Oleh Pochongmenulis, AIDCclub
Sehingga ke hari ini masih ramai di kalangan umat Islam masih keliru dengan Islam liberal, Islam moderat atau istilah Islam Pluralis, walhal ia adalah akronim yang berlegar di persekitaran dan mempunyai definasi yang sama. Umat Islam juga di waktu ini masih ramai yang masih mengambil sikap mudah acuh tak acuh dan terkeliru akan ancaman aliran baru dalam agama Islam ini.
Akhir tahun 1990an, dunia Islam mula disemarakkan dengan pemikiran moden yang dikenali sebagai gerakan Islam Liberal. Gerakan yang berasaskan pemikiran ini semakin berkembang sehingga berjaya mempengaruhi golongan cerdik pandai, ulama dan kepemimpinan umat Islam.
Antara tokoh Islam yang terpengaruh dengan gagasan Islam Liberal adalah Muhamad Arkoun, Nurcholish Majid, Hasan Hanafi, Aminah Wadud dan Abdullah al-Naim.
Di Indonesia gerakan ini didokongi oleh beberapa tokoh seperti Nurcolish Majid, Abdulrahman Wahid atau Gusdur, Harun Nasution dan lain-lain yang dikenali sebagai jaringan islam liberal, sementara di Malaysia, gerakan kumpulan Sister in Islam dilihat antara kelompok yang menerajui usaha ini.
Namun begitu gerakan Masyarakat Madani oleh Anwar Ibrahim yang diwawarkan pada tahun 1980-an sebenarnya adalah antara bunga-bunga awal yang diusahakan oleh golongan ini untuk menyemai dan menyebarkan fahaman Islam Liberal, pada masa itu slogan Melayu baru begitu nyaring berkumandang seolah memberi inspirasi baru kepada pemikiran orang Melayu supaya berubah, perlu diingatkan ia melibatkan orang Melayu kerana di Malaysia, orang Melayu adalah orang yang beragama Islam.
Pada masa itu istilah Melayu baru dan masyarakat madani menjadi mainan di bibir pemimpin-pemimpin Melayu beragama Islam dan ramai di kalangan orang Melayu terlena dengan alunan dan ungkapan slogan itu tanpa memahami apa itu masyarakat madani dan halatuju akhirnya.
Pada hari ini slogan masyarakat madani yang diutarakan Anwar masih lagi kedengaran di Indonesia malah menjadi sebutan pemimpin Islam Liberal di sana kerana akhirnya ia mengalakkan pluralisme di kalangan masyarakat, perkembangan gerakan ini di sana berkembang dengan begitu hebat hingga menjangkau kepada parti politik yang berteraskan Islam.
Kini di Indonesia Islam moderat menjalar bagai ular yang ingin mencari mangsanya dan menimbulkan polemik dan pendebatan hangat di negara berkenaan, memandangkan wujudnya kumpulan Jaringan Islam Liberal di sana dan bergiat aktif mengadakan pelbagai siri dan dialog untuk menyebarkan pemikirannya.
Sebenarnya Istilah Gerakan Islam Liberal dikatakan mula terbit pada era tahun 1980-an yang dipopularkan oleh Leonard Binder, seorang sarjana berketurunan Yahudi melalui bukunya yang bertajuk
Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies. Buku ini sebenarnya banyak membincangkan rasional wujudnya pemerintahan yang liberal.
Sementara itu menurut Khalif Mu’ammar, beliau mengatakan golongan Islam Liberal berpegang kepada teologi inklusif-pluralis atau pluralisme agama dengan maksud fahaman bahawa semua agama sama benar.
Dari segi epistemologi mereka berpegang kepada relativisme, bahawa seseorang itu tidak mungkin mencapai kepastian dalam hal-hal keagamaan. Mereka menentang autoriti ulama, golongan ini dikatakan sama dengan golongan clergy/ rijal al-din di Barat pada zaman pertengahan yang bersikap kuku besi.
Dari segi sosial dan moral, mereka menyokong utilitarianisme, seperti di Amerika yang tiada kongkongan dan pengawasan terhadap perilaku individu walau apapun yang ingin dilakukan, mereka juga menyuarakan kesetaraan gender (gender equality) dan beranggapan bahawa Islam telah merendahkan martabat wanita.
Dari segi politik, mereka menentang keras konsep negara Islam, bagi mereka ia adalah negara teokrasi. Mereka inginkan demokrasi liberal dengan sekularisme sebagai dasar negara.
Selain itu menurut Khalif Muamar juga dari segi perundangan, mereka menyuarakan idea dekonstruksi (merombak) Shari'ah, bagi mereka Shari'ah mesti tunduk kepada undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
Mereka menghalalkan homoseksual, menghalalkan arak dan riba. Mereka juga meragukan kesucian dan kemurnian al-Qur'an, mereka ingin agar al-Qur'an ditafsirkan kembali bukan oleh para ulama tetapi oleh para para ahli sosiologi, antropologi dan kaum feminis.
Gerakan ini juga akhir-akhir ini dikatakan mendapat sokongan dari Rand Corporation, melalui organisasi ini pihak Amerika telah berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh dan pemimpin golongan Islam Liberal untuk diberikan dana serta bantuan sebagai paltfom untuk mengembangkan aliran pemikiran ini.
Ini kerana dengan mempromosi Islam Liberal Amerika dapat menjaga kepentinggannya dan akhirnya mereka dapat menyusup masuk ke dunia Islam dan menentukan corak halatuju dasar pentadbiran sesebuah negara.
Menurut Greg Barton, seorang pengkaji dan pendukung Islam Liberal di Monash Universiti Australia, prinsip utama Islam Liberal adalah pentingnya melaksanakan ijtihad, komitmen terhadap rasionaliti dan reformasi agama, penerimaan terhadap pluralisme sosial dan agama, dan pemisahan agama daripada parti politik. Prinsip-prinsip ini sebenarnya secara halus mencabar tradisi kesyumulan ajaran Islam .
Sebenarnya Islam Liberal tercetus daripada pengaruh luaran yang berasal dari pemikiran liberal Barat dan ‘pemberontakan’ dalaman oleh golongan reformis Kristian yang mencabar tradisi agama Kristian khususnya gerakan dari Pencerahan oleh Martin Luther.
Kemenangan golongan reformis Kristian yang seterusnya dinamakan puak Prostestan ini membolehkan terbitnya suasana pencerahan politik, ekonomi dan sosial di benua Eropah hingga menjalar ke seluruh dunia . Kesan kemenangan ini adalah meliberalisasikan agama kristian hingga wujudnya Mazhab protestan dan mengalakkan idea pluralisme di kalangan masyarakat barat. Pada ketika reformasi agama kristian ini berlaku golongan geraja khatolik dianggap sebagai golongan tersisih dan ketinggalan zaman.
Di Malaysia, usaha golongan Ini dapat dilihat dari segi idea, penulisan, percakapan dan kelakuan seseorang atau sesebuah kumpulan. Mereka seolah-olah terpisah terpisah tetapi mereka sebenarnya mempunyai jaringan yang menunggu masa untuk mempamerkan diri mereka. Golongan ini mula menonjol diri dengan menyokong penubuhan Suruhanjaya antara agama (IRC).
IRC yang cuba ditubuhkan oleh Majlis Peguam Malaysia dan disokong pula oleh Majlis Perundingan Malaysia bagi Ajaran Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh [MCCBCCH] dan Yayasan Konrad Adenauer.
Kehadiran Yayasan Konrad Adenauer dalam usaha menubuhkan IRC boleh dipertikaikan kerana ia merupakan yayasan yang berpusat di Jerman, dan mereka cuba mencampuri urusan dalaman negara. IRC mempunyai berperanan membuat siasatam, sebagai pengantara, perunding dan pendamai terhadap dakwaan perbuatan yang menjejaskan keharmonian agama.
Paling menarik terdapat 2 pertubuhan berasaskan Islam turut menyokong penubuhan IRC iaitu Jemaah al Quran dan Sister in Islam(SIS) . Forum Iqra dipimpin oleh Dr. Kassim Ahmad pernah mengemparkan negara dengan isu antihadis melalui Jemaah al Quran dan SIS dipimpin oleh sekelompok wanita Islam yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Dikhuatiri keberanian golongan ini tanpa mempunyai tahap keilmuan islam yang tinggi dan terlalu taksub dengan pemikiran Barat, akan menyebabkan ada golongan umat Islam yang tersesat dalam kegelapan ciptaan sendiri.
Kritikan terhadap Majlis Fatwa mengenai isu pengharaman lesbian dan amalan Yoga juga membuktikan umat islam semakin berani menongkah arus menyuarakan tentangan kepada golongan alim ulamak sendiri.
Pemikiran Islam Liberal perlu ditolak bukan disebabkan namanya, tetapi disebabkan ia boleh merbahayakan akidah umat Islam. Sekalipun idea Islam Liberal dilihat bersifat reformasi atau melakukan perubahan tetapi ia sebenarnya dilihat satu pembohongan terhadap Allah Taala kerana mencampur-adukkan kebenaran dengan kebathilan.
Sesungguhnya gerakan Islam Liberal membohongi kebenaran selepas datangnya kebenaran, semoga umat islam tidak terjerumus dengan pihak barat yang sentiasa ingin memusnahkan ketauhidan kepada Islam
sumber - pochongmenulis
Artikel pilihan :
. Anwar, Renaisance, Reformasi dan Pencerahan
. Realiti kerajaan perpaduan -UMNO dan PAS ?
. Anwar Ibrahim tergolong mereka yang tertewas
. Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama - bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..
. Annapolis Summit : Anwar sudah terjerat ?
. Annapolis Summit : The Washington Note dedah nama Anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan