MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jan 2009

Annapolis Summit : Anwar sudah terjerat ?

Sekiranya Anwar benar-benar tidak pro Amerika, sepatutnya Timbalan Presiden PKR tidak perlu membuat sebarang penafian kaitan Anwar dan Amerika seperti dalam akhbar Sinar Harian, hari ini. Tidak perlu ulas isu ini jika sekiranya Anwar benar-benar tidak mempunyai apa-apa hubungan..

Annapolis Summit : Anwar sudah terjerat ?


Steven Clemon dalam The Washington Note mengesahkan menyatakan Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menandatangani surat sokongan Annapolis Sumit kepada Presidin Amerika George W.Bush dan Secretary of State, Condoleeza Rice pada 10 Oktober 2007.

Anwar Ibrahim dalam blognya telah menafikan beliau terlibat. Soalnya siapa yang menipu adakah Steven Clemon yang menipu atau Anwar yang menipu. Steven Clemon sebagai makluman adalah Senior Fellow and Director, American Strategy Program, New America Foundation.




Apa motif Steven Clemon memasukkan nama Anwar, adakah dia sengaja ingin memburukkan nama Anwar? atau beliau ingin menaikkan imej Anwar dengan menonjolkan Anwar antara tokoh yang menyokong deklarasi tersebut, dengan andaian perjanjian tersebut berjaya.Sekiranya perjanjian tersebut berjaya Anwar mungkin akan dipuja oleh dunia Islam sebagai tokoh keamanan.

Tetapi disebabkan perjanjian tersebut gagal maka Anwar telah cuba untuk menafikan beliau terlibat kerana majoriti negara Islam termasuk Iran, Syiria dan kumpulan Hamas menentang perjanjian tersebut. Dalam Annapolis Summit antara perkara yang dipersetujui ialah:


1.Mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat
2.mengiktiraf Mahmoud Abbas (Abu Mazen) sebagai pemerintah Palestin




Lantaran itu perjanjian tersebut secara tidak lansung mengenepikan peranan HAMAS yang telah memenangi pilihanraya Palestin. Sampai ke hari ini tidak ada satu pun kebaikkan yang diperoleh oleh Palestin melalui perjanjian ini, malah Mahmoud Abbas juga telah kehilangan sokongan dari rakyat Palestin.Adakah Anwar cuba menafikan keterlibatannya dalam Annapolis Summit kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Mahmoud Abbas dan kumpulan Fatah?


Laman web Moon of Alabama mengatakan yayasan yang pernah dipegang oleh Anwar Ibrahim, (Foundation For The Future) merupakan grand design Amerika untuk membekalkan senjata kepada kumpulan Mahmoud Abbas (FATAH) menentang kumpulan HAMAS.

Sekiranya Foundation For The Future adalah tajaan AMERIKA, adakah Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICG) yang dipegang oleh Anwar Ibrahim sekarang ini juga merupakan 'tajaan' AMERIKA ?

Dalam isu Annapolis Summit ini sudah jelas Anwar sudah terperangkap dan cuba menuduh atau kambinghitamkan pihak lain seperti BTN dalam blognya untuk menutup kelemahan dan kesilapannya.


sumber - pochongmenulis

artikel lain berkaitan :

1. Annapolis Summit : The Washington Note dedah nama Anwar

3 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,

Terima kasih kerana banyak pendedahan dilakukan tentang isu Annapolis Summit ini.

Sesungguhnya isu ini sangat menarik & perkara baru bagi kita rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam.

Saudara Puchong boleh mengembangkan lagi secara mendalam Annapolis Summit & apa maksudnya Anwar Ibrahim sudah terjerat?

Maaf sekiranya kritikan ini tidak menyenangkan penulis.Sama-samalah kita membongkar ketidakbenaran yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Saya sentiasa menyokong blog ini agar terus sukses.

Salam

taipingmali berkata...

Sokong dan tahniah atas artikal ini.

Tanpa Nama berkata...

tahniah dan terima kasih.

saya sentiasa ikuti blog ini untuk dapatkan info-info tentang DSAI. pendedahan yg AIDC lakukan beserta bukti yg kukuh. bukan sekadar dakwaan kosong.

10 tahun lepas, saya amat menyanjungi DSAI ni. mati-matian sokong, pakai baju keadilan di public, gantung poster dalam rumah!

sekarang rasa musykil dengan arah & matlamat DSAI. apa yang pasti, dia bukan pejuang Islam sepertimana imej dia sebelum ni.