MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Nov 2008

Gus Dur kata Al-Qur’an sama kitab porno ?



Gus Dur kata Al-Qur’an sama kitab porno ?


assalaamu’alaikum wr. wb.

Ceritanya begini. Pada suatu hari, JIL (Jaringan Islam Liberal) menugaskan Guntur Romli untuk mewawancara salah seorang pendokong JIL yang paling terkenal, iaitu Abdurrahman Wahid alias Gus Dur. Arah wawancaranya adalah untuk mendapatkan sikap (atau fatwa) dari Gus Dur untuk bersama-sama menolak RUU APP (Rancangan Undang-Undang Antipornografi dan Pornoaksi) dan berbagai-bagai peraturan daerah (Perda) yang ‘berbau syariat Islam’. Hasil wawancara itu kemudian diterbitkan di website resmi JIL.

Golongan penentang penguatkuasaan Rancangan Undang-Undang Antipornografi dan Pornoaksi (RUU APP)sedang melakukan demonstrasi. Mereka anggap RUU APP tidak perlu kerana dianggap sebagai 'akta moral yang bertentangan dengan hak asasi manusia. Penentang undang-undang ini terdiri daripada kumpulan pro Islam Liberal. Mereka adalah Gus Dur, WS Rendra, Lily Chadidjah Wahid, Adnan Buyung Nasution, Goenawan Mohamad, Putu Wijaya, Shahnaz Haque, Jajang C Noer, Ayu Utami, Rahman Tolleng, Muslim Abdurachman, Musdah Mulia dan lain-lain. Manakala golongan penyokong penguatkuasa undang-undang pula terdiri daripada kumpulan agama seperti KH Abdurrasyid Abdullah Syafii, Ketua MUI Pusat KH Ma'ruf Amien, Dra Hj. Tuty Alawiyah AS, Ustadz Hari Moekti, Inneke Koesherawati, Astri Ivo, Henki Tornado, Prof. Dr. Dien Syamsuddin, KH Husein Umar, Habib Rizieq Shihab (FPI), H. Muhammad Ismail Yusanto (HTI), H. Mashhadi (FUI), KH Zainuddin MZ (PBR), H. Rhoma Irama (PAMMI), Hj. Nurdiati Akma (Aisyiyah), Habib Abdurrahman Assegaf, KH Luthfi Bashori (DIN) dan lain-lain.



Dalam wawancara tersebut, Gus Dur mengatakan (sebagaimana tertulis dalam website JIL tadi) bahawa Al-Qur’an adalah Kitab porno. Contoh ayat yang dikatakan porno adalah ayat berkenaan ibu yang menyusukan anaknya. Gus Dur bahkan menyebut Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia.

Tidak disangka-sangka, ramai pelawat memberi reaksi terhadap hasil wawancara tersebut. Salah satunya adalah saya sendiri, dan tanggapan peribadi saya terhadap pernyataan-pernyataan Gus Dur tersebut saya tulis dalam artikel saya yang berjudul “Lucunya Gus Dur”. Selain saya, ramai lagi yang menganalisa hasil wawancara tersebut dan memberikan tanggapan terhadapnya, antara lain adalah majalah Hidayatullah dan akhbar Duta Masyarakat.



Selepas itu, tiba-tiba muncul pula ‘serangan balik’ dari pihak penyokong Gus Dur dan JIL. Guntur Romli sebagai orang yang bertanggungjawab menginterbiu pun menjawab di majalah Tempo. Menurutnya, Gus Dur sama sekali tidak pernah menyebut Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia. Sebaliknya, Gus Dur menegaskan bahawa pada fikiran orang-orang yang selalu berfikiran lucah, Al-Qur’an pun dianggap sebagai porno. Jawapan balas ini menimbulkan tanda tanya kerna sebelum ini telah ramai yang membaca (artikel asal) dan menjadi saksi bahawa transkrip wawancara dengan Gus Dur di website JIL benar-benar menyebut bahawa Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno.


Lebih lanjut lagi, para penyokong Gus Dur kemudiannya berjuang menuntut ganti rugi milion rupiah kepada pihak akhbar Duta Masyarakat di atas ‘berita bohong’ yang telah disebarluaskannya. Hal ini sudah tentu mengejutkan ramai pihak. Benarkah Gus Dur difitnah? Benarkah para pengkritiknya itu tersalah tafsir ?

Saya sendiri sempat dihujani pelbagai komentar oleh salah seorang pendukung Gus Dur dan saya dituduh telah melakukan provokasi serta melakukan kefasikan.

Keadaan semakin berlarutan dengan kejadian di Purwakarta, di mana Gus Dur kononnya diusir oleh hadirin dari organisasi massa (ormas) Islam ketika sedang berbicara dalam sebuah forum diskusi antara agama. Alasannya, mereka sebut kerana Gus Dur mengkritik aktivis-aktivis Islam itu sebagai ‘pengawal berjubah’. Akibat disebarkan berita ini oleh berbagai-bagai media massa, maka para pendukung Gus Dur pun bertindak balas seperti ketika Gus Dur hendak diturunkan dari jawatan Presiden Indonesia dahulu. Semuanya marah dan mahu berkelahi.


Setelah itu, berita pun menjadi simpang-siur. Ada saksi yang berkata bahawa Gus Dur sama sekali tidak diusir. Yang terjadi sebenarnya (menurut saksi tersebut) adalah Gus Dur ‘melarikan diri’ setelah ada pihak bertanyakan kepada Gus Dur (dalam forum diskusi tersebut) mengenai ucapannya yang menyebut Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia. HTI (Hizbut Tahrir Indonesia) – sebagai salah satu organisasi massa Islam yang dituduh telah mengusir Gus Dur – mencabar Akhbar Tempo kerana telah menyebarkan berita bohong tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu. Yang mengejutkan, akhirnya Gus Dur sendiri memberitahu bahawa dirinya tidak diusir oleh siapa pun.


Kembali kepada permasalahan utama : benarkah Gus Dur telah menyebut bahawa Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia? Gus Dur kata tidak, Guntur Romli juga kata tidak. Sedangkan begitu ramai orang yang menjadi saksi bahawa Gus Dur memang pernah berkata sedemikian, sesuai dengan transkrip wawancara di website JIL.


‘Keajaiban’ terjadi tidak berapa lama kemudian apabila semua mata kembali tertumpu kepada titik awal daripada semua masalah ini, iaitu website JIL. Ketika disemak kembali ke transkrip wawancara yang dimaksudkan, ternyata kenyataan kontroversi tadi telah dipadamkan.

Apakah para pengkritik Gus Dur (termasuk saya) memang memiliki mata yang benar-benar tidak dapat dipercayai?


Dalam hal ini kita terhutang budi kepada saudara Harry Sufehmi. Dalam salah satu jurnal di blog-nya – yang kemudian disebar dari email ke email – dia menunjukkan tindakan pembohongan luar biasa yang telah menipu orang ramai dan mencetuskan begitu banyak fitnah. Akar dari semua permasalahan ini adalah pembohongan JIL, bertindak balas apabila ramai yang membantah keras terhadap hasil wawancara Guntur Romli dengan Gus Dur tadi.


Saudara Harry Sufehmi telah melakukan proses pencarian melalui archive.org dan google.com, namun database dalam website-website tersebut telah diupdate, sehingga tidak menunjukkan penyebutan Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia.

Pencarian tersebut kemudian berjaya ketika Harry Sufehmi mencari melalui yahoo.com. Ternyata, yahoo.com ketika itu belum mengupdate databasenya sehingga masih dapat dilihat dengan jelas ucapan Gus Dur yang kontroversi itu. Kerana bimbang hasil pencarian itu akan ‘berubah’, maka dia pun menyimpannya dalam bentuk screenshot (jika tidak bisa dibuka, klik disini).


Sekarang, sudah jelas kebenarannya. Para pengkritik Gus Dur jelas tidak salah, kerana mereka telah membaca secara terus di dalam website rasmi JIL. Kalau benar Gus Dur tidak pernah menyebut Al-Qur’an sebagai Kitab paling porno sedunia, maka sewajarnyalah dia (dan para pendukungnya) menfailkan saman kepada JIL dengan tuntutan gantirugi yang banyak, bahkan kalau perlu Gus Dur perlu mendesak agar JIL dibubarkan.

Kalau benar JIL telah memfitnah Gus Dur, maka saya yakin para pengkritik ucapan Gus Dur tadi (termasuk saya) akan berbalik arah menyokong Gus Dur habis-habisan untuk membubarkan JIL.


Saya menutup huraian ini dengan mencatat kalimat terakhir dalam salah satu jurnal di blog saudara Harry Sufehmi yang ditujukan kepada JIL dan para pendukungnya : “Mengubah artikel sendiri, lalu menuntut orang lain yang membuktikannya – wow that’s REALLY low.”

Ya, memang serendah itulah perbuatan JIL dan kawan-kawan seperjuangannya. Jika Anda merasa telah bersiap sedia untuk menjual seluruh harga diri, bolehlah anda membela mereka.

wassalaamu’alaikum wr. wb.

Nota : AIDC menterjemah artikel akmal.multiply.com bertajuk, "Antara Kami, Gus Dur dan JIL : Siapa yang Bohong ?"

Artikel berkaitan

1. Inti ideologi Jaringan Islam Liberal

2. Ancaman Liberalisme Islam di Indonesia

3. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

4. Islam Liberal Menyerang PKR?

5. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito







Tiada ulasan: