MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Nov 2009

Siapa Khalid Samad Mahu Mengajar Agama?

Memang sewajarnya Jabatan Agma Islam Selangor (JAIS) menarik balik tauliah mengajar agama kepada Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad.

Selain tidak mempunyai pendidikan formal dalam pengajian Islam, Khalid Samad turut membuat beberapa kenyataan yang bertentangan dengan pandangan majoriti pihak berkuasa agama Islam di negara ini dan juga Selangor.

Pada peringkat awal lagi kita tertanya-tanya bagaimanakah wakil rakyat Islam dari Pas yang menyokong kehendak mubaligh Kristian untuk menggunakan perkataan Allah sebagai ganti God dalam Bible bahasa Melayu diberi tauliah mengajar agama di Selangor.

Selama ini puak mubaligh Kristian menggantikan perkataan God dengan Tuhan. Namun sejak sebelum pilihan raya lalu kerana di sokong oleh Pakatan maka mereka mula memperjuangan penggunaan perkataan Allah bagi mengganti God dalam Bible.

Yang mengejutkan Khalid Samad selepas menang dalam pilihan raya lalu, telah berucap dalam Gereja di Shah Alam menyokong tuntutan ini.

Baru-baru ini juga Khalid Samad dilaporkan berkata biarlah ia menjadi wakil rakyat melayu Islam pertama yang memperjuangkan kuil Hindu.

Kita faham sebagai wakil rakyat Khalid Samad perlu menjaga kepentingan semua kaum dan agama. Namun menjadi pejuang kuil Hindu di Shah Alam tentulah sesuatu yang luar biasa sifatnya.

Ketika kita bersyukur JAIS akhirnya sedar kesilapan mereka memberi tauliah kepada Khalid Samad, kita juga tertanya-tanya mengapa pada peringkat awal lagi ia diberikan?

Apakah JAIS sudah membenarkan diri mereka membuat keputusan berasaskan politik parti yang memerintah Selangor?

Melihat kepada cara JAIS menganugerahkan tauliah kepada Khalid Samad, Mohd Sabu dan Akhil Hayy dan penangkapan Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, nyatalah JAIS sudah menjadi kuda tunggangan beberapa pemimpin Pakatan.

sumber - selangordaily


Tiada ulasan: