MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Okt 2008

Mimpi Anwar jadi PM sudah berakhir ?



Mimpi Anwar jadi PM sudah berakhir ?


Oleh Cekka

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.”Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau merasakan matlamat untuk mengambil alih kerajaan tidak sesuai untuk dibincang pada ketika ini.

Tambahnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah mempersendakan rancangan pakatan pembangkang untuk melakukan proses peralihan kuasa secara aman dan mengikut saluran yang betul.

Sumber berita : mStar Online 23/10/08

—————————————————————————–

Apa sudah jadi DS Anwar?

Yang nyata.. penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sudah tentu kecewa dengan berita ini. Eloklah tu, lebih baik tumpu kepada kerja dari membuat ‘chaos’ dan huru-hara dalam negara. Cukuplah, pelabur asing pun sudah naik gerun dengan kenyataan Anwar mahu ambil-alih kerajaan.. lepas itu disalahkan pula kepada kerajaan kerana tak pandai urus ekonomi, padahal beliaulah yang jadi punca huru-hara.

Apa yang pasti, keputusan ini ada kaitan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja baru-baru ini..

Anwar dan DAP sudah mati punca untuk memainkan isu perkauman dan keadilan untuk semua kaum. Mahu cakap lebih-lebih lagi, kena ISA lah jawapnya. Keadaan sekarang cukup memihak kepada kerajaan, yang pasti.. Raja-Raja Melayu bersetuju ‘Kontrak Sosial’ jangan dijadikan isu.

Isu apa lagi yang tinggal? Yang tinggal hanya isu ‘kebobrokan’ DS Najib dan UMNO untuk diputarkan. Andaikata DS Najib berjaya mengurus soal ekonomi dengan baik, Anwar mati kutu.. yang tinggal, isu lama.. Mongolia, tapi itu cerita basi dan tidak sahih. Lama-kelamaan rakyat sudah boleh menilai siapa Anwar sekarang. Kuat berjanji, tapi habuk pun tarak.. Banyak cakap, tapi banyak putar belit..

Lebih baik jika Anwar mengajar rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk memperkemaskan pentadbiran dan memenuhi manifesto pilihanraya dinegeri-negeri jajahan mereka. Buatlah kebajikan kepada rakyat terlebih dahulu (seperti yang dijanjikan sebelum ini).. tunggu PRU 13 sajalah. Sempat ke? Dengar khabar.. kes mahkamah belum selesai lagi, agak-agak boleh lepaskah?

-ps- Dengar cerita, kawan Anwar (Gus Dur) masuk You Tube.. ‘dibaptiskan’ oleh paderi Kristian. Kata orang, nak kenal seseorang.. lihatlah dengan siapa kawan-kawannya. Harap-harapnya, Anwar tidak akan gadai agama dan negara semata-mata cita-cita politiknya.

sumber - cekka.wordpress.com

Artikel Cekka sebelum ini :

1. Dua sebab saya ragui Anwar - cekka

2. Rakyat Sabah, Sarawak kata Anwar bohong !!

3. Kenapa Yahudi-Amerika suka Anwar?

4. Raja-Raja Melayu bersuara, apa Anwar nak kata?

5. Jadi PM sebelum Hari Raya Haji..itu janji baru saya - Anwar

6. 916 : Kenapa Anwar bertukar nada?

7. Masa depan Islam dan PAS di tangan Anwar Ibrahim?

2 ulasan:

hilbert berkata...

Mimpi anwar unutk menjadi PM memang lama dah berlalu, tetapi kesan daripada mimpi dia itu maka timbullah angan-angan utk menjadi PM yg-ke6...dan angan-angan dia untuk kearah itu sentiasa segar, bohonglah jika dia kata nak lupakan saja impian dia itu. Dia takkan berhenti setakat itu saja, pasti dia akan mencari celah-celah yang cukup ruang untuk dia masuk mengambil kesempatan, misalnya ada sedikit kekangan disitulah nanti dia akan taburkan pengaruh dia, itupun kepada yang taksub sahaja. Jadi hati-hati lah dengan sebarang helah anwar ini kerna buat masa sekarang dia melihat peluang dia untuk mencapai hasrat untuk menjadi PM adalah semakin tertutup, maka dia buat alasan lain pula. Pasal ekonomi, tak payahlah dia nak sibuk-sibuk..kerajaan sekarang dah mampu menguruskannya.

MyIdea berkata...

Mungkin AP BN tak mahu melompat sebab DS Najib akan ambil alih pemerintahan..

Elok la tu Nuar, cukuplah bermimpi.. tumpukan kepada permatang pauh tu dulu..

Nampaknya penyokong Nuar diperbodohkan lagi..