Dalam Malaysiakini, ada dilaporkan bahawa Raja-Raja Melayu telah berunding dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 125 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Berikutan dengan perjumpaan tersebut, satu kenyataan media khas telah telah dikeluarkan. Baca kenyataan penuh di sini..
Antara intipati kenyataan media khas Raja-Raja Melayu :-
1) “Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.”
Ampun Tuanku.. apa kata YB Anwar dan YB Teresa Kok? apakah mereka ini tidak akan terasa hati dengan titah Tuanku nanti? Yang mereka sibuk-sibuk kata Melayu ini rasis apa halnya pulak? Raja-Raja Melayu sudah memberi jaminan bahawa kaum-kaum lain TIDAK DIPINGGIRKAN.
2) “Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.”
“Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.”
Ampun Tuanku.. pada siapa Tuanku ajukan kenyataan tersebut? Setahu patik, parti DAP sememangnya tidak puas hati sejak dahulu lagi kerana konsep Malaysian Malaysia tidak diterima, dan ini disuarakan dengan lantang pula oleh YB Teresa dan YB Tan Lian Hoe. Malangnya, Majlis Peguam juga cuba menjadi juara dalam undang-undang dan diiktiraf oleh DS Anwar Ibrahim.. dan sesetengah YB Pas mengangguk setuju walaupun YB Zulkifli mahu dikenakan tindakan displin kerana membantah forum tersebut.
3) “Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.
“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
Ampun Tuanku.. adakah Tuanku bermaksud Anwar, Teresa Kok dan lain-lain penyokong fanatik Pakatan Rakyat itu bodoh-bodoh belaka? Tetapi patik musykil Tuanku.., kerana mereka-mereka ini mengatakan UMNO telah memanipulasikan fakta-fakta sejarah? Adakah UMNO juga telah menipu Raja-Raja Melayu dan orang Melayu sejak dahulu lagi? Masakan YB-YB Pakatan Rakyat boleh bodoh, mereka ini golongan terpelajar dari ‘oversea’ dan ramai kawan di Amerika, Turki, Dubai dan Indonesia.. Anwar kata rakyat kena lawan kerajaan dengan buat rusuhan dan demonstrasi, kalau takut.. usah bicara pasal perjuangan. Apakah Tuanku bermaksud Pilihanraya Umum itu tidak sah dan membuang masa sahaja?
4) “Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai ‘Social Contract’.
‘Social Contract’ ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan ‘Social Contract’ tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
Ampun Tuanku.. YB-YB Pakatan Rakyat mengatakan ‘Social Contract’ ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman, malahan mereka juga mencadangkan agar Artikel 153 dirombak semula.. malahan YB Permatang Pauh juga bersetuju dan tidak membantah kata-kata mereka. Bukankah ini bertentangan dengan kenyataan Tuanku?
Apakah Tuanku bermaksud kaum-kaum lain selain kaum Melayu boleh cari makan dan mengumpulkan harta sebebas mungkin dinegara Malaysia selama ini? Apakah Tuanku bermaksud orang-orang bukan Islam bebas menganuti agama masing-masing tanpa sekatan? Tetapi kenapakah mereka kata hak-hak mencari rezeki dan beragama telah dinafikan dan disekat?
Perlukah patik berjumpa dengan YB Teresa Kok dan Bar Council untuk menyampaikan pesanan Tuanku ini?
5) “Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.
Ampun Tuanku.. parti Pakatan Rakyatkah yang membawa bersama Raja-Raja berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu? Kenapakah YB-YB Pakatan Rakyat berkata UMNO telah menipu rakyat tentang fakta kemerdekaan? Mereka mendakwa Parti Komunis juga berjuang untuk kemerdekaan negara, adakah ini benar Tuanku?
Ampun sekali lagi Tuanku.. apakah tindakan Anwar cuba menjadi PM Malaysia dengan main lompat-lompat tanpa pilihanraya umum mendapat perkenan Tuanku? Apakah Tuanku sudah memberi perkenan kepada Anwar untuk memberi tarikh 16 Sept, 1 Okt dan 31 Dis untuk beliau menjadi PM? Apakah Tuanku sudah memberi ‘lampu hijau’ secara berahsia atau melalui isyarat ‘kenyit mata’ agar Anwar dilantik sebagai PM? Patik musykil Tuanku, kerana YB-YB Pas sudah yakin dan mendakwa sudah mendapat persetujuan Istana.. mereka-mereka ini lebai, masakan mereka mahu bercakap bohong?
6) “Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok”.
Ampun Tuanku.. YB-YB Pas kata UMNO ini parti kafir dan sekular, kerana itulah jamuan makan UMNO tidak boleh dihadiri kerana haiwan sembelihan mereka tidak sah dan juga melalui sumber rasuah. YB-YB Pas juga mendakwa hanya mereka Melayu-Islam yang sejati. Orang lain tidak pandai sembahyang, berzikir dan berbuat baik kerana tidak selari dengan Islam acuan Pas. Mereka rela bekerjasama dengan syaitan dari UMNO, kerana UMNO akan masuk neraka dan mereka akan masuk syurga kerana pangkah PAS. Mereka juga kata Majlis Ulama dalam UMNO tidak relevan, hanya mereka sahaja yang berhak memperjuangkan Islam.
Apakah Allah memandang parti atau ketakwaan peribadi untuk diletakkan dalam timbangan di akhirat, Tuanku? YB-YB Pas juga pandai ‘makan komisen’, tebang balak untuk dijual, memohon tanah-tanah anugerah kerajaan untuk harta peribadi dan ada sikit kroni-kroni.. apakah mereka ini ‘maksum’, Tuanku?
7) “Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.”
“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”
Ampun Tuanku.. patik tak puas hati lagi. YB PR kata Artikel 153 telah menghakis hak-hak mereka, mereka telah dinafikan untuk mencari rezeki.. dinafikan menganut agama masing-masing.. dinafikan mengumpul harta.. dinafikan kebebasan mengamalkan budaya nenek-moyang.. dan lain-lain, sehingga mereka mengatakan kerajaan membuat dasar kepupusan etnik mereka secara terancang. Ada pula YB PR yang beroleh keistimewaan dari artikel tersebut sudah bosan dan bersetuju artikel tersebut dirombak.
(Termenung) Ooo.. fahamlah patik Tuanku..
Rupa-rupanya Pakatan Rakyat tidak berjuang untuk mengekalkan prinsip dan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka sudah ‘open-minded’ dan moden, kerana itulah Artikel 153 sudah dianggap lapok dan ketinggalan zaman. Fahamlah patik kenapa mereka suka mencaci-maki kerajaan kerana mereka sudah ‘advance’ dan orang lain itu bodoh dan tidak betul. Hanya mereka yang pandai berfikir dan betul belaka..
Fahamlah patik.. rupa-rupanya kaum Cina dan India sebenarnya telah memperolehi kebebasan sewajarnya untuk bersama-sama menjadi warga Malaysia, apa yang diperlukan ialah sedikit hormat, kesabaran, pengorbanan dan toleransi kepada kaum Melayu kerana Melayu agak ketinggalan dalam serba-serbi bidang hasil dari penjajahan British dahulu. Mereka boleh memperjuangkan nasib kaum masing-masing mengikut saluran masing-masing dengan berhemah dan patuh kepada perlembagaan dan peraturan.
Fahamlah patik Tuanku.. Melayu harus bersatu-padu dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira ideologi politik dan mahu menunjuk pandai berhujah isu agama. Melayu yang kaya harus menolong Melayu yang miskin, Melayu yang bodoh wajib menimba ilmu sedaya yang boleh.. Melayu juga patut menghormati perasaan kaum-kaum lain kerana mereka juga rakyat Malaysia. Melayu juga jangan lalai dengan Islam sebagai panduan hidup.
Fahamlah patik kenapa 5 pemimpin tertinggi Pas dipanggil dalam mesyuarat PR. Rupa-rupanya mereka cuma mengemas-kinikan carta organisasi dan memperkemaskan dasar parti (yang sebelum ini berterabur dan kelam-kabut), bukannya mahu mengambil-alih kerajaan.. Rupa-rupanya segala strategi dan propaganda, lompat-melompat, usul tidak percaya dan tarikh-tarikh yang ‘gempak’ dan ‘jom-heboh’ tidak membawa makna apa-apa jika tiada perkenan YDP Agung Malaysia.
Fahamlah patik.. YDP Agung hanya mahu menerima nasihat dari PM yang dilantik secara sah melalui Pilihanraya Umum sahaja !!
sumber - Cekka
7 ulasan:
Kenapa suka sangat ambil pengaruh budaya asing dalam berpolitik dan bersosial yang tidak sesuai dengan budaya kita. Melayu pun ada ilmu politi dan sosialnya sendiri.Kalau ada yang pandai ambil demokrasi ala Amerika bawa ke sini, tidak mustahil 'demokrasi ala Taliban' dan pengebom berani mati pun boleh juga bawa ke sini...
Ini membuktikan yang Agung sendiri tak akan bagi pengawal Istana buka gate untuk Anwar dan sekutu masuk. Macam mana dia nak mintak tukar kerajaan. Nampak sekali penyokong beliau di bodohkan sekali lagi. Dari 100 ayat keluar dari mulut Anwar, 10 saja yang betul.
Kesian Agas...
mana ada yang betul dia cakap...100 DSAI cakap..100 DSAI tipu..bini dia azizah pn xtertahan asyik kna kencing dgn laki dia yg gila tu..
Amboi Che moq oi... hang teruk dari aku nooo. Apapun.... Anwar dah mula rasa sumpah Saiful . Tak lama lagi mati pucuk la dia...entah entah nak kencing pun kena kencing kat belakang
Kalau mati pucuk ada hikmahnya tu...xbole nak main punkoq dah...tu tanda Allah sayangkan umatNya....
Azizah bini dia suh arr DIY!!
hahahaha!!! lucah ar ko CKT. btol la KEDAHAN.. kalo 1000 anwar cakap 0.00000000000 pun tak ley pakai..
hahaha! tgk. betapa precise angka yg aku bg tu. nak senang cakap, sekelumit kuman pun tak ley pakai.
pirah anwar!!!
wow CKT....cayalah!
I bet, Wan Azizah memang dah lama dah DIY tuh muahhahahha....maklumlah hubby prefer masuk ikut back door!!! Muahahhahaha....
Catat Ulasan