Oleh Pochongmenulis, AIDCclub
Tahun 1979 telah meletus satu revolusi di Iran, Revolusi yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari tampuk pemerintahn Iran.
Tatkala itu setelah Raja Iran digulingkan oleh gerakan rakyat, Seyyed Hossien Nasr bersama keluarganya telah melarikan diri dan seterusnya berpindah ke Amerika Syarikat, dan seterusnya menetap di Iran.
Seyyed Hossein Nasr dan Shah Reza memang mempunyai hubungan yang akrab, Ayahnya merupakan Doktor kepada keluarga diraja Iran. Sebaik kembali dari Amerika Sayyed Hossein Nasr memulakan kerjaya di Iran sebagai profesor di Universiti Tehran, dan kemudian di Universiti Mehr Arya (Sharif University) di mana beliau diangkat menjadi presiden pada tahun 1972.
Sebelum itu, beliau juga berkesempatan berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Sastera, dan Timbalan Rektor Akademik Universiti Tehran dari 1968-1972. Lantaran hubungannya yang akrab dengan Raja Iran dalam tempoh tersebut, Ratu Iran Farah Pahlavi telah melantik Nasr yang pada masa itu sudah memakai gelaran Profesor sebagai Pengarah di Iran Imperial Academy of Philosophy,.
Selama waktu itu, Nasr dan beberapa tokoh intektual lain seperti Tabatabaei, William Chittick, Kenneth Morgan, Sachiko Murata, Toshihiko Izutsu, dan Henry Corbin akan bertemu dan mengadakan pelbagai wacana falsafah. Bukunya yang terkenal adalah Islam Syi'ah yang merupakan satu produk yang dihasilkan dari pusat tersebut .
Apabila beliau melarikan diri dari kerajaan Revolusi Iran yang terbentuk selepas itu dan bermastautin di Amerika sehingga kini, banyak fakta mengatakan Sayyed Hossien Nasr juga adalah tali barut kepada Amerika selain pemerintah Iran pada masa tersebut.
Shah Pahlavi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Amerika dan beberapa negara-negara barat lain dan sering kali mendapat pengiktirafan daripada Amerika kerana pendirian beliau yang bersama kekal dengan Amerika. Sayangnya Amerika kepada Shah Pahlavi, beliau diangkat sebagai raja kerana peranan Amerika melalui kudeta yang dibantu oleh CIA dan M16 (Operasi Ajax), hingga Perdana Menteri Iran, Mossadegh berjaya digulingkan dan Shah Pahlavi kembali berkuasa.
Walaupun sehingga kini Seyyed Hossein Nasr kekal bermastautin di Iran, dikatakan campur tangan Amerika di Iran dalam membawa agenda Demokrasi ala Amerika di Iran banyak disumbangkan melalui idea dan pandangan Sayyed Hossien Nasr.
Buktinya melalui CSID dan NED, Nasr acapkali dijemput dan dilibatkan sama dalam memenuhi jemputan wacana dan menyampaikan ucapan. Selain itu melalui organisasi tersebut juga Nasr ditugaskan untuk menyebarkan agenda Amerika di kalangan karyawan Islam.
Penganjuran 'Common Word' di Unversiti Georgetown seperti disertai oleh Anwar Ibrahim tempoh hari adalah juga peranan yang dimainkan oleh Sayyed Hossien Nasr. Anwar dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan anak Seyyed Hossien Nasr yang bernama Valli Nasr dan mengangap Nasr sebagai seorang sarjana Islam terhebat.
Walaupun Nasr di Amerika dianggap sebagai sarjana Islam, namun ketokohan Nasr hanya dikagumi oleh cendikiawan tokoh Islam yang pro - Amerika sahaja. Maka sebab itu Nasr dianggap sebagai tokoh Islam ala Amerika. Gelaran ini berlaku kerana wujud kecenderungan Nasr yang mengeluarkan padangan yang kontroversi mengenai pemahamannya mengenai Islam.
Banyak pendapat mengatakan ia mungkin dipengaruhi oleh sikapnya sewaktu sedang menuntut di MIT yang telah mengalami krisis intelektual dan spiritual. Walaupun ia tidak memusnahkan kepercayaannya kepada Tuhan, tetapi krisis tersebut mengugat beberapa elemen fundamental tasawurnya, seperti kefahamannya tentang makna kehidupan, kepentingan ilmu, dan cara-cara menemui kebenaran.
(Di dalam autobiografinya, krisis intelektual dan krisis beliau tercetus selepas beliau mengikuti ceramah seorang ahli falsafah tersohor iaitu mendiang Bertrand Russell. Di dalam ceramah tersebut, Russell mengatakan Fizik tidak dapat meyingkap realiti sebenar alam tabii – malakian)..
Antara tindak tanduknya yang telah dipertikai ilmuwan Islam adalah kepercayaan beliau terhadap fahaman kesatuan transenden agama-agama (Transcendent Unity of Religions) iaitu menjurus kepada Pluralisme Agama.
Hingga kini melalui pelbagai organisasi yang disertainya, Nasr masih mempergiat pelbagai aktiviti dan penyelidikan untuk mendekatkan hubungan antara kristian dan barat melalui wacana mengenai Pluralisme Agama.
Dalam hal ini jika Anwar begitu mengkagumi tokoh seperti Nasr hingga ditulis didalam laman blognya bahawa rasa bertuahnya beliau berjumpa Nasr, adakah boleh kita andaikan bahawa Anwar pun mempunyai pandangan yang sama terhadap Pluralisme Agama.
Dan Anwar juga mempunyai kesatuan fikiran dengan apa yang dilaksanakan oleh Sayyed Hossien Nasr.
sumber - pochongmenulis
Artikel lain berkaitan :
. Anwar dan Seyyed Hossien Nasr Tokoh Pluralisme Agama Dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan