MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Nov 2009

Dr Asri : MB Selangor sokong siasatan JAIS

SHAH ALAM – Bekas Mufli Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin perlu disiasat dengan telus dan adil.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya berkata, Kerajaan Negeri prihatin dengan pelbagai reaksi dari masyarakat ekoran penahanan Dr Asri oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas alasan mengajar agama tanpa tauliah.

Menurutnya, Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa Jais, yang mempunyai kuasa melaksanakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Selangor, sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan tidak ada sebarang pendakwaan yang dikenakan ke atas bekas mufti Perlis itu sehingga kini.

“Saya percaya bahawa Jais akan bertindak profesional dalam menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus terhadap Dr Asri.

“Saya pasti Jais akan menjalankan siasatan yang adil dan akan mengambil kira seluruh aspek bagi memastikan keadilan terjamin, tidak hanya kepada orang awam tetapi juga kepada Dr Asri,” katanya.

Abdul Khalid juga menggesa JAIS untuk memberikan penjelasan yang munasabah kepada masyarakat berhubung insiden berkenaan, memandangkan pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berhubung cara penangkapan dilakukan.

sumber - sinar


Tiada ulasan: