MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Nov 2009

Kenapa Dr Aziz Bari tidak desak Anwar berundur Ketua PR ?

Oleh NTanwar, AIDCclub

Begitu marah sekali Dr Aziz Bari dengan Hadi Awang. Pedas kata-katanya. Hadi lemah. Hilang stim. Tiada aura kepimpinan. Berbanding dengan Anwar, kata Dr Aziz Bari, walaupun Anwar tidak pernah hadir dalam penamaan calon pilihanraya kecil, namun terdapat 'aura kehadirannya, walaupun tuannya tidak wujud! Tetapi Hadi, kata Dr Aziz, walaupun tuannya wujud, tetapi kehadirannya tidak dirasai. Hadi, hadir dan tak hadir sama saja, sinis Dr Aziz Bari lagi.

Dr Aziz Bari mengambil contoh Bagan Pinang. Ketua Pemuda PAS (pro Hadi), ajak berlengan (berperang)!. Inikah contoh pemimpin politik alaf baru ? , soal Dr Aziz lagi. PAS sekarang kehilangan pemimpin berideologi, sebab itu mereka ajak berlengan. Ahli-ahli PAS hanya jadi tukang pasang khemah, tetapi tiada ideologi, begitulah pedas kata-kata Dr Aziz Bari kepada malaysiakini.

MSO merumuskan, Dr Aziz bari sengaja semua kritikan-kritikan itu sebelum menjelang seminar politik PAS. Motifnya satu untuk mendesak Hadi berundur sebagai Presiden PAS. Tujuan dihamburkan kata-kata pedas itu kerana dibimbangi, tidak terkeluar kata-kata itu dalam seminar politik hari ini, kerana masa yang diperuntukkan kepadanya hanya 20 minit sahaja.

Motif Dr Aziz amat jelas, menjadi penyambung lidah kepada bekas gurunya, Anwar Ibrahim, balas dendam kepada Presiden PAS yang membantutkan cita-cita Anwar menjadi orang paling berkuasa di Malaysia. Itulah rumusan MSO.

Silap PAS sebelum ini terlalu mendewakan Dr Aziz Bari hingga menggelarkannya sebagai 'pakar undang-undang', hinggakan diberi muka utama dalam harakah untuk dipuja kepada ahli-ahli PAS. Apabila harakah sudah tidak beri ruang, Dr Aziz berpindah pula kepada Malaysiakini yang sememangnya satu fikrah dengan Dr Aziz iaitu mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sama rata, sama rasa, belakang depan sama saja!

Titik persamaan Anwar, Dr Aziz dan Malaysiakini adalah kedaulatan undang-undang sekular. Mereka bertuhankan ideologi sekularisme yang dibantu oleh dana-dana Nasrani/Yahudi. Di belakang Malaysiakini adalah dana Open Soros Intitute (OSI) kepunyaan George Soros. Soros juga berada di belakang Anwar Ataturk. Juga di belakang Dr Aziz Bari.

Lihat siapa sponsor buku-buku 'undang-undang' Dr Aziz Bari ? Penerbitnya adalah IKD (Institut Kajian Dasar). Milik siapa IKD ? IKD adalah milik Anwar Ataturk. Dari mana IKD dapat duit ? IKD disponsor oleh yayasan Kristian Jerman bernama KAF (Konrad Adenuear Foundation). Siapa pula sponsor KAF ? KAF disponsor oleh George Soros dan AJC (American Jewish Committeee).

Nampak tak tali temali perkaitan konspirasi menjatuhkan Hadi Awang, sebagai Presiden Parti Islam itu yang dianggap sebagai penghalang besar cita-cita Anwar untuk memperkasakan 'sekularisme' tajaan Yahudi di Malaysia.

Banyak kali Hadi menghalang cita-cita rakus Anwar, termasuk paling besar tidak bersetuju dengan cita-cita Anwar menubuhkan kerajaan 'pintu belakang' pada 16 September tahun lalu.

Ketika ditanya wartawan apakah dia (Hadi) akan menjadi PM pada 16 September ini (2008), Hadi menjawab, "Saya tak mahu jadi PM 'angan-angan Mat Jenin'...tau Mat Jenin ? Belum dapat buah kelapa, sudah bercita-cita jadi raja, akhirnya terjatuh dan mati sendiri.."

Siapa lebih realistik dalam berpolitik, Anwar Ataturk atau Hadi Awang ? Ternyata hadi lebih realistik dan beliau tidak akan berkompromi dengan cita-cita yang dipenuhi dengan nafsu serakah serta fantasi yang tidak berpijak di bumi nyata aka pembohong!

Tetapi politik Anwar Ataturk boleh melepasi sempadan halal/haram. Politik menghalalkan cara. Boleh menipu, berbohong, memperdaya, melakukan perkara-perkara di luar tabie, gadai agama, bangsa hatta negara, asalkan matlamatnya untuk menjadi PM tercapai. Sebab itu bagi Anwar, depan belakang sama saja! Sama rata, sama rasa!

Kenapa Dr Aziz tidak desak Anwar berundur ?

Dalam memperkatakan kegagalan Hadi, Dr Aziz kata, dalam politik simple saja, kalau sudah gagal mesti out!

Tetapi kenapa Dr Aziz tidak desak Anwar out, bila gagal mengotakan janji menubuhkan kerajaan pintu belakang, 16 September ?

Bila sudah gagal mesti out, itu teori Dr Aziz Bari. Tetapi kenapa hingga ke hari ini
Anwar masih menjadi ketua PR ? Kenapa tidak out ?

Antara Hadi dan Anwar siapa lebih liabiliti kepada PR ?

1. Anwar adalah ketua PR. Hadi hanya satu satu kompenan di bawah Anwar. Anwar (tanpa berunding dengan Hadi) telah mencanang cita-cita menjadi PM dan menubuhkan kerajaan pada 16 September, tetapi hingga ke hari ini janji itu tidak dapat dikotakan

2. Anwar pro Amerika Syarikat dan Yahudi. Hadi anti Amerika Syarikat dan Yahudi. Anwar berkawan baik dengan tokoh-tokoh Yahudi Amerika Syarikat, termasuk Al Gore, Madeline Albright, Martin Indyk, Paul Wolfowitz, Carl Gershman dan lain-lain. Hadi tidak kenal semua tokoh-tokoh itu, malah tidak mahu diperalat pun oleh tokoh-tokoh Yahudi itu. Hadi hanya berkawan dengan Ahmadinejab, Dr Yussof Qardawi dan semua tokoh-tokoh Islam yang anti Israel.

3. Anwar ada kes liwat. Terbaru masih dibicarakan di mahkamah meliwat pekerjanya sendiri, Saiful Bukhri Azlan. Sebelum ini pernah dijatuhi bersalah di mahkamah kerana meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar. Betul-betul perangai bapa haruan makan anak sendiri. Tetapi Hadi tidak ada amalan terkutuk itu. Hadi tahu halal/haram. Mengutuk perbuatan liwat kerana diharamkan agama dan peliwat tidak boleh jadi pemimpin, apatah lagi mahu menawarkan diri menjadi PM!

Berdasarkan tiga kesimpulan di atas, siapa lebih liabiliti kepada negara ? Kenapa Dr Aziz Bari hanya desak Hadi berundur, kenapa Dr Aziz Bari yang kononnya amat pakar undang-undang tidak desak Anwar berundur ?

Sejak itu, MSO secara berkias mengatakan PAS lebih mendengar kata-kata orang luar berbanding dengan kata-kata ahli-ahli sendiri.

Siapa Dr Aziz Bari ? Penasihat umum PAS ?

Selagi PAS 'berketuakan' Anwar, selagi itu PAS akan kucar-kacir. Memang menjadi tabiat Yahudi, tidak akan senang melihat Parti Islam harmoni, mereka akan lakukan apa sahaja untuk melemahkan Parti Islam, termasuk menggunakan Nik Aziz yang berjubah dan berserban!

sumber - NTanwar


Tiada ulasan: