MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Nov 2009

TS Khalid Sama Taraf Dengan Tuanku Sultan?

Kurang ajar, biadap dan tidak faham protokol. Itulah senario terbaik menggambarkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Agma Islam Selangor (JAIS) Menghadap Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjelaskan tindakan menangkap bekas mufti Perlis.

Sebagai ketua kerajaan pentadbiran kerajaan negeri Tan Sri Khalid sewajarnya memikul tanggungjawab menghadap tuanku menjelaskan isu-isu pentadbiran kerajaan negeri termasuklah berkaitan dengan penangkapan oleh JAIS.

Apakah taraf dan kedudukan Tuanku Sultan Selangor jika Menteri Besar boleh mengarahkan pegawai kerajaan sahaja yang menghadap tuanku.

Baik buruk tingkah laku kakitangan kerajaan negeri, Menteri Besar harus mengambil tanggungjawab menjelaskan kepada Tuanku. Ini kerana salah satu tanggungjawab Menteri Besar ialah melaporkan situasi pentadbiran, ekonomi, keselamatan dan segala hal mengenai negeri kepada Tuanku Sultan.

Menteri Besar menjadi penghubung antara Tuanku dengan pentadbiran kerajaan dan rakyat.

Jika pun merasakan diri lebih besar dari Tuanku kerana dipilih melalui Pilihan raya janganlah terlampau bongkak sangat sehingga kedudukan Tuanku sebagai ketua negeri dianggap sebagai ketua istiadat sahaja.

Khalid harus bersedia memikul tanggungjawab apabila mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bukannya melarikan diri setiap kali ada masalah.

sumber - mykmu


Tiada ulasan: