MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Nov 2009

Krisis Arab/Israel- Peranan Anwar Ibrahim dalam ICG



Dari egroup AIDC

Video ini adalah rakaman yang dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk rakyat Malaysia menceritakan tentang mesyuarat pertama yang dihadirinya dalam ICG (International Crisis Group), di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac 2007.

Ini merupakan meeting pertama yang dihadiri oleh Anwar sejak dilantik oleh Garent Avens, (Presiden ICG) sebagai ahli jawatankuasa ICG, pada 30 Jun 2006. Klik di sini

Dalam video ini, Anwar berkata, dia menghabiskan masa dua hari bermesyuarat di Vancouver membincangkan 'masalah-masalah negara yang menghadapi krisis' seperti di Burma, Darfur(Sudan), Arab/Palestin, Iraq dan Pakistan. Negara-negara yang dikatakan 'berkrisis' ini adalah negara-negara yang berkrisis dengan Amerika Syarikat. Agen-agen pro Barat di negara berkrisis itu telah meminta bantuan Amerika Syarikat untuk campur tangan bagi membantu mereka mengalahkan kumpulan fundamentalis di negara masing-masing.

Jika ditolak negara Burma (Amerika sokong Aung San Suu Kyi sebagai pejuang demokrasi Burma), kesemua negara lain yang disebut oleh Anwar adalah negara-negara Islam. Jadi atas alasan itu, barangkali Anwar dilantik menjadi AJK ICG, mewakili Muslim Moderat yang pro Barat.

Anwar hanya menyebut beberapa contoh sahaja ahli mesyuarat di Vancouver itu. Antara yang disebut adalah Garent Evans dan Chris Pattern. Anwar sengaja tidak menyebut tokoh-tokoh Amerika yang turut hadir dalam mesyuarat itu seperti Morton Abramowitz, Thomas R. Pickering, Stephen Solarz, Kenneth Adelman dan lain-lain.

Malah penaja utama ICG Yahudi George Soros juga turut hadir. Barangkali jika Anwar menyebut dia bermesyuarat bersama Soros, akan menjadi isu kepada rakyat Malaysia, kerana rakyat Malaysia mengenali nama Soros sebagai seorang Yahudi, Konspirator matawang yang merosakkan ekonomi Malaysia, hingga berlaku kegawatan ekonomi Malaysia pada tahun 1997/98.

Malah Shlomo Ben-Ami, bekas Menteri Luar Israel juga turut hadir bagi membincangkan isu-isu 'krisis' di negara-negara Islam itu.

Kalau dihitung dari segi ahli mesyuarat, kesemuanya didominasi oleh golongan Yahudi dan Amerika Syarikat, berbanding dengan hanya 2 orang wakil Islam termasuk Anwar. Kemasukan Anwar dalam mesyuarat itu/ICG telahpun ditapis secara terperinci bahawa Anwar adalah sealiran dengan mereka.

Dalam kes mesyuarat yang dianjurkan oleh dana Yahudi ini, termasuk ICG, CFR, RAND, Yahudi amat menitikberatkan kesetiaan ahli-ahlinya. Mereka tidak mahu membawa 'musuh dalam selimut' dalam organisasi mereka.


Krisis Arab/Israel

Dalam video ini, Anwar tidak menyebut krisis Arab/Israel, tetapi dia sebut krisis Arab/Palestin. Dua perkataan yang membawa maksud yang amat berbeza.

Memang Anwar memang pakar dalam pemilihan kata-kata, kalau untuk menimbulkan kebencian, dia akan memasukkan kata-kata yang berunsur kejam seperti zalim, rasuah, pencuri, diktator dan sebagainya. Tetapi jika sekiranya, dia berniat untuk memutihkan imej atau mengelirukan, dia akan memilih kata-kata seperti krisis 'Arab/Palestin' (walhal yang sebenar adalah Israel/Palestin) dan untuk memutihkan imej Israel, dia sengaja tidak menyebut nama itu.

Dalam kes krisis Arab/Israel, Anwar lebih banyak menumpukan kepada perpecahan muslim di Palestin dan tidak menyentuh sedikitpun berkenaan dengan Israel. Anwar turut bersetuju dengan usul ICG yang mencadangkan kerajaan Palestin (yang dipimpin oleh Abu Manzir/ Mahmoud Abbas dari Fatah) bekerjasama dengan Hamas untuk menjayakan rundingan dengan Israel.

Kenapa Anwar usulkan Fatah bekerjasama dengan Hamas ? Sebab tanpa sokongan Hamas (golongan Palestin yang paling majoriti) rundingan dengan Israel akan gagal. Sepatutnya Anwar mencadangkan hanya Hamas yang berunding dengan Israel kerana Hamas mewakili majoriti muslim Palestin, sedangkan Fatah merupakan golongan minoriti yang ditolak rakyat Palestin kerana dilihat pro Amerika Syarikat dan Israel.

Tetapi Anwar mencadangkan Fatah perlu bekerjasama dengan Hamas. Kenapa Anwar bersungguh-sunguh mahukan Hamas. Sebabnya, tanpa Hamas, Anwar sudah nampak rundingan Israel/Palestin akan gagal dan Israel gagal mendapatkan statusnya sebagai SEBUAH NEGARA BERDAULAT.

Dalam wawancara Anwar dengan Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life , di Amerika pada April 2006, Anwar berterus-terang mengapa dia amat memerlukan Hamas. Dia memberitahu wartawan Amerika, dia memerlukan Hamas, bukan bermakna dia sokong Hamas, tetapi untuk mengajak Hamas bersama-sama menyokong agenda Amerika.

Dalam wawancara itu, Anwar mendedahkan strateginya untuk mendapat sokongan Hamas supaya menyokong Amerika dengan cara menghantar wakil Islam, iaitu Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki.

Kata Anwar : Walaupun sesetengah pihak di Washington kurang senang, pada fikiran saya, ini tidak dapat dipertahankan. Tetapi tiada kompromi di dalam isu asas, termasuk kebebasan media, peraturan berkaitan undang-undang, wakil kerajaan dan mewujudkan institusi masyarakat awam.

Sebagai contoh, keputusan Perdana Menteri, Erdogan [Turki] untuk bertemu Hamas adalah satu peristiwa penting, tetapi di AS ianya dilihat sebagai satu jenayah yang besar. Jenayah apa? Biarkan mereka bertemu dan berbincang dengan Hamas. Adakah kita tahu apakah yang berlaku dalam mesyuarat- mesyuarat tersebut?

Hakikatnya, Perdana Menteri Erdogan telah memberikan penerangan ringkas kepada saya tentang apa yang berlaku, dan pada fikiran saya beliau seorang yang berani dan bijak untuk mengambil peluang untuk menunjukkan kepada Hamas bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan bahawa beliau bersedia untuk bekerja dengan mereka.

Tetapi ianya juga penting untuk meyakinkan Hamas, “Kami mahu anda menjadi peneraju dalam masyarakat antarabangsa, yang bermaksud bahawa terdapat sesetengah bahagian dalam dasar berpunca dari masa kemarahan, yang mesti dirasionalkan.”

Penglibatan bersama Turki memberikan satu peluang untuk menyampaikan kepada Hamas keperluan untuk bersederhana dalam kedudukan mereka, dan sebagai sekutu kepada AS, Turki secara sah boleh memaklumkan kepada Hamas bahawa, “Ya, kami akan mampu untuk bekerja bersama Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman.”

Saya rasa apa yang dibuat oleh Erdogan patut dipuji, tetapi beliau telah dikutuk keras atas isu ini. Pada pandangan saya, merupakan satu sumbangan yang besar, bukan sahaja di dalam kepentingan Turki, tetapi juga dalam kepentingan konflik Arab-Israel dan dasar luar negara AS.

Bacaan lanjut klik di sini

Dalam temubual bersama Today's Zaman, Anwar merumuskan

"Kita memerlukan pemimpin seperti Erdoğan. Dunia Islam perlu pemimpin seperti itu, kita mempunyai asas Islam yang kuat tetapi kita tidak pernah mendakwa mewakili Muslim atau mendakwa untuk menjadi parti agama – seorang pemimpin yang mempunyai keberanian hebat terhadap Iraq, Iran, Hamas dan pada masa yang sama mempunyai hubungan baik dengan Israel " kata Anwar Ibrahim.Klik di sini

Jadi jika berdasarkan rumusan ini, bolehkah kita buat kesimpulan, kenapa Anwar mencadangkan kepada Amerika agar penarikan balik tentera di Iraq ?

Sebabnya Amerika sudah menang berperang di Iraq. Apa lagi mahu tunggu, kerajaan boneka pun sudah dibentuk, jadi sekarang 'time' untuk mengambil hati umat Islam semula setelah begitu banyak kerosakan yang dilakukan Amerika di negara itu. Sepatutnya Anwar mengutuk serangan dan kejahatan Amerika di Iraq, bukannya menggesa pengunduran tentera Amerika setelah banyak melakukan kerosakan.

Sebenarnya apa yang diceritakan Anwar dalam video ini adalah bertujuan memutihkan imej Israel dan mengangkat diri sendiri. Hakikatnya banyak fakta sebenar yang telah disembunyikan Anwar dan Anwar sengaja memilih segmen-segmen yang bertujuan untuk menunjukkan dirinya hebat di persada dunia (walhal hakikat sebenar, dia adalah tali barut Amerika yang bersekongkol untuk memenuhi agenda Israel).

Buktinya laporan Anwar dalam video ini tidak sama dengan laporan ICG sendiri berkenaan mesyuarat di Vancouver.

Dalam laporan ICG yang diterbitkan di laman web ICG, pada 26 Mac 2007, perbincangan mereka lebih kepada satu proposal untuk menyokong Annapolis Summit yang dicadangkan oleh Presiden Bush dalam penyelesaian krisis Israel/Palestin.Klik di sini

Dalam Annapolis Summit, Presiden Bush memanggil Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) dan Mahmod Abbas(wakil Fatah) untuk mengiktiraf Negara Israel dan Negara Palestin. Tetapi rundingan itu gagal kerana ditolak oleh majoriti rakyat Palestin dan menafikan Mahmod Abbas sebagai wakil mereka. Menurut mereka Mahmod Abbas(Abu manzir) adalah tali barut Amerika yang pro Israel.

sumber - egroup


1 ulasan:

Unknown berkata...

dia ni patut bertanding ADUN Mesir, Israel, India, New York, Eropah dengan ahli2 kabinet dia si puak yahudi.

buat ape bertanding wakil rakyat kat malaysia nih? bukan dia ader kat sini pun