MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Okt 2008

916 : Kenapa Anwar bertukar nada?


916 : Kenapa Anwar bertukar nada?


Oleh : Cekka

Selepas kemenangan besar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.. Anwar dengan lantangnya mengatakan kerajaan baru akan tertubuh pada 16 Sept, yang nyata.. tiada apa-apa yang berlaku. Kemudian tarikh baru diumumkan pada 23 Sept.. tetapi jawapannya masih sama, tiada apa yang berlaku.

Pada 24 Sept.. kita diberi tarikh baru lagi, iaitu pada 1 Oktober. Kali ini, tarikh tersebut dinyatakan oleh Tian Chua bukannya dari mulut Anwar sendiri. Malahan Tian Chua pula yang ditegur kerana membuat pernyataan tanpa merujuk kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Yang peliknya.. sebelum ini Tian Chua tidak pernah ditegur walaupun telah banyak kali telah membuat kenyataan media secara sendirian, saya maksudkan sebelum 23 Sept.. terutamanya dalam peristiwa memburu MP BN ke Taiwan.

Tian Chua juga merupakan orang kuat Anwar dalam melaksanakan kerja-kerja sampingan dan kerja-kerja disebaik tabir selain Saifudin Nasution. Malahan Tian Chua juga pernah mengamuk kepada Anwar kerana tidak mahu berjumpa dengan YDP Agung.


“Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara.”

Begitulah kenyataan Anwar kepada media.. disamping menyatakan ‘deadline’ bukan satu isu kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih pemerintahan.

Saya berpendapat.. Anwar mula menukar strategi agar tidak dilihat sebagai pemain utama dalam keadaan sekarang.. Memandangkan Pak Lah dan Syed Hamid Albar berulang-kali menyatakan Anwar penyebab utama kekacauan politik dan ancaman kepada ekonomi, maka Anwar tidak mahu mengambil risiko untuk ditahan dibawah ISA ataupun didakwa dibawah Akta Hasutan.

Penukaran strategi Anwar itu ada kena-mengena dengan kegagalan 16 Sept dan faktor kemerosotan populariti terhadap beliau sejak kebelakangan ini. Hal ini terbukti dengan bilangan kehadiran penyokong beliau di mahkamah pada 24 Sept baru-baru ini.. malahan tiada pun kelibat kepimpinan tertinggi parti komponen PR pada hari tersebut dan suara-suara tidak puas hati dari penyokongnya sendiri sudah mula dilemparkan terhadap dirinya.

Anwar nampaknya memilih jalan selamat agar perjuangan cita-cita peribadinya tidak tersangkut gara-gara amaran awal dari Pak Lah dan BN, dengan penahanan 2 orang proksi beliau baru-baru ini. Tian Chua yang dikenali sebagai seorang yang lurus dan ‘betul bendul’ ternyata mendedahkan kerja-kerja sebalik tabir Anwar.. dan penafian dibuat oleh Anwar kepada media agar beliau dilihat tidak lagi menjadi ancaman kepada BN.

sumber - cekka.wordpress.com

4 ulasan:

hilbert berkata...

anwar memang macam tu, tiada pendirian hidup. sekelip mata boleh berubah. tak jadi yang ni, tukar cara lain, tak jadi pulak, tukar lagi. dia langsung tiada semangat pejuang bangsa dan agama. hak-hak bangsa sendiri cuba dihapuskan sementara hak-hak kaum-kaum lain sentiasa cuba dipertahankan serta ditambah dan terus dikembangkan sehingga hak-hak kaum dia sendiri semakin terhakis.

Truth prevails berkata...

Anwar is a man with multiple personalities and is a schemer and a 1st class super-duper actor. His strategy to gain power and control was actually started back then when he was in ABIM...DRM risked his reputation and brought the Psycho in UMNO’s hierarchy much to the chagrin of his supporters...surely DRM can't predicted DASAI could bite the hands that led and fed him,could he? Is this the kind of person be trusted to lead the Nation?

Moreover,Anwar manipulates situation in order to gain pples' confidence and support especially the youngsters, who perhaps were in their teenager back in 1997-98 who do not know history and his tactics.But again,most are fully aware of his agenda-the only on his mind is to be the PM either by hook or crook....power crazy!! As I can see Anwar is just a GOOD ORATOR, nothing more than that...although he is a Charismatic leader but to me credibility, sincerity and integrity are crucial values especially in a leader since trustworthy leader will boost the spirit of nation,confidence and help in combat any obstacles..insyaAllah.

BTW a charismatic person doesn't always mean a person who is telling the truth and trustworthy and if you notice his words are always so bombastic,boastful and profound that pple(his fans) labelled him as a genius..lolz!

Thus,say NO to this maggot 4eva and eva.

taipingmali berkata...

setuju sangat. karektor dia boleh berubah dalam sekelip mata. macam 'terminator'

Lihat 10 tahun masa dia kena pecat. bagaimana tutur kata dia menghentam kerajaan. Seolah2 dia tak pernah menjadi menteri. sedangkan apa yang dikutuknya seperti meludah ke langit

Tanpa Nama berkata...

mana ada 31 ahli parlimen? kalau betul anwar ada, dah lama dah dia akan serang putrajaya dan usir pak lah....

perkara pokoknya anwar ingin alihkan pandangan pemimpin DAP + PAS yang dah mula bergaduh sesama sendiri... tengoklah apa jadi pada PR Sgor? Baru baru ini EXCO Sgor dari PAS, Yb Iskandar persoal tindakan Ronnie gantung Timb YDP MPAJ kes pecah kuil sebab kata Iskandar mana ada msyt EXCO???

Anwar juga "jual" dongeng 916 sebab nak alihkan isu liwat Saiful..

Wake Up Malaysians..!!!!