DOHA : Sesuatu yang bodoh untuk mempercayai bahawa Presiden Amerika yang baru dilantik, Barack Obama akan datang dan mengubah negara- negara Islam. Lebih baik, mereka (negara-negara Islam) perlu mengubah diri mereka dengan mempromosikan perubahan, kebebasan dan demokrasi, kata Dr Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Malaysia dan pemimpin Pembangkang.
Berucap ketika sesi perasmian US-Islamic World Forum (Forum A.S.-Dunia Islam), Anwar berkata, dunia Muslim mengharapkan satu “perkongsian yang boleh dipercayai” dengan Amerika Syarikat , di bawah kepimpinan Obama, yang mewakili era baru dalam sejarah Amerika
“Negara Muslim tidak boleh menjadi penonton pada ketika ini, menunggu perisytiharan dari Amerika.”
Presiden Amerika tersebut tidak mempunyai mandat di seluruh dunia. Pemimpin kita perlu menghormati aspirasi rakyat kita dan memulakan perubahan,” kata Anwar.
Dia berkata, kepimpinan Amerika yang baru telah menghantar isyarat “penglibatan positif” dengan dunia Islam, dan ia perlu diikuti dengan langkah- langkah yang ketara.
Dia memetik penutupan Teluk Guantanamo, pengumuman A.S. untuk menarik kembali pasukan tentera di Iraq dan perubahan di Afghanistan adalah beberapa contoh.
AIDC menterjemah artikel THE PENINSULA. 2009. Artikel asal klik di sini
Artikel lain berkaitan :
. Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia?
. Nasib baik Anwar tidak dakwa sebagai Presiden Parlimen Malaysia di Doha
. Ucapan Anwar di Doha 2009 sokong Israel ?
4 ulasan:
Slogan pun dah sama dengan Obama
Sebab itulah "perkongsian yang boleh dipercayai" dengan Amerika
Perkongsian apa tu anwar?
Perkongsian untuk menyerang negara Islam ke?
Apakah tali persaudaraan Anwar dengan Obama?
bodek Anwar jangan tak bodek..
Mana tahu dapat jawatan..
Rakyat Malaysia pertama ada jawatan dalam pentadbiran Amerika..
hehehehhe...tak mustahil kumbang, anwar memang disayangi oleh Amerika...
Catat Ulasan