MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Mac 2009

Kerajaan Perpaduan hanya pendapat peribadi Hadi kata Anwar Ibrahim

Kuala Lumpur : Cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan campuran PAS - BN akan dibincang dalam mesyuarat PR akan datang.

Ketua Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Presiden PAS itu hanya satu pendapat dan boleh dibincangkan

"Ini hanya pendapat Hadi masih di luar negara dan bila dia balik, kita boleh bincang, tapi dia memang bagi makluman kepada saya berkenaan perkara ini", katanya ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kerajaan campuran seperti yang dicadangkan itu tidak perlu dilakukan kerana PR akan mengambil alih kerajaan pusat bila tiba masanya.

"Pendirian saya jelas, PR mesti menubuhkan kerajaan pusat melalui sokongan penuh daripada rakyat pada pilihanraya umum akan datang dan bukan melalui lompat parti", katanya.

Karpal melihat cadangan Abdul Hadi itu adalah pandangan peribadi Presiden PAS itu sahaja, kerana Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat membantah sekeras-kerasnya perkara itu.

sumber - Sinar Harian, 19 Mac 2009



Tiada ulasan: