MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Nov 2009

Aziz Bari : PAS mendengar pandangan luar daripada ahli sendiri ?


Oleh MSO

ESOK Abdul Aziz Bari akan diberi masa bercakap selama 20 minit dalam seminar politik Pas di Taman Melewar. Ada orang beranggapan kesediaan Pas memanggil Aziz Bari menandakan Pas terbuka dan kesediaan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendengar apa juga pandangan termasuk pandangan luar. Kalau hendak diikutkan amalan parti politik, jarang orang yang mengkritik presiden dipanggil untuk memberi pandangan di dalam parti yang dipimpinnya.

Bloger profesional, Norizan Sharif menyifatkan apa yang dilakukan Abdul Hadi itu sesuatu yang positif. (Sila baca ulasannya). Beliau juga berharap semoga pemimpin Pas yang lain dapat mencontohi pendekatan Abdul Hadi.

Sikap positif itu tidak berlaku dalam parti lain. Mungkin Pas yang kini sedang mengorak langkah ke arus global ingin membuat beberapa banyak perubahan dan pembaharuan, tajdid. Kesediaan memanggil kritikus politik itu juga sebahagian tanda-tanda keberanian Pas.

Apakah esok Aziz Bari akan terus mengkritik Abdul Hadi di samping memberi pandangan-pandangan bernas sebagai seorang sarjana? Nampakanya Aziz tidak akan apolegtik apa yang berlaku. Hari ini pun menerusi sebuah portal berita beliau terus membelasah dan memberi pandangan negatif terhadap Abdul Hadi.

Mungkin itu bekalan beliau yang sudah dirancang demikian rupa. Kerana beliau tahu dalam tempoh 20 minit apa yang boleh diungkapkan, maka Aziz kena beri ucapan muqadimah awal menerusi portal berita berkenaan. Para ahli seminar boleh menghayati ataupun menyelami maknikam Aziz itu.

Bagi saya, saya sudah nampak apa yang terpendam di dalam hati dan jiwa Aziz Bari. Gambaran ini bukan jelas dengan membaca tulisan, pandangan, dan kenyataan beliau tetapi menerusi intraksi dengannya secara langsung. Sekurang-kurang dua kali saya bersemuka dengannya dan membincang perkembangan dalam Pas. Daripada hasil percakapan itu saya dapat menjangka apa yang Aziz inginkan.

Bila beliau kritik Pas dengan mengatakan Pas perlu rubah kepimpinan, ini bermakna beliau mahukan Pas membuang Abdul Hadi Awang. Pada pandangan Aziz Abdul Hadi dan beberapa lagi telah menjadi liabiliti kepada Pas. Baginya kalau orang ini disimpan ia menyebabkan cita-cita besar Pas dan rakannya dalam Pakatan Rakyat akan gagal. Lebih mustahak lagi orang ini boleh membantutkan impian bekas gurunya, Anwar Ibrahim.

Aziz bernasib baik. Pandangan beliau itu disambut dan diterima oleh sebahagian yang lain. Paling bertuah ialah cadangan Aziz itu diterima oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz. Dalam gumpulan kita dengan Pas apabila pandangan kita boleh diterima Nik Aziz, apa yang hendak dicari lagi. Untuk menguasai Pas haru mendapat 'keredhaan' Nik Aziz.

Kenapa saya ekstrem begitu, kerana seminar esok adalah bertitik tolak daripada pandangan Aziz yang diterima oleh Nik Aziz yang dicampak menerusi tulisannya, bukan satu proposal khas, hanya tulisan saja. Walhal apa yang dilakukan Pas itu tidak mungkin berlaku dalam parti lain. Dr Mahathir Mohamad juga sedia menerima pandangan orang luar dan kritikan ke atasnya.

Tetapi Dr Mahathir tidak sampai mengarahkan parti supaya mengadakan EGM untuk membincang pandangan dari luar. Bagi Dr Mahathir betapa terror pandangan luar tetapi pandangan ahli lebih aula untuk didengari. Di sini ada perbezaan besar antara Dr Mahathir sebagai ahli politik dengan Nik Aziz sebagai ahli politik.

Kerana dapat menduga apa yang diingini oleh Aziz itu, maka dalam masa 20 minit esok saya berharap dia akan memberi pandangan-pandangan yang terpendam di dasar hatinya. Dia jangan berteka teki atau merasa malu menyatakan apa yang yang menyongsong dalam dirinya. Harapnya dia dapat berdiri sebagai seorang sarjana yang akan dihormati semua kaum dan mazhab dalam Pas.

Apa yang saya maksudnya besok, Aziz boleh mengajar Pas dalam memilih pemimpin Pas. Aziz perlu menunjukkan siapakah tokoh Pas masa kini yang layak memimpin Pas untuk menggantikan Abdul Hadi. Kita berharap beliau akan sebut secara terang-terangan dan usah berkias. Kalau kita boleh menghalau orang keluar kenapa kita segan untuk memanggil masuk orang lain?

Adalah tidak adil dan boleh mengelirukan ahli Pas kalau Aziz tidak menyebut pengganti yang layak mengganti Abdul Hadi itu. Aziz tidak perlu bimbang dengan cadangannya itu. Kalau ianya baik, sesuai dan bakal memberi kebaikan kepada Pas, cadangan itu harus dipertimbangkan. Saya rasa Abdul Hadi sendiri tidak boleh berkeras mempertahankan kedudukannya kalau tokoh itu jauh lebih baik darinya. Yang pentingnya ahli Pas boleh bandingkan antara calon Aziz dengan Abdul Hadi.

Saya tidak akan menyebut nama tokoh yang menjadi kesukaan Aziz itu sebelum beliau terlebih dahulu menyebutnya. 'Konspirasi' ini biarlah saya simpah dulu. Selamat berseminar kepada akhi-akhi dalam Pas.

sumber - mso


Tiada ulasan: