MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Okt 2009

Bagan Pinang : Faktor 'misteri' punca kekalahan PAS



Oleh NTanwar, AIDCclub

Malaysiakini hari ini melaporkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak begitu bersetuju dengan oleh pendapat Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan akhbar web PAS Harakahdaily yang mengaitkan kemerosotan undi PAS dengan pergolakan politik di negeri Pakatan Selangor itu khususnya berkaitan dengan isu arak.

“Walaupun ada, tetapi kesannya jauh. Maknanya, ada kesan. Tetapi bukan (disebabkan perkara) itu sahaja. Jika itu berlaku, sudah tentulah kesannya ada juga di Bukit Selambau dan tempat lain (pilihan raya kecil sebelum ini),” katanya.

Wan Azizah kelmarin berkata, imej negatif yang digambarkan media berhubung isu penjualan arak memberikan tanggapan tidak baik kepada calon Pakatan menjelang pilihan raya kerusi DUN itu.

Sementara analisis Harakahdaily sejurus selepas keputusan pilihan raya itu menyebut, pengundi Cina menolak parti Islam kerana tidak berpuas hati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Klik di sini

Manakala web suaramalaysia,meletakkan sepenuhnya kepada PAS sebagai faktor kekalahan.

"Hasil dari tinjauan – ada suara-suara yang menghentam PAS yang kini semakin besar kepala dalam Pakatan Rakyat. Ada yang mengatakan PAS sekarang ini hanya satu pertubuhan politik – tidak lebih dari itu – bukan sebagai parti yang mahu memperkasakan Islam tetapi hanya berlabel Islam untuk mendapat sokongan. Calon yang dikemukakan juga bukan dari pilihan kawasan tersebut tetapi akibat keinginan sesetengah kepimpinan politik PAS memasukkan kronis maka konflik calon berlaku yang menyebabkan PAS kecundang terus di Bagan Pinang. PAS juga mempunyai masalah dalam komunikasi dengan parti politik lain dalam sirkulasi Pakatan Rakyat. Sikap egois PAS dalam berkempen – sombong dan tidak menghiraukan usaha untuk kolaborasi dalam berkempen khususnya dengan Parti Keadilan Rakyat meranapkan peluang PAS untuk meneruskan legenda kemenangan PR dalam semua PRU Kecil" Klik di sini

Saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan analisis yang dipaparkan di atas. Ada faktor misteri yang tidak disebut oleh Wan Azizah, Harakahdaily, TS Khalid Ibrahim dan suaramalaysia.

Faktor itu adalah faktor 'misteri' yang takut disebut atau sengaja disembunyikan oleh penganasis-penganasis di atas.

Selalunya dalam mana-mana pilihanraya, 'serangan' dua hari terakhir merupakan faktor penentu kemenangan. Culaan dan mood menang/kalah boleh dilihat melalui cerminan reaksi pengundi atau penceramah-penceramah utama semasa membidas atau menjawab isu.

Anwar sebagai ketua PR, berkempen ketika saat penting (penentu kemenangan/kalah), dua hari terakhir iaitu pada 9 -10 Oktober 09. Sama ada strategi yang disusun dari awal/tidak dengan menurunkan 'tokoh besar Anwar Ataturk' ketika dua hari terakhir, tetapi yang pastinya, dua minggu sebelumnya Anwar tiada di Malaysia.

Lebih daripada 12 hari, Anwar bertapa di negara Uncle Sam, menjelajah satu negeri ke satu negeri di Amerika Syarikat, berbincang, berpeluk dan berdialog dengan tokoh-tokoh Yahudi di sana, termasuk Al Gore, Richard Haass(CFR), Madeline Al Bright(NDI), Martin Indyk (Saban Centre), Strobe Talbott (Brookings Institution) dan lain-lain.

Anwar sengaja tidak mengupload foto-foto mesyuarat-mesyuarat sulit ini, barangkali dianggap sensitif kepada rakyat Malaysia, berbanding dengan mengupload foto-foto perjumpaan dengan masyarakat Malaysia di US dan syarahan di universiti US. Sebenarnya kita tidak mahu melihat foto-foto yang kurang nilainya itu, kita mahu melihat foto-foto Anwar bermesyuarat dengan Al Gore, seperti yang diwar-warkan, sebagai justifikasi keberangkatannya ke US. Kalau foto-foto Anwar berjumpa dengan rakyat Malaysia di US, Anwar boleh berkongsi dengan rakyat Malaysia, kenapa pula foto-foto mesyuarat Anwar dengan Al Gore dan Richard Haass mahu disembunyikan ? Klik di sini dan di sini

Bermakna semasa penamaan calon Parti Islam di Bagan Pinang, Anwar tiada di Malaysia. Ketika itu, Anwar seolah-olah 'berpuasa' memperkatakan mengenai pilihanraya di Malaysia. Tiada sokongan moral di blognya menyokong calon parti Islam, sebaliknya dia menulis tentang kesibukannya membuat persediaan, membaca buku dari pagi hingga ke malam, sebagai persiapan berjumpa dengan tokoh-tokoh Yahudi di Brookings Institution dan tokoh-tokoh Nasrani dalam program 'Common Word, Between US and You'[Persamaan agama : Antara kami (Muslim) dengan You(Kristian)], di Universiti Georgetown. Klik di sini dan di sini

Berbanding dengan Tony Blair, hanya Anwar Ataturk sahaja berani mengatakan;

“The way forward involves the pursuit of working together—Christians, Muslims, and Jews—in a universal community of the human race, a harmonious and enriching experience of living together among people of diverse religions and cultures,” Anwar Ibrahim said. Klik di sini

Sebab itu, apabila Anwar balik berkempen di Bagan Pinang, pada dua hari terakhir, dia terkejut kerana semua serangan ditujukan kepadanya, bukannya kepada calon Parti Islam yang bertanding, Zulkifli Mohamad.

Kata Anwar, "calon bertanding namanya Zulkifli Mohamad, tetapi setiap malam berkempen menyerang Anwar Ibrahim.."

Bermakna Anwar sendiri mengakui isunya mengatasi isu calon yang bertanding. Persoalannya kenapa ?

Seandainya Anwar sendiri mengakui pihak lawan (UMNO) berkempen menyerangnya hampir setiap malam di Bagan Pinang, apakah cara PR menangkis serangan itu, yang diakui sendiri oleh Anwar ?

Jika benar, isu Anwar merupakan isu yang paling utama, apakah yang Parti Islam jawab ? Apa yang konco-konco Parti Amerika(PKR) jawab ? Adakah semuanya tidak menjawab dan membiarkan Anwar menjawabnya sendiri ?

Sebab itu selama dua malam berturut-turut, di dua tempat yang berbeza, Anwar terpaksa mengambil satu pertiga masanya untuk menjawab persoalan Anwar dan Amerika Syarikat.





Sepatutnya persoalan 'Anwar dan Amerika Syarikat' tidak patut dibangkitkan di Bagan Pinang, seandainya Anwar benar-benar tidak pergi ke Amerika Syarikat. Anwar boleh nafikan keberadaan dan penglibatannya di Amerika Syarikat, seperti yang pernah dinafikan sebelum ini.

Boleh menyorok di sebalik sehelai daun, walaupun bontotnya tertonggeng!

Orang bertanya, kenapa Anwar pergi ke Amerika Syarikat. Siapa Anwar ? Perdana Menteri ? Timbalan Perdana Menteri ? Menteri Luar Malaysia ? Menteri Kewangan Malaysia ? Menteri Agama Malaysia. Jawabnya semuanya TIDAK. Habis kenapa dijemput berunding, bermesyuarat dan berceramah untuk negeri-negeri di Amerika Syarikat? Siapa Anwar sebenarnya ? Jawabnya Anwar hanyanya ketua PR yang mengawal Parti Islam dan Parti Singapura (DAP) di Malaysia.

Anwar juga dalam ceramahnya berturut-turut menyerang, memperlekeh dan memperbodohkan kumpulan Hindu di Malaysia. Kenapa ?



Walaupun Anwar tidak menyerang, memperlekeh dan memperbodohkan pengundi Cina, tetapi kenapa 42 peratus pengundi bukan Melayu (termasuk Cina) tidak lagi bersama PR ?

Yang tidak disebut bukan bererti tidak penting. Walaupun Anwar memuji, membodek dan mendewa-dewakan pengundi Cina, tetapi jangan anggap semua orang Cina bodoh.

Pepatah Cina ada mengatakan, 'pujian adalah racun paling berbisa'!

Ustaz Riduan Tee Abdullah pernah membuka rahsia tradisi masyarakat Cina. Mereka boleh berkompromi dengan wang dan pangkat, tetapi mereka tidak sesekali akan berkompromi dengan kebudayaan dan bangsa!

Anwar sendiri tulis di blognya, keberangkatannya ke Amerika Syarikat secara tergesa-gesa kerana jemputan daripada Sang Dewa Yahudi bernama Al Gore. Mendengar panggilan Sang Dewa, Anwar bergegas di kedai buku, membeli sebanyak mungkin buku berkenaan dengan negara China, kerana Sang Dewa mahu berdiskusi.

Persoalannya, diskusi Anwar dan Al Gore (yang tidak diuplod foto-foto) untuk membantu negara China atau memusnahkan negara China?

Itulah yang Anwar tidak faham kenapa pengundi Cina di Bagan Pinang turut meninggalkan Anwar.

Tetapi yang paling sadis, rakyat Malaysia mahu menghukum Anwar Ataturk, tetapi calon Parti Islam yang terkena tikamannya..

sumber - NTanwar

Artikel lain berkaitan :

. Akhirnya Anwar Ataturk balik jadi ketua kempen Parti Islam..

. Kenapa Anwar Ataturk tidak berminat kempen calon Parti Islam di Bagan Pinang ?

. Parti Islam restui Anwar Ataturk jadi boneka Amerika Syarikat ?

. Kenapa Anwar Ataturk tidak balik iringi calon PAS di Bagan Pinang ?

. Bagan Pinang dah umum calon, Anwar masih merewang di Amerika Syarikat..

. Al Gore sokong gay!

. Al Gore kempen besar-besaran hak asasi kaum Gay!

. Maka berdiskusilah Anwar dengan si Yahudi Richard Haas

. Selangor berkocak, Anwar Ataturk lari jumpa Al Gore



Tiada ulasan: