PULAU PINANG 31 Okt — Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd bersetuju membenarkan pemaju projek perumahan Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (M) Sdn Bhd mendirikan 24 unit rumah teres di atas tanah milik koperasi itu untuk bekas penghuni kampung berkenaan.
Dalam mesyuarat agung khasnya hari ini, koperasi berkenaan membuat keputusan untuk mengikut kehendak kerajaan negeri supaya bekas penduduk di situ diberikan rumah teres sebagai jalan penyelesaian terhadap isu perpindahan penduduk kampung berkenaan.
Pengerusinya, Abdul Razak Mansor bagaimanapun berkata koperasi memberikan syarat supaya 10 penduduk terawal yang menerima tawaran mengosongkan tapak rumah mereka itu dimasukkan dalam senarai penduduk yang bakal menerima 24 unit rumah teres dua tingkat berkenaan.
"Mesyuarat khas hari ini sebulat suara meluluskan pembinaan 24 unit rumah teres untuk bekas penduduk Kampung Buah Pala seperti yang diminta pemaju dan ia adalah muktamad.
"Tiada sebarang tambahan unit dibenarkan lagi selepas ini dan mana-mana penduduk yang tidak menerima tawaran perpindahan pemaju sebelum ini tidak akan diambil kira dalam pemberian rumah itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
sumber - utusan
4 ulasan:
kesian..aku kesian pada penduduk tetap Buah Pala.
Mana pergi wakil rakyat. mana wakil rakyat tak kira la dari Kerajaan atau Pembangkang. Mereka tu la Wakil kepada suara Rakyat.
manader wakil rakyat?
yeannada macha.. u punya rumah nanti PKR kasik bikin super banglo mewah sama semua org.
2 minggu lepas menang CM mesti turun padang tolong sama semua u orang.
"kalau itu CM tarak turun u jangan panggil saya anwar"
abis skang nak panggil ape? al-ju atau al-li?
Bila berjanji tapi dimungkiri..
Bukankah itu sifat orang munafik?
Catat Ulasan