Oleh Pisau, AIDlub
Tahukah anda ada cerita disebalik penangkapan Dr Asri yang langsung tidak dapat dihidu oleh blog dan massa.
Kesemuanya terikut dengan rentak permainan skrip yang dimainkan oleh penulis skrip tersohor pembohong besar Anwar Ibrahim.
Pisau tidak mengulas langsung sebelum ini tentang isu penangkapan Dr Asri kerana ingin melihat sejauh mana skrip pembohongan besar ini dapat memperdayakan masyarakat dan umat islam seluruh negara.
Kenapa Dr Asri ditangkap,pelbagai andaian kononnya kem Dr Hassan Ali yang mengarahkan agar tangkapan dibuat, ada juga andaian semberono menyatakan UBN terlibat. Namun mereka atau anda sendiri terlupa atau terlepas pandang dari satu lagi sudut ada seorang pendajal politik sanggup membuat apa saja demi menghalalkan cara.
Ya,maklumat dari dalam,masih segar dan terkini Pisau terima, Anwar Ibrahim terlibat dalam konspirasi penangkapan Dr Asri. Sesumpah Anwar berahi mengarahkan beberapa pemimpin pakatan haprak agar mengadakan pertemuan bersama Dr Asri untuk menganjurkan ceramah ,selepas dipersetujui Dr Asri dijemput untuk memberikan ceramah.Turut berada di ceramah tersebut ialah Ahli Parlimen Ampang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib.
Kenapa beliau ditangkap? kenapa begitu ramai anggota JAIS datang menyerbu ditempat kejadian bersama anggota polis,sedangkan mereka jelas batang tubuh yang dikatakan tidak mempunyai tauliah adalah seorang bekas mufti .
Beliau sememang boleh berucap dimana mana saja kerana sudah diperakui malah mempunyai slot rancangan sendiri di TV dan Utusan. Kononnya ada fitnah yang dimainkan oleh persatuan peguam syarie menyatakan Dr Asri menolak Sunnah Wal Jamaah.Ada yang menyatakan proksi PAS terlibat kerana tidak bersetuju tentang pelantikan Dr Asri di YADIM.
Anwar Ibrahim menggunakan isu tangkapan Dr Asri hanyalah semata mata untuk mengdiversikan tentang isu perbicaraan kes liwat saiful. Skrip pembohongan ini hanyalah untuk menarik simpati agar kerajaan UBN dilihat terlibat dan berlaku kejam,kerana ketika itu terdapat beberapa pemimpin pakatan haprak bersama Dr Asri,ini bertujuan agar dapat menagih simpati rakyat untuk turun memberi sokongan kepada Anwar kerana beliaulah akan keluar menjadi hero untuk mempertahankan Dr Asri.
Seorang pegawai JAIS telah memberi maklumat ini,beliau menceritakan segalanya ini adalah permainan Anwar Ibrahim,dan pegawai ini terlibat secara langsung untuk memainkan isu penangkapan agar PAS berbalah sesama sendiri dan Anwar akan keluar menjadi pendamai keatas kedua belah pihak .Dan dalam masa yang sama turut menghancurkan imej pesuruhanjaya pas selangor dr hassan ali.
Plot permainan konspirasi kotor ini dilihat agak lemah dan amat jelas pembohongan ini begitu sukar untuk mengaitkan Umno dan BN terlibat,kerana hubungan kerajaan dan Umno terhadap Dr Asri amat baik.Untuk mengaitkan isu ini terhadap Hassan Ali juga agak lemah,kerana Hassan Ali tidak akan sama sekali membuat tindakan yang bodoh untuk menangkap Dr Asri kerana jika dilihat dari sudut politik cukup ramai yang tidak mempunyai tauliah berucap diatas pentas dimajlis agama.
Pisau kata " aku nantikan pertemuan bersama pegawai JAIS yang terlibat"
sumber - pisau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan