MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Nov 2009

Permohonan Anwar batal pertuduhan liwat 23 November

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 November ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari.

Mohd. Saiful yang turut hadir di mahkamah bersama bapanya memberitahu pemberita, beliau kecewa dengan penangguhan tetapi tetap bersabar menunggu perbicaraan.

Beliau juga memberitahu, sudah bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah turut menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan kes liwat tersebut.

sumber - utusan


Mahkamah tetapkan 23 November dengar permohonan Anwar

Oleh M. MAGESWARI

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tarikh 23 November ini untuk mendengar permohonan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan tuduhan liwat ke atas dirinya.

Mahkamah juga menetapkan hari yang sama untuk sebutan perbicaraan kes liwat itu.

Pada 10 Mac lalu, Anwar, 62, telah didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun tahun lepas.

Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan Jumaat ini sama ada Anwar akan memperoleh dokumen penting pendakwaan serta contoh spesimen bekas pembantunya itu yang didakwa oleh Anwar amat penting untuk kes pembelaannya.

Mohd Saiful hadir di mahkamah hari ini bersama bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguam, Zamri Idrus.

Bercakap kepada wartawan selepas itu, Mohd Saiful berkata, dia hadir untuk melihat perkembangan kes tersebut dan bersedia untuk membuktikannya.

"Saya sudah lama bersedia untuk menunjukkan bukti bila-bila masa saja walaupun mahkamah menetapkan tarikhnya esok," katanya.

Dia turut meminta pihak-pihak yang terlibat di dalam kes tersebut agar mempercepatkan perbicaraan supaya dia boleh menunjukkan bukti secepat mungkin dan berharap Anwar tidak lagi memberikan pelbagai alasan.

"Saya sudah menunggu selama setahun setengah. Keluarga dan tunang saya amat penyabar menantikan tarikh perbicaraan ini supaya kebenaran akan terungkai juga," katanya.

sumber - mstar


Permohonan batal kes liwat 23 Nov

Hafiz Yatim
Nov 3, 09, 11:03am

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 23 November ini bagi mendengar permohonan baru Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Manakala tarikh yang sama juga ditetapkan untuk mendengar sebutan kes liwat itu.

Hakim Datuk Zabidin Md Diah menetapkan tarikh tersebut apabila perkara itu dibawa ke mahkamah berkenaan pagi ini.

Awal bulan lalu, Anwar gagal membatalkan tuduhan tersebut di MahkamahTinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) selepas mahkamah berkenaan memutuskan ia tidak ada kuasa untuk mendengarnya.

Hakim kemudiannya memutuskan supaya permohonan tersebut didengar di mahkamah jenayah dan bukannya di mahkamah bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas.

Ekoran itu, ketua pembangkang itu telah memfailkan permohonan baru untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Anwar, 62, tidak mengaku salah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24 di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun tahun lalu.

Mohd Saiful dilihat hadir di mahkamah pagi ini.

Ketika ditemui wartawan, Mohd Saiful berkata dia sudah bersedia untuk memberi keterangan di mahkamah berhubung kes tersebut.

sumber - malaysiakini


1 ulasan:

iKAnBUNtal berkata...

kepada semua...
lu fikir lah sendiri...
bagi diri aku..
senario ini membuktikan dan x ragu2 serta sah nuar berahim memang bersalah
x usah tunggu perbicaraan...
letih.. dengan mahkamah tuh