MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Nov 2009

Seminar PAS bangkit kemelut di Selangor

Salhan K Ahmad
Nov 5, 09, 2:31pm
kemaskini 2.58pm Resolusi seminar politik PAS hujung minggu ini, sebahagian besarnya, akan memandu siasatan jawatankuasa disiplin terhadap kepimpinan PAS Selangor, kata bekas pesuruhjaya negeri Perak, Ahmad Awang.

Menurutnya, resolusi seminar itu juga penting untuk melihat sokongan akar umbi ke atas kepemimpinan tertinggi parti berkenaan.

Anggota Majlis Syura Ulama PAS itu menjelaskan, seminar sehari itu - selain anggota majlis syura dan ahli jawatankuasa pusat - juga akan mendengar pandangan pesuruhjaya PAS negeri dan pemimpin peringkat kawasan.

"Keputusan besarnya adalah pandangan menyeluruh daripada akar umbi PAS, dan bukan keputusan kepimpinan tertinggi PAS sahaja," kata Ahmad ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya lagi, isu melibatkan pergeseran antara bekas timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad dengan pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali, juga tidak dapat dielakkan daripada dibincangkan.

Ahmad juga berkata kehadiran ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari - yang akan mengulangi analisisnya tentang kelemahan PAS dan mempertahankan tulisan kontroversinya bulan lalu - pasti mengundang pandangan balas daripada peserta.

"Seminar ini mengenai memperkasakan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi akan timbul juga hujah-hujah daripada peserta tentang masalah kepemimpinan di Selangor," katanya.

Sokongan bukan Melayu

Dr Abdul Aziz secara tidak langsung mendorong penganjuran seminar berkenaan susulan tulisannya yang mengungkit kemerosotan sokongan bukan Melayu di Bagan Pinang bulan lalu.

Dalam artikel pada 19 Oktober lalu di sebuah akhbar, pakar perlembagaan itu mendakwa kemerosotan itu disebabkan, antaranya, beberapa tokoh PAS yang bermasalah berhubung idea kerajaan perpaduan, khususnya di Selangor.

Dr Abdul Aziz juga menganggap kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu.

Jika usulnya itu terlalu berat untuk dilaksanakan, beliau menggesa Nasharuddin Mat Isa berundur daripada timbalan presiden PAS dan Dr Hassan pula disingkirkan daripada exco kerajaan Selangor.

"Itu tidak dapat dielakkan. Sudah tentu (Dr Abdul Aziz) akan pertahankan apa yang beliau sudah tulis," kata Ahmad lagi.

"Hal berkenaan tidak dapat dielakkan kerana masalah kepimpinan yang dialami parti itu sekarang kebanyakannya memang berpunca daripada masalah di Selangor."

Menurutnya, krisis dalaman PAS di negeri pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat itu dikesan apabila mesyuarat dewan harian bertindak memecat Khalid sebagai timbalan pesuruhjaya dan Saari Sungib daripada ketua penerangan negeri.

"Mana boleh mesyuarat dewan harian pecat ketua penerangan dan timbalan pesuruhjaya negeri, sedangkan ia hanya boleh dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri.

Segerakan siasatan

"Dari situ kita sudah nampak kepimpinan di Selangor tidak teliti dan tidak ikut peraturan," kata Ahmad.

Tambahnya, hujah para peserta seminar tersebut nanti juga akan membantu menyediakan garis panduan dan menyegerakan siasatan jawatankuasa disiplin ke atas kepemimpinan Selangor.

"Resolusi ini juga akan menunjukkan sama ada Jawatankuasa Disiplin ada locus standi (asas) untuk siasat kepimpinan di Selangor, dengan cadangan-cadangan yang boleh dibawa ke jawatankuasa pusat.

"Jawatankuasa pusat pula akan timbangkan garis panduan yang diresolusikan oleh seminar. Kalau garis panduan mereka lemah, mereka kena perketatkan," katanya lagi.

Seminar ini diadakan sebagai menggantikan muktamar khas yang asalnya disarankan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melenting selepas membaca artikel Dr Abdul Aziz, 'Pengajaran Dari Bagan Pinang' di Sinar Harian.

sumber - malaysiakini


Tiada ulasan: