MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Nov 2008

Esok, 14 November (Jumaat), pasukan pendakwaraya dijangka kemukakan bukti Anwar meliwat Saiful




Esok, 14 November (Jumaat), pasukan pendakwaraya dijangka kemukakan bukti Anwar meliwat Saiful


Hakim S.M Komathy Suppiah memutuskan esok, 14 November (Jumaat),jam 9 pagi, tarikh sebutan pihak pendakwa mengemukakan bukti kes liwat Anwar ke atas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai unit pendakwaan telah memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan dalam perbicaraan pada 7 November lalu.

Bagaimanapun ketua pembelaan Anwar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan perlu menghantar beberapa dokumen tertentu seperti laporan perubatan dan ahli kimia kes itu kepada pihak pembelaan sebelum sebutan kes dimulakan.

Sebelum ini, pasukan penguambela Anwar Sulaiman Abdullah mengambil masa yang begitu lama untuk mengemukakan hujah-hujah kenapa kes itu perlu dikekalkan di Mahkamah Seksyen termasuk menggunakan alasan tandatangan Abdul Ghani Patail tidak boleh diambil kira kerana kononnya Peguam Negara itu masih dalam siasatan BPR ekoran kes "mata lebam" Anwar 10 tahun lepas.

Perbicaraan kes Anwar bermula pada 7 Ogos lalu, di Mahkamah Sekyen Jalan Duta, tetapi hingga ke hari ini sebutan kes belum dapat dikemukakan lagi.


Anwar, 61, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas.Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. Anwar kini dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000.


Mohamed Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan dibantu oleh timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.


Sulaiman pula dibantu oleh peguam R.Sivarasa, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.


AIDC


Artikel lain berkaitan

1. Hari ini, 7 November -Kes Liwat Anwar ditentukan di Mahkamah Sekyen atau Mahkamah Tinggi

2. Anwar Ibrahim menjawab isu liwat dan homoseksual di dateline

3. Kes liwat Anwar - Saiful masih belum terurai simpulan..

4. Kes Liwat - Anwar kata tiada kes, tetapi kenapa peguambelanya berhempas pulas ?

5. Kes Liwat Mencabar - Kata Peguam Anwar



Tiada ulasan: