MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Nov 2009

Rekod 'jenayah' apa yang dilakukan Khalid Samad ?



Salhan K Ahmad
Nov 5, 09, 1:41pm

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih gagal menjelaskan "rekod jenayah" yang didakwa dilakukan oleh Khalid Samad sehingga mendorong ahli parlimen PAS itu dilucutkan tauliah untuk mengajar agama.

Jabatan itu juga menafikan penahanan wakil rakyat Shah Alam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama setahun antara 1987 hingga 1988 yang dimaksudkan "rekod jenayah" oleh polis.

Penolong pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Ahmad Zaki Arshad menjelaskan, jabatan itu sendiri tidak mengetahui rekod jenayah yang didakwa dilakukan Khalid.

"Kami hanya diberitahu beliau ada rekod jenayah oleh ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor," katanya.

Jais dimaklumkan demikian melalui sekeping surat daripada IPK tersebut, tambahnya.

"Surat itu juga yang kami kepilkan kepada (Khalid), kami tidak ubah apa-apa," katanya, merujuk sekeping surat bertarikh 8 Oktober 2008 daripada IPK Selangor kepada Jais.

Ahmad Zaki menambah, Jais dimaklumkan oleh polis tentang "rekod jenayah" tersebut sewaktu menjalankan saringan keselamatan.

"(Saringan) ini proses biasa, semua nama yang sampai kepada kita, kita akan serahkan kepada polis untuk tapisan keselamatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"(Tindakan) ini proses sama untuk pemohon yang hendak dapatkan tauliah mengajar atau jadi jurunikah sekalipun."

Ketika ditanya, Ahmad Zaki menolak andaian bahawa Khalid dilucutkan tauliah tersebut kerana pernah ditahan dalam Operasi Lalang - yang melibatkan lebih 100 ahli politik, aktivis NGO dan pemimpin kesatuan sekerja.

"Kita nak kata sebab beliau ditahan ISA pun tidak boleh juga, sebab ada orang yang pernah ditahan ISA yang diberi tauliah di Selangor,” katanya.

"Sebenarnya kami sendiri pun tidak tahu apa (rekod jenayah Khalid). Kami pun tidak bertanya lanjut kerana ini melibatkan soal peribadi (Khalid)."

Khalid kelmarin mempertikaikan rekod tersebut sehingga menjejaskan pentauliahannya dan menyifatkan tindakan tersebut "terlalu berbau politik" dan meletakkannya dalam keadaan "tersepit" apabila polis Selangor juga tidak menyatakan bentuk "jenayahnya" itu.

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam .

Ahmad Zaki turut menjelaskan, permohonan Khalid untuk mendapatkan tauliah penuh diletakkan bawah pemerhatian Jais pada Julai tahun lalu apabila beliau diberikan tauliah sementara.

Permohonan bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu kemudian ditolak oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bersidang pada Oktober 2008.

"Tetapi pihak kami tidak menolak tauliah sementara, beliau masih boleh guna tauliah itu sepanjang beliau mengemukakan rayuan dan mendapatkan penjelasan kepada polis," katanya lagi.

sumber - malaysiakini


Tiada ulasan: