MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Nov 2008

20 - 21 November, pendakwaraya dan penguambela kes Anwar sambung penghujahan



20 - 21 November, pendakwaraya dan penguambela kes Anwar sambung penghujahan


Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Jenayah) memaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 20 hingga 21 November ini untuk mendengar penghujahan kedua-dua pihak berhubung semakan berkaitan dengan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah yang menjadi alasan kenapa kes itu tidak boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 11 November lalu, pihak pendakwaan telah memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keputusan yang dibuat Komathy pada 7 November lalu memutuskan sijil pemindahan itu tidak sah.

Ketua pendakwaan, Mohamed Yusof memaklumkan kepada Mahkamah Seksyen bahawa peruntukan seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terutamanya bagi sub-seksyen 35(2) yang memperuntukkan bahawa memandangkan ada permohonan semakan semula, semua prosiding di mahkamah rendah hendaklah digantung.

"Oleh itu kami meminta supaya semua prosiding berhubung dengan kes ini ditangguhkan sementara menunggu apa-apa keputusan dan arahan Mahkamah Tinggi berhubung dengan semakan semula kes tersebut," katanya.

Sesi sebutan kes liwat Anwar-Saiful yang dijadual bermula pada 14 November lalu di Mahkamah Sekyen terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memfailkan semakan semula terhadap keputusan hakim S.M Komathy Suppiah berkenaan buat kali kedua ke Mahkamah Tinggi.

Anwar, 61, menghadapi perbicaraan atas tuduhan dengan sukarela melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun.


Jika sabit kesalahan, beliau menghadapi hukuman penjara hingga 20 tahun di bawah Sekseyen 377B kanun Keseksaan. Beliau sekarang bebas dengan bon peribadi RM20,000.


Pasukan pendakwana diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden iaitu ketua unit pendakwaan di Jabatan Peguam Negara. Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.


Pasukan peguam bela terdiri daripada Sulaiman Abdullah, R. Sivarasa, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.


AIDC


Artikel berkaitan :

1. Esok, 14 November (Jumaat), pasukan pendakwaraya dijangka kemukakan bukti Anwar meliwat Saiful

2. Anwar Ibrahim menjawab isu liwat dan homoseksual di dateline

3. Kes liwat Anwar - Saiful masih belum terurai simpulan..

4. Kes Liwat - Anwar kata tiada kes, tetapi kenapa peguambelanya berhempas pulas ?

5. Kes Liwat Mencabar - Kata Peguam Anwar





Tiada ulasan: