MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Okt 2008

Mufti Perlis: Jangan taksub mendewakan Anwar



Mufti Perlis: Jangan taksub mendewakan Anwar

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak terlalu taksub hingga dilihat seolah-olah memuja pemimpin itu.

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan penyokong Anwar membina replika setinggi 12.2 meter itu seolah-olah mereka terlalu mengagung-agungkannya.


"saya tak salahkan Anwar, bukan dia yang pasang gambar itu. Penyokong beliau itu jangan bertindak berlebih-lebihan kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam," katanya ketika dihubungi mStar Online.


Tambah beliau tindakan memasang replika tersebut perlu dihentikan segera kerana bimbang perkara itu akan menjadi satu amalan dalam masyarakat.


Dr. Mohd Asri berkata jika perkara tersebut dibiarkan masyarakat akan beranggapan ia sebagai sesuatu yang biasa.


"Kita tak mahu perkara ini jadi satu amalan dalam masyarakat. Sekarang gambar Anwar, lepas ini mungkin gambar pemimpin lain pula yang akan diagung-agungkan," katanya.


Beliau berkata, para penyokong seseorang pemimpin itu boleh memuji mengenai kepimpinan dan juga idealisme pemimpin mereka.


"Kita patut puji sumbangan pemimpin kita, bukan dengan cara memuja mereka," katanya.


Tegasnya umat Islam seharusnya menentang sebarang bentuk pembinaan patung dan mengelakkan sebarang unsur pemujaan.


"Mereka mungkin menidakkannya, tapi ia sebenarnya adalah unsur pemujaan melampau kerana jelas sekali tujuan mereka adalah untuk menyanjungi Anwar.


"Jadi replika itu perlu diturunkan segera dan ia merupakan satu pembaziran," katanya.


Ditanya bagaimana dengan tindakan meletakkan gambar pemimpin pada sepanduk atau poster, beliau berkata ia bergantung tujuannya.


"Kita perlu lihat pada tujuannya dahulu. Contohnya gambar pemimpin pada poster pilihan raya, ia bertujuan memperkenalkan pemimpin itu.


"Tapi kalau bina replika sebesar itu apa pula maksudnya?" katanya.


sumber- mstar.online

3 ulasan:

NORA berkata...

Assalamu'alaikum wrt. wbt..

Nampaknya hanya rakyat yang bising2 pasal issue replika ni. Tapi tuan punya badan, tak ada komen apa2 dan seolah bersetuju sahaja dengan replika yang tidak memberi apa2 manafaat kepada sesiapapun. Malahan boleh mendorong kepada kerosakan akidah andainya terdapat sebarang unsur pemujaan terhadapnya. Hmm, saya terfikir, itukan perkara terbaik yang dapat dilakukan oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari, dalam masa beberapa bulan ini. Bagaimana pula dengan aktiviti2 pengisian spiritual bagi anak2 muda disitu yang beragama Islam. Adakah sengaja mahu create issue sensasi untuk mengalih perhatian rakyat terhadap penipuan Anwar Ibrahim serta kes liwatnya? Adakah mereka sedar bahawa kawah pembohongan Anwar dan pakatan tidak dapat ditutup kerana makin melebar setaip hari, maka terpaksa mensensasikan issue2 demi publisiti murahan...

wallahu'alam.

Ahmad Zack berkata...

kalau tuan punya badan tu kita tahulah perangai dia macammana... tapi kenapa PAS takde cakap apa-apa..? Takut...?

wokyoh berkata...

pasal patung ni...teringat saya pada patung patung gemulah saddam husin di iraq.waktu dia berkuasa..orang puja...waktu dia jatuh..orang tumbangkan patung tu dan kencing pula atas muka patung tu.kalau askar US kencing tak apa...dah memang dasar mereka kencing merata dan tak basuh pula...tapi anak bangsa saddam sendiri yang buat....

jika menoleh kembali sejarah...patung berhala lembu samiri telah dipuja sampai berhantu.

nuar memang senyap dengan benda ni sebab sebenarnya dia suka dan memang dia mahu jadi yang terkenal dan terbaik dikalangan semua,mungkin mahu jadi lebih hebat dari ayah pin kerana pengikut ayah pin pun tak buat patung ayah pin...cuma replika kendi air je...cuma satu je nuar tak boleh lawan ayah pin...nuar tak boleh tubuh kerajaan lubang belakang lagi tapi ayah pin sudah jadi pemimpin dan wakil tuhan untuk kerajaan langit.

teringat juga saya pada gambar
( sama dengan patung???) tok guru
nik aziz dok merata serata alam sepanjang jalan di kelantan ...dengan tulisan kecik...TAHUN MELAWAT NEGERI KELANTAN...MPKB...
kalau dah tok guru biarkan saya gambar dia dipuja puja oleh rakyat kelantan sampai berhantu(tu sebab dia kata boleh berkawan dengan hantu)...inikan pula nuar yang jahil agama. PAS-pkr sama je....2 x 5.semua mereka berjuang untuk dunia dan nafsu besar mereka je...teringat pulak dialog datuk nikah kawin dalam musang berjanggut sewaktu beliau mengurat dan ingin menodai pompuan@puspa wangi....kalau tak silap berbunyi..."jangan bimbang ,undang-undang dalam ini negeri...ana yang bikin..."

wahai PAS dan pkr...ingatlah...bila perancangan dan janji tuhan terjadi...kamu semua akan hancur dan binasa.