MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Mac 2009

Fairus : konflik dalaman PKR?




Oleh : Kumbang, AIDCclub

Kumbang pernah menganalisis mengenai teori krisis dalaman PKR yang melibatkan Eli dan Khalid Ibrahim.

Kini teori sama Kumbang kemukakan, tetapi melibatkan orang lain.


Seperti yang kita tahu Fairus telah meletakkan jawatan sebagai TKM 1 Pulau Pinang.

Usaha untuk menjatuhkan beliau, Kumbang kira sudah bermula sejak berakhirnya PRU ke 12 lalu.

Amat pelik bila difikirkan, hal melibatkan Fairus ini dilihat seperti dilakukan bergotong-royong antara UMNO dan PKR.


Ada orang PKR mendedahkan salah-laku Fairus. UMNO pula sama-sama bersetuju bahawa Fairus mesti meletakkan jawatan. Kerana mereka menyedari PKR akan menerima kesan di atas 'kejujuran' itu.

Soalnya sekarang kenapa Fairus ingin dijatuhkan?


Kumbang difahamkan, Fairus menyatakan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan beliau di dalam PKR sendiri.

Ini dibuktikan oleh laporan MStar Online :


"Selain itu, dalam PKR sendiri wujud kumpulan-kumpulan yang mendesak beliau supaya meletak jawatan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

dan juga Berita Harian :

Ada segelintir orang yang nak jatuhkan saya, sentiasa memburuk-burukkan saya. Saya tegaskan bahawa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," katanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.


Masih muda

Memang benar Fairus baru berumur dalam golongan 30-an. Masih muda dan ada orang yang lebih senior untuk jawatan TKM 1.

Tetapi Kumbang turut difahamkan Anwar telah memilih Fairus untuk jawatan itu.


Anwar telah melihat dan mempercayai Fairus sebagai pemimpin masa depan PKR. Atas sebab ini mungkin ada yang cemburu, iri hati,tidak puas hati dan merasa kedudukannya tergugat.

Fairus mesti dijatuhkan untuk bagi mengelakkan beliau merampas kedudukan orang yang tidak berpuas hati itu.


Kumbang kira usaha mendedahkan salah laku parti adalah salah satu perkara yang memakan diri.


Kerana apa?


Rakyat di bawah ini bukan sahaja akan menyalahkan individu terbabit tetapi menyalahkan parti itu sendiri kerana menyediakan platform untuk orang itu melakukan kesalahan.


Jadi syabas kepada si perancang konspirasi menjatuhkan Fairus ini. Kerana anda dapat menjatuhkan orang itu dan parti anda dalam masa yang sama dapat diburukkan imejnya.
2 dalam 1. Pakej yang agak menarik.

Tahniah..

Apa sebab dan siapa dalangnya?


Dalam blog Alahai Fairus turut mengulas kaitan Fairus dengan AMK Kelantan yang dikatakan masih berhubung-kait dengan Ezam.

Kenyataan ini mungkin adalah cubaan untuk mengaitkan UMNO dengan Fairus.
Adakah ini punca konspirasi dilakukan?

Kumbang tidak tahu kebenarannya.

Tetapi blog Alahai Fairus ini turut mengulas agenda Fairus tentang cubaannya untuk mencabar jawatan Ketua AMK pusat dan gerakan-gerakan untuk hal ini dikatakan sudah bermula di Kelantan.


Kumbang juga turut membaca komen rakan Kumbang NTAnwar dari AIDC yang juga menyetujui hal sama tapi mengaitkan hal ini dengan Shamsul Iskandar :

Fairus pula produk UIA sama seperti Shamsul Iskandar Mat Akin (ketua Angkatan Muda) ketika saat-saat akhir Anwar mengaut harta negara sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Sebab itu dikhabarkan Shamsul Iskandar pun ada saham ke arah menjatuhkan Fairus, kerana Fairus pernah sebut dia juga berminat jawatan Ketua Angkatan Muda PKR.

Adakah ini sebabnya Fairus dijatuhkan?


Kumbang juga tidak tahu kebenarannya.


Tetapi, 2 faktor besar ini.

Kaitan dengan Ezam dan ingin merebut jawatan Ketua AMK pusat berkemungkinan merupakan punca utama Fairus dijatuhkan.

Sama-sama kita fikirkan.


Persoalannya, siapakah dalang konspirasi ini?

Adakah Shamsul Iskandar seperti diulas NTAnwar di atas?

Adakah pemimpin PKR lain?

ataupun Anwar sendiri yang sudah tidak mempercayai Fairus?


Penuh tanda tanya...


Walau siapa pun dalangnya. Imej PKR sudah dicemarkan.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada sesiapa yang terlibat jika benar konspirasi ini.


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber - Analisisringan

Tiada ulasan: