Krisis kepimpinan dalam PKR sehingga beberapa pemimpin serta wakil rakyat bertindak keluar parti dan memilih jadi wakil rakyat Bebas kebelakangan ini, jelas membuat Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang duduk.
Walaupun sebelum ini ada pemimpin tertinggi PKR cuba menafikan hakikat parti itu sedang berdepan krisis dalaman, Anwar pada Selasa akhirnya mengakui kelemahan serta kesilapan memilih calon wakil rakyat pada pilihan raya umum lalu hingga tercetus krisis tersebut.
Ketua Pembangkang itu memberi alasan bahawa parti itu masih baru dan kurang keupayaan ketika menentukan calon wakil rakyat serta pemimpin PKR sebelum ini.
Dengan apa yang sudah berlaku di Kedah, Perak dan Selangor membabitkan beberapa wakil rakyat PKR keluar pari, jadi Bebas dan menyokong Barisan Nasional, Anwar seperti kecewa dengan keadaan itu.
Justru itu, bagi mengelak ramai lagi wakil rakyat PKR keluar parti, Anwar mula menjanjikan ketegasan tidak akan mengekalkan wakil rakyat sama ada di Dewan Undangan Negeri mahupun di kerusi Parlimen, jika mutu perkhidmatan mereka tidak memuaskan.
“Dengan pengalaman yang berlaku, saya beri amaran pada ADUN mahupun MP, jika bermasalah dan kurang prestasi, mereka tak akan dipertahankan (sebagai calon pilihanraya akan datang),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, petang Selasa.
Beliau tidak mahu apa disifatkan wakil rakyat PKR ‘diambil orang’ seperti di Perak, Kedah dan Selangor berulang.
“Saya terima (kegagalan) dan akan baiki,” kata Anwar.
Katanya, soal pemilihan calon pada masa depan akan diperketatkan bagi mengelak mereka letak jawatan atau keluar parti setelah menang pilihanraya.
Mengulas tindakan keluar parti oleh Badrul Hisham Abdullah, beliau mengakui ADUN Pelabuhan Klang itu memang berdepan masalah peribadi yang gagal diatasi walaupun PKR sudah berusaha membantunya.
“Saya sendiri pernah panggil Badrul enam atau tujuh bulan lalu selepas dapat laporan daripada Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), soal perbelanjaan tak ikut peraturan dan tidak hadir program,” katanya.
Menurut Anwar, pertemuannya dengan wakil rakyat itu mendapati, masalah sebenar Badrul adalah masalah peribadinya.
“Saya nasihat beliau dan cuba selesaikan cara baik dan MB beri amaran minta beliau baiki preatasi,” katanya sambil menyatakan tidak hairan langkah BN mahu membantu Badrul setelah jadi wakil rakyat Bebas.
Anwar bagaimanapun tidak mahu menjawab soalan media mengenai dakwaan Badrul bahawa tindak tanduknya yang tidak mahu menjelaskan soal moralnya dan Khalid antara punca beliau keluar parti.
Selain Badrul wakil rakyat PKR yang sudah keluar parti itu dan menyokong BN adalah ADUN Behrang, Jamaluddin Radzi, Adun Cangkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Lunas yang juga Exco Kedah, Mohd Radzi Salleh.
ADUN BN Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar parti dan sertai PKR turut berpatah semula tidak sampai sebulanmenyertai PKR.
Dalam masa sama, Anwar juga berdepan masalah pemimpin yang mengambil tindakan serupa termasuk Naib Presiden Datuk Jeffrey Kitingan malah ada cerita kononnya Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim juga sudah keluar parti.
Dengan rekod yang tercalar ini, Anwar pastinya tidak mahu lagi ‘tangkap muat’ untuk memilih calon-calon parti itu dalam pilihanraya umum akan datang.
Namun mengambil kira PKR yang dianggap sesetengah pihak sebagai parti AAA (Anwar,Azizah dan Azmin), tidak mustahil Anwar akan memilih rakan-rakan yang rapat dengannya sebagai calon kerana beliau perlukan ‘kemenangan besar’ bersama DAP dan PAS bagi merealisasikan impian 16 Sept yang gagal sebelum ini.
sumber - agendadaily
2 ulasan:
penyokong2 PANDAI PKR yg telah mengundi dan melantik wakil2 rakyat yang tangkap muat.
Ini menunjukkan betapa mental penyokong2 PKR yg buta tuli memilih calon yg anwar sendiri mengaku tangkap muat.
Kau org undi Wakil rakyat ape nie penyokong2 PKR?
tolong sesapa yg pkr tuh jawab kat sini
penyokong2 PANDAI PKR yg telah mengundi dan melantik wakil2 rakyat yang tangkap muat.
Ini menunjukkan betapa mental penyokong2 PKR yg buta tuli memilih calon yg anwar sendiri mengaku tangkap muat.
Kau org undi Wakil rakyat ape nie penyokong2 PKR?
tolong sesapa yg pkr tuh jawab kat sini
Catat Ulasan