MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jan 2009

Konspirasi Anwar Ibrahim - Paul Wolfowitz di dunia Muslim dan Malaysia



Konspirasi Anwar Ibrahim - Paul Wolfowitz di dunia Muslim dan Malaysia


MBoz's diary

Berita Iraq menikmati bajet yang berlebihan ketika AS menunjukkan kelemahan di bawah beban defisit membangkitkan permintaan Iraq untuk menggunakan kos tersebut untuk dibayar kepada usaha pembangunannya semula, sebagai anugerah justifikasi selepas tamatnya riwayat politik kepercayaan seorang arkitek perang Iraq, Paul Wolfowitz bahawa perang tersebut dapat dilaksanakan dengan “harga yang murah,” dan Iraq dapat membayar semula dan kita (Amerika) musnah dengan duitnya sendiri.

Kesemua ini adalah mengarut, sudah tentu sebagai satu cara untuk menjustifikasikan pembatalan tanggungjawab di atas kemusnahan yang disebabkan oleh kita.

Ia juga satu peringatan bahawa orang seperti Wolfowitz, walaupun dibuktikan salah dalam setiap arahannya dan diaibkan secara politik secara berganda, telah berakar umbi dengan kukuh di pusat kekuasaan global yang telah berapa kali mereka melakukan kerosakan tetapi mereka masih digunakan perkhidmatannya.

Ini seperti campuran Woody Allen's "Zelig" dan Terminator – lelaki yang sentiasa menunjukkan dirinya sentiasa penting dan.....hanya..tidak akan...mati...

Anda juga dapat menemui cengkaman Wolfowitz dipanjangkan ke Malaysia, di mana pemimpin politik pembangkang Anwar Ibrahim terkenal kerana berhubung dengannya :

Sekarang salah seorang daripada tokoh paling terkenal di dunia Islam bernama Anwar Ibrahim – bersama rakan - rakan di Barat termasuk bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan bekas Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn – Anwar mengetuai pakatan pembangkang yang berjaya menjejaskan pakatan Barisan Nasional secara teruk.

Antara matlamat Anwar : meruntuhkan satu sistem tindakan berdasarkan etnik (affirmative-action programs) secara bersungguh-sungguh yang sebelum ini telah membantu etnik Melayu menguasai Barisan Nasional untuk memerintah negara pelbagai kaum selama 50 tahun.

Jelaslah, matlamat khusus Anwar (affirmative-action programs), serupa dengan tindakan neocon yang menjadikan kumpulan pemikir Yahudi di Amerika itu menjuarai negara selama bertahun-tahun, dan Wolfowitz meneruskan taktik yang sama untuk menjadi juara di seluruh dunia, walaupun selepas dia mengulangi kegagalannya:

Menurut rekod, Paul Wolfowitz amat tertarik dengan pembangunan dan ekonomi yang demokratik yang telah berlaku di Taiwan selama beberapa dekad, dia berkata bahawa cabaran seterusnya adalah untuk membawa kejayaan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Taiwan perlu dijadikan sebagai pengkalan rakan perniagaan yang terbaik di dunia,” katanya, dengan mengambil Ireland sebagai contoh yang merendahkan cukai, tidak mengetatkan peraturan dan memperbaiki infrastruktur fizikal.

Sesungguhnya, dengan dasar seperti itu telah dilaksanakan dengan baik di negara kita (Amerika) sendiri sejak akhir-akhir ini, kesannya pembangunan ekonomi kita runtuh, kita mendapat krisis makanan yang teruk, dan kegagalan menghasilkan kekayaan yang secara keseluruhannya ?.

Adakah mereka ini (neocon) tidak pernah mempelajari kesilapan-kesilapan masa lalu?

Apabila berbicara tentang 'affirmative-action programs' dan Anwar Ibrahim, dia dilihat menjalankan pelbagai jenis pekerjaan upahan kepada Wolfowitz dan teman wanitanya, Shaha Riza (Anwar budak suruhan Wolfowitz dan Shaha Ali Riza):

Selepas setahun, Anwar Ibrahim dilantik menjadi pengerusi Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan),pada 1 Oktober 2006, dia menulis kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia dan meminta pemindahan Shaha Riza dari State Department (Jabatan Negara) ke Foundation for the Future.


Surat Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Robin Cleveland, memohon penukaran Shaha Ali Riza dari Jabatan Negara ke Foundation For The Future


Dua bulan kemudian, selepas Cleveland mengarahkan Timbalan Presiden Sumber Manusia Bank Dunia untuk meluluskan pemindahan itu, Bank Dunia telah menekan suis OK. Surat Anwar dan dokumen bank yang lain berkaitan dengan penukaran itu tidak menyebut bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang rakan lama Wolfowitz.

Salah seorang ahli politik Muslim yang terkenal, Anwar Ibrahim merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dia dan Wolfowitz bertemu dan bersahabat pada pertengahan 1980-an, ketika itu Wolfowitz adalah duta A.S. ke Indonesia, berdasarkan laporan yang dinyatakan oleh Aasil Ahmad, penasihat kepada Anwar.

Pada tahun 1998, selepas memberikan ucapan dalam satu perhimpunan besar anti kerajaan, Anwar telah ditahan dan kemudian telah dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan liwat. Semasa berada dalam penjara, Wolfowitz merupakan juara dalam bercakap mengenai Anwar.

Sebaik sahaja selepas serangan 9/11, Anwar Ibrahim, yang masih dipenjarakan, menulis satu esei mengutuk serangan itu dan menyeru Muslim supaya mengecam diktator Iraq yang menderitakan masyarakat Muslim.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan taktik keji memburuk-burukkan yang dikenakan terhadap Anwar oleh parti memerintah, dan secara umumnya membantu meningkatkan suasana panas di blog Malaysia untuk membelanya, namun kehadiran Wolfowitz dalam sejarah politik Anwar merupakan satu peringatan yang jelas bahawa terdapat elemen gangguan yang berlebihan untuk membuatkan anda berfikir dua kali.

Sama ada di Taiwan, Malaysia, atau Washington D.C., orang seperti Wolfowitz akan berterusan menyelinap masuk ke dalam badan politik dan mengganggu perdebatan untuk mempromosi kegagalan pro-perang mereka, dasar pro kepada ahli korporat apabila seseorang memberikan kuasa kepada mereka.

Seperti seorang penyibuk utama, walaupun tidak diundang, mereka masih datang dan membawa nasib malang ke mana sahaja mereka pergi.


AIDC menterjemah artikel The Agonist, 13 Ogos 2008, bertajuk "Paul Wolfowitz: The Ultimate Bad Penny". Artikel asal klik di sini


Artikel lain yang berkaitan :

1. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

2. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

3. Apabila Iraq dan Afghanistan diserang, Anwar jadi Office Boy Amerika

4. Konspirasi Wolfowitz-Shaha-Anwar : SAIS, SAIC dan CIA..

5. Yayasan Hantu : Foundation For The Future

6. Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future

7. Anwar letak jawatan Pengerusi Foundation For The Future !

8. Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia


9. Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar

10. Kenapa Yahudi-Amerika suka Anwar?

11. Komplot Neocon & Israel Musnahkan Umat Islam

12. Anwar Ibrahim jawab isu Yahudi kepada pelabur asing di Hong Kong

13. Hubungan Anwar-Amerika bahayakan negara - Dr. Chandra Muzaffar

14. Lelaki Muslim bernama Anwar Ibrahim dari kaca mata Barat..

15. Hati-hati dengan Anwar, pesan Dr Yusof Qardawi..

16. Anwar Ibrahim : Masa Depan Demokrasi Muslim

17. Anwar beritahu Amerika Osama Laden pengganas Islam

18. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika?

19. Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)



1 ulasan:

Ketitir berkata...

Kita menyaksikan arkitek perang Iraq, Paul Wolfotitz memusnahkan negara tersebut dengan mengorbankan ribuan rakyat dan memusnahkan tinggalan tamadun dunia.Baginya kemusnahan itu tidak mempunyai nilai lebih daripada matalamatnya tersendiri.Dalam Protokol Yahudi terdapat ungkapan antara Yahudi dengan bukan Yahudi yang dipanggil Qayyim bagai srigala dengan kambing.Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa perasaan.
Oleh itu dalam setiap tindakan yang dianggap zalim oleh masyarakat dunia tidak dianggap demikian oleh Yahudi.Sebab itu mereka boleh melakukan penyembelihan berulang kali keatas penduduk Palastin tanpa merasa apa-apa dan inilah yang diiktiqad oleh Wolfowitz, Presiden Bush, bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan mereka yang sama waktu dengannya.
Oleh itu apabila Anwar berguru dengan Wolfowitz kebanyakan orang Melayu mempunyai sebab menaruh bimbang akan musibahnya.Realitinya bahang kebimbangan sudah terasa sekarang.Tunjuk perasaan,tindakan yang menyentuh sensitiviti orang Melayu dan agama Islam sudah berlaku. Semua tindakan ini boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Tindakan ini memang terdapat dalam Protokol Yahudi sebagai cara untuk menimbulkan ketegangan dalam sesebuah negara apabila ia merancang sesuatu keadaan.
Perang saudara paling menguntungkan Yahudi sebagaimana yang digariskan dalam Protokolnya.Dari segi politik Anwar berjaya menumbangkan lima buah negeri dari genggaman BN yang ditunjangi bumiputra.Dengan kata lain Anwar berjaya mencapai 30% matalamatnya meruntuhkan satu sistem politik berteraskan bumiputra.Sejauh mana sistem ini dapat bertahan bergantung kepada ahli politik bumiputra yang mendokong sistem itu selama ini iaitu UMNO. Jika mereka tidak berjaya dan tidak disokong bumiputra satu malapetaka akan menimpa Perlembagaan yang menjaga kepentingan bumiputra dan raja-raja.Kita tidak boleh menyuruh manusia berenang untuk hidup dengan mencampakan mereka kedalam sungai
tanpa mengajar mereka berenang.
Saya rasa satu pemikiran yang hebat dikutip oleh Anwar dari gurunya Wolfowitz dan lain-lain ulamak Yahudi iaitu bagaimana hendak memecahkan sistem politik berteraskan bumiputra, salah satu rempah ratus untuk melembutkan daging dan meleburkan sistem politik Malaysia yang berteraskan UMNO yang mendokong Perlembangaan sekarang.Tanpa sistem politik yang ada belum tentu Perlembagaan yang menjaga kepentingan bumiputra dapat bertahan.Tepok dada tanya selera sebab seleralah yang menentukan gerai mana yang hendak dituju.
Apakah dia Protokol.Renkasnya Dr. Theodor Herzl dianggap seorang ahli falsafah moden Yahudi dipercayai menyiapkan pelan tindakan atau boleh dipanggil wawasan jangka panjang Yahudi yang dibentangkan di Basle sekitar 1896. Pelan tindakan yang tidak berjodol itu kemudian dipanggil Protokol.Dua matalamat utama ditetapkan iaitu penubuhan sebuah negara Yahudi di Palastin dan penubuhan negara Yahudi seluruh dunia.Rancangan pertama mendapat persetujuan seluruh dunia manakala projek kedua sebaliknya.
Penubuhan negara Yahudi menjadi kenyataan 40 tahun kemudian, manakala penubuhan negara Yahudi seluruh dunia hakikatnya sedang berjalan dengan wujudnya beratus pengkalan tentera Amerika
diseluruh dunia.Negara Yahudi sebenarnya tidak memerlukan bentuk fisikal tetapi memadai dengan isyarat selaras dengan prinsip yang terdapat dalam Protokol iaitu menggunakan orang lain untuk mencapai matalamatnya.
Berdasarkan prinsip tersebut orang tidak nampak apa kesalahan yang dilakukan Yahudi. Begitu juga kita tidak tahu apa yang dilakukan Yahudi baik peperangan, rusuhan, perang saudara dan sebagainya.Pemikiran republikan dan sosialis dibentuk oleh Yahudi sehingga berlakunya Revolusi Turki, begitu juga Revolusi Bolshevik dirancang bertahun-tahun oleh Yahudi.Serangan keatas Afghanistan dan Iraq yang dilakukanoleh Bush Amerika dan Blair Britain dengan memaksa mereka itu membuat berbagai pembohongan, hakikatnya mereka dijadikan kuda kayu oleh Yahudi atau watak wayang kulit Wak Long dan Pak Dogol manakala penggeraknya
ialah tok dalang.
Terdapat ayat Protokol maksudnya,dari kaum Yahudi mengalir kuasa kepada anak tempatan yang terdiri dari penganalisis kewangan, pakar perbangkan dan sebagainya.Dari anak tempatan mengalir maklumat yang amat bernilai dan bantuan akan datang bila diperlukan.Fikirlah sendiri.

p/s: http://hjraffar.blogspot.com/