Oleh Selangordaily
Dari awal lagi Ketua Pembangkang Selangor, YB Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengecam perlantikan Ronnie Lui sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut Dr. Khir, Ronnie tidak layak kerana beliau disyaki menjadi dalang sebuah pusat pelacuran di Puchong.
Beberapa laman web juga sebelum ini mempersoalkan kredebiliti Ronnie kerana banyak pusat VCD cetak rompak, rumah urut dan pusat perjudian "kuda" haram muncul dalam tempoh setahun ini.
Hari ini kecaman tersebut bukan sahaja datang dari pembangkang malah dari anggota kerajaan Pakatan sendiri. Lebih mengejutkan ialah pendedahan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa Ronnie terbabit dalam kegiatan "underworld" dan menjadikan pejabatnya sebagai tempat perbincangan dengan komuniti tersebut.
Jika tuduhan dari BN selangor mungkin ia bermotifkan politik parti, namun jika ia datang dari parti sendiri apakah maknanya?
Di samping itu kita tertanya-tanya mengapa Naib Presiden PKR, Azmin Ali kelihatan tidak lagi dapat bersabar dengan Ronnie Liu yang sebelum ini adalah seteru rapatnya.
Menurut Azmin, Ronni gagal menguruskan urusan perlantikan ahli Majlis PBT sehinggakan ada PBT yang belum cukup ahli Majlisnya.
Azmin juga menegur Ronnie yang gagal mengawal ahli Majli agar mengikut polisi pentadbiran kerajaan negeri.
Namun kemarahan Azmin bukanlah sangat kerana kegagalan Ronnie mengeluarkan senarai penuh ahli Majlis atau menyalahgunakan kedudukannya untuk melantik ramai ahli majlis dari DAP.
Kesalahan Ronnie paling besar ialah ia gagal mengangihkan tender-tender PBT secara adil kepada parti komponen pakatan
Di sebalik janji tender-tender terbuka dan telus, kita dapati banyak tender masih lagi diberi secara runding terus. Malah lebih teruk ada kontraktor yang disambung kontrak secara bulanan kerana kerajaan negeri gagal tiada calon kontraktor yang sesuai untuk diganti.
Kontrak bulanan ini memudahkan kerajaan negeri selangor menamatkannya sebaik mereka mendapat kontraktor yang sanggup menjadi kroni mereka.
Malahan bagi memberi peluang kontraktor kecil mereka mendapat peluang yang lebih banyak, kontrak-kontrak pembersihan kini pecahkan kepada beberapa kontark kecil bagi sesuatu kawasan.
Jika dulu mengangkut sampah, potong rumput dan cuci longkang diberi kepada satu syarikat, kini ia dipecahkan kepada tiga syarikat. Ini terpaksa diibuat kerana pemimpin setempat parti politik dalam pakatan tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan lori mengangkut sampah.
Malangnya tindakan memecahkan jenis kerja ini memberi masalah besar kepada kontraktor mengangkut sampah yang terpaksa membayar kos operasi yang tinggi termasuk hutang lori mampat sampah kerana bayaran kontrak telah berkurangan akibat pemecahan tiga komposisi ini.
Bagi PBT juga kerja mereka makin bertambah. Misalnya untuk satu zon pembersihan sahaja mereka perlu menghubungi tiga kontraktor yang berlainan untuk membincangkan aduan dan peneyelesaian.
Itu pun akan ada tunding-menunding jari antara pembersih dan pengangkut sampah.
Ronnie tidak disukai oleh PKR dan Pas kerana ia hanya mementingkan tembolok dia seorang sahaja.
Siapa tidak kenal Azmin Ali ketika menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri menjadi Mr 10%, memiliki empat lima buah banglo dan 7 buah kereta mewah serta meletakkan isterinya sebagai PRO sebuah bank dengan bayaran RM 15, 000 sebulan.
Jadi pergaduhan antara Azmin dengan Ronnie ini tidak lebih daripada pergaduhan antara penyamun dan perompak merebut harta rampasan perang.
sumber - selangordaily
Artikel lain berkaitan :
. Khalid Ibrahim seleweng wang Zakat Selangor
. Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Khalid dipersoalkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan