lain.
Itu adalah sejarah yang terjadi suatu ketika dahulu, demi mendapat kedudukan Akbar sanggup memperlekehkan nilai agama sendiri dengan menyamatarafkan dengan agama lain. Dalam Din-Ilahi, Akbar telah mengadaptasi idea-idea dari beberapa aliran agama yang ada dan beliau telah menempatkan dirinya sebagai seorang manusia yang sempurna, yang lebih baik dari pemimpin-pemimpin agama pada waktu itu. Pemikiran Akbar yang ingin mecampuradukan agama telah menyebabkan ia ditentang oleh sebahagian kelompok umat Islam waktu itu. Akhirnya walau sehebat mana Akbar mencipta agama mengikut pemikirannya dia turut menemui ajal dan dikebumikan mengikut ajaran Islam.
Hari ini kisah tersebut seakan-akan berulang apabila Anwar Ibrahim mengemukakan ideanya dalam Sidang Pleno Dunia Islam-Us di Doha Qatar.
Petikan teks ucapan tersebut: klik sini teks keseluruhan dan Sini versi BM
"Muslims must be committed to change. The question that remains is how can we proceed? Firstly – real engagement must be inclusive. We should not start by building a wall around ourselves, setting preconditions, and prejudging groups and parties. These impediments only serve to strengthen old prejudices and further sow suspicion and doubt. Fruitful engagement must proceed from the premise that no nation (including America), no region (including the Arab world), and no culture or religion (including Islam) has a monopoly on the values of freedom, justice and human dignity. These are indeed universal principles that we all share."
Apakah maksud Anwar supaya umat Islam harus berubah? adakah pegangan umat islam selama ini salah dan harus diperbetul atau harus dilestarikan dengan arus dunia yang mengalakkan keterbukaan dan pluralisme. Ini yang bermain di minda saya, ke mana sebenarnya hala tuju yang Anwar ingin bawa umat islam kini, adakah beliau ingin kembali kepada apa yang dipratikkan oleh Akbar sewaktu Dinasti Monggol dengan cara yang lebih halus?
Antara Anwar dan Akbar mereka mempunyai terlalu banyak persamaan, keduanya cuba mengalakkan umat islam mengenepikan perbezaan dan membuang segala aturan-aturan yang dilihat boleh melemahkan umat islam pada pandangan mereka. Mereka juga cuba mempromosi bahawa semua agama mempunyai nilai yang baik dan seharusnya ia dihargai oleh semua pengikut agama. Sedangkan adalah jelas agama islam tiada bandingan dengan agama lain disisi Alllah.
Demi mencari kedudukan yang menjanjikan keuntungan dunia, adakah Anwar seolah-olah cuba mengkhianati Islam dengan agenda yang cuba dibawanya dihadapan rakan-rakan yang sealiran di Sidang Pleno tersebut? semoga lakaran sejarah Akbar yang amat menyedihkan itu tidak tertulis lagi sesunguhnhya umat islam tidak mahu berendam air mata lagi, janganlah cuba mengubahsuai Islam, mencipta sebuah agama yang sederhana, yang arah tujuannya kepada kekuasaan dan disenangi oleh pelbagai pihak, semata-mata mahu mengampu musuh-musuh Islam. Atau mahukah Anwar di bangkitkan di akhirat kelak sebagai pemimpin Islam Liberal /Pluralisme?
sumber - pochongmenulis
7 ulasan:
idea Pluraslisme telah menyebabkan Gus Dur diangkat sebagai Bapak Pluralisme Indonesia, adakah di Malaysia Anwar akan mendapat jolokan yang sama?
idea Pluraslisme telah menyebabkan Gus Dur diangkat sebagai Bapak Pluralisme Indonesia, adakah di Malaysia Anwar akan mendapat jolokan yang sama?
Anwar tidak akan mendapat apa=apa jolokkan, sebaliknya Anwarlah yang telah dan akan menjolok, semuanya dari belakang
Anwar ibrahim tersepit antara kemahuan beliau utk menjadi PM dgn terlibat sama dengan projek new america. forum sebegini hanya topeng bagi menghalalkan Amerika di mata dunia. klu betul forum ini bagus kenapa tak dijemput Tun M. Ohh lupa , tun penah smash golongan zionist ini di meeting OIC 5 thn dulu.
tema utk pr kecil ialah :51 tahun bersatupadu, malaysia terbilang. akibat temberang anuar, malaysia kecundang. ekonomi kecundang, politik kecundang, sosial kecundang.sebab ketuanan rakyat punya temberang, anarki terbilang.komunis jadi raja, sultan jadi terbuang.itulah pak kadok silap membilang, singapura jugak terus gemilang dan terbilang.dari dulu hingga sekarang. inilah akibat melayu yang menconteng arang. melayu ni patut kita halang kerana jadi lalang. jadi barua dan mancai pentualang. anuarisasi mari kita tentang dan buang!
Menarik sekali maklumat ini utk diketahui oleh semua umat Islam melayu. Layari kkamdias.blogspot.com // Siapa mengatasi keagungan muhammad saw?
seharusnya dikupas dengan lebih mendalam mengenai isu ini, ia seolah gerakan baru yang meneyelubungi pemikiran umat islam, ramai tidak sedar kita seakan dihimpit dengan gerakan ini.
Catat Ulasan