Oleh : razalizaidin
Bukanlah niat penulis ingin menyebarluaskan filem ini, namun penulis ingin memaklumkan bahawa kini di Malaysia golongan ini telah berani menonjolkan diri mereka kepada rakyat tentang keberadaan mereka di Malaysia.
Mereka mahukan pengiktirafan golongan homoseksual dalam sebuah negara sepertimana menjadi tuntutan golongan ini di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.
Lihat saja dalam ucapan Presiden Barack Hussein Obama. Acap kali memulakan ucapan, tak pernah tinggal ucapan kepada golongan homoseksual ini.
Di Malaysia, golongan ini mula berani menunjukkan belangnya. Penulis kecewa apabila filem pendek ini ditayangkan sekaligus membuktikan bahawa golongan homoseksual ini memang wujud dan aktif gerakannya. Buktinya dengan pembikinan filem pendek ini.
Perkara ini walaupun hanya sekadar filem, penulis gusar kemungkinan besar aksi yang lebih berani akan dilakukan oleh golongan seperti ini. Sangat mengecewakan. Hukum golongan homoseksual dan lesbian telah dinyatakan oleh "Supriadi*, dalam tulisannya sudah dijelaskan tak ada perbezaan tentang hukum homoseksual dan lesbian dari para ulama fikih.
Bahkan yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Semua mengatakan, hukumnya haram. Perbezaan hanya pada soal bentuk hukuman.
Mudah-mudahan kita menyedari tentang keberadaan golongan. Jika anda ingin hidup selamat di dunia dan bahagia di akhirat hendaklah kita sensitif dengan perkara ini. Carilah ilmu di dada moga ia memagarkan diri daripada jatuh ke jurang yang binasa. Hiasilah imanmu dan keyakinan anda dengan agama Islam secara totally dan diimplementasiakan dalam kehidupan harian.
Jadikanlah nasihat itu satu budaya di kalangan umat Islam semoga dapat mengelakkan perkara seperti ini tidak berlaku dalam komuniti berhampiran dengan diri kita. Inilah kasih-sayang sesama islam.
* Supriadi - beliau merupakan mahasiswa Program Doktor di Universiti Islam Omdurman Sudan, Fakulti Syari’ah dan Qonun Jurusan Ushul Fikih. Sekarang berdomisili di Kairo Mesir. Sila lihat di sini.
Sumber: razalizaidin.blogspot.com
sumber - kampusnegara.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan