MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Nov 2008

Anwar Ibrahim menjawab isu liwat dan homoseksual di dateline



Anwar Ibrahim menjawab isu liwat dan homoseksual di dateline


Selasa, 8 Julai, 2008

Pemimpin Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim berbicara secara mendalam bersama Mark Davis dari Dateline mengenai tuduhan liwat ke atasnya

Pemimpin pembangkang Malaysia bersedia untuk berhadapan dengan tuduhan liwat yang terbaru – tuduhan yang sama yang mana telah menyaksikan dia dipukul dan dipenjarakan sedekad yang lalu. Pada 1998, tuduhan tersebut direka oleh polis di bawah arahan kerajaan ketika populariti Anwar mengatasi popularitinya. Pemimpin Pakatan Rakyat berkata pada masa sekarang, apa yang berbeza dia akan berjuang untuk setiap halangan yang bakal dihadapinya.

Satu temu ramah secara terperinci bersama Dateline, Anwar merungkai secara mendalam kes terhadapnya, menolaknya sebagai satu pembohongan yang nyata dan menyatakan dia menjangkakan lambat laun proses akan membuktikan dia bersalah. Dia menceritakan secara panjang-lebar tentang ingatannya terhadap individu yang menuduhnya, yang mana dia berkata individu tersebut merupakan seorang sukarelawan dalam kempen pilihan rayanya yang telah menyusup masuk untuk memburukkan namanya.

Tetapi menurut Anwar, individu yang menuduhnya mungkin telah dipaksa untuk bertindak ke atasnya.

Ditanya sama ada pengalamannya telah memungkinkan komuniti gay Malaysia yang diharamkan menyelami perasaannya, Anwar menekankan bahawa dia mengamalkan ajaran Islam, tetapi dia berkata negara tidak mempunyai hak untuk masuk campur dalam orientasi (hala tuju) seksual warganegara mereka.

TRANSKRIP

Sedekad yang lalu Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan dilabelkan sebagai pemimpin masa depan negara. Tetapi selepas persengketaan dengan partinya sendiri dia telah diheret daripada jawatan tertinggi, dikenakan tuduhan lihat, dipukul dengan teruk semasa berada dalam siasatan dan berada dalam perbicaraan yang telah dipolitikkan dengan hebat, dipenjarakan selama 6 tahun.

Dengan larangan ke atas aktiviti politiknya ditarik balik pada April, Anwar telah kembali semula dengan gaya Lazarus, secara terbuka mengumumkan dia mempunyai bilangan untuk menggulingkan kerajaan pada pertengahan September.

Tetapi keadaan menjadi buruk sejak beberapa hari yang lepas, seorang lelaki yang berusia 23 tahun, pekerja sukarelawan lelaki di pejabatnya telah membuat laporan polis dengan tuduhan Anwar telah menderanya secara seksual. Selepas bersembunyi selama 2 hari di Kedutaan Turki, Anwar telah muncul untuk berjuang, menuduh satu lagi konspirasi kerajaan untuk memusnahkannya secara politik. Mark Davis baru sahaja kembali daripada menemu ramah Anwar di Kuala Lumpur dalam temu ramah yang pertama secara terperinci sejak tuduhan tersebut dibuat.

MARK DAVIS : Jadi, terima kasih kerana sudi meluangkan masa , tuan, saya yakin ia merupakan benda yang sangat berharga pada ketika ini. Apakah status tuduhan buat masa ini sekarang? Adakah anda telah disoal siasat?

ANWAR IBRAHIM : Kami tidak bersubahat tentang laporan polis. Kami tidak tahu statusnya. Saya diberitahu bahawa saya telah dipanggil tetapi penyiasatan tersebut tidak seperti dengan tindakan gangguan, ugutan dan memukul seperti pada ’98. Jadi ini amat mententeramkan.

Semestinya ini merupakan detik yang dahsyat untuk anda meskipun, sudah tentu, merujuk apa yang telah berlaku kepada anda kali terakhir. Di mana anda berada dan apa yang terjadi apabila anda menerima berita mengenai tuduhan ini?

Kami bersama 31 Ahli Parlimen dari Keadilan, Parti Keadilan, dan mendapat ura-ura mengenai perkara ini. Jadi kemudiannya pemimpin dan keluarga berkumpul dan pada ketika itu mereka takut dan bimbangkan keselamatan saya, dan mendesak saya mesti meninggalkan tempat tersebut dengan segera. Kepada saya, perlindungan politik atau keluar dari negara ini terkeluar dari soalan. Saya enggan berbuat demikian. Tetapi keselamatan peribadi untuk beberapa hari mungkin perlu sekiranya merujuk kepada apa yang berlaku sebelum ini. Saya dipukul hampir mati pada 1998 dan rakan-rakan dan keluarga saya tidak mahu saya menyerah diri kecuali terdapat jaminan mutlak perkara tersebut tidak berlaku.

Adakah anda mempertimbangkan untuk lari dari Malaysia sekarang sekiranya anda ditahan?

Tidak. Kerana saya komited untuk berjuang dalam pertarungan ini, ini adalah masanya untuk saya bertanding dalam pilihan raya. Inilah masanya di mana kerajaan berada pada keadaan paling lemah dalam erti kata politik yang kacau bilau dalam parti memerintah di mana terdapat isu ekonomi, kenaikan harga, salah urus tadbir, jadi mereka terpaksa menggunakan sesuatu untuk memesongkan perhatian.

Tetapi secara peribadi, bagaimana anda menerangkan perkara ini kepada isteri anda, anak-anak anda, apabila berita ini tersebar? Semestinya ia amat sukar untuk dilakukan.

Secara jujur, daripada saat kami menerima SMS, isteri saya berkata, “Oh, tidak sekali lagi” dan anak-anak saya, dengan segera – kesemua mereka muncul dan mengatakan “Lihat papa, ini sangat teruk.” Mereka tidak meminta sebarang penjelasan daripada saya. Dan ini benar-benar hebat. Saya mempunyai keluarga yang sangat bagus.

Tetapi ia mesti membebankan mereka. Mereka mungkin akan kehilangan anda sekali lagi dan , sudah tentu, anda mesti mempertimbangkan perkara ini. Maksud saya, mungkin hukuman penjara sekiranya perkara ini diteruskan. Anda mungkin akan menghadapi hukuman penjara sekali lagi.

Saya tidak percaya mereka mempunyai sebarang kes untuk disokong kecuali kenyataan individu yang menuduh saya. Tidak, saya tidak percaya akan terdapat bukti forensik yang boleh dipercayai atau alibi, atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Tiada soalan yang mana mereka boleh memilikinya kecuali mereka mewujudkan bukti dan saya akan mencabar dan berjuang dalam apa jua keadaan.

Tetapi ini tidak semestinya satu konspirasi kerajaan tetapi anda membuat tuduhan tersebut pada peringkat awal. Kenapa anda melakukannya? Kenapa anda tidak mengambilnya sebagai satu tuduhan yang mana anda perlu berhadapan dengannya secara merit?

Saya ada bukti. Individu tersebut diketahui telah berjumpa Timbalan Perdana Menteri di pejabatnya dan di rumahnya bersama isteri dan seorang pegawai khasnya. Ini yang saya fikir – merupakan bukti, yang mana kita akan kemukakan.

Ia, sudah tentu, tuduhan yang serius. Ia tidak kelihatan seperti tuduhan hubungan seksual, ia satu tuduhan penderaan seksual. Ia tidak sepatutnya untuk tuduhan seperti itu disiasat oleh polis dan untuk disabitkan sekiranya bukti menunjukkan demikian?

Sekiranya ia dikendalikan secara profesional dalam satu penyiasatan, saya tidak ada masalah. Tidak ada cara untuk mereka mengemukakan sebarang bukti untuk menyokongnya. Ia direka, ditipu, dikonspirasi oleh kumpulan ini. Itulah sebab kenapa saya sangat jelas. Saya tidak menyarankan perlunya ada siasatan. Mereka boleh teruskan. Tetapi lihat bagaimana media memainkan isu ini. Media dikawal oleh kerajaan. Dan mereka menebarkan fitnah melalui kesemua cara.

Ya. Dalam kes ini – Pada petang Khamis, adakah anda berada bersama lelaki muda ini? Adakah anda bekerja bersama? Bagaimana keadaan malam itu?

Saya ada kesemua fakta yang dibuktikan, semua alibi, atau apa yang saya lakukan. Saya tidak pernah berada bersamanya secara tertutup, di mana-mana tempat. Lebih daripada itu, pegawai saya berkata – tunggu, biar mereka wujudkan kes tersebut. Tetapi ianya cukup untuk saya mengatakan bahawa saya tidak pernah bersendirian dengannya.


Kondominium yang disebutkan adalah di Damansara Heights. Adakah anda di sana pada tengah hari atau petang?

Masalahnya di sini, pegawai saya menasihati saya – jangan sentuh dalam apa-apa perkara dalam siasatan kerana ia mungkin sukar dalam keadaan apabila menjadi Defendan. Cukup untuk saya katakan bahawa saya tidak pernah bersendirian dengannya.


Saya agak ini akan menentukan sama ada kejadian tersebut mungkin berlaku – juga berlaku. Maksud saya, sekiranya anda secara jelas mengatakan. “Tidak, saya tidak berada di kondominium itu.”

Biar saya katakan ianya tidak sedikit pun mungkin, ianya mustahil untuk kita berdua bersama pada bila-bila masa.

Pada tarikh 26 ?

Ya. Pada 26.


Anda kenal lelaki ini (Saiful Bukhari). Apa yang anda fikir tentangnya?

Sopan. Baik. Tetapi sangat bercita-cita besar, tidak tetap pendirian. Sangat tidak selamat, dan sentiasa gugup. Tetapi saya tidak rasa ada sesuatu yang sangat teruk dan salah dengan lelaki ini.


Jadi pada dasarnya, saya fikir anda memanggil lelaki sebagai penipu?

Dia sudah semestinya, tanpa ragu-ragu, seorang penipu. Kebimbangan saya adalah sama ada dia melakukannya secara sukarela, atau dalam keadaan fikiran yang jelas.


Sepanjang hidup anda, anda telah dilabelkan “Bakal Perdana Menteri.” Anda fikir ia tetap akan menjadi kenyataan?

Ia mungkin punca segala masalah ini. Mereka mengatakan, “Anwar, anda perlu membuang label tersebut dan mungkin ia akan meninggalkan anda seorang diri. Anda biarkan label itu dan kemudiannya kesemua jenis serangan dan konspirasi terhadap anda.”

Sebagai contoh, perkara mudah seperti pergi ke Kedutaan Turki menjadi isu besar bahawa saya berbohong – tiada siapa mahu menyerang saya. Ini adalah negara yang menghormati kedaulatan undang-undang.

Saya kata, “Lihat, saya melalui kesemua proses yang mengakibatkan saya hampir mati pada 1998.” Jadi, ia adalah sebab kenapa yakin bahawa keseluruhan permainan ini, ini adalah cara politik untuk satu bahagian – dan , sudah tentu, dinikmati oleh yang selebihnya, kerana ia satu cara yang paling senang untuk saya dikeluarkan dari sistem ini.

Sekarang sekiranya saya mahu menyelamatkan diri saya dan memiliki hidup yang baik, bersara, dan perunding utama dengan bayaran ceramah yang tinggi, saya perlu melupakan ini.


Anda tentu sudah mempertimbangkan perkara ini. Anda sudah tentu menghadapi keadaan yang ekstrem semasa dipenjarakan, dipukul, anda semestinya sudah cukup mempertimbangkan, bersara, keluar daripadanya.

Ya, saya telah pertimbangkan. Tetapi anda akan tinggal di hotel yang terbaik di dunia dan makanan mewah. Apa lagi yang anda mahukan? Anda mahu hidup dalam keadaan tersebut sepanjang hidup anda? Tetapi bagaimana komitmen anda sendiri terhadap orang-orang anda? Bagaimana dengan keadaan demokrasi di Malaysia dan kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman, media yang bebas, yang anda telah bicarakan sepanjang hidup anda?


Ya.

Saya tidak bersedia untuk melupakannya.


Hidup anda sebelum ini dimusnahkan oleh kesemua jenis tuduhan. Adakah ini memberikan anda rasa simpati terhadap gay di Malaysia yang menderita tuduhan yang sama disebabkan kelakuan seksual mereka?

Saya seorang Muslim. Saya mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak terima – saya menerima hubungan yang sepatutnya dengan lelaki dan wanita dan kehidupan berkeluarga. Ianya bukan urusan kita untuk mengetuk setiap pintu dan memeriksa orientasi setiap orang dan menyebarkan fitnah atau prejudis terhadap orang ramai. Ini adalah anda wujudkan perbezaan. Apa yang berlaku sekarang adalah menggunakan ini untuk cuba dan membunuh orang secara politik atau memalukan orang, untuk menebarkan fitnah. Dan sudah tentu ini salah.


Sekiranya anda menjadi Perdana Menteri, adakah anda berusaha untuk mengkaji semula undang-undang anti-homoseksual Malaysia?

Apa-apa yang digambarkan oleh masyarakat awam yang menyebabkan gangguan kepada kepercayaan masyarakat sudah tentu perlu dibendung. Tetapi ia bukan urusan kita untuk membuat dan menetapkan dan menguatkuasakan kehidupan orang ramai – kepercayaan mereka dan orientasi mereka, sekiranya dilakukan tanpa mengganggu norma-norma kemasyarakatan.


Soalan terakhir saya – saya percaya Kevin Rudd akan datang ke Malaysia pada minggu ini. Dia tidak akan berjumpa anda. Adakah anda berusaha untuk mengadakan sebarang perbincangan dengannya?

Tidak buat masa sekarang. Tetapi saya tidak pasti sekiranya kita boleh cuba berhubung – apabila dia melawat Malaysia.


Anda mempunyai sebarang hubungan dengannya?

Ya, pada mulanya, pada 98 dia berumur 35 tahun.


35 tahun. Dia sangat menyokong anda pada ketika itu. Tetapi dia kelihatan agak senyap pada ketika ini.

Ya.

Anda kecewa dengan perkara tersebut?

Tidak terlalu kecewa. Orang ramai mengambil berat tentang hubungan diplomatik ini. Mungkin mereka akan mengatakan, “Tunggu sehingga apa yang terjadi” kadangkala di negara-negara, mereka tunggu sehingga anda dipukul dan kemudiannya mereka memberikan rasa simpati tetapi untuk sekarang, saya fikir saya membiarkannya- (ketawa)

Sementara anda masih belum dicederakan, dia tidak perlu memberikan sebarang komen. Terima kasih di atas masa anda, tuan.


Kamera
KYME ROSS HALLION

Bunyi
ANDREW NICHOLSON

Editor Temu ramah
ANGUS FORBES

Produser Temu ramah /Penyelidik
JANE WORTHINGTON


AIDC menterjemah artikel asal bertajuk "Interview with Anwar Ibrahim ", diterbitkan pada 8 Julai 2008 oleh Dateline. Aerikel asal klik di sini

Tiada ulasan: