MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Okt 2008

Replika Tebus Annapolis Summit?

Klik pada foto untuk besarkan imej melihat di sebalik kerja pembikinan replika gergasi Anwar


Replika Tebus Annapolis Summit?


Musim raya adalah musim pembaziran.

Makan-makan, beli-beli, jalan-jalan; pendek kata memang penuh dengan pembaziran.

Replika RM 5000 setinggi 12 meter di atas adalah contoh pembaziran; kalau betul nak meraikan semangat pemimpin tersebut saya kira mengapa tidak sedekahkan RM 5000 tersebut kepada rakyat Palestina sebagai 'tebus' menyokong Annapolis Summit. Mungkin juga boleh buat jamuan hari raya dan jemput kawan-kawan Hindraf makan-makan.

Paling murni tentulah beri kepada rakyat miskin yang tidak terbela. Bukankah sakit tekak menyalahkan orang lain tidak membela orang melarat? Pemimpin tersebut pernah menunjukkan contoh membela penduduk Baling yang kebulur satu masa dahulu.

Itulah semangat yang hendak kita contohi.

Bukan dengan cara membazir membuat hal-hal bid'ah seumpama ini.

Jangan kata saya tidak suka pula, saya memang suka; sangat suka.

Tetapi saya paling tidak suka pembaziran, khususnya kalau rakyat boleh dapat manfaat dari pembaziran tersebut.

sumber - Faisal Tehrani

Artikel tulisan Faisal sebelum ini :

1. 'Menjelang Hari Fitrah Mendatang, Hentikanlah Perang Propaganda Ini'

2. Politik Realisme Magis

3. Tuju Lagu Musalmah Lebar: Ikhlas Dariku (Ustaz Akil Hayy) Ditujukan Untuk Pakatan Siplis

4. Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Itu..

5. Memuji Setan Sebagai 'Profound'

6. Selamat Datang ke Ipoh

7. Alas Nasi Lemak Musalmah Lebar: 'Siapa Kena Tipu?'

8. Tuan Guru Presiden Yang 'Disepit'

9. Majlis Syura: Apa Kata Muqabalah dengan Condy Rice?

10. PAS: Buang 'Nasha' atau Buang 'Orang Itu'

11. Apa kata blogger Faisal Tehrani tentang Anwar Ibrahim?


1 ulasan:

wokyoh berkata...

mula-mula gambar replika...
lepas tu patung nuar,
lepas tu berhala nuar,
lepas tu agama nuar,
lepas tu pakat pakat masuk neraka bersama....

tu baru jadi ketua pembangkang...
kalau jadi PM sebenar...saya rasa semua urusan atau kertas atau surat rasmi yang berkaitan mesti ada gambar nuar di sebelah atas.mungkin gambar agong kat duit pun tukar ...letak gambar nuar...

teringat saya iklan bola musim demam bola piala dunia...tidur,jaga,makan minum...semuanya bola...
bila siisteri letak bola bawah saji barulah sedar....kembali kealam nyata...yang boleh dimakan ialah nasi bukan bola...

bagi nuar rm 5 ribu macam 5 sen je...tu sebab waktu dia jadi menteri kewangan dulu negara hampir hampir tergadai kepada IMF...

sedarlah wahai pas-pkr...perjuangan anda sudah jauh terpesong....apa lagi untuk mengenal erti ikhlas...satu makam yang lebih tinggi dari makam syukur.

ingatkah dulu waktu aisyah bertanya nabi...kenapalah kamu bangun sembahyang malam sampai kaki jadi bengkak bengkak sedangkan Allah telah menjanjikan syurga buat mu ya rasulullah...maka jawab nabi...salahkah aku beribadat kepada Allah sebagai tanda syukur ku kepada Allah atas segala pemberianNya....???.

bukankah pembaziran itu disukai syaitan???dan bukankah orang yang suka membazir itu sahabat syaitan???