George Soros menulis sesuatu sambil diperhatikan oleh Tian Chua, Ketua Penerangan PKR
Apakah jenis Pakatan yang ditunjangi oleh sebuah parti multi-rasial?
Mak Cik Musalmah Lebar yang selalu diunderestimate itu mengejutkan saya.
Kata Mak Cik Musalmah Lebar, "Kau cari The Wall Street Journal Asia yang baru."
"Fuh, Kak Sal baca AWSJ?"
Mak Cik Musalmah Lebar tersengih, "Beli daripada Kak Kumutha (bukan Kumutha Johor). Aku buat alas nasi lemak hari ni."
Saya pun mencari dan membaca, khusus tentang bagaimana 'orang itu' berjaya menundukkan sebuah parti Islam dan sebuah parti Cina, gam untuk melekatkannya ialah sekularisme. Betul, sekularisme (tak silap sebut pun):
“We took some years to cement this relationship because I don’t want it to be seen purely as a politically expedient exercise,” he says. “We base it on a clear reform agenda. So what we did instead of using labels — Islam, secularism, liberal — we spell out what we want. So in the agenda, for example, we believe in ‘democracy and freedom.’ By this we mean freedom of religion, or worship, freedom of expression, freedom of conscience. Which means all laws to the contrary will have to be rejected.”
Nah, perwakilan parti Islam sekalian; ini mungkin juga menjadi alasan yang baik untuk merombak undang-undang melihat orang cross over agama seperti mana cross over parti digalakkan, merombak undang-undang melihat IFC dihalalkan (saya menulis sebuah buku tentang ini: Tuhan Manusia), juga melihat nama Allah dikongsi (yang mana dalam konteks Malaysia dapat menimbulkan kekeliruan dan masalah), melihat undang-undang untuk membenarkan katakan 'apa sahaja' demi memenuhi 'freedom of religion, or worship, freedom of expression dan freedom of conscience. '
Oh tentang Iran, Pakatan yang ditunjangi oleh 'orang itu' kelihatannya berbangga mengenai hubungannya dengan Barat dan Amerika. Sehingga pada lapis lainnya, seolah-olah Iran diberi warning bahawa 'well I know about democracy, and you dont have any'.
Seperti yang kita semua tahu, dalam konteks berdepan dengan Barat dan Amerika yang memaksa kita menerima budaya mereka; hanya Iran dan sekutu tertentunya sahaja yang boleh diharap. Klik fail pdf ini untuk lebih memahami.
'He thinks political change in Malaysia could reverberate outside the country’s borders, setting a “crucial” example for the rest of the Muslim world. But is the rest of the Muslim world ready to hear his message? What about Iran?
“I respect Iran as a nation, with such a great civilization, with great potential,” Mr. Anwar says, evading the question with a grin. But “they know my views on democracy. They know my engagement with the West and with the Americans.”
Being pro-American isn’t popular in Malaysia, and Mr. Anwar is careful to stress his distance from Washington. “For example, the occupation of American forces in Iraq. I disagree, I totally disagree. But I don’t treat America as my enemy. And I believe that we would gain immensely by maintaining very good diplomatic and economic relations, trade relations, with America. But it doesn’t mean we must agree with them on many issues, or most issues.”
Oh juga, tok-tok guru tentu seronok dipimpin oleh tokoh yang dapat menjadi jambatan bukan? Jambatan yang dimaksudkan nampaknya ialah kepakaran menghafal lagu-lagu.
Mr. Anwar is unusually suited to bridge East-West divides. A Muslim, “though never typically very religious,” he chuckles, he is a good friend of Saudi Arabia and the U.S. alike — a man who memorized “hundreds of Elvis Presley, Paul Anka and Ricky Nelson tunes” in his youth, but also attended weekend religious classes and, in his 20s, founded the Muslim Youth Movement of Malaysia. He has never been afraid to argue that democracy and Islam are compatible forces — or to make that case to undemocratic Arab regimes.
Very nice, jambatan ini sudah dikultuskan menyamai Nabi dan Ummul Mukminin, jangan tak tahu!
Kata Mak Cik Musalmah Lebar, "Kalau alasan persekongkolan parti kau ini ialah untuk memerintah maka jemputlah masuk parti gabungan akak, memerintahlah puas-puas. Kalau alasan persekongkolan itu untuk menjaga Islam, bila kau baca apa yang dia cakap dalam majalah tu sudah menjadi alasan untuk menarik diri."
"Entahlah Kak Sal, nak buat macam mana. Orang yang diharapkan pun dah mengkultuskan dia."
Mak Cik Musalmah Lebar letak kampit beras depan muka pintu. "Kultus tu apa Zal, kaktus?"
Saya senyum pahit. Sangat pahit. Terima kasih Mak Cik Musalmah Lebar kerana berani muqabalah dengan saya untuk menyerahkan 'alas nasi lemak itu'.
Tetapi saya juga ingin mengingatkan Mak Cik Musalmah Lebar bahawa ditendang oleh Karpal keluar dari Pakatan tidak bermakna PAS akan berguling berpeluk bergomol penuh berahi dengan parti Mak Cik Musalmah Lebar. Kerana semua orang pun tahu jenis apa pula 'parti romlah' itu.
Tak percaya, lihatlah keratan akhbar ini (diambil dari sini)
(Sumber walayat Amerika, klik sini)
baca artikel asal di Faisal Tehrani
2 ulasan:
Haiyoooo... macamana orang Malaysia boleh nak berbaik dgn orang yang menyerang matawang kita??? Heyy.. PKR.. pergi jahanamm laa... Pengkhianat negara!!!
Yang ini lagi jahat ......Oiiiii
tengok sendiri video ini ..best
http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98
Catat Ulasan